Saturday, May 1, 2010

Debat CW


CW dan ANDA
Pada tahun 2003 di persidangan WRC03 (World Radio Conferance ) yang diadakan di Geneva. Pihak IARU telah mengusulkan supaya Morse Code dimansuhkan. Satelah mengkaji kertas kerja yang dibentangkan. Pihak "ITU" sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh IARU walaubagaimanapun terpulang kepada pihak berkuasa negara masing-masing samaada mahu menghapuskan Ujian tersebut atau mengekalnya.

Negara-negara saperti United Kindom, Singapura, Australia, Amerika, Canada dll menghapuskannya walaubagaimanapun ada setengah negara masih lagi menetapkannya dan ada setengah negara mengambil inisiatif menurunkan kelajuan Morse Code 5WPM dan 8WPM dan tak kurang juga mengekalkanya 12WPM.

Negara saperti Australia pula memberi peluang kepada Foundation licence (saperti Class B) untuk bekerja di Frequency HF 80M, 40M, 15M dan 10M dan menghadkan kuasanya ke 10 Watts sahaja. Namun perlu diingatkan di sini mereka ini perlu lulus ujian bertulis dan salepas itu mereka perlu menduduki ujian amali saperti bagaimana membuat choke, bagaimana mengendali alat HF, manual ATU dan mereka perlu operate HF berkenaan dihadapan pemeriksa. Peserta pula perlu tahu apa itu " PAN..PAN" ...MAYDAY dan masa bila diperlukan ini semua dll.

Reaksi
Salepas peristiwa WRC 03 perkara ini banyak dibahaskan ada yang setuju dan yang tidak. Bagi mereka yang tidak bersetuju mengatakan CW ini adalah satu pakej dari Amateur Radio. CW juga boleh digunakan waktu kecemasan. Dan dengan power yang rendah anda boleh membuat hubungan. Hari ini jika di lihat dalam waktu kecemasan kebanyakan nya menggunkan sistem voice, digital saperti PSK31,Paket Radio, Pactor, Clover, G-Tor, APRS sementara itu di bidang pelayaran pula pada hari ini mereka menggunakan satellite, VHF Marine, GMDSS (Global Maritime Distress and Safety System) dan juga DCS (Digital Selective Calling) .

Malaysia
Mengikut Garis Panduan Radio Amatur 2004 Dimuka 10 ada menyebutkan Amateur Radio Class A "From 1st April 2007, pass in morse code practical will no longer be a requirement". However practical examination will continue to be organised at a regular interval for those who require such recodnition.

Ini yang tertulis didalam Garis Panduan Radio Amatur 2004 walaubagaimanapun perkara tersebut masih belum di pratikan atau mendapat penjelasan yang jelas. Menurut sumber-sumber yang diperolehi perkara tersebut tidak boleh diterima pakai. SKMM masih lagi mengekalkan ujian Morse Code 12wpm untuk AA Class A.

Cadangan
Pada tahun 2005 pihak MARTS dan MARES mengusulkan kepada SKMM secara bertulis supaya ujian Morse Code di kekalkan tetapi kelajuan nya diturunkan ke 5wpm. Namun sehingga kini kertas cadangan tersebut tidak mendapat reaksi yang positif.

Semenjak SKMM mengambil alih Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1998. Dari tahun 1998 sehingga tahun 2005 tidak ada ujian CW di buat oleh yang demikian tidak ada AA Class A. dikeluarkan. Ramai dari Ham bertanyakan mengapa tidak ada ujian CW atas inisiatif 9M2RS, 9M2SZ,9M2AU dan 9W2SO mereka membuat kertas kerja dan berkunjung ke Sekolah Latihan Semboyan Kem Sungai Besi beberapa sesi perbincangan diadakan dengan pihak SKMM juga dilakukan. Pada akhir tahun 2005 pihak SKMM dengan kerjasama ATM (Angkatan Tentera Malaysia) pertama kali membuat ujian CW sehingga kini lahirlah lebih 100 pemegang AA Class A yang dikeluarkan oleh pihak SKMM.

