Wednesday, September 17, 2014

Budaya Membaca


Buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia. 
Buku berupaya membenihkan ilham pemikiran kritis dari segi politik, falsafah serta sosio-ekonomi di kalangan kelompok manusia. Buku sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah berkata “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada seribu senapang”.
Kalimah al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca; “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (Al-Alaq, 96:3-4). Membaca juga tidak dapat dinafikan ialah titik permulaan penelaahan dan jelajah ilmu para cendekiawan dan filasuf dunia barat mahupun timur, klasik mahupun moden.
Kesinambungan warisan ilmu dan budaya ilmiah para cendekiawan, ahli akademik dan pemikir asing mahupun tanah air juga rontok. Jarang sekali kerja-kerja pemikir intelektual dan para filasuf diketengahkan dalam sistem pendidikan dan diskusi arus perdana seharian. Ujian litmusnya mudah sekali; tanyakan sahaja orang awam kini sekiranya mereka mengenali personaliti ilmuan dan juga nama-nama pencipta sejarah mahupun fakta dan pengetahuan umum. Jangan terkejut jika yang dikenali hanyalah artis-artis dan ahli perniagaan semata-mata.

Kaji selidik yang dibuat pada tahun 1986 menunjukan purata rakyat malaysia membaca dua muka surat setahun namun pada 1996 - 2005 menunjukan purata rakyat Malaysia membaca sebanyak dua buah buku dalam setahun. Namun beberapa tahun yang lepas
Menurut akhbar Sinar Harian 14 Mei 2012 kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005, kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010.
Bagaimanapun, kadar membaca rakyat di Jepun yang tinggi iaitu purata 40 buah buku setahun menunjukkan pengetahuan dan kemajuan mereka lebih baik.   
"Mereka lebih berpengetahuan dan maju kerana lebih menguasai ilmu, lebih mendapat maklumat yang bertujuan untuk membangunkan negara supaya dunia menghormati dan memandang tinggi terhadap negara mereka.
"Kita juga boleh berbuat demikian tetapi ini bergantung kepada keinginan kita," katanya (Tun Dr. Mahathir Mohammad) dalam akhbar Sinar Harian.
Membaca buku mempertingkat pendidikan dan kualiti hidup
Pendidikan merupakan prasyarat peningkatan status sosio-ekonomi individu dan isi rumahnya, lantas mutu kehidupannya. Kajian Jeanne Chall membongkar bahawa terdapat satu hubungan rapat dan eksklusif di antara pendidikan dan membaca. Maksudnya seseorang yang berpendidikan tinggi akan mudah untuk lebih membaca dan seseorang yang banyak membaca akan mudah ke arah berpendidikan tinggi. Jelas bahawa membaca memangkin dan memperkukuhkan  pendidikan seseorang dan sebaliknya.

Kajian empirikal juga telah membuktikan bahawa kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang dibaca.  Secara purata, golongan yang membaca sebuah buku seminggu atau 50 buku setahun, didapati mempunyai taraf kualiti kehidupan yang tinggi. Manakala, golongan yang hanya membaca majalah atau surat khabar, dan kurang membaca secara amnya dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang rendah.

Membaca ialah kaedah terpantas untuk memperolehi ilmu dan mendapatkan fakta. Secara langsung, membaca juga memperkukuh perbendaharaan kata dan penguasaan linguistik pembaca. Perolehan ilmu ini seterusnya dapat melatih kefasihan berbicara serta menambah fakta baru dan memperlengkapkan yang sedia ada. Pemikiran pembaca seterusnya dapat mempertajamkan kesedaran sivik, sosial, ekonomi, politik, sejarah dan isu-isu berbangkit masa kini.

Membaca turut menawarkan kaedah senaman minda yang berkesan. Sebagai aktiviti yang lebih kompleks daripada menonton televisyen; membaca bukan sahaja memperkuat rangkaian dalam otak manusia, malah berupaya merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baru. Hasilnya ialah penambahbaikan konsentrasi minda di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, serta dapat mengatasi masalah jangka masa perhatian yang singkat

Buku juga mampu membawa pembaca ke dimensi berbeza seterusnya melatih daya imaginasi kreatif serta perkembangan emosi EQ pembaca. Dimensi lain ini membawa pembaca menerokai pengalaman maya yang mungkin tidak dapat dirasai dalam kehidupan sehariannya, serta mencanangkan perspektif alternatif untuk melihat dunia melalui kacamata yang berbeza.

