Sunday, September 29, 2013

Sejarah Telegraf Dan Telefon Yang Pertama Di Malaysia


Perkataan tele berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud jauh. Oleh yang demikian secara literalnya telekomunikasi itu boleh dirujuk sebagai komunikasi jarak jauh.

Perkataan telegraph diambil dari perkataan Greek, Grapho yang bermakna menulis. Secara literalnya telegraph boleh ditakrif sebagai berita yang dihantar dan diterima dalam bentuk ‘tulisan’. Mengikut sistem ini, setiap maklumat atau berita yang dihantar dan diterima itu adalah bentuk  kombinasi kod yang maknanya telah dipersetujui. Istilah telegraf ini telah digunakan oleh Member of Frech Assembly pada tahun 1793 untuk merujuk isyarat yang telah Berjaya dihantar oleh system Chappe (Lihat John F Ross, A history Of Telecommunication hlm 13) Lihat juga Leonard de Vries The Book of Telecommunication, hlm 27)

Menurut sejarah British menghadapi masalah besar dalam aspek perhubungan. Pada ketika itu negeri-negeri Melayu keadaan muka bumi nya berhutan tebal serta disulami dengan paya yang luas menjadi penghalang utamabagi mengujudkan system perhubungan yang baik.

Urusan surat menyurat ia itu satu-satunya cara perhubungan yang ada masa itu mengambil masa yang lama.Surat dari Singapura mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke Taiping atau Kuala Lumpur. Malah pada satu tahap awal keujudan system residen, surat dari Gabenor kepada Residen dihantar dengan mengunakan bot atau sampan ke salah satu pelabihan di pantai barat negeri-negeri Melayu saperti Klang sebelum disampaikan oleh runner atau menggunakan kereta lembu ke pusat pentadbiran. Proses ini amat lambat tambahan pula  dengan kedudukan pusat pentadbiran saperti Taiping yang terpisah dengan Port Weld sejauh 10 batu, disamping halangan paya dan hutan menyukarkan lagi perjalanan. Masalah yang sama juga terdapat di Selangor. Bandar Klang dan Kuala Lumpur terpisah sejauh 22 batu ini melambatkan segala urusan pentadbiran British. 

Keadaan ini menyebabkan British mencari alternatif lain bagi memperkemaskan sistem perhubungan, sistem pos telah diperkenalkan oleh British menjelang tahun 1880 selain itu satu lagi bentuk perhubungan  yang dianggap termoden ketika itu iaitu telegraf turut diperkenalkan. Perak merupakan negeri tanah melayu yang pertama menggunakan sistem ini. 
(Lihat Perkembangan Sistem Telekomunikasi Di Selangor -Telegraf dan Telefon 1874 - 1896  hlm 17)

“The first inevual telegraph circuit in Malay States was opened on 16 April 1876…it was a single wire hung up on jungle trees from the office of British Resident Perak in Kuala Kangsar to Asistant Residence in Taiping and to the Magistrate Office in Matang a total length of 27 miles…” 

                        Di percayai inilah tapak asal British Asistant Residence di Taiping

                  Ini adalah gambaran Asal British Assistance Residence di Taiping


Inilah rumah residence British di Kuala Kangsar dan sekarang ini menjadi Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom.

Ini bermaksud talian yang dipasang di Perak itu merupakan talian yang pertama di negeri-negeri Melayu. Secara langsung juga sistem ini menjadi asas bagi memperluaskan ke negeri- negeri lain terutama Selangor.

Ini diikuti pada tahun 1886 apabila perkhidmatan telegraf yang menghubungkan Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura diperkenalkan.
Selepas system telegraf moden diperkenalkan, muncul satu lagi alat telekomunikasi yang dianggap lebih cangih iaitu telefon. Istilah telefon diambil dari perkataan Greek, iaitu phone yang bermaksud bunyi. Telefon secara praktik telah ditemui oleh Alexender Graham Bell. 
Ini adalah Pejabat Pos Dan Telegraf yang pertama di Taiping dan dipercayai juga inilah pejabat pos dan telegraf yang pertama di Malaysia

Terdapat beberapa percangahan mengenai  Tarikh mula telefon diperkenalkan di Selangor umumnya dan Kuala Lumpur khasnya. Perkara yang sama turut dinyatakan secara ‘samar’ di dalam Lapuran Tahunan dan Warta Kerajaan tahun 1891. Ini kerana kedua-dua sumber tersebut tidak menyatakan secara jelas dan terang tentang tarikh pengenalan telefon di Selangor berdasarkan  perkara ini pengkaji sejarah merasakan telefon telah digunakan lebih awal  dari tahun 1891 namun selewat-lewatnya pada hujung tahun 1889 telah ada sumber-sumber yang menunjukan telefon telah digunakan  di Selangor. Misalnya surat daripada pejabat Residen bertarikh 13 Ogos 1889 kepada Baxendale yang kandungannya membuktikan bahawa Residen Selangor telah menggunakan telefon pada tarikh tersebut kandungan surat itu antara lain  menyatakan:

Please inform (Baxendale) that I (Resident) wish him to inspect the residency telephone which does not satisfactory…”    (Lihat surat daripada Residen Selangor kepada Pesuruhjaya Jabatan Pos dan Telegraf bertarikh 13 Ogos 1889, SSF,KL 2643/89)

Malah terdapat beberapa perkara yang turut menyokong hujah ini. Antaranya ialah permohonan oleh G.A Wijisekera sebagai penyelia talian telefon di Selangor. Pada masa itu beliau sedang bertugas dalam jawatan yang sama di Burma.

Abdul Aziz Mohd Nor
de 9M2AU


Rujukan: Siri Monograf Persatuan Sejarah Malaysia Perkembangan Sistem Telekomunikasi Di Selangor. Telegraf Dan Telefon 1874 - 1896 Oleh Azharudin Mohamed Dali Jabatan Sejarah Universiti Malaya