Saturday, September 17, 2016

THE RST REPORT FOR RADIO HAMS'

The RST Reporting System

While roaming around the upper part of the 40 meter Ham Band in the LSB MODE, I recently overheard a conversation between a roundtable group. I listened for a few moments and then heard one of the Hams who was most likely new to Ham Radio, ask one of the others in the group to give him a signal report.

The report he got back from the other station was, "You're 59".  Silence was heard for a few moments and then the "new" ham said, "I did not want you to guess my age....how do you hear me?

The reply was again, "You're 59".  "What do you mean?" The new Ham said.
Then another station in the roundtable began a very lengthy dissertation to try to explain the RST reporting method to him that no one could have understood.

He started talking about power levels, dB's, S meters, propagation, antenna theory, brand names, receiver sensitivity and on and on for a good five minutes! When the new ham started to ask questions, another station spoke up and totally confused the situation even more! Then another station started with his 'two cents" worth. 

After a couple more questions with no clear answers......The new ham finally said "I still don't understand how well you are hearing me.....I hear the phone ringing....got to go!", and he signed off. He sounded very disgusted to me when he left the air abruptly!
In my opinion, in answering his question...."How do you hear me?"....it would have been much better in this case to just say "loud and clear" since the new ham had obviously not studied the RST system of signal reporting and none of the roundtable station operators could explain RST to him in simple terms....they just seemed to want to dazzle him with as much "info" as possible! It seemed to me that they were trying to help in their own way, but did not want to admit their lack of a "good" explaination. They could have suggested that he study the RST reporting system on the internet or wherever he could find the information.

THE RST REPORTING SYSTEM IN A NUTSHELL!

RST Reports: 
An RST report is a report from a receiving station on the quality and strength of the transmitted signal. Using shorthand in the form of numbers to represent the tone of a CW signal or voice transmission of a transmitting station's signal at the receiving station's location (QTH).
Here is what it means:
R -  Readability - Understanding what is said and how well. On a scale of 1 to 5, the readability of your signal with a "5" being perfect with no difficulty. In other words the ability of the other operator to understand what you are saying. A "1" is unreadable....a "5" is perfectly readable.

S -  Strength - On a scale of 1 to 9, indicates how strong your stations signal is. A "1" is a very faint signal.  A "9" is an extremely strong signal.

T - Used for morse code signal reports. Indicates on a scale of 1 to 9 the quality of the tone of the morse code "dits and dahs".  From a "60 cycle harsh tone" a (1).... To a "very pure tone", a (9).


Example #1 A CW REPORT:

If you got a report of "599" on CW, it  means the following:
The five means your signal is very easy to understand with absolutely no difficulty. The first nine means your signal registers a very strong reading on your S meter, usually 3/4 scale or more.  The second nine means your CW tone has a nice pure clear tone or sound.
Example #2 A VOICE REPORT: If you get a 5 5 (sometimes said 5 by 5)....Your signal is perfectly readable with a fairly good signal strength.

In some cases people may tell you: your signal is five nine plus twenty dB... In this case the twenty db part indicates that your signal is so strong that it goes off the standard 1 through 9 signal strength S meter dial by twenty decibels as indicated on the meter readout. (See note below)This would mean that you are putting out a REALLY strong signal!

NOTE:
The RST System of Signal Reporting was established roughly in 1934 as a quick method of reporting Readability, Signal Strength and the Tone of CW. For voice contacts only the "R" and "S" are used. The "S" component is usually not the same as your S-Meter reading as most S-Meters aren't calibrated to track the RST System.The RST is also reported on QSL Cards and must be filled in correctly.

For example a "569" report for a voice contact is NOT valid. Remember that the 3rd number from the left is for "Tone" in CW. Note that many DX operations and contest stations merely report "599" as a convenience to avoid having to log each of the real reports. This is a questionable practice but is used most of the time in DX'ing/Contesting. Would you give a 599 for a station you could barely hear? Would you appreciate it if this was your report from someone that could barely hear you? Be honest with your reports!
The RST report system works well, can be used for troubleshooting problems with your station and has been used by Hams worldwide for many years and also is used by the military with slight modifications in their reporting of transmissions.

There is a great deal of "averaging all factors" when giving a signal report to another station.
There is a lot of difference between a voice report of 59 and one of 52.....but the most important thing to me would be readability! I have heard hundreds of stations perfectly clear on voice and CW that were not moving the S Meter! (Yes...it does work!) So their report might have been an R5, S1 or 2........to my ears!.....

Study this information below to help you with giving out accurate reports.
Feel free to copy any or all of this information if it would be helpful to you!

