Friday, July 25, 2008

FIRE EXTINGUISHER ATAU ALAT PENCEGAH KEBAKARAN

HARI ini kita boleh lihat banyak kenderaan di jalan raya. Kita membelanjakan wang berpuluh ribu malahan ada yang berkemampuan membelanjakan beratus ribu untuk memiliki sebuah kenderaan. Tapi berapa ramai diantara kita yang memiliki alat pemadam api dalam kenderaan kita?


ALAT PEMADAN API DIDALAM SEBUAH KENDERAAN

LAGI SATU CARA BAGAIMANA MEMASANG ALAT PEMADAM API DALAM KENDERAAN ANDA



ABC TYPE DRY POWDER



LITAR PINTAS ("SHORT CIRCUIT")



PEMANDU KENDERAAN INI MAUT


PEMANDU KENDERAAN INI SELAMAT



Salam untuk semua.......Harap maaf sudah lama saya tak update blog saya ini...

Hari ini saya ingin cerita satu topik yang agak menarik. Pagi-pagi tadi semasa dalam perjalanan balik ke rumah lebih kurang jam 0747hrs.. Scan di 2 meter...terdengar seorang rakan menceritakan yang kereta jirannya terbakar pada subuh hari....Kesian juga bila dengar cerita-cerita begini.

Apa yang saya hendak ketengahkan disini ialah. Mengapa perkara ini terjadi. Dan bagaimana kita hendak mengelakannya atau mencegahnya. Hari ini ramai antara kita yang hantar kereta kita ke workshop kereta atau aksesori kereta untuk memasang sistem hi fi atau alat2 elektrik yang lain. Awas apabila anda hendak memasang peralatan audio atau alat2 elektronik dan elektrik didalam kereta. Pastikan pendawaian yang dibuat oleh juruteknik dibengkel2 kereta melakukannya dengan cara yang betul. Punca utama "short circuit" adalah kerana pendawaian yang tidak menepati standard pendawaian. Biasanya juruteknik di kedai aksesori apabila hendak membuat penyambungan kabel ia hanya memintal nya sahaja tidak di solder dan juga tidak disambung menggunakan connector atau cable lug. Satelah dipintal kabel tersebut biasanya ia akan menggunakan tape hitam untuk menutup kabel berkenaan apa yang terjadi salepas itu ialah oleh kerana suhu didalam enjin agak panas...ini menyebabkan glue yang ada pada tape hitam berkenaan akan cair dan lama kelamaan tape tadi akan tertanggal dan ini menyebabkan apabila tempat sambungan kabel tadi tergesel dengan body kereta kita ianya menyebabkan berlakunya "spark" dan akan menyebakan kebakaran. Satu perkara lagi fuse yang diigunakan agak terlalu tinggi....fuse berkenaan mungkin tidak berfungsi...dan menyebabkan kebakaran.

