Friday, March 25, 2011

Bagaimana Membawa masuk Alat Transceiver dari luar Negara?


Baru-baru ini beberapa orang ham 9M2xxx dan 9W2xxx mengajukan beberapa soalan antara yang menarik perhatian penulis ialah masih ramai Ham di Negara kita tidak tahu yang cukai kastam untuk alat Transceiver telah di mansuhkan……..

Untuk pengetahuan pembaca Cukai untuk alat Transceiver Radio Amatur telah dimansuhkan seingat penulis di sekitar tahun 1995. Kita harus berterima kasih kepada 9M2SS (Sangat Singh), 9M2ZA (Zainal Farid), 9M2RS (Rashid Sultan) dll yang telah berusaha mendapatkan penguacualian cukai untuk alat transceiver Radio Amatur akan tetapi untuk Transceiver selain dari radio amatur cukainya dikekalkan sehingga hari ini.

1995 - 1998

Pada ketika itu kalau kita hendak membawa masuk transceiver dari Singapura kita hanya perlu mengisi borang Kastam JK69. Yang boleh di beli dgn harga RM1.00 di pencetakan nasional atau di Jabatan Telekom dll. Satelah mengisi borang tersebut kita hanya perlu mendapatkan “AP” (Approval Permit) dari pihak Jabatan Telekom. Pengalaman penulis pada ketika itu ialah penuluis hanya perlu bawa borang berkenaan ke Jabatan Telekom dan dapatkan pengesahan satelah borang tersebut di Chop dan di sign oleh pegawai yang bertugas…dimana biasa hanya mengambil masa 7 hari atau 5 hari sahaja. Salepas itu kita hanya bawa bersama kita. Satelah membeli barang yang dikehendaki di tempat pemeriksaan Kastam kita akan menyerahkan borang berkenaan kepada pihak kastam. Kemudian segala-gala nya selesai kita tidak perlu bayar sesen pun kepada Kastam dan juga Jabatan Telekom. Apa yang kita bayar hanya RM1.00 untuk membeli borang JK69. Bagaimana mengisi borang berkenaan ?

Cara nya mudah Tuliskan jenama dan model peralatan tersebut. Harganya. Dan isikan
No. kastam Tariff yang lama ialah “852520200” sementara yang terkini ialah 
8517.62.5920



1998 – 2011 dan seterusnya…

Satelah Jabatan Telekom dimansuhkan dan ujudlah satu badan kawal selia yang baru iaitu SKMM. Segala proses mendapatkan AP di serahkan kepada SIRIM pada ketika itu. Kita perlu mengisi borang JK69 dan serahkan kepada SIRIM dan bayaran yang dikenakan pada ketika itu hanya lah RM30 sahaja. Salepas itu berlaku satu perubahan dimana Notice No. 01/06/2004 yang di keluarkan oleh pihak SKMM dan senarai jenama dan model nya dikeluarkan pada 2004, dimana jika sekiranya alat transceiver yang di pohon tiada dalam list tersebut. Kita juga harus mengisi borang E-Permit dan juga borang “Permohonan Bagi Kelulusan Khas Peralatan Komunikasi. Kita harus membayar ...Pertama setiap peralatan Bayaran untuk proses sahaja dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 untuk setiap peralatan. Dan jika sekiranya alat tersebut tidak ada dalam senarai list tersebut setiap set pula di kena kan bayaran sekurang-kurangnya RM150.00 Pada tahun 2010 penulis ada membawa masuk 4 jenis Tranceiver yang terpakai yang di beli dari ebay. Dari 4 alat tersebut hanya satu alat sahaja yang tersenarai dlm list tersebut sementara yang 3 lagi tidak. Pada ketika itu penulis perlu mengeluarkan wang sebanyak RM750.00 untuk semua alat ini dan wang RM750 dibayar kepada SIRIM. Resitnya masih penulis simpan sebagai bahan bukti/rujukan................

KESIMPULAN.

Orang-orang veteren telah bersusah payah mendapatkan pengecualian cukai dimana pada ketika itu kita hanya perlu membayar RM1.00 itu sahaja. Akan tetapi sungguh malang pada hari ini cukai telah di mansuhkan namun kita perlu membayar beratus ringgit pula kepada pihak SIRIM. Dan kalau dirujuk kepada kes di atas penulis kira bayaran nya lebih tinggi dari cukai jika sekiranya cukai untuk Transceiver dikekalkan. Penulis tidak mahu komen apa-apa disini.

