Friday, December 11, 2015

Penguntukan Radas Kelas B Katogori “A” ???


Beberapa hari yang lalu sempat bertemu dengan rakan-rakan ham 9W2xxx
Pertanyaan nya pada penulis ham dua abjat ini tahun bila mereka ni mendapat AA mereka meminta saya menulis mengenai nya…..

Hari ini kebetulan cuti umum……inilah yang dapat saya tuliskan…. 
Radio Amatur Dua abjat terbahagi pada tiga fasa yang berbeza.

9W2xx / 9W6xx / 9W8xx

Sebelum ini sejak awal Ham Radio di perkenalkan di negara kita hanya
Lesen Kelas A sahaja yang keluarkan oleh pihak berkuasa pada ketika itu. Bila pula ujudnya Lesen Kelas B? Jawapan nya Lesen Kelas B ujud pada tahun 1995 satelah “Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995” P.U. (A) 224 yang mula berkuat kuasa pada 19 Jun 1995. di bawah “AKTA TELEKOMUNIKASI 1950” 


Keujudan Lesen kelas B ini adalah hasil daripada masyuarat agung Marts pada tahun 1982 dimana 9M2AV Avatar Singh (SK) menegsyorkan di ujudkan “Lesen Novice” cerita berkaitan lesen novice ini tidak mendapat apa2 sambutan sebab ketika itu hanya ada mungkin ada kurang dari 60  orang SWL yg telah lulus ujian RAE ketika itu. Jadi ia nya tidak mendapat sambutan baik warga 9M atau SWL. Pada sekitar tahun 1992 9M2RS, 9M2SS, 9M2ZA dan beberapa orang lagi telah berusaha mendapatkan nya melalui surat kepada pihak berkuasa JTM ketika itu. Pada tahun 1995 barulah ianya di luluskan namun ianya menjadi isu di sebabkan apa yang Marts pohon ketika itu ialah mereka meminta supaya Lesen Kelas B boleh bekerja di 6 Meter, 2 meter, 70cm, dan keatas. namun pihak JTM hanya memberi kelulusan 2 Meter hanya di Frequency 144.600 MHz sahaja dengan kuasa pancaran 5 Watts. Pihak.

MARTS kemuadian memohon kepada JTM supaya di berikan apa yang di pohon. Namun JTM kemudian memberi jawapan mereka benarkan hanya 144.000 - 148.000 Mhz sahaja dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja. Namun pihak Marts tidak bersetuju dengan perkara ini satelah berbincang. Akhirnya pihak JTM hanya membenarkan Kelas B ini bekerja di 144.000 - 148.000 MHz dengan kuasa pancaran 10 Watts. Dan mereka beri ini dahulu dan memantau jika sekiranya Pelesen Kelas B mematuhi dan ada etika dalam memancar di 2 meter satelah barulah pihak JTM akan beri kelonggaran dengan memberi lain2 frequensi dan menaikan kuasa pemancaran nya. Itu lah detik mula-mula lesen kelas B pada peringkat permulaan. 

JT adalah logo Jabatan Telekom 

FASA PERTAMA (JT/JTM)

Untuk info bagi mereka-mereka yang telah lulus ujian RAE City & Guilds  dan juga Ujian RAE Jabatan Telekom Malaysia sebelum tahun 1995 mereka ini pada ketika itu masih lagi SWL walaupun mereke telah lulus ujian bertulis. Pada bulan Julai 1995 bagi mereka yang sudah lulus ujian ini mereka memohon mendapatkan Lesen Kelas B pada ketika itu. Dan untuk info orang yang pertama yang memohon Lesen Kelas B adalah kebetulan sahabat penulis ia itu saudara Zanul Ariff pada ketika itu pihak Jabatan. Telekom memberi callsign pada beliau 9M2ZAA di mana pada ketika itu pegawai yang mengeluarkan Lesen pada ketika itu membuat kesilapan dengan memberi Tanda Pangggil 9M2ZAA pada beliau satelah di sedari kemudian callsign nya di tukar menjadi “9W2ZA” dan ramai rakan-rakan saya pada ketika itu contohnya saperti Pak Yeop dapat callsign 9W2RS, 9W2AA dan Hanafi 9W2TZ ini adalah antara yg lulus ujian RAE pada tahun 80an, Jaafar 9W2MJ, 9W2AG, dll adalah antara orang-orang yang terakhir menduduki ujian RAE yang di kendalaikan oleh JTM iaitu pada tahun 1997…..ini adalah FASA Pertama Lesen Kelas B. Di mana rakan-rakan ham kita ini yang telah menduduki ujian RAE masa tahun2 70’an - 90’an. yang di kendalikan oleh JTM atau C & G 