Tambah nilai utama pengalaman maya ini ialah galakan perkembangan peribadi pembaca. Bukan sahaja daripada sudut intelektual dan IQ semata-mata, membaca juga boleh merangsang aspek psikologi, kognitif dan EQ pembaca. Dalam menterjemahkan tulisan yang dibaca kepada bentuk-bentuk imaginasi visual dan emosi tanpa batasan, membaca menggalakkan sifat empati dan simpati.

Google dan rakannya tidaklah menawarkan ilmu pengetahuan yang lengkap tetapi cuma maklumat manakala buku menawarkan ilmu pengetahuan yang lebih dari sudut hujah dan pengolahan yang lebih terperinci, bertongkatkan ilmu latar belakang penulis yang lazimnya pakar di dalam disiplin ilmu terbabit. Bibit-bibit maklumat sahaja tidak mencukupi jika tidak disusunrangka menjadi suatu sistem ilmu yang dapat dimanfaat. T.S. Eliot merintih, “Di manakah kehilangan ilmu di tengah-tengah maklumat?” Ilmu pengetahuan yang unggul telah digantikan dengan maklumat-maklumat berbentuk picisan sahaja.

Cabaran membentuk budaya Malaysia yang membaca
Desakan keperluan ekonomi isi rumah boleh dikatakan salah satu punca rakyat Malaysia kurang membaca. Peningkatan kos kehidupan negara membangun seperti Malaysia menghimpit kita untuk mengejar kesenangan material dengan mengorbankan masa untuk membaca dan perolehan ilmu pengetahuan.

Buku-buku terbitan arus perdana, lebih-lebih lagi yang diimport, begitu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit Malaysia. Mustahil bagi 80 peratus isi rumah Malaysia yang memperolehi pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan untuk menggembleng sebuah koleksi buku yang komprehensif.

Lebih membimbangkan ialah sifat cintakan ilmu pengetahuan yang semakin menipis. Masyarakat hanyut dibawa arus hedonisme sehinggakan tabiat membaca terbatas kepada buku-buku teks dan nota-nota kuliah untuk tujuan peperiksaan, dan bukannya lahir daripada kecintaan ilmu dan keinginan meneroka perbatasan ilmu yang sedia ada.

Komuniti setempat berperanan penting meringankan beban ini melalui penubuhan kelab-kelab buku di kalangan para penduduk sekampung atau setaman perumahan. Sedikit sebanyak, beban kos buku berkualiti yang tinggi dapat dipikul bersama. Malahan, kelangsungan budaya membaca dan kebertanggungjawaban membaca sebagai ahli kelab buku juga dapat diterapkan. Langkah-langkah memperkasa koleksi perpustakaan tempatan serta kempen-kempen mengimarahkannya turut berperanan  melengkapi usaha menggalakkan budaya membaca dan menyegarkan kecintaan terhadap ilmu.

Menurut Walter Cronkite, “Sebesar mana pun jumlah harga pembinaan perpustakaan-perpustakaan kita, harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga sebuah negara yang jahil!”
Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan dan rausyanfikir.

Hasrat murni ini harus diletakkan sebagai tanggungjawab bersama oleh setiap individu. Tabiat membaca mampu dan akan mengubah nasib negara kita. Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara.


“Bagaimana sibuk sekalipun, anda mesti mencari masa untuk membaca, jika tidak anda akan kalah dengan jalan kejahilan yang anda pilih sendiri” — Confucius

Saturday, September 13, 2014

Antenna & SWR




Antenna SWR
Have you ever measured the SWR of a simple antenna?
It should NOT have been 1:1
Lots of people think that a good antenna should have a 1:1 SWR as measured by an antenna analyzer. That is just not true, and this article will explain why.