Penulis harap mereka-mereka yang menerajui Persatuan Radio Amatur yang besar dan yang gagah pada hari ini perlu melakukan sesuatu perubahan. Janganlah kita hanya lihat pada skop yang sempit dengan memikirkan soal kelab/persatuan sahaja. Ada  diantaranya pula hanya memikirkan soal peribadi "personel interest"  Lakukanlah suatu yang lebih besar untuk kebaikan semua warga ham. Cuba masyarakat kita hari ini membuat satu perubahan dengan banyak memberi (memberi khidmat...tenaga, fikiran dll) penulis percaya kalau masyarakat kita hari ini berfikiran positif dgn mengubah sikap yang sedia ada, maka semua kita akan bahagia.......
"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….."

Alamat SIRIM


SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
SIRIM Complex,
No. 1, Persiaran Dato’ Menteri, 40700 Shah Alam, Selangor.

Johor Branch
SIRIM Berhad, 
No.3, Jalan Teknologi 5, Taman Teknologi Johor, 81400 Senai, Johor Darul Takzim,
Malaysia.
GPS Coordinates N 1° 34' 31.49", E 103° 39' 9.83"
(607) 5990033 / 5990077
(607) 5998366

Penang Branch
SIRIM Berhad, Lot PT483 Mukim 6, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia.
GPS Coordinates N 5° 21' 58.72", E 100° 25' 31.01"
(604) 5384260
(604) 5384261

Sarawak Branch
SIRIM Berhad, Lot 802, Tmn Perindustrian Demak Laut, Jln Bako, Peti Surat 3292, 93764 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
GPS Coordinates N 1° 35' 5.98", E 110° 24' 43.32"
(6082) 439052 / 439054
(6082) 439060

Sabah Branch
SIRIM Berhad, Beg Berkunci 2072, 88999 Kota Kinabalu, Lot 1, Fasa 1, Zon Perdagangan (KKIP),
Jalan Timur 6, 88450 Sabah, Malaysia.
GPS Coordinates N 6° 5' 38.00", E 116° 11' 12.87"
(6088) 497082 / 4970882
(6088) 496357

Labuan Branch
SIRIM Berhad, Lot No. 2, Dataran Labuan Jalan Merdeka, Wilayah Persekutuan Labuan.
GPS Coordinates N 5° 16' 35.32", E 115° 14' 40.05"
(6087) 422718
(6087) 422718

Kerteh Branch
SIRIM Berhad, Lot 9284, Ground Floor Jalan Kampung Gelugor, Kerteh 24300 Kemaman, Terengganu.
GPS Coordinates N 4° 30' 56.30", E 103° 26' 41.37"
(609) 8264300

(609) 8264200

Wednesday, March 23, 2011

UJIAN CW 23 MARCH 2011

Hari ini 23/3/11 penulis berkesempatan pergi ke SKMM Cyberjaya, untuk menemui rakan-rakan ham yang menduduki ujian CW. Tahniah kepada mereka yang sanggup datang dari jauh untuk menduduki ujian pada hari ini.

Sambutan untuk ujian kali ini amat meberangsangkan dimana ham 15 orang ham datang dari Sabah yang selebihnya datang dari utara selatan dan pantai timur tahniah kepada mereka yang berusaha menduduki ujian ini, dengar cerita yang mendaftar seramai 50 orang tapi yang hadir untuk ujian adalah seramai 40 orang. Dari sumber-sumber yang tidak resmi dengar khabar nya seramai 18 orang lulus dalam ujian ini. Tahniah kepada mereka yang lulus. Dan kepada mereka yang gagal cuba lagi insyaallah berkat kesabaran anda pasti anda juga akan berjaya nanti. Yang penting disini jangan berputus asa.

Kepada yang berjaya penulis ingin nasihatkan agar datang lah ke 40 meter band dan kenalilah rakan-rakan Ham di Negara kita, sudah pastinya ada orang yang berpengalaman di bidang HF disana yang akan membimbing anda. Ada banyak perkara yang perlu dipelajari. Kalau kita hanya ada buku dan internet….ilmu yang ada hanya dibuku atau di internet ianya tidak akan berada didada kita selagi kita tidak membongkar dan mendalami nya.

Ada ketika nya kita perlu kan bimbingan. Yang paling baik carilah mentor. Kerana mereka-mereka ini telah melalui proses pembelajaran yang agak lama dan mempunyai pengalaman.

Saturday, March 12, 2011

Earthquake and tsunami in Japan 11 March 2011

Major earthquake and tsunami in Japan

The world watched in horror yesterday (Friday 11 March) as Japan was victim to a substantial earthquake, which in turn resulted in a tsunami that devastated huge areas of the country.

The media coverage transmitted video and images of the devastation as it unfolded, and social networking sites including Facebook and Twitter were a hive of activity as the world tuned in on the disaster.

According to Jim Linton, VK3PC, Chairman, IARU Region 3 Disaster Communications Committee, and reported on the Southgate Amateur Radio Club website:

The Japan Amateur Radio League (JARL) Regional HQ station JA7RL is now involved in emergency communication to support rescue and disaster relief coordination using 7 MHz SSB, 144 MHz SSB/FM and 430 MHz SSB/FM.

