Tuesday, January 1, 2013

LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA


Pada 1 Jan 2013 penulis pergi kesebuah shopping complex bersama keluarga sementara menunggu mereka membeli belah. Penulis sempat ketempat bahagian buku sambil melihat beberapa buah buku dirak berkenaan penulis tertarik dengan tajuk sebuah buku iaitu “LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA” yang ditulis oleh seorang Pensyarah sebuah universiti tempatan iaitu Dr. Zaharudin.

Penulis sempat membaca sepintas lalu buku berkenaan….buku ini menarik perhatian penulis antaranya disebutkan tiap2 hari terdapat berjuta orang menggunakan laman ini untuk berinteraksi dan lain-lain lagi. Penyebaran maklumat saperti majlis ilmu dan kata-kata nasihat adalah sesuatu yang dianggap pahala oleh penulis buku berkenaan. Namun jika kita menggunakan disebaliknya menyebarkan berita2 yang berbentuk fitnah, menyebarkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat. Dan ada pula yang dahulu zaman sekolah, kolej…dan Universiti menutup aurat akan tetapi apabila sudah bekerja sudah jadi lain….kemudian apabila rakan2 mereka mendedahkan gambar2 mereka ini yang bertutup lintup….maka mereka pula memberi komen lain tuan empunya badan kata itu dulu. Zaman budak-budak.

Cerita-cerita gossip mengedarkan gambar2 yang terbuka sana sini, membuka aib suami/ isteri di dalam Facebook adalah antara yang disebut dalam buku berkenaan. Ini mendorong kepada Dosa….apatah lagi beribu orang akan melihat nya makin banyak orang melihat nya makin besar saham nya auzubillah…..oleh yang demikian gunalah medium ini kearah kebaikan sebenarnya untuk mencari pahala amat lah mudah. Jika kita menyebarkan  maklumat contohnya majlis Ilmu tak kiralah Buat Kelas RAE …Kelas Antenna, kita dapat pahala….Apatah lagi jika anda sebarkan maklumat saperti ini di Facebook  “Untuk Maklumat Semua mari kita sama2 hadiri Majlis Sambutan di Ambang tahun baru 2013 bersama  Dr. Mohd Ali Al Shobuni dan Ustaz Haslin Bahrin di Dataran Shah Alam pada 31/12/2012". Maklumat saperti ini lah menjurus kita kepada kebaikan namun berapa ramai antara kita pada hari ini yang berani melakukan nya??? Ada mungkin sedikit....

Mengapa hari ini kita amat malu atau takut, tak berani menyuruh kearah kebaikan akan tetapi kita tidak malu menyebarkan cerita2 fitnah..gosip sana, gossip sini, menggunakan kata yang kesat…cerita2 yang sensasi saperti ini ramai yang response dan LIKE akan tetapi bile saje ada hamba Allah yang menyeru kepada kebaikan response nya mungkin kurang dari 10% atau tiada langsung.  

Semoga tahun 2013 ini kita sama-sama gunakan untuk refleksi diri dan keluarga, mencari inspirasi dan melakukan transformasi diri ke arah takwa dan masuk zon Allah. Selamat tinggal kebanggaan dan kemungkaran.  

Setiap apa yang kita taip di Facebook, kita boleh dapat pahala atau pun dosa..Maka taiplah yang mendapat pahala Allah mari kita sama-sama audit diri kita. Wallahualam....

No comments:

Post a Comment