We need to look at what SWR means, and how an "antenna system" 
Where the energy really goes in an antenna system.
Will a high SWR blow up my transmitter?
                              ( No, it will not, but POOR TUNING can.)  
This article was written by Stephen C. Ward, WC7I credit to Stephen for his contribution.
For more information please read here http://www.hamuniverse.com/wc7iswr.html

Tuesday, July 22, 2014

Where is the Spirit of Amateur Radio?

Richard E. Fusinski (K8NDS) on August 26, 2011 
I have been licensed in Amateur Radio for 47 years now. The hobby has undergone some drastic changes both good and bad. The good are the many new aspects of radio merged with the aid of computer technology, which offer many interesting avenues to the technically inclined. There are so many modes and choices available that even the younger generation can find something of interest.
Many new Radio Amateurs do not have a clue of the amount of technological advancements in communications were contributed by amateur radio experimenters over the ages. It is sad to see that there is not much of that existing today. It seems that the largest percentage of Radio Amateurs are just operators which can't even carry on an intelligent technical discussion. I guess I will call them appliance operators. Most just buy equipment, antennas and large towers, which anyone with the cash can do.
The world is a very different place then back in the 60's & 70's when it was hard to find someone on the bands that I couldn't learn something from. Forgive me but "5/9 (even when the S- meter reads S4), 73 & see you down the log" does not in the least interest many others and me. It is a real shame this is what Ham radio has turned into. Many of us have migrated to the 30, 17 & 12-meter bands just to get away from the 5/9 & 73 mentality.
For years I have enjoyed the 17-meter band just to enjoy some rag chewing and technical discussion while removing myself from the chaos. Lately it seems that 20 meters isn't satisfying enough for the appliance operators, they are now migrating to 17 meters. One of my pet peeves is spit frequency operation on 17 meters. This band is already too small when conditions are good. Did anyone ever think of the consequences of operating spit on the 17-meter phone band? Operating split takes up 17 kHz of space on the small 157 kHz phone section; that equates to 11% of the band for one pile up. Just in case of argument this figure includes 3 kHz space on either side of the mess, 3 kHz for the listening frequency, 5 kHz for the offset plus 3 kHz for the transmitting station. I have had many rude operators come on and ask me if I would move off frequency when I happened to be holding a QSO for at least ½ hour somewhere in between this mess way before it started; excuse me for utilizing only 3 kHz instead of 17 kHz.

Hopefully the ARRL will never justify contesting on these bands, that will be the day that I sell all my equipment and turn the hobby over to the CBer's. The Hams that are left which carry on the true spirit of the hobby need to police these situations, don't let these rude & crude appliance operators chase of off the only sanctuary that is left on the HF bands.

Friday, June 27, 2014

Masa Hadapan HF dari Kacamata Radio Amatur
Komunikasi melalui HF ini telah di perkenalkan dalam tahun 1950 han dan 60han. Komunikasi HF adalah tulang belakang  kepada “long haul communication” namun apabila komunikasi satellite diperkenalkan pada tahun 60han banyak yang berubah ke satellite.



Tak perlu lagi belajar “ionosphere” atau buat pengiraan freqeuncy apa yang perlu untuk bekerja di HF. Dalam satellite apa yg harus anda buat hanyalah halakan antenna  dan channel apa yang perlu digunakan.
Apakah teknologi HF sudah ketinggalan dan adakah ianya akan berkubur di sebabkan teknologi yang makin maju dengan kegunaan internet. Di kala ini sudah ada sistem “VoIP” (Voice over internet protocal) dan teknologinya semakin matang. Teringat apabila internet di perkenalkan dimana pada tahun 2000, terdapat penurunan yang mendadak komuniti Radio Amatur dikala itu diseluruh dunia. Yang membimbangkan ramai pekedai-pekedai dieropah dan US dll negara maju yang jual alat2 komunikasi dan juga service...sunyi sepi ketika itu dengan penurunan yang mendadak dan  pada ketika itu ramai anak muda dan mereka yang di pertengahan umur sudah tidak lagi berminat untuk mengambil ujian radio amatur, tempiasnya juga mengenai pengamal Radio Amatur yang telah mengubah haluan kepada internet dengan era teknologi digital…..
Ini adalah salah satu sebab mengapa pihak IARU mengusulkan profisiency dalam CW tidak perlu untuk mereka bekerja di HF….perkara ini di usulkan di persidangan WRC 2003….dan ianya telah diluluskan oleh pihak “ITU”…..



