Wednesday, September 17, 2014

Budaya Membaca


Buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia. 
Buku berupaya membenihkan ilham pemikiran kritis dari segi politik, falsafah serta sosio-ekonomi di kalangan kelompok manusia. Buku sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah berkata “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada seribu senapang”.

Kalimah al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca; “Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah mencipkan manusia dengan segumpal darah. Bacalah Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia  dengan  pena. Dia mengajar manusia apa yang yang tidak diketahuinya” (Al-Alaq, 96:3-4). 

Membaca juga tidak dapat dinafikan ialah titik permulaan penelaahan dan jelajah ilmu para cendekiawan dan filasuf dunia barat mahupun timur, klasik mahupun moden.

Kesinambungan warisan ilmu dan budaya ilmiah para cendekiawan, ahli akademik dan pemikir asing mahupun tanah air juga rontok. Jarang sekali kerja-kerja pemikir intelektual dan para filasuf diketengahkan dalam sistem pendidikan dan diskusi arus perdana seharian. Ujian litmusnya mudah sekali; tanyakan sahaja orang awam kini sekiranya mereka mengenali personaliti ilmuan dan juga nama-nama pencipta sejarah mahupun fakta dan pengetahuan umum. Jangan terkejut jika yang dikenali hanyalah artis-artis dan ahli perniagaan semata-mata.

Kaji selidik yang dibuat pada tahun 1986 menunjukan purata rakyat malaysia membaca dua muka surat setahun namun pada 1996 - 2005 menunjukan purata rakyat Malaysia membaca sebanyak dua buah buku dalam setahun. Namun beberapa tahun yang lepas
Menurut akhbar Sinar Harian 14 Mei 2012 kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005, kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010.
Bagaimanapun, kadar membaca rakyat di Jepun yang tinggi iaitu purata 40 buah buku setahun menunjukkan pengetahuan dan kemajuan mereka lebih baik.   
"Mereka lebih berpengetahuan dan maju kerana lebih menguasai ilmu, lebih mendapat maklumat yang bertujuan untuk membangunkan negara supaya dunia menghormati dan memandang tinggi terhadap negara mereka.
"Kita juga boleh berbuat demikian tetapi ini bergantung kepada keinginan kita," katanya (Tun Dr. Mahathir Mohammad) dalam akhbar Sinar Harian.
Membaca buku mempertingkat pendidikan dan kualiti hidup
Pendidikan merupakan prasyarat peningkatan status sosio-ekonomi individu dan isi rumahnya, lantas mutu kehidupannya. Kajian Jeanne Chall membongkar bahawa terdapat satu hubungan rapat dan eksklusif di antara pendidikan dan membaca. Maksudnya seseorang yang berpendidikan tinggi akan mudah untuk lebih membaca dan seseorang yang banyak membaca akan mudah ke arah berpendidikan tinggi. Jelas bahawa membaca memangkin dan memperkukuhkan  pendidikan seseorang dan sebaliknya.

Kajian empirikal juga telah membuktikan bahawa kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang dibaca.  Secara purata, golongan yang membaca sebuah buku seminggu atau 50 buku setahun, didapati mempunyai taraf kualiti kehidupan yang tinggi. Manakala, golongan yang hanya membaca majalah atau surat khabar, dan kurang membaca secara amnya dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang rendah.

Membaca ialah kaedah terpantas untuk memperolehi ilmu dan mendapatkan fakta. Secara langsung, membaca juga memperkukuh perbendaharaan kata dan penguasaan linguistik pembaca. Perolehan ilmu ini seterusnya dapat melatih kefasihan berbicara serta menambah fakta baru dan memperlengkapkan yang sedia ada. Pemikiran pembaca seterusnya dapat mempertajamkan kesedaran sivik, sosial, ekonomi, politik, sejarah dan isu-isu berbangkit masa kini.

Membaca turut menawarkan kaedah senaman minda yang berkesan. Sebagai aktiviti yang lebih kompleks daripada menonton televisyen; membaca bukan sahaja memperkuat rangkaian dalam otak manusia, malah berupaya merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baru. Hasilnya ialah penambahbaikan konsentrasi minda di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, serta dapat mengatasi masalah jangka masa perhatian yang singkat

Buku juga mampu membawa pembaca ke dimensi berbeza seterusnya melatih daya imaginasi kreatif serta perkembangan emosi EQ pembaca. Dimensi lain ini membawa pembaca menerokai pengalaman maya yang mungkin tidak dapat dirasai dalam kehidupan sehariannya, serta mencanangkan perspektif alternatif untuk melihat dunia melalui kacamata yang berbeza.