R = READABILITY
1 -- Unreadable
2 -- Barely readable, occasional words distinguishable
3 -- Readable with considerable difficulty
4 -- Readable with practically no difficulty
5 -- Perfectly readable

S = SIGNAL STRENGTH
1 -- Faint signals, barely perceptible
2 -- Very weak signals
3 -- Weak signals
4 -- Fair signals
5 -- Fairly good signals
6 -- Good signals
7 -- Moderately strong signals
8 -- Strong signals
9 -- Extremely strong signals

T = TONE
1 -- Sixty cycle a.c. or less, very rough and broad
2 -- Very rough a.c. , very harsh and broad
3 -- Rough a.c. tone, rectified but not filtered
4 -- Rough note, some trace of filtering
5 -- Filtered rectified a.c. but strongly ripple-modulated
6 -- Filtered tone, definite trace of ripple modulation
7 -- Near pure tone, trace of ripple modulation
8 -- Near perfect tone, slight trace of modulation

9 -- Perfect tone, no trace of ripple or modulation of any kind

Thursday, August 25, 2016

Kembara ke Tokyo Jepun 18 - 22 Ogos 2016 (Episod II)


Bahagian Kedua

21 Ogos 2016

Awal pagi kami berlepas ke Big Sight …skali lagi kami meneruskan mencari barangan, berasa geram juga dengan barang-barang second hand dan juga Rig yang terpakai penulis teringin dengan "transceiver" saperti TS- 950S dan juga FT- 1000MP yang di jual di sana harga nya pun murah, namun nak bawa balik itu satu masalah kerana pergerakan kami di Jepun hanya bergantung pada Train dan banyak berjalan kaki. Ada subway yang di lengkapi escalator dan yang hanya mempunyai tangga….naik turun tangga ni yang menjadi masalah. Berikut gambar-gambar yang sempat penulis rakamkan.



                                         Kanak-kanak sedang solder project kit ditemani oleh
                                         ibu bapa mereka

Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis di satu bahagian kelihatan ramai kanak-kanak yang ditemani oleh ibu bapa asyik menyiapkan projek kit. Mereka ini di temani oleh ibu bapa mereka
dan di bantu oleh Ham-ham yang veteren. Mereka ini sungguh sabar menemani kanak-kanak ini. Penulis juga sempat menemuramah seorang pemuda "ham for Kids" beliau menyatakan di Jepun untuk mengambil ujian RAE tidak ade had umur. Lihat lah bagaimana mereka bermula dengan usia yang amat muda. Jadi tidak hairan lah negara Jepun mempunyai lebih dari 3 Juta pemilik Lesen Radio Amatur. Jepun duduk di tangga teratas dalam populasi Ham di dunia sementara Amerika duduk di tangga kedua iaitu 700,000 penduduk nya mempunyai lesen radio amatur. Thailand pun apa kurangnya mereka mempunyai lebih dari 170,000 Ham di sana.









                                          Kelihatan seorang veteran sambil makan tengah
                                          hari sambil melayan HF nya.......








                                         Ini antara BALUN yang terbaik di temui disini.




Terbaharu YAESU FT-891 yang dilancarkan di sini.


                                         Terbaharu juga YAESU Desk Mic M-1 baru
                                          dilancarkan di sini.


                                         Ini adalah Transceiver Terbaharu Icom IC-7610
                                         yang di lancarkan disini



                                    Communication Receiver yang termahal Icom IC-R9500
           
                                          Terbaharu Communication Receiver Icom IC-R8600
                                          (10kHz - 3 GHz)

                                         Terbaharu Kenwood TH-74 (APRS & D-STAR)





Satelah penat berjalan selepas kami mengunjungi Ham Fest pada petang hari kami terus ke Akihabara dan seterusnya ke Ueno…selepas itu kami terus pulang ke Hotel. Di hotel sambil menunggu untuk mandi penulis  berbual dengan 9W2AEV dalam lebih kurang jam 10.30 kami dapati Hotel yang kami menginap bergegar dan tingkap bilik kami bergegar agak kuat. Beberapa minit kemudian kami dapat tahu ianya adalah Gempa Bumi 6.0  Alhamdulillah kami selamat. Itu lah pengalaman kali pertama penulis….agak kuat juga. 

21 Ogos 2016

Pada pagi hari kami dapat berita berlaku ribut taufan dan airport di tutup pada waktu pagi. Hati kami pada ketika itu berdebar juga kerana hari ini penerbangan kami di jangka pada jam 2245hrs waktu Tokyo.

Pada pagi berkenaan kami hendak keluar untuk membeli belah namun hujan turun dengan lebat bersama angin dan ini menyebakan perjalanan kami agak terjejas, kami keluar agak lewat dalam sekitar jam 11.00am kami terpaksa juga meredah hujan bersama angin. Kami pergi ke Akihabara dan Ueno di Tokyo kami juga sempat solat di Masjid Al Salam berdekatan dengan Akihabara. Kami juga terjumpa sebuah kedai runcit yang menjual makanan Halal yang menarik nya dalam kedai ini ada juga menjual Kari Ayam Ibrahim dan lain lain lagi rasa bangga juga sebab barangan Malaysia ade di jual di Tokyo tambahan pula kilang nya terlatak di Bdr Baru Bangi.