Mari kita kembali kepada topik diatas…bagi mereka yang tahu sedikit mengenai HF mereka akan katakan ianya akan berkubur…dan ada juga sebahagian dari pihak akedemik yang hanya beberapa kali menggunakan peralatan HF dengan pengalaman yang sedikit dan mereka juga  tidak terlibat secara langsung dengan HF akan bersetuju mengatakan HF ini akan berkubur….di sebabkan teknologi komunikasi saperti HP, Satellite dan Internet berkembang dengan pesatnya. Maka pada pendapat mereka satu hari nanti HF tidak akan digunakan lagi.















Apa pula kata Radio Amatur…Sudah pastinya pengguna tegar di HF akan nyatakan tidak mungkin….mari kita imbas kembali perkembangan komunikasi….dahulu dan sekarang.
Dahulu HF radio menggunakan komponen2 “Valve” dan transmitter dan receiver ada komponen yang berasingan…kemudian ianya di cantumkan menjadi “Transceiver” apabila era transistor memasuki pasaran..maka secara automatik ianya berubah kepada Hybrid…dimana komponen2 nya menjadi kecil satelah itu solid state diperkenalkan…dan menjadi lebih kecil…dan seterusnya beberapa tahun kebelakangan ini teknologi SDR “Software Define Radio” diperkenalkan dan ianya menjadi bertambah kecil….namun frekuansi yang di gunakan masih tetap serupa tidak berubah….yang berubah hanya alat Hardware sahaja……setiap dekad….kita akan dapati…ianya hanya “re-engeneed” itu sahaja..manambah baik.
Ramai di luar sana tidak tahu….ada pihak-pihak perisikan dan ketenteraan masih lagi menyimpan alat-alat radio HF yang menggunakan “Valve”…ini kerana mengikut kajian yang dibuat…jika berlaku biological war…komponen-komponen transistor dan IC dengan "surface mount" yang ada pada hari ini akan musnah…yang bertahan hanyalah transceiver yang menggunakan “Valve”…dan agensi-agensi ini masih lagi menyimpan alat-alat ini.

Walaupun teknologi hari ini amat maju jika dibandingkan 40 tahun yang lalu…namun pada pendapat penulis HF ini masih lagi "relevent" di abad ini….kerana….ada masa dan ketika nya…kita memerlukan nya lebih-lebih lagi ketika bencana saperti Tsunami…dll. Mungkin benar sebahagian dari para pemikir akedemik dan sarjana menyatakan HF tidak lagi releven dengan ada nya internet dan satellite sebab pandangan mereka mungkin berbeza dari pandangan  pengguna HF itu sendiri. 



Kita tidak menolak dengan teknologi yang pesat membangun mungkin satu hari nanti HF sudah tidak diperlukan lagi. Namun teknologi hari ini adalah hasil dari ciptaan orang  terdahulu…..teknologi nya berubah namun fundamental nya tetap tidak berubah….mungkin satu ketika nanti  HF tidak diperlukan lagi, Semua akan berubah ke VHF,UHF, SHF….namun spektrum HF tetap kekal bagaimana pula komunikasi Kapal Selam…? Mereka perlu naik ke permukaan air…dan berkomunikasi melalui satellite?? Bagaimana pula kapal terbang dan kapal laut….mungkin semuanya nanti menggunakan satellite dan VoIP sepenuhnya.




Saturday, June 7, 2014

Fokus Semasa

Cabaran terbesar ahli-ahli Radio Amatur sejagat ketika ini ialah membina persepakatan tulen dan ikhlas dikalangan sesama ahli radio amatur dan memperbetulkan persepsi salah dikalangan persatuan-persatuan radio amatur di Malaysia.
Di Malaysia ketika ini terdapat lebih kurang 10,000 pelesen Radio Amatur ini tidak termasuk mereka yang gemar dengan Hobi ini atau SWL. Jumlah ini tidaklah dapat kita banggakan kerana jika kita tinjau negara jiran kita saperti di Indonesia terdapat lebih 200,000 Ahli Radio Amatur, di Thailand pula terdapat lebih 200,000  Ahli Radio Amatur di Jepun terdapat lebih kurang 3.2 Juta Radio Amatur diikuti oleh USA 722,000 dan Korea 141,000. Kita semua haruslah memperkenalkan hobi ini kepada masyarakat Malaysia dan berusaha meningkat imej Radio Amatur.