9W's FASA KEDUA. (SKMM)

Pada tahun 1998 JABATAN TELEKOM MALAYSIA di bubarkan dan SKMM mengambil alih. Tiada ujian RAE di buat sejak tahun 1998 hingga lah tahun 2001 tiada ujian RAE di jalankan. Pada akhir pertengahan tahun 2001 inilah kali pertama Ujian RAE di jalankan oleh pihak SKMM.
Tanda Panggil antara nya saperti 9W2DJ, 9W2FG, 9W2FD, 9W2EG, 9W2ZE , 9W2FD, 9W2EE,  dll callsign dua abjat ini di keluarkan oleh pihak SKMM pada tahun 2004 satelah “Garis Panduan Radio Amatur” di ujudkan maka Callsign dua abjad di mansuhkan.

9W's FASA KETIGA (SKMM)
Pada akhir tahun 2004 kalau tak silap saya maka ujudlah tanda panggil 9W’s  3 abjat….dan selepas itu sehinggalah kini tiada lagi Tanda panggil 9W2/6/8  dua abjat  di ujudkan walaupun masih ada kekosongan dan kita boleh kategorikan ini lah generasi ketiga 9W’s.

Demikianlah serba ringkas bagaimana tanda panggil 9W’s di ujudkan.

Rujukan: 
Marts Newsletter
Akta Telekomunikasi 1950
Peraturan- Peraturan Radiokomunikasi 1995  P.U. (A) 224

Monday, October 19, 2015

KEJUTAN DI GELUMBANG 7 MHz


                                                                        9M2RDX


Pada 15hb Oktober 2015 yang lalu. Penulis  mendapat berita Class B sudah di benarkan menggunakan 40 Meter Band. Pertama sekali tahniah kepada pihak- pihak yang telah bekerja keras didalam  merealisasikan perkara ini. Dan terima kasih & tahniah juga kepada pihak berkuasa SKMM yang telah membenarkan 9W’s menggunakan band ini.

Pada petang  dan malam hari tersebut penulis berkesempatan memantau jalur tersebut. Kedengaran ramai 9W’s di jalur berkenaan. Pada malam nya di freq. 7.130 MHz jam 2130hrs. 9M2RDX (Rizal) menjadi 40 meter net controller.

Stesyen -stesyen yang “check in” dalam 40 Meter Net ini adalah saperti berikut:

Prefix                 Jumlah
9W’s = 32
9M’s = 14
YD/YC/YF       = 14
VU                  = 2
RU                  = 2

Jumlah keseluruhan station yang “check in” adalah sebanyak 64 kesemua nya

Syabas buat anda 9M2RDX yang telah berjaya menjayakan 40 Meter Net pada Malam tersebut.

Kesimpulan:
Ada ramai 9W’s yang ber “QSO” dengan betul namun hanya ada segelintir sahaja yang masih baru di arena HF ini. Walaubagaimana pun syabas buat anda juga yang berani tampil kehadapan bagi memeriahkan jalur ini. Nasihat ikhlas penulis adalah banyakan lah mendengar dan “Monitor” di HF bagaimana rakan2 yang berpengalaman berqso. Cara ber “QSO” di HF amat berbeza dengan apa yang tuan2 dengari dan praktikan selama ini. Berlatih lah ber “QSO” dengan rakan2 anda yang berpengalaman.

Sunday, September 27, 2015

Is amateur radio only a hobby and nothing else?

Many amateurs believe that amateur radio is just a hobby and nothing else, and its prime purpose is to make many DX contacts on HF and to collect QSL cards, so why do you need to write an entrance exam for a hobby?

But in reality it is more than a hobby as it also provides a service to the public during disasters via Hamnet, or radio communications during public sports events.

The International Amateur Radio Union (IARU) is the international guardian of amateur radio and liaises directly with the International Telecommunication Union (ITU), as well as to innovate and advance amateur radio - and it is sponsored by amateur radio societies around the world including the SARL.

The real facts are that the amateur radio service covers a large range of activities where every amateur can find some aspect of it to enjoy, which also includes experimenting, research and pioneering in the very wide field of amateur radio science and technology all the way to the top end of the microwave spectrum. This is why the ITU refers to amateur radio as a service and not as a hobby as exemplified by CB Radio. 

Do you think for one moment that the ITU would have allocated so many VHF, UHF, SHF and EHF bands of valuable radio spectrum to hobbyists?