Kesimpulan
Jika sekiranya kita berkehendakan sesuatu kita perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Langkah yang terbaik adalah duduk berbincang buatkan kertas kerja dan hantar terus ke pihak berkuasa, carilah jalan penyelsayan itulah yang sebaik-baiknya........... jika anda fikir CW perlu dihapuskan nyatakan kenapa...dan apa kah caranya dan bagaimana menggantikan CW adakah perlu ujian praktikal dan sebagainya buat lah beberapa kajian dan bentangkannya di kepihak berkuasa. Perlu di igatkan juga bukan semua perkara yang dibentangkan diterima pakai oleh pihak berwajib, walaubagaimanapun anda harus cuba. Jangan mengharapkan pihak berkuasa mengubah sesuatu kerana bagi mereka ini bukanlah kerje mereka...kerja mereka hanyalah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Penulis tidak berpihak dimana-mana. Namun penulis hanya memberikan panduan jika perlukan sesuatu perubahan sesuatu harus dibuat. Jika tidak ia nya akan kekal saperti ini. Panduan ini diberikan satelah 10 tahun berurusan dengan pihak SKMM.
Semoga dengan penjelasan diatas membukakan minda pembaca sekelian.

18 comments:

  1. Salam sejahtera, salam mesra, salam ziarah buat Pak Aziz. Menarik catatan di atas. Pada saya perkara yang menjadi persoalan adakah masih relevan cw digunapakai pada masa kini? Banyak perkara telah dipermudahkan atas inisiatif orang-orang lama dalam radio amatur di Malaysia, terima kasih kepada mereka semua. Jika difikirkan juga, kenapa tidak di "upgrade" sahaja pemegang 9w kepada 9m berdasarkan tempoh-tempoh tertentu misalnya bagi pemegang 9w yang mempunyai rekod yang baik selama 5 atau 10 tahun terus diberi keutamaan untuk upgrade. Pada dasarnya setelah tempoh yang agak lama tentu sekali kemahiran seseorang ham itu meningkat sebagaimana kita lihat ramai orang lama yang memegang AA kelas B dengan c/sign 2 huruf sahaja seperti 9w2DI, 9w2DJ dan ramai lagi. Mereka semua orang lama dalam radio amatur di Malaysia, walaupun mereka pemegang AA kelas B tetapi saya menganggap mereka adalah ham kelas A. Minta maaf jika ayat yang saya gunakan kucar-kacir sedikit dan perbetulkan jika saya salah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam utk anda satu pertanyaan yang baik. Untuk pengetahuan anda segala saranan anda telah kami usul kan ke pihak SKMM beberapa tahun lalu seingat saya sebelum tahun 2005. Dimana saya sendiri mengusulkan nya didalam satu kertas kerja dimana kami mengsulkan bagi mereka yang telah mempunyai AA Kelas B selama 2 tahun keatas mereka ini layak diberikan kelonggaran utk bekerja di 40M band dan 80M band. Walaubagaimanapun mereka perlu menduduki kelas selama dua hari berkaitan pengunaan HF, ATU cara operasi , Safety, SOP, bagaimana mengelak dari TVI, RFI, Grounding system dll satelah mereka ini diberi pengetahuan tentang perkara disebut kan mereka diberi sijil. Dan tak perlu ada ujian akan tetapi mereka perlu manghadirkan diri di dlm kelas tersebut. Maka mereka ini layak untuk operate di HF band. Saya akan terangkan perkara ini di lain waktu dengan lebih terperinci. Bukan nya tidak boleh dibuka semua freq pada mereka2 ini cuba kita tanyakan berapa ramai 9Ws yang tahu menggunakan manual ATU? Apa gunanya Balun 1:1 dan 4:1? Dan 17Meter band itu Freq apa? Agak anda berapa ramai yang tahu?Saya tak nafikan ada yang tahu tapi berapa peratus? Disini bukan soal relevan atau tidak releven. Soalnya sekarang adakah kita kompeten?

    ReplyDelete
  3. salam pak aziz..ade betulnye gak tue..saya pon xbape pandai guna ATU manual..nasib baik pak kamal tlg ajarkan tempohari..pasal freq 17m band..saya sendiri pon xtau..masih jauh lagi perjalanan saya dalam dunia HF nie..ok pak aziz..tnx a lot fer info..u have help me a lot on this hobby..see u agn at down the log..tnx

    ReplyDelete
  4. Salam utk anda Aqil...maaf saya ni pun bukan nya pandai sangat pun. Ilmu yang ada ni tak seberapa. Namun kita sama-sama belajar dan share antara satu sama lain. Kalau ilmu yang ada pada kita kalau tidak di kongsi bersama...lambat laun ianya akan hilang begitu sahaja.......saya pun sehingga kini masih lagi belajar....tnks for sharing your views.

