Tuesday, June 14, 2016

Pergi nya seorang sahabat....



Pada Ahad tanggal12/6/2016 lebih kurang jam 2300hrs saya menerima panggilan sahabat dari jauh yang menyatakan sahabat saya 9M2RDX  telah kembali kerahmatullah…….Pada 11/6/2016 penulis bersama 9M2RS dan 9M2SQL pergi melawat beliau di HKL. Namun ke esokan hari nya Allah telah menjemput beliau…..

Rizal yang saya kenali amat baik orang nya….walaupun penulis tidak lagi aktif di HF namun seringkali kami berbual melaui telefon….ada saje cerita berkaitan Ham Radio……biasanya perbualan kami memakan masa lebih dari 30 minit dan kebiasaan nya perbualan kami memakan masa lebih dari 1 jam.  

Kali terakhir penulis menghubungi beliau ialah semasa penulis dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke KL ia itu pada 28/5/2016….sebelum sampai Temerloh penulis ingat ingin menemui  beliau…namun bila call beliau sedang bercuti masa call beliau berada di Bidor kami berbual agak lama juga hampir 1 jam……


ILLW ( INTERNATIONAL  LIGHTHOUSE  & LIGHTSHIP WEEEND)
Beliau pertama kali mengikuti kami dalam acara ILLW yang pertama kami adakan iaitu pada 16 & 17 AUGUST 2008 dengan callsign 9M4CME. Ini adalah lah ILLW yang pertama di adakan di Malaysia, kami daftarkan dgn MY0001 iaitu Light House di Cape Recardo  Tanjung Tuan. Sehingga kini Cape Recardo kekal dengan MY0001 untuk acara ILLW yang di adakan setiap tahun. Satelah pulang beliau dari cape recardo beliau banyak QSO di HF  iaitu di 10 meter….sehingga pada tahun 2010 beliau upgrade menjadi 9M2RZL. Dan semenjak itu beliau begitu aktif di HF Band. Dan beliau antara pengerak yang aktif mengendalikan ILLW tiap-tiap tahun di Rumah Api Tanjung Gelang Kuantan. Pada tahun 2012 penulis bersama 9M2SQL, 9W2WF dan 9M2RZL turun ke tanjung gelang membantu beliau menjalankan aktiviti ILLW 


JOTA.
Beliau juga antara yang paling active menjalankan aktiviti JOTA. Beliau yang sangat komited dengan pengakap.
Teringat saya…masa saya masih lagi SWL di tahun 80han penulis pada ketika itu begitu aktif mengendalikan station JOTA dengan aruah Pak Dollah (9M2DS). Satelah penulis memeliki callsign penulis amat aktif dalam mengendalikan station JOTA bersama aruah 9M2DS (Pak Dolah) dan juga aruah 9M2GL (Hj. Idris). Dan penulis juga aktif dalam mengendalikan Field Day dll sejak awal 90han masa itu kami bawa rig sendiri, PSU, Antenna dll semuanya kita bawa……

Dan Rizal juga buat perkara yang sama saperti apa yang penulis lakukan dulu. Sebut saje program pengakap pasti Rizal akan turun bersama peralatan Radio nya. Naik turun bersama peralatan komunikasi ini bagi nya perkara biasa….inilah semangat Ham yang ada pada nya ciri2 yang ada pada nya sama saperti aruah 9M2GL……

Penulis tahu beliau adalah seorang yang benar-benar menjiwai Ham Radio…..kerana bagi mereka yang benar-benar menjiwai Ham Radio ,mereka akan bawa alat mereka sendiri kemana sahaja bagi menjayakan sesuatu program ,mereka sanggup membawa peralatan mereka dan mengeluarkan wang sendiri untuk menjayakan sesuatu program. Tidak ramai Ham yang sanggup berkorban saperti beliau. Saya sendiri pernah dua kali Rig saya “terbakar” ketika program JOTA di adakan…….ini bukan nya salah saya tetapi salah orang yg menggunakan alat tersebut ketika program di jalankan…..

