Baru-baru ini penulis berjumpa dengan
beberapa rakan yang baru beberapa tahun mendapat AA kelas A. Semasa mereka membuat
expidisi Dxing mereka ada membawa bersama mereka generator set dan juga battery
12VDC. Bersama mereka juga mereka membawa LED Flood Light dll.
Mereka menyatakan bahawa LED light tersebut
memberi “QRM” kepada alat receiver HF. Perkara ini di ajukan kepada penulis bagaimana membuang ganguan berkenaan sebab mereka cuba pasangkan grounding
system dengan menanam copper rod lebih kurang 2 kaki kedalam bumi namun ganguan
berkenaan masih lagi ada.
Penulis pun ada memiliki beberapa buah lampu
LED namun ianya tidak memberi apa2 ganguan pada alat HF mengapa pula
rakan-rakan lain mengatakan LED light yang mereka gunakan memberi ganguan pada
alat HF mereka? Jawapan nya mudah sebenarnya bukan LED light yang memberi ganguan
pada alat HF kita….apa yang terjadi pada rakan2 kita tadi ialah mereka
menggunakan lampu LED yang di Connect terus ke soket 240V AC. Sebenarnya
ganguan kepada alat HF datang dari AC/DC converter yang terdapat pada Lampu LED
berkenaan….DC supply yang datang bersama lampu LED tersebut ‘not fully regulated”
ini menyebakan terdapatnya ganguan pada alat HF. Apa yang penulis gunakan ialah
LAMPU LED yang di sambung terus ke DC Voltage. Oleh yang demikian adalah
disarankan kalau anda inginj membeli lampu LED sila belikan lampu yang voltan
nya adalah 12VDC dan bukan nya 240VAC.
Beberapa
tahun yang lalu ada rakan-rakan yang buat Dexpedition di sebuah pulau mereka
menyatakan terdapat banyak “QRM” pada alat HF sehingga menyukarkan bagi mereka
operate di 80M,40m dan 20m dan 15M. Pada hari terakhir baru mereka ketahui “QRM”
tersebut datang nya dari Battery Charger Hand Phone. Ya memang benar penulis
telah beberapa kali buat kajian mengenai perkara ini sejak dari tahun 2000 lagi
dimana banyak power supply di pasaran menggunakan “Switching Power Supply” dan
penulis dapati majoriti dari power supply jenis ini tidak mengikut “Standard”
yang di tetapkan. Dimasa ini terdapat banyak power supply jenis ini Antaranya yang terdapat pada laptop anda, PC, dan battery charger untuk
Hand Phone anda. Hati-hati apabila membeli switching power supply dari
pengalaman penulis switching power supply yang murah dipasaran memberi banyak
ganguan kepada alat HF kita. Untuk mengelakan dari ganguan kepada alat HF kita Pilihlah
‘switching power supply” dari jenama2 yang terkenal.Suka juga penulis nyatakan disini ganguan di 10 meter band tidak lah sehebat di lower band saperti di 80m/40m/ itu sebabnya jika tuan-tuan monitor di upper band kurang "noise" di bandingkan di lower band.....
Transformer Power Supply juga yang terbaik walau pun berat. Tiada gangguan HF cuma gannguan sekitar 60Hz sahaja itu pun mudah dikendalikan dan cuma kritikal untuk Audio Frequency.
ReplyDeleteNak terbaik guna toroid transformer, tapi susah nak cari kat Malaysia ni kot...
Ya benar tu....ada banyak perkara yang perlu di lihat disini jika hendak guna switching power supply guna lah jenama yang terbaik. Toroid transformer boleh didapati diseberang (utara tanah air). Mengenai 60hz tu ...???tak menjadi masalah buat kita sebab untuk Radio Amatur kita tidak pergi serendah itu....bagi peminat Audio mereka menggunakan Isolation Transformer....dan jika ada wang lebih kita pun boleh menggunakannya...Nak terbaik gunalah Deep Cycle Battery...bila terputus bekalan TNB, Radio anda tetap berfungsi.....terima kasih pada anda kerana berkongsi maklumat.
ReplyDelete