Sungguh membimbangkan jika hingga ke saat ini, mereka yang diberikan amanah untuk memimpin belum mempunyai wawasan jangka panjang yang konkrit dan agenda bertindak yang realistik bagi menangani keadaan semasa. Menggunakan kuasa yang ada bagi menakut-nakutkan golongan swl dan lain-lain lagi. Bagi warga-warga 9W2 atau 9M2 yang telah termakan atau terpengaruh dengan hasutan-hasutan mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab ini haruslah menggunakan akal yang ada memilih mana yang baik dan mana yang tidak amatlah tidak adil jika mendengarkan cerita-cerita yang direkacipta oleh satu golongan saje. Kita semua haruslah bertindak adil dalam membuat penilaian, hindarkanlah diri anda dari mengumpat diwarung-warung kopi dan sebagainya.

Era kebangkitan Radio Amatur banyak diperkatakan dan potensinya sungguh memberangsangkan. Namun wawasan besar tidak mungkin tercapai semata-mata melalui cakap-cakap kosong diwarong-warong kopi…….Sebaliknya wawasan besar memerlukan pengisian, agenda bertindak, pendekatan strategik dan kebijaksanaan pelaksanaan serta mendapat penghayatan  dan dokongan dari kalangan ahli-ahli radio amatur. Waktu-waktu begini menuntut kepada penyatuan seluruh ahli-ahli Radio Amatur dari segi fikiran, tenaga, sumber dan usaha.

Kini bukan masanya untuk ahli-ahli Radio Amatur berlumba-lumba demi membuktikan siapa yang lebih sesama sendiri. Kebelakangan ini Imej Radio Amatur telah dirosakan oleh tafsiran sempit yang dilakukan oleh segelintir ahli radio amatur. Mereka berfikiran songsang didorong oleh perasaan kecewa, marah, dendam dan benci yang terbina secara kumulitif.

Dalam suasana menghadapi cabaran saperti ini disamping berdoa dan memohon petunjuk kita semua perlu mengambil pengajaran dari rakan-rakan kita dari seberang. Kita semua haruslah memperlihatkan ketulusan, kesucian, kemurniaan serta keindahan…melalui gerak kerja yang mengutamakan kebajikan dan dilaksanakan dengan penuh kasih sayang tercetus daripada hati jernih dalam semangat persaudaraan Kita harus tangkas menghulurkan semangat persahabatan, mengalunkan irama perdamaian mencerminkan kehalusan budi dan mewarnakan keharmonian diri. Kita haruslah memikirkan dan melaksanakan bagaimana untuk memajukan dan meramaikan ahli radio amatur yang berkualiti dan bukannya menyusun strateji menghancurkan golongan yang lain. Marilah kita sama-sama bersatu  melaksanakan tugas kita sesui dengan kod etika Radio Amatur.

Bagi warga Radio Amatur pengarang ingin mengingatkan dirinya dan rakan-rakan sekelian janganlah bercakar sesama sendiri cuba jadikan ianya satu contoh dan tauladan, kita semua haruslah elakan diri kita dari melakukan kerja mengumpat ianya bukan saje ditegah oleh agama bahkan masyarakat semua. Bincangkanlah atau buatlah kerja-kerja yang berbentuk konstruktif dan produktif……….. 


Monday, June 2, 2014

RazakSAT-2 Akan Dilancarkan 2015

Satelit mikro kedua RazakSAT-2 dilancarkan 2015

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2 yang dijadual dilancar pada 2015. 

Ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari berkata, program pembangunan RazakSAT-2 dimulakan awal tahun ini dan dijangka mengambil masa selama kira-kira dua tahun lebih untuk disiapkan
"RazakSAT-2 akan siap sama ada penghujung 2014  atau awal 2015 dan merupakan satelit 'remote sensing' yang boleh memberikan imej beresolusi tinggi kepada pengguna imej satelit di dalam negara dan di peringkat antarabangsa," katanya. 

