Perkembangan Radio Amatur dinegara kita boleh dikatakan maju
dibandingkan dengan berpuluh tahun yang lalu. Kalau dua puluh tahun yang lalu kita
ada kurang dari 300 pemilik lesen Radio Amatur namun pada hari ini kita ada lebih
10,000 ….orang.
Walaubagaimanapun menurut pegawai atasan SKMM yang ditemui
baru-baru ini semasa konvensyen Radio Amatur 2013, mereka menyatakan peratus
kelulusan tidak menepati kehendak mereka, kerana setiap kali diadakan ujian
RAE purata kelulusan hanyalah 50% sahaja.
Antara sebab-sebab mengapa ini terjadi adalah kerana calon-calon yang
menduduki ujian RAE tidak bersedia.
Dahulu hanya ada MARTS dan ahli-ahli nya terdiri dari berbilang
bangsa…Melayu, India, Cina, Orang Inggeris, Jepun, dll. Kehidupan radio amatur
ketika itu begitu harmoni. Mungkin pada ketika itu tidak ramai pengamal RA
hanya sekitar kurang dari 300 orang.
Pada tahun 1995 apabila pihak
Jab. Telekom mengujudkan lesen Kelas B…dan pada ketika itu ramai SWL yang telah
lulus ujian RAE memohon Lesen Kelas B. Dan berlakulah peningkatan peratusan
pengamal RADIO AMATUR….dan pada ketika itu kebetulan ramai orang-orang melayu
mula berminat dan duduki ujian RAE dan
banyak yang lulus ujian RAE. Oleh kerana menyedari keadaan ini maka
beberapa orang rakan Ham di utara menubuhkan Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia(ASTRA) pada
tahun 1997. Kenapa Nama ASTRA terserlah…….“Sebenarnya cadangan awal yang
dikemukakan untuk nama persatuan ialah PERSATUAN ASTRONOMI DAN RADIO AMATUR
MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA atau ringkasnya ASTRA [yang bermaksud AST =
Astronomi, manakala RA = Radio Amator]. Tetapi, setelah difikirkan kepentingan
masa depan orang Melayu dalam bidang
radio amator, mesyuarat menolak nama berkenaan. Akhirnya diputuskan bahawa nama
yang akan digunakan ialah PERSATUAN
RADIO AMATUR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [The Malay Amateur Radio Society
of Northern Peninsular Malaysia]. Walaupun begitu nama ASTRA terus diterima
pakai.”
Kemudian pada tahun 2002
menyedari tentang pentingnya “Komunikasi Kecemasan” atau nama ringkasnya EmCom
(Emergency Communication). Beberapa orang-orang Radio Amatur telah menubuhkan
MARES (Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society) Sebenarnya cadangan
asal nama yang dicadangkan ialah Amateur Radio Emergency Service (ARES) atau
Radio Amateur Civil Emergency Service (RACES) atau Radio Amateur Emergency
Network (RAYNET)
Nasrec ditubuhkan pada tahun2003, Parts April 2006 dan seterusnya
nya ujudlah lebih banyak lagi persatuan2 radio amatur. Saperti PERAMAH,
PEMANCAR, JASRA, dll. Ini satu
perkembangan yang baik. Ada beberapa pengamal radio amatur yang kurang senang dengan pengujudan
persatuan2 ini. Pada pendapat mereka lagi banyak persatuan lebih rumit dan
memeningkan kepala setengah2 pihak.
Pada pendapat penulis kita mestilah lihat dari propektif yang
positif. Kenapa perlu diujudkan Kelab atau Persatuan? Ini bagi memenuhi cita
rasa setiap kumpulan. Ujudlah banyak persatuan pun tidak mengapa yang penting
disini persatuan harus ada Objektif dan Hala Tuju. Majlis Tertiggi sesuatu
persatuan harus memainkan peranan pro aktif dan bersifat terbuka dan sedia
menerima teguran dan memperbaiki keadaan. Setiap persatuan ada fungsinya.
Cuba kita lihat kenapa ada kedai runcit…lepas itu ada kedai
24 Jam…dan ada juga Mini Market..kemudian ada pula Supermarket dan seterusnya
ada Hypermarket. Cuba kita Tanya diri kita kenapaah banyak sangat kedai runcit
dan kedai 24 Jam pass tu ada pula mini market , Supermarket dan Hypermarket….?
Masing2 ada pelanganya. Memang sudah jadi lumrah kehidupan manusia yang
mempunyai hawa nafsu dan mempunyai berbagai sifat. Sudah pastinya ada pihak yang
kurang bersetuju dengan apa orang lain buat, namun kita sebagai pelangan atau
pengguna harus bijak memilihnya.
Dalam pemilihan peralatan komunikasi jika anda hanya mampu
dan suka dengan IC-718 anda boleh beli alat ini. Dan jika anda
minat dan berkemampuan membeli FT2000
anda boleh memilikinya. Ada setengah orang pula dia mampu memiliki FT2000 namun
dia tak minat pergi ke HF jadi pada dirinya dia tak perlu FT 2000 cukup sekadar
dengan FT8900 sahaja dan beberapa Handy. Anda mempunyai pilihan.
Kebanyakan dari kita (Pengamal Radio Amatur) tidak mempunyai
“Kefahaman” . Yang menjadi masalah apabila kita sendiri yang suka mencari
kesalahan dan mencari apa yang tak kena…dan kita pula tidak selidik atau buat “research”
kita hanya membuat andayan mengikut cita rasa sendiri. Dan lebih buruk lagi
apabila kita tanyakan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ariff di bidang
tersebut. Jadi lah sesat dan menyesatkan.
Terpulang kepada diri anda untuk memilih jalan yang lurus
atau jalan yang sesat….carilah peta penghidupan barulah anda akan dapat
jawapannya. Sikap atau “Attitude” kita harus berubah mengikut apa yang tercatit
dalam kitabullah itulah yang dinamakan “Akhlak”
Mari kita ingatkan diri kita…..mari kita kembali kepada
panduan kehidupan kita….saperti kata penulis sebelum ini, kita mempunyai manual
untuk Yaesu FT 897…Icom IC 718 dll namun kita sudah lupa manual penghidupan
kita. Apakah dia Manual Penghidupan kita? Jawapannya Al-Quraan dan Hadith.
Apa-apa yang berlaku disekeling Galeksi kita hari ini semua
nya sudah tercatat dalam Lauhul Mahfuz.
“Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di
bumi, melainkan (tercatat) dalam Kitab yang jelas (Lauhul Mahfuz)” (QS: An-Naml
(27) :75)