Bagi saya Rizal adalah antara ribuan penggemar Ham di negara ini yang telah berkorban apa jua utk menjayakan sesuatu program yang berkaitan Ham Radio. Tidak ramai yang sanggup buat perkara ini walaupun kita telah ada berbelas ribu “Ham Radio” di negara kita.

Beliau juga aktif di 160 Meter, 80 Meter dan 10 meter, 6 meter band  di samping band2 yang lain. Pada tahun lepas beliau ada menghubungi saya tentang niat beliau untuk mengadakan satu sistem komunikasi khas utk Kementerian Kesihatan bila berlaku banjir besar. Beliau juga meminta khidmat nasihat dari penulis tentang perkara ini. Saya telah mencadangkan beberapa perkara mengenai perkara ini. Dan beliau telah berjaya membawa Radio Amatur ini ke peringkat kementerian kesihatan. 

Pada awal tahun ini juga beliau di lantik menjadi AJK Mares. Penulis amat-amat memerlukan pelapis baru dalam isu-isu berkaitan “Ham Radio” di negara kita…ini bagi tujuan hala tuju radio amatur masa hadapan. Perlu ada anak2 muda yang boleh terlibat dalam bidang “polisi” Radio Amatur. Beliau juga pernah membantu Mares semasa banjir besar di Temerloh tahun 2007. Dari situ lah timbul minat beliau dalam EmCom sehingga berjaya bawa perkara ini ke peringkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

MALAYSIAN 40 METER NET.

Rizal adalah pengendali 40 Meter Net masa kini beberapa tahun yang lalu saya telah memohon Rizal untuk menjadi pengendali sation Malaysian 40 Meter Net.
Pada mula nya beliau agak keberatan…namun satelah penulis memberi pandu arah dan memberi format cara pengendalian 40 Meter Net satelah itu beliau bersetuju. Alhamdulillah beliau berjaya menjemput rakan-rakan lain terlibat sama dalam mngendalikan “Malaysian 40 Meter Net” ini.

Sekadar info 40 Meter Net telah pun bermula sejak tahun 1993 oleh 9M2DX dan juga 9M2AU  mereka mula buat 40 Meter Net ini di UKM Bangi setiap Ahad jam 0900hrs. Bermula dari sinilah ianya berkembang….selepas itu mereka menyerahkan nya pada pihak Marts pada ketika itu. Ketika itu di awal 90han antara pengendali 40 Meter Net adalah Antaranya ialah 9M2MP sekarang ini beliau telah tukar callsign  menjadi 9M2PZ, 9M2MZ, 9M2FK, 9M2KT, 9M2CL, 9M2RS, 9M2RI, 9M2GL, 9M2KX, 9M2NZ, 9M2AU, 9M2RB, 9M2JL, 9M2GR, 9M2EO, 9M2NM, 9M2DY, 9M2GL, 9M2PV dan lain-lain lagi…. untuk keterangan lanjut berkaitan 40 Meter net ini sile ke

Sekarang ini tekong “Malaysia 40 Meter Net” sudah tiada saya harap ada pengganti nya salepas ini. Dan saya percaya pasti ada yang akan meneruskan “Malaysian 40 Meter Net” ini dan penulis ada terbaca yang 9M2PJU akan meneruskan nya. Penulis berharap Piju dapat meneruskan “Malaysia 40 meter Net” ini dan saya percaya ramai di luar sana yang boleh membantu. Walaupun kita kehilangan 9M2RDX namun saya percaya akan ada pengantinya nanti. 