Perkara yang kedua ialah...kabel yang digunakan tidak mengikut spesifikasi mungkin terlalu kecil untuk menampung bebanan dan ini menyebakan kebal berkenaan akan cair.....cuba anda lihat sendiri mengapa kabel di terminal bateri agak besar mengapa tidak menggunakan kabel elektrik biasa yang digunakan untuk pendawaian lampu atau socket outlet dirumah kita. Ini kerana kabel berkenaan tidak mampu menanggung bebanan (load) sesuatu peralatan. Ianya dikira dalam unit "AMPS"......10 amps...20 amps...30amps dan sebagainya. Jika sekiranya pendawaian didalam kenderaan kita dibuat dengan cara yang tidak betul ada beberapa masalah akan timbul...contohnya jika anda memasang alat VHF, receiver anda akan pickup noise....alat Hi Fi anda juga akan pickup "NOISE" dan yang lebih ketara jika anda pasang alat HF di kereta anda, mungkin disini amat jarang sekali kita lihat rakan2 kita memasang alat HF didalam kereta. Saya akan bincangkan bagaimana hendak mengurangkan atau menghilangkan bunyi "noise" ini didalam topik yang lain.Hari ini kita hanya bincangkan mengenai topik "LITAR PINTAS ATAU SHORT CIRCUIT".
Pastikan segala penyambungan kabel didalam kenderaan kita dibuat dengan sempurna....maksud saya semua penyambungan harus menggunakan conector atau kabel lug yang bersesuaian dan menggunakan Tape yang high quality. Dan segala pendawaian diikat dengan kemas dan selamat. Pastikan Fuse yang digunakan mengikut nilai yang sesuai dengan bebanan. Jika fuse berkenaan blow ini adalah disebabkan oleh litar pintas atau bebanan yang lebih maka gantikan nilai fuse yang setara. Apa gunanya fuse ini. Gunanya adalah untuk mengawal arus elektrik yang mengalir kedalam satu litar. Jika litar berkenaan menggunakan fuse yg nilainya 10Amps maka apabila arus berkenaan mengalir melebihi 10Amps fuse nya akan blow dan melindungi dari terjadinya kebakaran pada litar berkenaan. Walauapapun jika anda tidak tahu perkara ini dapatkan nasihat atau khidmat dari juruteknik yang bertauliah.

Ini dapat dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda. Cuba anda bayangkan apa akan terjadi jika sekiranya dalam perjalanan balik ke kampung atau kemana sahaja tiba2 enjin anda berasap......bila dibuka bonet didapati terdapat kebakaran....sudah pastinya ianya menjejas perjalanan anda dan yang penting nyawa anda dan keluarga anda. Hari ini berapa ramai antara kita yang mempunyai alat PEMADAM API didalam kenderaan kita. Dan jika adapun berapa ramai yang tahu menggunakannya. Cuba kita bayangkan kita sanggup berbelanja berpuluh ribu dan ada yang beratus ribu untuk membeli sebuah kenderaan...tapi alat Pemadam Api yang harganya tak sampai RM50.00 kita tak mampu untuk membelinya ada ketikanya bukan kita tak mampu untuk membelinya tetapi tidak ada keperluan. Hari ini jika anda terbaca ruangan saya ini silalah kekedai aksesories atau ke Tesco, Carefour ACE dan sebagainya belilah alat pemadam api satu didalam kenderaan kita dan satu lagi letakan didalam rumah kita. Dapatkan pemadam api yang dari jenis serbuk kering atau "Dry Powder" atau CO2.

Tuesday, July 15, 2008

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

Baru-baru ini ada beberapa 9W's bertanya kepada saya mana yang betul setengah cakap begini setengah cakap begitu mana kita nak ikut.?

Contohnya perkataan "PANCARULANG" yang digunakan oleh sebahagian dari radio amatur pada hari ini. Jawapannya mudah jika kita rujuk kepada Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 tidak ada perkataan "PANCARULANG" yang ada didalam Akta berkenaan hanyalah perkataan "PENGULANG" puas saya mencari didalam AKTA Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKTA558) Dan juga dalam Peraturan Komunikasi Dan Multimedia namun saya tidak terjumpa pun perkataan "PANCARULANG" Cuba kita lihat dari sudut bahasa.

Perkataan "REPEATER" jika dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia akan berbunyi "PENGULANG" Apakah yang dimaksudkan dengan "PANCARULANG"? Mungkin bahasa yang digunakan oleh jiran tetangga itu betul dalam bahasa mereka dan tidak tepat kalau kita gunakan disini.

"UPLINK" DAN "DOWNLINK"
Istilah ini hanya digunakan untuk Satellite sahaja. Tapi bukan digunakan untuk "pengulang" .
Untuk pengulang ("repeater') istilah yang guna pakai ialah "Repeater Input" dan "Repeater Output"
Jadi pergunakan istilah yang tepat.

"JALOPY" Ini adalah perkataan yang sebenar nya.kita pernah mendengar rakan-rakan diudara menyebut cheelopi......cherokee...dll (Tapi ini tidaklah ketara sangat sebab ianya hanya penggunaan bahasa).