Source 

http://www.southgatearc.org/news/2015/september/is_amateur_radio_only_a_hobby_and_nothing_else.htm#.VgfJNGBUQcg

Saturday, September 26, 2015

9M2xx LIST - MARTS CALL BOOK 1998

A few weeks ago one 9W’s ask me where are the Elmer's….I told them I don’t know.
He told me that they are going to organised  KRAM 2015 ("Konvensyen Radio Amateur Malaysia") this coming November. The organiser would like to invite the Old Hams with their suffix ending with 2 alphabet for a special dinner…Than he ask me to compile the callsign. The following Callsign are based on the MARTS Call Book 1998

I can only remember a few of them. Here are the list which i compiled few weeks ago….


1. 9M2AH - Che Mat         Arau Perlis

2. 9M2AI - Amat Onggak   Putra Jaya

3. 9M2AL - Alen Sg. Petani

4. 9M2AM - Anuar Rawang

5. 9M2AR - ABD. RAHMAN Alor Setar

6. 9M2AT - AZELAN             KANGAR

7. 9M2AU - Aziz                     BANGI

8. 9M2AZ - AZIZ BATU CAVES, SELANGOR

9. 9M2AW - Arumugam PENGKALAN HULU, PERAK
10. 9M2BA - AZMI PENANG

11. 9M2BL - GHANI PUNCAK ALAM , SHAH ALAM

12. 9M2BP - HO BATU PAHAT *****

13. 9M2BR - MOHAMMAD KEPALA BATAS
   
14. 9M2BW - BURHANUDIN PENANG

15. 9M2CE - MOHD NOOR KEPALA BATAS

16. 9M2CF - CHOW SELANGOR

17. 9M2CJ - THIAM KEPONG KL

18. 9M2CL - CHIN PENANG   ******

19. 9M2CO - ADRRIAN SELANGOR ****

20. 9M2CW - CHIN IPOH

21. 9M2CZ - ISMAIL MELAKA

22. 9M2DA - DEEN MUAR

23. 9M2DX - Dr.  FAIZAL BANGI

24. 9M2EO - ERIC SELANGOR

25. 9M2EW - SHAH RIZAL SELANGOR

26. 9M2FF - YUSOFF SHAH ALAM

27. 9M2FI -   THAM                  PENANG

28. 9M2FK -  ESHEE PENANG

29. 9M2FL - CHEN ALOR SETAR

30. 9M2FO - WENG JOHOR BAHRU ***

31. 9M2FX - KAMAL MUAR

32. 9M2GA - DR. LEE MUAR ****

33. 9M2GJ - LOKMAN KUANTAN

34. 9M2GR - GANESH SHAH ALAM

35. 9M2HA - RAHIM KUALA LUMPUR

36. 9M2HC - CHOO IPOH

37. 9M2HF - HALIM SHAH ALAM ***

38. 9M2HH - HISHAM PETALING JAYA

39. 9M2HJ - HJ SALLEH         KELANTAN

40. 9M2HM - MICHAL SEREMBAN

41. 9M2JA - CHEN TAMPOI,JOHOR BAHRU***

42. 9M2JE - JOHN YEE JOHOR JAYA *****

43. 9M2JP - JAMEL TROPICANA DAMANSARA

44. 9M2KD - LONG JINJANG KL

45. 9M2KM - KHALID IPOH

46. 9M2KN - Dr. KEN           JOHOR BAHRU

47. 9M2KR - ONG PENANG

48. 9M2KW - WENG PENANG

49. 9M2KX- KAMSANI BATU CAVES,SELANGOR
50. 9M2LC - LIM PENANG

51. 9M2LL - BASRI                TAMPIN, N.SEMBILAN

52. 9M2LM - LAM                 BENTONG

53. 9M2LR - RICHARD LYE  NIBONG TEBAL, PENANG

54. 9M2LS - CHOO               MELAKA ***

55. 9M2ME - NASIR              BATU CAVE SELANGOR

57. 9M2MH - AU MUN HENG SRI KEMBANGA, SELANGOR

58. 9M2MO - ANUAR           TAMN TUN, KL

59. 9M2MY - SHAMSUL KERAMAT, KL

60. 9M2MZ - MARZUKI KULIM, KEDAH

61. 9M2NM - NORDIN KUANTAN

62. 9M2NO - NAZLI BESERI PERLIS

63. 9M2NP - NARAYANAN (TENGO)  JB

64. 9M2NQ - ALBERT KL

65. 9M2NZ - RASHID GHANI NILAI, N. SEMBILAN

66. 9M2OK - OTHMAN PORT DICKSON, N. SEMBILAN

67. 9M2PT - CHAN SILIBIN IPOH

68. 9M2PZ - MANAN ARAU PERLIS

69. 9M2RB - ROSLI NILAI, N. SEMBILAN

70. 9M2RF - RAMA CHERAS, KL

71. 9M2RI - RAJA ISKANDAR KL

72. 9M2RJ - RAJAMANI BANDAR SUNWAY, SELANGOR

73. 9M2RL - RAHIM MANAP   RAWANG ***

74. 9M2RT - Richard                     Petaling Jaya   (REF: 1998 CALLBOOK)
                                                       (Now Owns By: RAZIF  -CHERAS, SELANGOR)
                                                           