    ReplyDelete
  5. setuju dgn pendapat anda,
    untuk rujukan kepada sesiapa yang belum membaca discussion paper ini,

    http://piju.fakap.net/upload/files/36089725amateur%20PC1.pdf

    ReplyDelete
  6. Utk saudara PJU terima kasih atas PDF file yang di lampirkan. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Utk pengetahuan pembaca..semua persoalan dalam dokumen berkenaan telah pun dihantar kepada SKMM pada 2005 penulis masih menyimpan salinan dokumen berkenaan yang sehingga kini tiada mendapat jawapan dan perkara ini pun telah diketengahkan kembali pada masyuarat bersama semua persatuan di SKMM pada tahun 2007 yang lalu. Penulis sendiri yang menyuarakan isu ini kembali namumn kita tidak mendapat jawapan sehingga kini. Terima kasih...

    ReplyDelete
  7. Salam, saya berasa pelik dan hairan apakah dengan lulus ujian cw dan dapat 9M2, akan menyebabkan seseorang itu jadi tahu apa itu manual atu,tvi,rfi, atau apa itu balun??. CW hanya untuk melayakkan diri menggunakan gelombang HF bukannya menyebabkan seseorang itu tahu semua terms diatas!.Semua perkara berkenaan radio amateur di perolehi hanya dengan membaca, mendengar dan melihat dan bukan kerana seseorang itu 9M2 atau apa-apa!

    ReplyDelete
  8. Salam saudara Daus saya amat-amat lah setuju sangat dengan apa yang anda katakan....itu sebabnya saya katakan negara saperti Australia menggantikan CW dengan Ujian Praktikal...kenapa mereka berbuat demikian. Dan jika sekiranya para pembaca atau 9Ws mahu menghapuskan CW tiada siapa yang menghalang...silalah usulkan nya ke pihak berkuasa. Memanglah CW di sini hanya melayakan seseorang mendapat 9M namun pada hakikatnya bukan semua 9M tahu semuanya sesiapapun akan melalui proses pembelajaran. Saya pun masih lagi belajar.....Akan tetapi dahulu kebanyakan Ham melalui proses SWL yang agak lama oleh yang demikian mereka ini kebanyakan nya tahu menggunakan Manual ATU dan juga gunakan alat transceiver yang menggunakan valve dimana sebelum anda transmit..anda perlu tahu cara tunekan alat transceiver anda dengan memutar punat LOAD, Preselector,PLATE,AND DRIVE. Kita tidak lah mahu ham pada hari ini melalui proses saperti di zaman 70...80han atau awal 90han...sekarang ni semua nya sudah mudah dan singkat dengan adanya internet dll walaubagaimanapun kita perlu lah ada standard atau kualiti yang sesuai yg boleh diterima oleh semua pihak.....saya tidak tahu kayu pengukur mana yang harus digunakan mungkin ada yang lebih arif diluar sana yang bijak memilih kayu pengukur.

    ReplyDelete
  9. sama sama.
    byk perbezaan radio amatur di Malaysia dan juga di negara lain.

    CW itu adalah bahasa bg radio amatur. tahu CW bukan bermaksud tahu semua tentang radio amatur. pengalaman dan pembelajaran yang berterusan adalah segalanya.

    lulus RAE, dpt callsign bukan bermaksud tahu semuanya. ada juga yang beli radio, sambung ke AC instead of DC. pastu meletup radio.
    sedangkan beliau yang dimaksudkan telah lulus RAE.

    CW itu bagus. even rejimen semboyan pun masih lg mengekalkan CW dan dipraktikkan di skuadron semboyan briged dan division. disamping penggunaan data, CW tidak dilupakan. memansuhkan CW utk radio amatur mungkin dpt membuka lebih ruang kepada rakyat tentang penggunaan HF bg radio amatur, pro dan kontra itu ada di mana-mana pilihan yang kita pilih, cuma yang membezakan adalah samada banyak pro atau kontra. i just being neutral here. tidak mewakili mana-mana pihak. terima seadanya, kerana perubahan itu memerlukan pengorbanan dan kerjasama dari semua pihak dan perkara ini seumpama mimpi disiang hari dan satu perkara yang saya jangkakan akan berlaku nanti adalah bak pepatah melayu, rumah sudah siap tp pahat masih berbunyi.
    typical malaysian.

    http://9w2pju.blogspot.com/2009/12/between-amateur-radio-of-malaysia-and.html

    tiada CW test, tetapi bg kelas technition, mereka harus menggunakan CW utk 80, 40 dan 15m HF.

    dan Malaysia bukanlah Amerika Syarikat.


    jika kita ckp, US mcm ni mcm ni, org mesti ckp, itu US, bukan malaysia. jika kita ckp skrg ni mcm ni mcm ni, org mesti ckp, itu skrg, dulu lain.

