Wednesday, November 12, 2008

MUSLIHAT DISEBALIK ARRD08 DI PORT DICKSON

MUSLIHAT DI SEBALIK ARRD 08
13 ~14 Disember 2008 - Port Dickson

Oleh kerana baru-baru ini terdengar desas desus mengenai acara Amateur Radio Reunion Day 08 (ARRD 2008) akan diadakan di Port Dickson penulis rasa perlu mendapatkan penjelasan lanjut apa itu ARRD 08. Penulis mengambil peluang berkunjung ke Port Dickson pada minggu lepas. Semasa berada di Port Dickson penulis sempat bertemu dengan 9M2PD (Harichandra) dan 9W2PD (Rabin) kebetulan 9M2PD adalah pengerusi ARRD 08. Semasa sampai di rumah beliau di Port Dickson penulis begitu kagum melihat tower di perkarangan rumah beliau diatas tower tersebut terdapat 4 element HF Yagi reflector nya agak panjang mengikut 9M2PD panjang element berkenaan ialah 26 kaki. Terdapat juga 2 stack 2 meter yagi dan lain-lain lagi.

Semasa sesi perbualan dengan 9M2PD dan 9W2PD penulis bertanyakan apakah tujuan diadakan ARRD 08 ini. Beliau lalu menyatakan....semasa ditahun 70han...80han dan pertengahan tahun 90han waktu itu katanya hanya ada lesen kelas A sahaja di Malaysia. Pada ketika itu hanya ada satu persatuan sahaja....dan ketika itu apabila ada AGM (Masyuarat Agung) ...biasanya AGM di adakan di Kuala Lumpur. Tiap-tiap tahun di adakan AGM dan ramai dari Ham Radio pada ketika menunggu saat AGM kerana inilah masanya mereka dapat bertemu rakan-rakan ham dari seluruh negara. Ham dari Utara tanah air...pantai timur ...selatan ...Sabah...Sarawak akan datang ke KL...menurut kata beliau lagi bukan saje ham dari negara kita saje yang hadir....Ham dari negara jiran saperti Thailand dan Juga Singapura juga turut hadir dalam AGM

Tapi itu semua sudah menjadi sejarah....ianya tidak lagi ujud sejak dari tahun 2000. Orang-orang lama atau veteran masing-masing membawa haluan masing-masing. Ada diantaranya sudahpun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya saperti 9M2GL...9M2DS..9M2BS...9M2GV...9M2PN...9M2DW..9M2AV...9M2DD...9M2AA..9M2JL...9M2BG...9M2CK..9M2MX dll. Menurut 9M2PD lagi beliau amat rindu dengan rakan-rakan lama yang biasanya beliau akan ketemu apabila ada AGM pada tahun-tahun 70han..80han dan juga 90 han yang lalu...atas dasar rasa sifat bertanggung jawab beliau kemudian dapat satu idea apa kata kalau kita semua dapat duduk kembali di bawah satu bumbung....lupakan soal politik....kita cerita kita adalah Ham Radio hobi yang disanjung tinggi pada suatu ketika dulu......Tak perlu kita cerita saya dari persatuan itu dan ini.....Disini kita cerita tentang Hobi kita iaitu Radio Amatur atau Ham Radio. Menurut beliau lagi beliau lalu mengumpulkan beberapa org 9Ws yang terdiri dari berbagai persatuan....dan menamakan mereka dengan panggilan ”Amateur Radio Reunion Day 2008” Organizing Committee” Tujuan ARRD 08 ini di buat adalah untuk mengumpul seluruh radio amatur dari tanah air tak kira mereka ini datang dari persatuan atau kelab mana. 9Ws, 9Ms dan juga rakan-rakan dari luar negara juga di jemput hadir.
Menurut kata 9M2PD lagi kebetulan mengikut sejarah ham radio di negara kita bermula pada tahun 1928 jadi kalau di congak 1928 ~ 2008 ia akan menjadi 80 dan dalam masa yang sama kita meraikan 80 tahun ativiti ham radio dinegara kita.....


