Wednesday, March 23, 2011

UJIAN CW 23 MARCH 2011

Hari ini 23/3/11 penulis berkesempatan pergi ke SKMM Cyberjaya, untuk menemui rakan-rakan ham yang menduduki ujian CW. Tahniah kepada mereka yang sanggup datang dari jauh untuk menduduki ujian pada hari ini.

Sambutan untuk ujian kali ini amat meberangsangkan dimana ham 15 orang ham datang dari Sabah yang selebihnya datang dari utara selatan dan pantai timur tahniah kepada mereka yang berusaha menduduki ujian ini, dengar cerita yang mendaftar seramai 50 orang tapi yang hadir untuk ujian adalah seramai 40 orang. Dari sumber-sumber yang tidak resmi dengar khabar nya seramai 18 orang lulus dalam ujian ini. Tahniah kepada mereka yang lulus. Dan kepada mereka yang gagal cuba lagi insyaallah berkat kesabaran anda pasti anda juga akan berjaya nanti. Yang penting disini jangan berputus asa.

Kepada yang berjaya penulis ingin nasihatkan agar datang lah ke 40 meter band dan kenalilah rakan-rakan Ham di Negara kita, sudah pastinya ada orang yang berpengalaman di bidang HF disana yang akan membimbing anda. Ada banyak perkara yang perlu dipelajari. Kalau kita hanya ada buku dan internet….ilmu yang ada hanya dibuku atau di internet ianya tidak akan berada didada kita selagi kita tidak membongkar dan mendalami nya.

Ada ketika nya kita perlu kan bimbingan. Yang paling baik carilah mentor. Kerana mereka-mereka ini telah melalui proses pembelajaran yang agak lama dan mempunyai pengalaman.

No comments:

Post a Comment