Tambah nilai utama pengalaman maya ini ialah galakan perkembangan peribadi pembaca. Bukan sahaja daripada sudut intelektual dan IQ semata-mata, membaca juga boleh merangsang aspek psikologi, kognitif dan EQ pembaca. Dalam menterjemahkan tulisan yang dibaca kepada bentuk-bentuk imaginasi visual dan emosi tanpa batasan, membaca menggalakkan sifat empati dan simpati.

Google dan rakannya tidaklah menawarkan ilmu pengetahuan yang lengkap tetapi cuma maklumat manakala buku menawarkan ilmu pengetahuan yang lebih dari sudut hujah dan pengolahan yang lebih terperinci, bertongkatkan ilmu latar belakang penulis yang lazimnya pakar di dalam disiplin ilmu terbabit. Bibit-bibit maklumat sahaja tidak mencukupi jika tidak disusunrangka menjadi suatu sistem ilmu yang dapat dimanfaat. T.S. Eliot merintih, “Di manakah kehilangan ilmu di tengah-tengah maklumat?” Ilmu pengetahuan yang unggul telah digantikan dengan maklumat-maklumat berbentuk picisan sahaja.

Cabaran membentuk budaya Malaysia yang membaca
Desakan keperluan ekonomi isi rumah boleh dikatakan salah satu punca rakyat Malaysia kurang membaca. Peningkatan kos kehidupan negara membangun seperti Malaysia menghimpit kita untuk mengejar kesenangan material dengan mengorbankan masa untuk membaca dan perolehan ilmu pengetahuan.

Buku-buku terbitan arus perdana, lebih-lebih lagi yang diimport, begitu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit Malaysia. Mustahil bagi 80 peratus isi rumah Malaysia yang memperolehi pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan untuk menggembleng sebuah koleksi buku yang komprehensif.

Lebih membimbangkan ialah sifat cintakan ilmu pengetahuan yang semakin menipis. Masyarakat hanyut dibawa arus hedonisme sehinggakan tabiat membaca terbatas kepada buku-buku teks dan nota-nota kuliah untuk tujuan peperiksaan, dan bukannya lahir daripada kecintaan ilmu dan keinginan meneroka perbatasan ilmu yang sedia ada.

Komuniti setempat berperanan penting meringankan beban ini melalui penubuhan kelab-kelab buku di kalangan para penduduk sekampung atau setaman perumahan. Sedikit sebanyak, beban kos buku berkualiti yang tinggi dapat dipikul bersama. Malahan, kelangsungan budaya membaca dan kebertanggungjawaban membaca sebagai ahli kelab buku juga dapat diterapkan. Langkah-langkah memperkasa koleksi perpustakaan tempatan serta kempen-kempen mengimarahkannya turut berperanan  melengkapi usaha menggalakkan budaya membaca dan menyegarkan kecintaan terhadap ilmu.

Menurut Walter Cronkite, “Sebesar mana pun jumlah harga pembinaan perpustakaan-perpustakaan kita, harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga sebuah negara yang jahil!”
Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan dan rausyanfikir.

Hasrat murni ini harus diletakkan sebagai tanggungjawab bersama oleh setiap individu. Tabiat membaca mampu dan akan mengubah nasib negara kita. Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara.


“Bagaimana sibuk sekalipun, anda mesti mencari masa untuk membaca, jika tidak anda akan kalah dengan jalan kejahilan yang anda pilih sendiri” — Confucius

Saturday, September 13, 2014

Antenna & SWR




Antenna SWR
Have you ever measured the SWR of a simple antenna?
It should NOT have been 1:1
Lots of people think that a good antenna should have a 1:1 SWR as measured by an antenna analyzer. That is just not true, and this article will explain why.



We need to look at what SWR means, and how an "antenna system" 
Where the energy really goes in an antenna system.
Will a high SWR blow up my transmitter?
                              ( No, it will not, but POOR TUNING can.)  
This article was written by Stephen C. Ward, WC7I credit to Stephen for his contribution.
For more information please read here http://www.hamuniverse.com/wc7iswr.html