Menjelang tahun 2013 yang tidak
beberapa hari sahaja lagi. Mari kita merenung sejenak apa yang berlaku
disekeliling kita. Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak pembahruan berlaku dalam
pentadbiran Radio Amatur Iaitu di peringkat pelesenan. Perkara ini berlaku
apabila terdapat perubahan semasa di ITU World Radiocommunication Conference pada
tahun 2003 (WRC-03). Negara saperti Amerika dan United Kingdom antara yang
pertama membenarkan pemegang lesen kelas VHF/UHF untuk “operate” di HF. Dan beberapa tahun
kemudian negara-negara lain di Eropah mengikuti jejak langkah US dan UK.
Di sekitar Asia pula negara-negara
saperti New Zealand, Singapura, Indonesia, Australia, Jepun telah memberi
kelongaran kepada pemegang lesen VHF/UHF untuk bekerja di HF. Namun begitu
masih ada lagi negara-negara di Asia yang tidak membuat sebarang perubahan
antaranya Thailand, India, Vietnam, Korea, China, Filipina dan termasuklah Malaysia.
Jepun contohnya pada tahun 2011 telah membenarkan pemegang lesen VHF/UHF untuk
bekerja di HF.
Sementara itu pula negara saperti
Amerika telah mansuhkan Fee untuk lesen Radio Amatur sejak sekian lama dan pada
tahun 2006 United Kingdom juga telah mansuhkan yuran untuk Lesen Radio Amatur.
Sementara itu dalam tempoh 6 tahun yang lalu di UK Radio Amatur disana telah memperolehi
Frequency yang baru saperti 136khz, 70-
70.2MHz, 5MHz sementara itu banyak negara-negara luar sudah membenarkan Amateur Radio
menggunakan 60 meter band (5.260-5.410MHz.)
Di Malaysia Lesen Kelas B
diperkenalkan pada tahun 1995. Lesen Kelas B ini mula diperbincangkan pada
sekitar tahun 1982 atau 1984 ianya disyorkan oleh 9M2AV (Avatar Singh) dalam
satu masyuarat Agung MARTS. Sementara cukai untuk alat “Transceiver” dihapuskan
sekitar tahun 1996. Pada tahun 1981 kita ada lebih kurang 146 orang sahaja
Lesen Radio Amatur termasuk Sabah Dan Sarawak. Sementara pada hari ini kita ada
hampir 10,000 orang.
Kita amat berharap agar pentadbiran di negara-negara lain termasuk Malaysia mengikut jejak langkah negara-negara yang penulis sebutkan diatas. Kita amat memerlukan pembahruan dan perubahan. Banyak perkara yang perlu kita semua ketengahkan antaranya:
dikemas kini, semenjak tahun 1998 ianya tidak dikemas kini.
2. Memberi peluang kepada Kelas B untuk bekerja di 160m, 80m
dan juga 40 meter band. (Perkara ini telah disyokan oleh pihak
kami pada tahun 2005)
3. Isu berkaitan SIRIM perlu dikaji semuala cukai untuk alat
transceiver telah dihapuskan namun pihak SIRIM mengenakan
fees untuk permohonan dan juga untuk AP.
4. Tanda Panggil (Callsign) untuk kelab, special event callsign dan
untuk repeater perlu dikaji semula kerana ada banyak tanda
panggil yang tidak mengikut "konvensyen" IARU.
5. Cukai untuk peralatan komunikasi saperti "ATU", SWR Meter,
Analyzer, Antenna, Modem, duplexer dll perlu dihapuskan.
6. Power limitation untuk kelas A perlu dikemas kini.
7. Ujian RAE perlu dibuat lebih kerap lagi.
8. Perlu diujudkan "Advisory Council" (wakil yang terdiri dari
kalangan Radio Amatur yang berpengalaman) di peringkat WG
(working group) SKMM mengenai isu Radio Amatur.
9. Freq. untuk 60 meter band perlu dipohon.
10. VLF Freq. perlu dipohon untuk tujuan kaji selidik.
11. Guideline For Radio Amateur's 2012 perlu diperbaiki dan
dikemas kini.
12. FEES RM60 untuk permohonan AA dan untuk pembahruan AA
perlu dihapuskan.
Ada banyak perkara lagi yang ingin penulis senaraikan namun cukuplah sampai disini. Untuk melakukan perkara ini bukan nya mudah. Penulis berharap agar persatuan-persatuan dan kelab-kelab bergabung bagi menangani isu-isu yang di sebutkan diatas jika kita masih lagi bersikap menyendiri dan tidak mahu bersatu. Saperti pepatah melayu bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Kekuatan kita adalah pada suara yang ramai. Hentikanlah sikap menuding jari cari salah siapa…..Ubahlah sikap kita. Orang lain sudah maju kehadapan tapi kita masih lagi membincangkan isu-isu yang remeh temeh. Isu yang besar-besar kita abaikan. Ayuh marilah kita ubah sikap kita….kalau bukan kita (RA) siapa lagi?