75. 9M2SB - BAHAR IPOH

76. 9M2SO- SHAFIEE KEPALA BATAS

77. 9M2SP - SAM KELANG, SELANGOR

78. 9M2SS - SANGAT SINGH KL

79. 9M2ST - STEVEN TAN         CHERAS, KL

80. 9M2SW - THOMAS PARIT BUNTAR, PERAK

81. 9M2SX - SAITO PENANG
  
82. 9M2TA - ONG NIBONG TEBAL

83. 9M2TW - CHANDRAN TMN SRI ANDALAS KELANG *****

84. 9M2VF - MUI PENANG

85. 9M2VJ - VIJAYA PETALING JAYA 

86. 9M2WJ - WAN JOHARI SELAYANG, SELANGOR

87. 9M2WW - HUM SEE BENG SUBANG JAYA, SELANGOR

88. 9M2YB  - CHAM PETALING JAYA, SELANGOR

89. 9M2YR -  HARUN KANGAR, PERLIS *****

90. 9M2ZA -   ZAINAL BATU CAVES, SELANGOR

91. 9M2ZB - ZALMI KANGAR ******

92. 9M2ZC  - ZAKARIA SRI KEMBANGAN, SELANGOR

93. 9M2ZD -  BALAN TELUK INTAN, PERAK

93. 9M2ZI  -   AZIZI SRI KEMBANGAN

94. 9M2ZN -  MAZWAN ALOR SETAR, KEDAH

95. 9M2ZS - MAT ZAIN ARAU PERLIS 

I have some of their phones numbers. And most of them i don’t have, if anyone knows their contact number please let me know. Thank you…..


73 De 9M2AU






Thursday, July 9, 2015

Taiping Bandar Bersejarah






Sejarah Taiping

Sejarah mencatatkan, Taiping menjadi tumpuan British kerana kekayaan lombong biji timah yang ditemui pada 1840-an oleh Long Ja’afar ketika sibuk mandi jeram di Larut, Perak.

Long Ja’afar kemudian membawa masuk sekumpulan pelombong Cina dari Pulau Pinang bagi membantu kerja melombong di Klian Pauh.

Selepas pergaduhan tercetus antara kumpulan Hai San dan Ghee Hin pada 1861, Ngah Ibrahim menggantikan bapanya, Long Ja’afar pada 1857.

Taiping bermakna ketenangan abadi dalam bahasa Mandarin. Ia menjadi ibu negeri Perak sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas itu, ibu negeri Perak dipindahkan ke Ipoh selepas kekalahan tentera Jepun.

Lapangan Terbang Taiping   Ia terletak di Thomson Road, Tekah dan juga diketahui sebagai Lapangan Terbang Tekah. Lapangan terbang ini dibina dalam awal tahun 1929,lapangan yang membenarkan kapalterbang mendarat dan berlepas, merupakan yang pertama di negeri Perak dan yang pertama di Semenanjung Malaysia

Melalui lapangan terbang ini Bandar ini juga mencatat sejarah manis dalam pengangkutan udara negara iaitu tempat presiden pertama dan bekas naib presiden Indonesia, Sukarno dan Mohd Hatta mendarat pada 1945 untuk mengadakan rundingan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia.

Kedua-dua tokoh itu mengunjungi bandar ini untuk bertemu Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaacob, pemimpin Kesatuan Semenanjung Indonesia untuk membincangkan kemerdekaan bersama kedua-dua negara.


Tertua dan pertama di Malaysia

Taiping adalah lokasi paling kerap menerima taburan hujan di negara ini iaitu sekitar 4,000 milimeter setahun. Justeru, muka buminya sentiasa lembap terutama di Taman Tasik Taiping.

Bandar Warisan ini masih mengekalkan ciri-ciri peninggalan sejarah dengan bangunannya kaya dengan seni bina kolonial.

Selain daripada Bukit Larut yang menjadi pusat peranginan tertua dan Taman Tasik Taiping sebagai tasik tertua di Semenanjung Malaysia, bandar ini juga adalah laluan kereta api pertama dibuka antara Taiping dan Port Weld pada 1885, Muzium Perak pada 1883 dan padang golf pertama di semenanjung yang dibuka di Taman Tasik Taiping pada 1885.