Tips dan Panduan Perjalanan Jauh.

Nasihat kepada rakan2 yang hendak berkunjung ke Jepun pastikan anda mempunyai sepasang kasut sukan yang ringan dan fit dan sediakan minyak panas/ cream sudah pasti kaki dan betis anda akan rasa kesakitan kerana banyak berjalan. Dan jangan lupa membawa sedikit ubatan saperti:

1. Ubat deman dan sakit badan Brufen (ibuprofin 600mg)
2. Ubat sakit perut (hyoscine-N-butylbromide 10mg)
3. Untuk tahan cirit-birit Colodium (loperamide hydrochloride capsule 2mg)
4. Ubat Angin Ultracarbon (medicinal charcoal 250mg)
5. Ubat selsema alahan Zyrtec (Certirzine Dihydrochloride10mg)
6. Cream untuk "muscular aches and pains" Flanil Analgesic Cream dan seumpamanya.

Sediakan juga senarai check list utk barangan utk di bawa bersama yang penting "Pasport"
anda harus berada dalam kocek seluar anda kerana di kuatiri jika anda taruhkan di dalam beg galas anda mungkin ianya tertinggal/tercicir atau di kuatiri di curi. Dan sediakan dokumen perjalanan anda. Dalam satu plastic holder. Dan jangan lupa belilah insurance perjalanan mana lah tau anda sakit dan di masuk kan ke hospital. Dan pastikan satu salinan Insurance tersebut di berikan pada ahli keluarga terdekat. Sebab perbelanjaan perubatan sangat mahal di sesetengah negara. Dan jika berlaku kelewatan penerbangan lebih dari lapan jam anda boleh buat tuntutan. jika begasi anda hilang anda juga boleh buat tuntutan dll Sediakan juga number balai polis dan keduataan jika berlaku sesuatu anda boleh terus hubungi pihak-pihak berkenaan.

Ubatan di atas sangat penting semasa hari ketiga kami di Tokyo seorang sahabat kami mengadu  sakit perut, penulis kemudian menghulurkan ubat kepada beliau. Alhamdulillah beberapa ketika sakit perut nya hilang. 

Kedai yang jual makanan halal di sana amat kurang jadi anda di nasihatkan beli yang sudah siap saperti Makanan yang segera "Ibrahim" anda tak perlulah bawa "Nasi Baryani Ibrahim" Nasi Goreng Kapung dll sebab nasi yg siap di masak dan di pack ade disana anda boleh membeli kebab di Ueno dan Akihabara, anda juga boleh ke 7E , Family Mart untuk dapat  roti  dan nasi yg sudah siap di masak yg di pack dan anda hanya perlu panaskan nya dlm microwave di setiap 7E dan Family Mart ade di sediakan Microwave oven.

Perjalanan kami ke Tokyo kali ini sungguh mencabar dimana ketika kami di Tokyo berlaku gempa bumi dan selepas itu hujan dan ribut berlaku. Akhir kata terima kasih pada Rizal 9M2RZL yang telah membantu kami pergi ke beberapa lokasi di sana. Dan terima kasih juga pada rakan-rakan lain 9W2WF, 9W2TLB dan juga 9W2AEV yang sama-sama menjayakan misi ini. Ketemu lagi di lain kesempatan. 

Jazakallahu khairan....


Wednesday, August 24, 2016

Kembara Hamfest Jepun 2016 (Episod I)

Lawatan ke Jepun 18 Aug 2016 - 22 Augsut 2016

Bahagian Pertama.



                                                       
                                                      Di Airport sebelum berlepas ke Haneida Tokyo

Pada asal nya penulis tidak ada perancangan untuk ke Hamfest 2016 di Jepun. Namun oleh kerana teringatkan  beberapa bulan yang lalu berhubung dengan aruah 9M2RDX beliau kata beliau sudah beli tiket untuk ke Ham Fest Jepun ini kerana beliau teruja dan tertarik dengan cerita2 dari 9M2RZL dan 9M2SQL pada tahun lepas salepas mereka pulang dari “Japan Hamfest 2015” 

18 Aug 2016…

Segala persiapan telah dibuat…wang pun sudah di tukar. Call banyak tempat hanya yang murah di satu tempat di KL Central  1000 Yen = RM39.40 kami bertemu di KLIA2 jam 12.00pm … 9M2RZL…9W2WF …9W2TLB  sementara 9W2AEV (Han) berangkat lebih awal dari kami. Kami juga sempat bertemu dengan Ham yang veteran 9M2AR dan 9M2RB mereka juga pertama kali nak melihat Japan Hamfest. Pesawat kami D7 522 (Red Cap 522) berlepas ke Haneida Tokyo jam 1430….dan sampai di Haneida lebih kurang jam 10.40pm waktu tokyo…Kami bergegas untuk manaiki train jam 11.45 kami sempat menaiki train tersebut dan terus ke Nihonbashi , Tokyo…kami sampai di hotel lebih kurang jam 1.00am. Nama hotel kami Hoshikaikan.