Beliau yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-19 Planetarium Negara di sini, hari ini berkata RazakSAT-2 dibangunkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) yang merupakan syarikat perintis dalam pembangunan satelit di Malaysia. 

ATSB juga adalah syarikat yang membangunkan program satelit mikro pertama negara, RazakSAT yang telah dilancarkan empat tahun lalu. 

Ditanya di mana satelit itu akan dilancar, Mustafa berkata, lokasi pelancaran belum ditetapkan dan hanya akan diputus selepas RazakSAT-2 siap. 

Pada 9 September 2011, media melaporkan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus mengumumkan kelulusan peruntukan siling RM200 juta khusus bagi meningkatkan program pembangunan satelit negara, dengan menggerakkan program lima tahun RazakSAT-2. 
Beliau berkata, RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancar pada 14 Julai 2009 dan skop teknologi pembangunan RazakSAt-2 adalah untuk menaik taraf keupayaan sistem terutama dari segi perisian dan peralatan satelit. 

Satelit penderiaan jauh pertama negara, RazakSAT dilancar di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi sistem pengangkut pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Explortion Technologies Amerika (SpaceX). 

RazakSAT yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein adalah seberat 180 kilogram dan merupakan satelit penderiaan jauh pertama yang mengorbit Khatulistiwa. 

RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta lanskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar, yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara lain di sekitar garisan Khatulistiwa. - BERNAMA

Rujukan: Berita Harian  07-02-2013

Saturday, May 24, 2014

Lebihan Voltan ("Over Voltage")




Over Voltage

Mari kita bincangkan apa itu “over voltage” perkara ini mungkin berlaku di kediaman kita tampa kita sedari bila balik saje dari tempat kerja kita sedari peralatan letrik dan elektonik rosak. Dan kita sendiri tidak tahu punca nya. 

Over Voltage atau lebihan voltan banyak puncanya. Salah satunya ialah akibat kecurian komponen (biasanya kabel) daripada sub-station TNB. Dan ada ketikanya  berlaku disebabkan oleh kerja pengubahsuayan rumah dimana melibatkan pengalihan kabel letrik di alihkan oleh kontraktor yang tidak berpengalaman.

Bekalan voltan untuk rumah kediaman di Malaysia normal rating ialah 220/240 volt. Over voltages bermaksud lebihan voltan berbanding rating normal.




Kenapa agaknya main switch dan MCB tak putuskan litar kalau over voltage?
Breaker atau MCB kat rumah kita berfungsi sebagai pemutus litar ketika lebihan  arus bukan lebihan voltan. Arus dan voltan adalah dua benda yang berbeza. Cara perlindungan untuk arus dan voltan pun berbeza. Macam langsat dan duku. Jadi kalau berlaku over voltage, jangan harap la breaker nak selamatkan rumah tuan-tuan.

Sekarang ni di Eropah, Jepun, Amerika pengguna amat concern pasal lebihan voltan ni sebab dia orang sayangkan peralatan elektrik dia orang yang canggih-manggih tu. Ditambah pulak dengan rekabentuk peralatan elektrik sekarang yang kompleks dan menggunakan komponen mikro dan sensitif kepada voltan macam transistor dan microprocessor. Jadi diluar negara, hampir setiap rumah akan ada peranti atau device over voltage protector atau surge protector.


Over voltages secara lampau boleh rosakkan barang elektrik secara on the spot. Tapi satu lagi masalah kualiti bekalan kuasa ialah transient voltage surge atau momentary over voltages atau voltan lampau jangka masa pendek.
Voltage Surge

Voltage surge ni macam kanser. Sikit-sikit tapi lama-lama akan memendekkan jangka hayat peralatan elektrik rumah. Selalunya konsumer akan suspek kualiti barang elektrik zaman sekarang ...tak bertahan lama, tak macam barang elektrik zaman dulu. Tapi ramai tak tau kualiti bekalan kuasa juga mainkan paranan Macam mana? 