    malah ramai yang saya pernah dengar, ckp, kita mana boleh transmit ke satelit, itu salah. ramai yang ckp aprs tu salah, ramai ckp itu ini salah. nak ckp tak tau pasal radio amatur, tp mengaku diri sebagai radio amatur. repeater aku, aku punya pasal, repeater kau, kau punya pasal. simplex aku aku punya pasal, simplex kau, kau punya pasal. sungguh hebat mereka ini, mampu memiliki frekuensi.

    kat US, radio amatur guna aprs utk twit ke twitter, ada yang ckp salah, ada yang ckp tak salah. ketidakpuasan itu mesti ada selagi dipanggil manusia.

    lihat, dengar, baca dan renungkan lah. sebarang teguran, ketidakpuasan, saya minta maaf. sesungguhnya tiada siapa pun yang sempurna.

    ReplyDelete
  10. Salam utk saudara PJU...sebenarnya semua dari kita bebas memberi pendapat. Perbezaan pendapat ada ketika nya bagus kerana ia membuat kita berfikir ke arah yang positif dan produktif dan akhirnya menghasilkan sesuatu yang baik. Ini kalau kita bahaskan secara ilmiah dan bukan nya secara emosional. Sebenarnya apa-apa percakapan org mengenai isu satellite , APRS dan sebagainya itu tak boleh ini tak boleh...mereka2 ini tidak mempunyai ilmu yang secukupnya saperti mereka yang tidak tahu membezakan PTT dan Mic. Cuba kita lihat sendiri dimanakah rujukan mereka? Adakah mereka merujuk kepada ARRL handbook, RSGB Handbook. Dan bahan2 rujukan yang lain. Saperti dlm penulisan sy yang lalu saya katakan dulu sehingga lewat tahun 90han Ham disanjung tinggi tapi hari ini Ham dinegara kita ibarat tonto di jalan raya. Kita mungkin sekarang ada kuantiti kalau dibandingkan pada lewat 90han namun kemana pergi nya Kualiti. Are they in the process of learning if so that will be great. Di sini kita harus lihat pada pandangan yang luas saya pun lebih suka kalau 9Ws diberi kebenaran go on 80m and 40m diberikan mereka pendedahan untuk bekerja di HF. Tapi sebelum itu perlu diberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang basic. Dan kalau kita lihat tak semua yang suka ke arah itu. Ada yang suka di VHF ada yg suka APRS, Digital dll. Cuma kalau di HF tu lebih chalanging dan banyak perkara yang dapat kita pelajari...sy yg mula dgn SWL selama berbelas tahun dan sekarang ini sudah lebih 20tahun memiliki AA masih lagi belajar cara2 memperbaiki audio kualiti utk transmission on HF dll. Dulu kita selalu dengar orang tanya "Whats my signal report" ? tapi hari ini org akan tanya How's my Audio" ?Kerana kita pernah terdengar org kata you are 5/9 20db....can you please say again ....kenapa jadi begini ini adalah kerana audio nya distorted...signal nya kuat datang ke tempat kita tapi kita tak faham apa yg beliau sebutkan. Apa-apa pun terpulang kepada individu masing2 kemana hala tuju mereka. Jika mereka puas atau selesa dengan apa yang ada sekarang sape-sape pun tidak boleh menghalang mereka. Jika mereka ingin maju kehadapan mereka haruslah mencari ilmu yang ada...Hari ini ilmu ada dimana2 internet sudah ada..Kalau dulu nak cari bahan memanglah sesuatu yang sukar...banyangkan kalau nak belajar CW kena guna rekod player LP..lepas tu Casset...now MP3 and CD software pun boleh download free.....Bahan2 bacaan pun banyak. Kita harus bersyukur kerana nikmat yang tuhan berikan begitu banyak. Dibandingkan org-org terdahulu..memang benar tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini ilmu yang kita ada pun amatlah sedikit......Yang Hebat adalah Allah kita ni tak sehebat mana....

    ReplyDelete
  11. Utk saudara PJU...ini apa yg sy dapat dari blog saudara....
    "Here in Malaysia, we need to pass 100 questions to get B license ( UHF, VHF and only 10 meter on HF ) and need to sit for CW test to get A class ( Can working on any amateur bands ).


    Malaysia Boleh!

