Tuesday, August 2, 2011

TAHUKAH ANDA?

Hendak Sihat Berpuasalah !

“Berpuasalah nescaya anda akan sihat” (Riwayat al-Tabarani)

Manfaat dan kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan hanya diketahui dengan terperinci pada zaman moden dengan kemajuan sains dan teknologi. Saintis-saintis di Negara Barat sering membuat kajian mengenai kelebihan berpuasa yang mereka istilahkan “fasting” atau “diet plan” atau “starvation method” Bahkan mereka juga menerbitkan beberapa buah buku mengenai kelebihan berpuasa. Antara buku yang masyhur ialah The Miracle Of Fasting yang di karang oleh Paul Bragg dan juga Fasting as a Way Of Life oleh Dr Allan Cott.

Kajian demi kajian yang dilakukan oleh saintis barat mengenai puasa, telah menemui manfaat kesihatan yang sangat bernilai yang mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia di sebut penemuan yang paling berharga pada abad ini.


Seorang Pengarah di bahagian pemakanan di Moscow Dr. Yuri Nikolayev berkata penemuan terbesar pada abad ini ialah penemuan cara untuk memastikan tubuh badan kita menjadi lebih sihat iaitu dengan cara berpuasa. Ia penemuan terhebat pada abad ini yang jauh lebih bernilai daripada segala-galanya.
 


Berbagai jenis makanan yang kita makan. Semakin banyak makanan yang masuk, semakin banyak bahan buangan toksik dihasilkan dan juga semakin kuat badan kita bekerja untuk menyingkirkannya. Jika badan kita tidak mampu menyingkirkannya ia akan berkumpul dalam badan kita dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada masa akan datang saperti kencing manis, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan pelbagai penyakit lagi.

Rawatan..

Apakah ada jalan yang terbaik untuk merawat badan kita yang mengandungi toksik berlebihan? Apakah ada ubat mujarab yang boleh menyahtoksikan bahan-bahan buangan tersebut dengan percuma dan selamat? Tidak ada cara lain melainkan dengan cara berpuasa! Tampa bulan ramadan badan kita akan sentiasa dibebani dengan bahan-bahan buangan sepanjang tahun. Dengan ibadat puasa yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita. Antara sebahagain manfaat kesihatan yang diperolehi melalui ibadah puasa ialah:

1. Membuang Toksik dalam badan

2. Mengurangkan Berat Badan

3. Meninggalkan Tabiat Tidak Baik (Merokok)

4. Merawat Sistem Pernafasan

5. Merawat Penyakit Usus

6. Awet Muda

Sebenarnya terdapat pelbagai manfaat lain dari sudut kesihatan yang tidak cukup untuk diceritakan dalam ruangan yang terhad ini. Ia meliputi manfaat pada jantung, ginjal, paru-paru, otak dan seluruh system dalam badan. Semua manfaat tersebut ialah manfaat sampingan hasil daripada kesungguhan kita mentaati kewajipan yang Allah s.w.t tentukan iaitu berpuasa...Wallahu alam....

No comments:

Post a Comment