Sunday, November 11, 2012

Kemana Arah Tuju Kita .....


Kemana Kita Salepas ini….

Kita sekarang sudah memasuki 1434Hijrah dan seterus nya ketahun baru 2013…persolan nya kemana kita salepas ini …kemana hala tuju kita ….
Cuba kita fikirkan siapakah yang akan memperjuangkan hak-hak kita sebagai Radio Amatur oleh yang demikian  perlu ada satu badan  yang  perlu memikul tanggungjawab ini.

Apa yang penulis lihat disini ialah banyak persatuan yang tidak mengutarakan masalah yang kita hadapi sekarang ini, bukan nya kelemahan yang kita cari tapi kita perlu menyurakan pendapat kita melalui persatuan atau kelab dan kita semua harus sepakat, carilah  solusi nya….kita perlukan perubahan…..kita harus ciptakan perubahan dan kebaikan.

Penulis kurang faham mengapa masih ada lagi sebahagian dari kita yang berfikiran cetek tidak mahu menerima pembahruan mengapa tidak kita semua bersatu kearah sesuatu yang baik. Salah satu masalah pada orang kita hari ini ialah kita melihat Sape Yang Buat contohnya  jika seseorang itu dia tak suka…apa bende dia buat pun walaupun kebaikan yang dibuat mereka  tak nak ikut sebab dia melihat pada individu tapi jika sekiranya individu itu dia suka walaupun bende yang tak baik dibuat nya individu ini akan menyokong nya… Mengapa tidak kita ubah cara kita berfikir mengapa tidak kita bertindak begini “Tengok apa yang disebut Bukan Tengok Orang Yang Menyebut….”
Lagi satu kenapa kita tidak bersatu…ketepi lah soal peribadi.

“BERSATU KERANA YANG SATU”

Bersatu dalam Masalah…
Kita mesti akui adanya perbezaan pendapat namun….ianya harus berpandukan dengan ilmu dan kefahaman, yang penting disini. Jadilah Ejen Pembahruan ….amalan positif memaparkan akhlak yang baik

“Nilai Diri kita bergantung pada…ketakwaan…….”

Apabila tidak bersatu maka sukar bagi kita untuk berbuat sesuatu………Dari pengalaman penulis.. Apa yang penulis lihat ialah “Kita kurang matang dalam menyelsaikan sesuatu masalah……” Salah satu sebabnya saperti yang penulis sebutkan tadi kita tidak bersatu.

“Apabila kita tidak bersatu hati maka amat sukar bagi kita menyatukan umat…..
Ini semua adalah penyakit  HATI….

Sikap Ego pada diri kita lah yang menyebabkan kita berpecah belah…..masing2 ingin menunjukan siapa yang hebat….tampa merasakan sikap tanggung jawab untuk membantu kearah yang baik demi kebaikan masa depan Radio Amatur. Pada umumnya majoriti dari kalangan kita adalah muslim.....marilah kita sama-sama praktikan apa yang terkandung dalam Al-Quraan.....
Marilah kita menghayati Surah Ali ‘Imran 104-105




Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak kearah kebaikan, menegakan yang makruf  dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan.



Dan janganlah kamu menjadi saperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas kepada mereka…….......


No comments:

Post a Comment