    Well for your information during Jabatan Telekom the RAE is divided into Part 1 and Part 2. In Part 1
    there are 40 question (Regulation and SOP) Part 2 60 Question (Solid State, Antenna, Propagatrion, Ohm Law and etc.)
    In the year 2000 myself and 9W2AA was given a task to prepare all the sample question. What we did was, we bundleup the question into 100 hopping that the authority will choose 60 question out of 100 or 50 out of 100. But to our supprise in 2001 when the first RAE organize by MCMC at PWTC they copy the whole thing.......and until today they never do any changers.....Do you know how difficult for us to prepare the question plus the multiple answer... We have done our job in the first place..we pushed MCMC to run the RAE because when they took over Telecom in 1997 to 2000 no RAE at that time..Now is up to the young generation to do something....We old times have been very exausted going up and down try to get something for the benefit of Radio Hams in Malaysia i dont want to eleborate what the veterans have done...but in oder to for us to move forward we need to do some changers we have done our part. Now is up to the young generation to do something..if anyone need any help we can advice them....I am sorry to say this...
    In our society today...we have three kind of person.
    1. The Dooers
    2. The Talkers
    3. The Tappers

    ReplyDelete
  12. tanpa usaha veteran-veteran, mungkin bilangan radio amatur di malaysia tidak seramai sekarang. sesungguhnya saya tidak mempelecehkan RAE. sekadar nota utk diri sendiri. bahawa tiada cw test di US. isi kandungan post itu di ambil dari website arrl. malaysia masih lg mengekalkannya. walaupun hanya 35 soalan untuk kelas technition di US, tetapi ia adalah jauh lebih sukar berbanding RAE.

    betul pendapat anda, kita ada org yang buat, org yang berckp dan org yang mendengar dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  13. Yang membuat...yang bercakap...dan yang mendengar...yang mendengar ni tak mengapa tapi "The Tappers tu adalah golongan orang yang membuat kacau bilau....atau lebih ketara lagi yang membuang bom.......he he he

    ReplyDelete
  14. Kenapa susah sangat.... study Akta Komunikasi, tengok bidang kuasa siapa mengatasi siapa. Buat kertas kerja cadangan elok2 beserta dengan nota2 dan bahan buktinya. Hantar kpd mana MP (yg xde apa2 idea nak dibahas/dibincangkan) kat dlm dewan... rakyat. Buatkan soalan samada bentuk lisan atau bertulis kpd MP tuh.. (tp pastikan MP tu faham tentang radio amatur). Pastu pasti menteri berkenaan akan jawab dan berikan keputusan kat dlm dewan tu... Klu xde kenal mana2 MP, bawak cadangan tu kat den ni ha.... insyallah..... he he he...xpayah bising2...Seloknya perkara ini dibawak semasa pembentangan mengenai kementerian berkenaan dan klu xnak bising2, minta MP tu buatkan dlm bentuk soalan bertulis......Bila menteri dah beri keputusan... mana ham yang sombong tu xleh pertikai lagi...sebab keputusan dah dibuat... negara demokrasi weiiii.... ada jlnnya...

    ReplyDelete
  15. Kenapa susah sangat.... study Akta Komunikasi, tengok bidang kuasa siapa mengatasi siapa. Buat kertas kerja cadangan elok2 beserta dengan nota2 dan bahan buktinya. Hantar kpd mana MP (yg xde apa2 idea nak dibahas/dibincangkan) kat dlm dewan... rakyat. Buatkan soalan samada bentuk lisan atau bertulis kpd MP tuh.. (tp pastikan MP tu faham tentang radio amatur). Pastu pasti menteri berkenaan akan jawab dan berikan keputusan kat dlm dewan tu... Klu xde kenal mana2 MP, bawak cadangan tu kat den ni ha.... insyallah..... he he he...xpayah bising2...Seloknya perkara ini dibawak semasa pembentangan mengenai kementerian berkenaan dan klu xnak bising2, minta MP tu buatkan dlm bentuk soalan bertulis......Bila menteri dah beri keputusan... mana ham yang sombong tu xleh pertikai lagi...sebab keputusan dah dibuat... negara demokrasi weiiii.... ada jlnnya...

    ReplyDelete
  16. mansuhkan sahaja UJIAN CW! namun bagi penggemar dan mereka yang ingin belajar cw boleh teruskan.. sesiapa yang menyokong pemansuhan, sila sign petition di http://www.petitiononline.com/9w2/petition.html

    ReplyDelete
  17. Salam Pak Maulud....
    Terima kasih atas komen anda...
    Sila baca Comments saya diatas bertarikh May 6 2010...

    Saya rasa segalanya nya sudah terjawab..

    ReplyDelete
  18. Salam, repost tentang discussion paper untuk rujukan pelawat. http://dl.dropbox.com/u/8414601/amateur%20radio/radioamaturdiscussion2005.pdf

    tq

    ReplyDelete