19 Aug 2016 










Kami berlepas ke bandar  solat Jumaat di Masjid Camii Tokyo masjid ini letak nya di  Ōyama-chō Shibuya Tokyo. Ini adalah masjid yang terbesar di Tokyo.  Masjid ini dibina pada 12 May 1938, pada tahun  1986 Masjid ini di robohkan akibat bangunan nya tidak selamat di duduki. Pada tahun 1998 ia mula di bina semula dan masjid ini di reka mengikut masjid2 pada masa pemerintahan Uthman di Turki…dan “Marble” di dalam masjid ini di import khas dari Turki. 


Kalau kita berada di dalam masjid ini pembinaan nya amat cantik. Semasa menunggu azan…terlihat ramai orang masuk ke dalam masjid ini….masuk aje kedalam masjid kelihatan ada yang solat sunat tahyatul masjid dan ade juga yang duduk terus…..beberapa minit kemudian kelihatan seorang pemuda dengan berbaju T dan seluar yang betul2 pendek aras paha sahaja….berdiri dan solat sunnat. (di sini saya tidak mahu berbincang tentang solat dengan berseluar pendek…kalau nak cerita mungkin di lain waktu apakah ianya boleh atau tidak?…)Dalam hati dok fikir macam2 satelah melihat beliau solat…..Maka saya anggapkan pemuda dlm linkungan 30han ini baru masuk Islam.



Apa yg penulis fikirkan ketika itu Masya Allah…walaupun lelaki ini baru memeluk islam dan cuba untuk solat walaupun kita lihat ade kecacatan namun beliau berusaha juga untuk solat walaupun berseluar pendek.kalau kita bandingkan ade di luar sana yang langsung tak indahkan solat Jumaat mereka shopping dll. Maka pemuda ini adalah lebih baik lagi di bandingkan mereka2 yang tak solat. Apabila pemuda itu solat lalu datang seorang yang agak lanjut usia nya mungkin umurnya lewat 60han….beliau berdiri di hadapan saya di tangan nya memegang sehelai kain sarung…..mulia nya orang tua ni….selepas pemuda tadi habis bagi salam lalu di hulurnya kain sarung tadi kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya memakai nya….

Perkara ini berlaku di hadapan mata penulis….Apa pengajaran nya? 
  1. Pemuda tersebut berusaha untuk solat Jumaat walaupun terpaksa meninggal kan sesuatu yang di gemarinya.
  2. Se orang tua yg lanjut usia membantu menghulurkan kain sarung kepada pemuda tersebut. 

Kalau di sini kalau kita lihat seorang pemuda yang solat pakai seluar pendek yang benar2 singkat.yang tidak melepasi lutut apa pandangan anda?? Jawapan nya pasti kita akan cepat menjatuhkan hukuman.

Selepas itu kami terus ke JARL office. Kami sempat merakamkan gambar di Pejabat JARL. Oleh kerana ke esokan hari nya Hamfest maka ramai antara pegawai yang bertugas di JARIL sudah berada di “Big Sight” tempat berlangsung nya Hamfest tersebut.





                                             Bersama rakan-rakan di JARL. 



Selepas melawat JARL office kami terus ke Akihabara…pusat  penjualan barang2 Elektrik dan Elektronik. Boleh kelabu mata tengok barang2 di sini.
















20 AUGUST 2016

Kami bergerak agak lewat sedikit dari hotel ke Tapak Hamfest di Big Sight kami sampai di Big Sight dalam jam 11.00am dalam perjalanan nampak seorang  “Mat Salleh” dari Jerman….lalu kami menegur beliau di station kretapi beliau bertanya bagaimana hendak ke BIg Sight lalu beliau bersama kami ke Big Sight…..Sampai di Bigsight kelihatan masih ramai lagi orang beratur membeli tiket masuk….Satelah membeli tiket kami terus masuk melalui pintu kedua..bukan pintu utama ini kerana kami ingin melihat barangan terpakai dan juga parts-parts yang terpakai…antenna homebrew dan lain-lain lagi.  







Dari pandangan mata kasar kami dapati Hamfest kali ini lebih ramai orang mengunjungi nya di bandingkan dengan tahun2 yang lepas. Pada petang hari kami terus beredar dari Big Sight dan terus ke Akihabara/ Ueno….di sana sempat kami singgah di kedai kebab dan tapau kebab Turki ke hotel.

Bersambung.................