Antara yang saya tak dapat lupakan beliau sentiasa menghubungi penulis meminta khidmat nasihat. Satu hari saya dapat call dari 9V1OK (Frank) kawan lama penulis yg tinggal di Singapura beliau kata nak jual  Hybrid Set Yaesu FT-101-ZD, saya sudah ada hybrid set, jadi saya menghubungi Rizal dan beliau berminat itu lah rig pertama nya yang guna Dua Final Tube 6146 dan driver Tube 12BY7. Dan seterusnya beliau teringin nak beli  Desktop HF set FT-950  dan dalam masa yang sama ada orang nak jual YAESU FT-1000MP beliau juga tanya kan pada saya mana satu nak beli ni Bang dan mana yang bagus? Saya katakan walaupun FT-1000MP itu second hand tapi ia antara rig High End…saya kata ada duit beli saje FT-1000MP jangan beli FT-950. Sebab saya pernah guna FT-1000D satu ketika dulu. Jadi beliau terus beli FT-1000MP. Selepas beli rig tersebut beliau terus call saya….katanya dah ada atas meja..saya kata macam mana rasa nya Huhh BEST bang….tak sama macam rig2 lain. Beliau sangat gembira dapat memiliki set ini dan ini adalah Rig kesayangan nya. Siapa yang pernah mengendalikan nya akan tahu keistimewaan nya.

9M2RDX sangat komited dengan hal-hal Radio Amatur. Kita perlu ada lebih ramai lagi saperti beliau. Saya rasa terharu juga semasa saya, 9M2RZL ,9M2SQL 9W2JOH, dan 9W2HOZ  kami semua ketika itu berada di Tokyo Hamfest pada tahun lepas….9M2RDX contact kami disana meminta belikan sesuatu untuk nya. Satelah kami kembali dan menceritakan pengalaman kami di sana. Beliau begitu tertarik untuk kesana. Pada tahun ini 2016 beliau memang berhasrat hendak pergi mengunjugi Tokyo Hamfest, berdasarkan percakapan saya dengan beliau melalui telefon dua minggu sebelum beliau di masukan ke Hospital. Belaiu memang sudah ada persedian untuk mengunjugi “Tokyo Hamfest” bersama isteri beliau pada Ogos tahun ini. Namun hasrat nya ini tidak kesampayan Allah lebih menyayangi nya.

Ramai antara kenalan radio amatur yang beliau telah bantu dan saya percaya kenalan di hospital juga mengenali beliau yang sentiasa mambantu dan komited dalam pekerjaan nya. Semoga Allah mencuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Semoga isteri dan anak-anak beliau tabah menghadapi dugaan ini. 

Allah memerintahkan umat Islam untuk bersabar saat ditimpa musibah. Termasuk musibah kematian saat orang yang paling kita cintai meninggalkan kita. Dalam QS Al Baqarah 2:155-157 Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ{155} الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ{156} أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Artinya: Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". 
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Allah humma firlahu warhamhu wa a’fini wa’fu an’hu.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


4 comments:

  1. Arwah saya cuma bertemu 6 tahun dulu,itulah pertama dan terakhir tak berkesempatan jumpa dgn arwah walaupun arwah sakit,arwah disayangi kerana sifatnya sentiasa menang2 di mana pihak pun..arwah pergi di penghulu segala bulan kehilangannya amat dirasai..kita kehilangan seorang ham yg berjiwa besar dan seorang sahabat yg disenangi di mana saja beliau berada...alfatihah

    ReplyDelete
  2. Arwah saya cuma bertemu 6 tahun dulu,itulah pertama dan terakhir tak berkesempatan jumpa dgn arwah walaupun arwah sakit,arwah disayangi kerana sifatnya sentiasa menang2 di mana pihak pun..arwah pergi di penghulu segala bulan kehilangannya amat dirasai..kita kehilangan seorang ham yg berjiwa besar dan seorang sahabat yg disenangi di mana saja beliau berada...alfatihah

    ReplyDelete
  3. Ikut perancangan kami memang lah kami akan pergi bertiga...tapi beliau pergi dulu dari kami...tapi kami tetap akan teruskan hasrat beliau...kami akan teruskan hasratnya...insyallah....

    9W2FLD

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah yang tahu jln kebaikanNya..sy pasti arwah org2 dlm golongan org yg baik..walau sy tk kenal tpi cerita atas ckup untuk menilai..sy bukan org ham radio..tpi baru nk berjinak kenal apa itu radio..

    ReplyDelete