Monday, August 8, 2011

Kenangan Bersama 9M2GL

Beberapa hari yang lalu sambil menyemak gambar-gambar lama terjumpa Gambar arwah Hj Idris 9MGL. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Penulis mengenali beliau hampir 20 tahun, Penulis amat menghormati beliau...Untuk pengetahun 9M2GL mendapat pendidikan berkaitan elektronik & wireless communications di Australia. dan beliau memiliki First Class Radio Electronic Certificate yang membolehkan beliau bertugas sebagai radio officer di kapal-kapal kargo dan juga penumpang. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang elektronik dan juga komunikasi. Sekembalinya dari Australia beliau bertugas di Radio Malaysia di bahagian Radio Pendidikan. Sebelum TV diperkenalkan, beliau  telah di hantar ke UK dan Canada untuk berkursus di bidang penyiaran TV. Satelah kembali beliau di tugaskan di bahagian TV. Dan beliau pernah membuat liputan sukan SEA di Filipina pada tahun 80an beliau ketika itu bertugas di bahagian teknikal

Aruah Hj Idris 9M2GL bersama penulis ketika "Air Show" di Subang Airport

Dalam bidang Ham Radio beliau begitu aktif sekali beliau selalu keudara di HF orang nya sungguh penyabar dan periang. Beliau juga kerap aktif dengan aktiviti JOTA bersama penulis, beliau juga aktif mengikuti rombangan Dxpedition di Johor,  Endau Rompin,   dll. Beliau amat suka aktiviti luar beliau tidak akan ketinggalan mengikuti apa2 program Field Day untuk pengetahuan semua pada tahun 70han ,80han, 90han Field Day biasanya diadakan pada 31 Ogos setiap tahun. Semasa penulis membuat program IOTA (Island On The Air) di Pulau Pangkor beliau juga turut serta. Beliau juga turut serta memberi bantuan komunikasi kecemasan ketika kejadian Highland Tower pada tahun 1993, beliau juga turut serta dalam memberi bantuan komunikasi kecemasan ketika kerja2 mencari dan menyelamat nahas pesawat Piper 28 di Genting Bidai pada Feb. 2004.


Pada tahun 2000 - 2006 penulis boleh dikatakan setiap pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja selalu berqso dengan aruah 9M2GL setiap pagi jam 8.00am hingga 9.00am di repeater 9M2RUK kami banyak berbincang mengenai hal-hal teknikal yang berkaitan ham radio. Banyak perkara yang kami bincangkan dan banyak perkara yang penulis pelajari dari beliau. Untuk pengetahuan 9M2GL dan 9M2RI adalah orang yang pertama memulakan kelas RAE secara sistematik dan profesional, sementara penulis hanya lah bertindak sebagai pembantu...seingat penulis pernah satu ketika kami kendalikan kelas RAE dimana seramai lebih dari 180 orang hadir dalam kelas RAE tersebut, ini adalah sesuatu diluar jangkaan dan kami dapat laknasakannya dengan baik. Beliau juga mengendalikan kelas CW di udara ya itu melalui satu repeater di Kuala Lumpur. Dan beliau juga mengendalikan kelas CW di Kelab Mares pada hujung minggu. Beliau banyak memberi sumbangan kepada kita semua. Kehilangannya beliau  menjadi kerugian besar kepada kita semua.    
Antara hobi beliau ialah monitor air craft frequency di VHF dan juga HF

Gambar kenangan semasa telibat dalam satu pameran

Gambar kenangan bersama Aruah Pak Mustaffa 9M2MX semasa kami menghadiri Seanet Convention di Bangkok 2004 
Bukan nya ramai Radio Ham di negara kita yang minat dalam monitor air craft. saperti beliau, beliau sanggup
membeli buku-buku berkaitan komunikasi Air Craft...penulis pun sama macam beliau dan kami sama-sama bertukar-tukar pendapat berkaitan perkara ini. Setahu penulis hanya ada kurang dari 5 orang yang benar2 minat bidang ini di sini.

Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau atas sumbangan yang beliau berikan. Al -Fatihah untuk beliau.

1 comment:

  1. Rupa-rupanya ada juga lagenda dalam Amatur Radio di Malaysia ini. Suatu kehilangan yang besar. Marilah kita berusaha menambah ilmu dan mengajar kembali ke komuniti ini. Sesiapa pun boleh jadi '9M2GL'. Semoga mereka yang sekaliber '9M2GL' akan muncul menyinari dunia Amatur Radio kembali.

    Allaahumma firlahu, warhamhu, wa'afihi warhamhu.

    ReplyDelete