Antara rekod pertama Taiping (tahun)

Lombong bijih timah terbuka di Semenanjung (1844)
Kolam renang - Kolam Renang Kemahkotaan (1870)
Gudang senjata dan meriam (1870)
Mahkamah Majistret (1874)
Balai penghulu (1875)
Talian Telegeraf Pertama (1876)
Port Weld (1877)
Pasukan polis (1879)
Kediaman Residen (1879)
Pusat peranginan tanah tinggi - Maxwell Hill (1884)
Rest house (1894)
Masjid - Masjid Tengku Menteri (1897)
Pejabat kerajaan (1879)
Pejabat pos dan telegraf (1880)
Taman tasik - Taman Tasik Taiping (1881)
Hospital swasta dan kerajaan (1880)
Kelab - New Club (1892)
Stesen kereta api dan gudang (1881)
Bangunan pasar - Taiping Market Square (1884)
Muzium - Muzium Perak (1883)
Penjara - Penjara Taiping (1879)
Trek kereta api - dari Port Weld ke Taiping (1885)
Kelab lumba kuda - Perak Turf Club (1886)
Gereja Anglican - All Saints Church, Taiping (1886)
Sekolah Inggeris - King Edward VII School (1883)
Menara jam - Menara Jam Besar (1881)
Esplanade - Padang Esplanade (1890)
Akhbar Melayu - Seri Perak (Jun 1893)
Akhbar Inggeris - Perak Pioneer (4 Julai, 1894)
Akhbar Tamil - Perak Verthamani (1894)
Pasukan tentera - Malay States Guides (1896)
Lapangan Terbang Taiping (1929)


BUKIT LARUT DAHULU DI PANGGIL BUKIT MAXWELL


STESYEN KERETAPI PORT WELD 




KTM STATION TAIPING 1885


KTM TAIPING




Market Lama Taiping Tiada perubahan sehingga kehari ini



Sekolah King Edward VII yang masih lagi kekal reka bentuk asal



Rumah Rehat Pertama Taiping

Pejabat Kerajaan Taiping Masih gagah sehingga kini

Penjara Taiping

Kolam Renang Pertama di Taiping

Ini adalah gambar terbaru Rest House yang terletak di Taman Tasek Taiping

Ini lah nasib Pejabat Pos & Telegraf yang pertama di Malaysia

                                      Lapangan Terbang yang pertama di Malaysia ....1929














Apa yang hendak penulis paparkan disini Taiping adalah bandar bersejarah namun ia nya tidak terjaga dengan rapi oleh pihak tertentu. Taiping kaya dengan sejarah. Namun tiada sesiapa yang berminat untuk memeliharanya, amat malang sekali nasib nya bile penulis baru-baru ini melawati tempat yang bersejarah ini. 

Sebahagian dari Taman Tasek Taiping telah kering, ini tidak pernah berlaku 10 tahun yang lalu akibat dari pembangunan di di persekitaran yang tidak di kawal menyebabkan sebahagian taman taman tasik ini kering.

Rest House Taiping yang terletak di Taman Tasek yang dahulunya bekas peninggalan Asst. Residence British telah dinaiki lalang. Ini adalah sejarah pertama di mana talian telegraf pertama di pasang dari tempat ini ke Pejabat Residence di Kuala Kangsar talian telegraf yang pertama di tanah melayu ini telah beroperasi pada 16 April 1876. Sementara itu pejabat pos dan Telegeraf yang pertama di tanah melayu juga telah di biarkan menjadi Setor....saperti gambar di atas.

Hanya beberapa bangunan saperti Muzium Taiping, Bangunan Kerajaan, Sekolah King Edward VII, Sek. Methodist, dan beberapa bangunan sahaja yang terjaga dan di kekalkan bentuk nya saperti asal.

Sekolah King Edward VII ini  ramai antara kita yang tidak tahu keistimewaan tentang sekolah ini....untuk informasi Station kretapi yang pertama dibina adalah asal nya di Sekolah ini. Selepas ianya berpindah ke tempat sekarang yg berhadapan dengan hospital Taiping. Maka di dirikan Sekolah King Edward seingat penulis yang pernah bersekolah di sini pada Tahun 1968 rail keretapi peninggalan nya masih ujud ketika itu. Penulis masih lagi mengingati nya.

Banyak perkara yang bersejarah ini tidak di ketengahkan dan tempat ini di biarkan begitu sahaja. Ade tempat2 nya di biarkan tampa terurus.

Penulis menyeru kepada pihak tertentu supaya mengambil langkah proaktif bagi menjaga sejarah peninggalan ini.