Dulu kebanyakkan design peralatan elektrik guna semikonduktor tube. Saiz besar Macam anak gajah, design kompleks dan functional wise amat limited. Tapi kalau setakat problem voltage surge, takde masalah. Kemudian semikonduktor saiz gajah ni digantikan oleh transistor. Saiz kecil, murah dan menyumbang kepada terciptanya intergrated circuit. TAPI kelemahan transistor ialah sensitif terhadap perubahan mendadak voltan atau voltage surge. Di sinilah salah satu punca jangka hayat barang elektrik zaman sekarang yang makin pendek.


Jadi dengan perkembangan teknologi, dengan adanya transistor, intergrated circuit dan microprocessor, dan semakin kompak saiz perlatan elektrik, makin nipis, makin ringan, makin mudah terkesan dengan voltage surge. Faham semua?
Apa puncanya voltage surge?
Sistem wiring rumah yang lemah. Yang ni seandainya terjadi kena cari kontraktor atau pemaju. Biasanya berlaku apabila "connection" di "DB" (distribution board) tidak kuat/kukuh ini mangakibatkan berlaku nya "sparking" pada tempat tersebut.  

Satu lagi, kalau kawasan rumah dekat dengan kawasan perindustrian atau bengkel yang ada arc welding juga terdedah kepada voltage surge. Industrial motor dan arc welding boleh menyebabkan voltan turun naik mendadak disebabkan induction. Jadi cubalah elakkan beli rumah kat tempat-tempat macam ini. Rumah yang paling hampir dengan sub station juga lebih cenderung untuk alami “voltage surge” (Voltan Pusuan) ini.

"Noise"
Perkara ini amat sukar untuk diterangkan kerana ia terlalu teknikal. Ia berkait rapat dengan "harmonic" dimana bekalan kita mempunyai frequency 50hz....biasanya bekalan yang masuk ke kediaman kita adalah cukup bersih 50hz....namun disebabkan sekarang ni zaman sudah moden peralatan saperti HP, PC, Laptop, Modem, DVD dll kebanyakan menggunakan "switching power supply"  Perlu di ingatkan disini bagi battery charger yang original biasanya ianya amat "clean" bersih dari "noise" akan tetapi battery charger yang dijual dipasar malam ini yang memberi masalah.....pada bekalan letrik dirumah kita...kerana ia mengeluarkan apa yang di istilahkan adalah "noise" pada sine wave 50hz.....perkara ini lebih ketara apabila PC di rumah kita dan di pejabat juga mengeluarkan 'noise" yang sama akan tetapi tidak berlaku pada jenama2 PC yang terkemuka....."noise" ini dihasilkan dari "switching power supply" yang murah yang pada PC kita....


Untuk "Over Voltage"  inilah penyelesaiannya.


"Voltage Regulator"

Gambar di atas adalah socket outlet yang dilengkapi dengan "surge arrester" perlu diingat belilah yang berjenama dan juga pastikan ianya memberi jaminan dan  ianya diinsurankan oleh 'manufacturer"

                                        Surge Protection Device (SPD)


Gambar dibawah pula adalah RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau lebih di kenali sebagai ELCB di negara kita. tapi ini adalah RCCB lengkap dengan auto recloser.
Kenapa perlu ada RCCB yang lengkap dengan auto recloser, pada mereka yang kerap tinggalkan rumah kerja out station atau balik ke kampung jika sekiranya berlaku ribut petir di kawasan rumah tuan-tuan. Alat ini akan terpelantik dengan sendirinya dan selepas beberapa saat ia nya akan “ON” secara automatik berbanding dengan RCCB yang jenis biasa yang dipasang di rumah kita. Ia nya penting jika tidak habis makanan dalam peti sejuk kita busuk..dan ikan dalam akuarium pun mati disebabkan oxygen generator tak dapat berfungsi kerana di sebabkan ribut petir alat RCCB yg kita ada memutuskan litar letrik. RCCB jenis ini dapat mengatasi nya…

"Electrical Noise"
Untuk menghapuskan "Noise" pula  anda  gunakanlah  "Noise Filter" 

Gambar diatas menunjukan berbagai bentuk /kadar "noise filter"