- 7.043 MHz is being used by JR3QHQ, the Osaka branch manager of JARL, gathering incident information on radio and forwarding it to the Internet.

- 7.075 MHz is occasionally operated by JL3YSP in Wakayama.

- 7.030 MHz is the JARL emergency communication frequency in its bandplan and is in use by JA7RL (JARL regional HQ station).

Japan Amateur Radio League (JARL) Secretary Ken Yamamoto, JA1CJP, said the efforts being made are purely voluntary. No organized emergency communication has been arranged.

It is clear this major event will be headline news for the days and weeks to come as the full extent of the disaster becomes apparent.

Japan is probably the best prepared nation in the world for this type of crisis and even they weren't equipped for something of this magnitude. This is the most devastating natural disaster I've ever seen in my life. And now they're facing a nuclear meltdown at 1 possibly 5 of their plants.

God help these people. I just couldn't imagine what they must be going through right now. But from what I've seen on the news, they seem to be banding together to deal with this.

We can't even band together to deal with our political problems... This should serve as a reminder to all of us how very fortunate we are to have our lives, health, homes and family. It can all disappear in the blink of an eye. Never a better day to be thankful for what you've got...
















HF EMERGENCY FREQUENCY

Amateur Radio Emergency Service
CoA ( Centre of Activity)


1.  3.600 for region 3


     3.985 for region 2


     3.760 for region 1


2.   7.060 region 1


      7.060 & 7.240 region 2


      7.110 region 3


   GLOBAL EMERGENCY CENTRE OF ACTIVITY

3. 14.300 region 1


    14.300 region 2


    14.300 region 3




   GLOBAL EMERGENCY CENTRE OF ACTIVITY

4. 18.160 region 1


    18.160 region 2


    18.160 region 3




5.  21.360 region 1


     21.360 region 2


     21.360 region 3

Friday, March 4, 2011

Batteries


Battery power is critical for emcomm (emergency communication) operations. AC power cannot usually be relied upon for any purpose and portable operation for extended periouds is common.

Batteries must be chosen to match the maximum load of equipment, and length of time that operation must continue before they can be recharge. It is advisable to use "Sealed Lead Acid" (SLA) battery.

SLA batteries should never be deeply discharge for example a 12Volt SLA battery will be damage if allowed to drop below 10.5 Volts. Exessive heat or cold can damage SLA batteries too.

How to calculate battery Ah ?
Estimate 24hrs power for base station operation on VHF transceiver.

Received Current 1 amp x 24hrs = 24
Transmit Current  5 amp x 6 hrs  = 30
Total AH                                         54Ah

54Ah Actual consumption ...
Actual battery choice  54 x 1.2 = 64.8Ah
The nearest choice is 60Ah battery which is available
in the market.

Battery Chargers
You should have two or more batteries. So that, one can be charging while another is in use. It is best to slow charge all batteries since this helps avoid over heating and extends their over all life span. In general automative and deep cycle batteries can be charged with an automobile and jumper cables or any constant voltage source. If proper battery charger is not available  any DC power supply of suitable voltage can be used but a heavy duty isolation diode must be conected between the power supply and the battery. This is important since some power supply have a “crowbar” over voltage circuit which short circuits the output if the voltage exceeds a certain limit. The output voltage of the supply must be increased to composate for the diode voltage drop. 

The charging voltage must be kept between 13.8 and 14.5 volts. A good rule of thumb is to keep the charging current level to no more the 1/3 its rated capacity. For example if you have 7Ah battery you should charge it at no more than 2 amps. The time it takes for SLA battery to recharge completely will depend on the amount of charge remaining in the battery. If the battery is only 25% discharge than it may recharge in a few hours. If the battery in discharge 50% or more than it will take between 18 – 24 hours for charging.

DC to AC Inverters

While direct dc power is more efficient and should be used whenever possible, inverters can be used for equipment that cannot be directly powered with 12VDC.

Not all inverters are suitable for use with radio, computers or certain types of battery chargers the best inverters are those with “true sine wave” output. Inverters with a modified sine-wave output may not operate certain small battery chargers and other wave form sensitive equipment. In addition all “high frequency convertion” inverter generate significant RF noise if they are not filtered both radiated and on ac output. Test your inverter with your radios power supply and accessories (even those operating nearby on DC) inverters should be grounded when in operation, both for safety and reduce radiated RF noise.

Thursday, March 3, 2011

Ketahui Hak Anda

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai pengguna. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang warganegara itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang warganegara telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran ...... memberikan diskaun pembayaran saman sehingga 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku.

Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kita harus tahu hak kita, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Petikan dari Zulhazmi Shariff beliau ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)