MINI HAMFEST DAN PENDIDIKAN

Beberapa program akan disediakan dalam ARRD 08 ini antaranya ialah Mini Ham Fest ..pada petangnya pula diadakan sesi berbentuk pendidikan/ilmiah dimana pihak ARRD 08 menjemput Prof. Dr. Ahmad Faizal (9M2DX) salah seorang Prof. yang berkhidmat di Universiti Tun Hussin Oon. Beliau bergiat aktif dalam radio amatur pada suatu ketika dahulu. Beliau banyak membuat kajian mengenai Sains Angkasa dan atmosfeara dan propagasi dan lain-lain lagi beliau telah banyak kali diundang dalam majlis-majlis dialog dan seminar di dalam negara dan luar negara dalam memberi ceramah berkaitan dengan atmosfera , propagasi dan RF. Beliau juga adalah seorang jurutera profesional dan telah menyumbangkan beberapa artikal ilmiah kepada IEEE (Institute Of Electrical and Electronics Engineers) satu badan Profesional yang berpusat di United Kindom beliau juga adalah seorang ahli di dalam IEM (Institut Of Engineers Malaysia atau Institut Jurutera Malaysia) Untuk pengetahuan tuan-tuan semua beliau adalah seorang yang bertanggung jawab yang telah menyediakan kertas kerja berkaitan Micro Satellite yang pertama di Malaysia iaitu ”TIONGSAT” pada suatu ketika dahulu. Ramai dikalangan radio amatur hari ini tidak mengenali beliau. Dan inilah masanya untuk kita mengenali lebih dekat lagi siapa itu 9M2DX. Mungkin ada diantara kita pernah mendengar callsign ini tapi tidak pernah menemui beliau atau mungkin ada diantara kita hari ini tidak pernah mendengar callsign 9M2DX....
Pada malamnya pula diadakan sesi jamuan makan dan suai kenal. Inilah masa nya kita dapat bermesra dan dapat berkenal sesama kita 9Ms...9Ws dan SWL dapat bertukar-tukar pendapat. 9Ws pula dapat mengenali dengan lebih rapat lagi dengan orang-orang veteran 9Ms. Penulis difahamkan ada Ham yang datang dari German , Jepun dan juga dari Singapura yang akan turut serta dalam acara ini. Penulis mengucapkan syabas kepada pihak penganjur yang telah berusaha mengadakan acara ini bukan nya mudah untuk menjemput ham dari German, Jepun dan juga Singapura. Usaha mereka kearah memartabatkan acara ini perlu disanjung tinggi kita patut membantu dan menyokong hasrat mereka ini.

Pada malam nya juga diadakan sessi Dxpedition station-station HF dan juga Satellite
Disediakan oleh pihak penganjur disini anda boleh lihat sendiri dan belajar sedikit sebanyak berkaitan HF, Satellite dan digital.

Penutup
Saya berpendapat inilah masa nya kita semua patut merebut peluang yang ada untuk kita sama-sama menyertai ARRD 08 ini. Penulis rasa inilah masa nya kita patut buangkan apa-apa yang nagatif didalam sanubari kita. Pernah satu ketika ada seorang 9Ws berkata pada penulis kita semua amat rugi kerana tidak dapat berkenal rapat dengan Aruah Hj Idris 9M2GL kerana ilmu dan pengalaman yang ada padanya tidak boleh kita dapati dari gedung-gedung ilmu dinegara kita. Memang benar kata-kata rakan kita ini aruah Haji Idris banyak mempunyai ilmu berkaitan Antenna, Transmitter, CW, RF dll dan comitmentnya dalam mengajar penuntut-penuntut yang ingin mengmbil ujian RAE dan CW amatlah baik mutunya. Penulis boleh katakan disini tidak ada seorangpun sehingga kini yang commited saperti beliau pengalaman nya dalam bidang radio amatur selama lebih berpuluh tahun di bidang Radio Amatur dan diberikan kepada penuntut-penuntutnya amatlah berharga. Semoga roh nya dicucuri rahmat berkat ilmu yang diajarkan oleh beliau.
Marilah kita sama-sama bersatu sebagai ”Radio Amatur” dan sama-sama kita menafaatkan masa yang ada ketika ini. Bukan nya mudah untuk kita bertemu dengan orang-orang lama atau dengan Prof. Dr Ahmad Faizal. Lebih-lebih lagi ilmu yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Ahmad Faizal tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Semoga acara ini berjaya dan terima kasih kepada anggota kumpulan ARRD 08 yang berusaha dan berkerja keras bagi menjayakan acara yang julung-julung kali diadakan ini. Marilah kita sama-sama turun ke Port Dickson meraikan 80 tahun Aktiviti Radio Amatur di Malaysia...