"Salt mine" Ini adalah perkataan yang sebenarnya.
Kita pernah mendengar rakan-rakan menyebut.
Short mine..... soft mine .....dll

PTT adalah singkatan kepada "Press To Talk" akan tetapi ianya disalah ertikan
ramai yang mengatakan "PTT" itu adalah  "Microphone". Sebenarnya "PTT"
adalah satu "micro switch"...yang terdapat didalam sebuah microphone.

QRX... QRT
Q code hanya diguna pakai untuk komunikasi kod morse
walaubagaimanapun hari ini banyak diantara ham menggunakan
QRZ? QTH? QSY? QRU? QRX... QRT dsb. berqso dalam "telefony"
Pernah juga kita mendengar seseorang yang ingin berhenti dari bercakap dgn
si A menyebut.......""Ok lah bang, saya ada kerja sikit ni ....walaubagaimanapun set saya akan
"ON" so jumpa lagi 73 QRX." Apakah yang dimaksudkan dengan QRX? Jika kita semak kembali QRX bermaksud "Standby" dan kena beri masa contohnya ...QRX 5 min.... dan satelah itu anda perlu masuk kembali dan sambung perbualan.

Satelah saya selidiki mengapa ada diantara ham apabila nak "Sign Off" dari udara menggunakan QRX mereka berkata kita tak tutup "Transceiver" kita. Transceiver kita masih lagi "ON".
Kecuali kalau kita "OFF" kan transceiver kita, barulah kita sebut QRT...kita masih standby
dan monitor di frequency....."

PERLU DIINGAT DISINI Q CODE "QRT" BUKANLAH BERMAKSUD MENUTUP (OFF) ALAT TRANSCEIVER KITA...IA MEMBAWA MAKSUD "END OF TRANSMISSION"
atau "STOP SENDING" DGN STATION yang lain. Oleh yang demikian bila kita mahu sign OFF dengan mana-mana station sign off aje lah sebut aje 73 jumpa lagi. Kalau nak guna Q Code guna lah "QRT" bukan nya "QRX"

Panggilan CQ di Pengulang.

Ada ketikanya kita pernah mendengar ada diantara rakan-rakan ham yang memanggil
di pengulang......CQ...CQ...CQ 9M2xxxx ......CQ CQ CQ.. This is 9M2xxxx
Untuk pengetahuan pembaca sekelian. Dalam sebuah buku karangan seorang Ham dari
US mengatakan bahawa ..."Only unprofesional Ham will call CQ on Repeater" yang membawa maksud Hanya orang yang bukan pro aje yang memanggil CQ di pengulang. Ada pula rakan2 mengatakan kita bukan nya pro kita ni kan "Amateur" memang benarlah kata beliau sampai mati pun kita tak dipanggil PRO. Kita kena lihat apakah yang di maksudkan dengan "Amateur Radio" itu. Mana ada istilah " Profesional Radio"
Adakah menjadi satu kesalahan apabila kita memanggil CQ di pengulang....jawapannya sudah
pastinya tidak. Tapi golongan yang berilmu dan berpengalaman di bidang Ham Radio tak akan
menggunakan CQ di mana-mana repeater. Mereka akan memanggil begini jika di Pengulang
senyap aje tiada siapa menggunakannya. Orang yang bijak atau "Pro" akan berbuat begini....
"....Ada sesiapa di udara....disini 9M2xxxx......" atau "anybody on Frequency this is 9M2xxxx"
Mengapa CQ tidak digunakan di pengulang jawapannya mudah kebanyakan orang akan monitor
di pengulang...berbeza dengan di HF kerana frequency nya lebar. Contohnya dari 14.000Mhz ~ 14.350Mhz tak ada ham akan standby di frequency2 tertentu....
Jadi persoalannya sekarang adakah anda ingin manjadi orang yang "bijak /Pro" atau anda ingin
memilih manjadi........?????.....