SWL - Kenangan lalu.....

                                KENANGAN MASA LALU

                                                            NEWSLETTER 1981



Hari ini 09/12/2011 saya ingin mencari sesuatu …..ingat ingin menulis sedikit artikel. Namun apabila membuka lebaran-lebaran Newsletter terjumpa sesuatu yang paling berharga buat penulis. Di dalam Marts Newsletter 1981 di bahagian akhir muka surat newsletter berkenaan ada “callbook” Callbook adalah senarai callsign di Malaysia pada ketika itu termasuklah “Associate members” Associate Members adalah mereka2 yang tidak mempunyai Callsign contoh SWL.


Apa yang menarik mengenai “Associate Members" ini, pada ketika itu bagi SWL yang menjadi ahli Marts mereka diberi SWL Callsign pada ketika itu 1981 Callsign SWL saya ialah 9M2-65336 apabila meneliti senarai SWL pada ketika itu terjumpalah juga rakan-rakan yang lain pada ketika itu antara nya yang saya kenal ialah Au Mun Heng (9M2-65127) Sekarang ini 9M2MH, C. Harichandra (9M2-65132)sekarang ini 9M2PD, Adrian Ooi (9M2-65142) 9M2CO, BERNARD GOMEZ (9M2-65159)-9M2BG SUDAH SK, Monty (9M2-65193)-9M2FT, Deen Atan (9M2-65200) 9M2DA, Abdul Ghani (9M2-65254) 9W2AG,


Cuba lihat 9M2-65127 /65132/65142/65159/65193/65200/65254

Ini adalah fakta yang tercatik di dalam callbook berkenaan mengenai SWL.....
Pada ketika itu SWL yang aktif biasa nya kami memiliki QSL Card….untuk dihantar ke stesen-stesen radio yang kami monitor. Bila di kira dalam callbok 1981 ini terdapat 146 orang sahaja pemilik 9M termasuk Sabah dan Sarawak di semenanjung sahaja pada ketika itu ada 121 dari Sabah 16 dan Sarawak ada 9 station sahaja pada ketika itu.
                                                         cuba lihat 9M2-65336...............