Q: Apakah langkah-langkah yang sepatutnya kita lakukan untuk memulakan QSO di HF ?
1. Tentukan peralatan kita saperti Transceiver, Power Supply, Antenna & Grounding dalam keadaan baik. Check adakah antenna telah di pasang dan di ketatkan. Jika anda menggunakan “ATU” pastikan cablenya di cantumkan kepada kedudukan yang betul dan ketatkan nya. Tentukan power kabel di cantumkan ke polarity yang betul + dan – pastikan semua nya dalam keadaan betul. Satelah itu barulah di ON kan alat transceiver anda. Oh ya sebelum itu baca terlebih dahulu “manual” yang di berikan buatkan satu salinan dan letakan di atas meja.
2. Perkara yang paling penting sebelum kita berqso banyakan lah mendengar (“monitor”) terlebih dahulu bagaimana ham-ham yang berpengalaman berqso dan cara mereka berikan mic kepada rakan yang satu lagi. Yang paling penting sediakan pen dan kertas untuk mencatit tanda panggil , nama, freq,masa dll. Walaupun kita dalam keadaan “monitoring” catitan ini amat penting masukan kedalam Buku Log, anda boleh masukan kedalam komputer namun perlu di ingat ada kala nya komputer kita “crashed” jadi adalah sebaiknya anda membeli sebuah buku size A4 yang mempunyai sekurang-kurangnya 300 muka surat.
2. Perkara yang paling penting sebelum kita berqso banyakan lah mendengar (“monitor”) terlebih dahulu bagaimana ham-ham yang berpengalaman berqso dan cara mereka berikan mic kepada rakan yang satu lagi. Yang paling penting sediakan pen dan kertas untuk mencatit tanda panggil , nama, freq,masa dll. Walaupun kita dalam keadaan “monitoring” catitan ini amat penting masukan kedalam Buku Log, anda boleh masukan kedalam komputer namun perlu di ingat ada kala nya komputer kita “crashed” jadi adalah sebaiknya anda membeli sebuah buku size A4 yang mempunyai sekurang-kurangnya 300 muka surat.
3. Ambil lah masa yang tertentu untuk mendengar (monitor) satelah itu tenangkan diri anda dan jangan gopoh untuk bercakap, cakap dengan nada biasa dan pastikan “mic gain” di setkan ketempat yang sesuai. Oh ya paling penting tentukan di atas meja kita ada “Transceiver Manual” untuk rujukan kita apabila diperlukan dari masa kesemasa.
4. Apabila anda bercakap tentukan kedudukan mic anda dalam jarak yang sesuai jangan terlalu jauh dan jangan terlalu dekat. Dan pastikan kedudukan mic menghala ke kiri atau ke kanan.
5. Apabila anda bercakap pertama sekali cuba dapatkan signal report dan yang paling penting cuba tanyakan audio kita bagaimana? Dan mintakan jawapan yang ikhlas mungkin. Jika anda hanya bertanya signal report saya macam mana? Jawapan yang deberikan adalah 5/8….5/9 …mungkin jawapan yang diberikan tidak ikhlas…sebab kemungkinan stesen yang anda QSO hendak menjaga hati anda…jika ianya ok tak mengapa tapi apa akan jadi jika signal anda 5/9 tapi audio yang keluar tidak selari dengan signal yang diterima contohnya audio anda halus…bunyi seolah-olah orang cakap berbisik..sayup ….sayup susah untuk di dengari dan ada pula signal yang kita terima 5/9 plus 20dB tapi kita tak faham apa orang itu perkatakan…over "modulate" atau "distorted".
Contoh QSO:
9M25AV: 9M25MW…..9M25AV Good Morning, you are 5/9 name here is Avatar. So back to you 9M25Mike Willie …..9M25Apple Victor
9M25MW: 9M25Apple Victor …9M25Mike Willie
Good Morning to you. Handle here is Mal like mike..mike apple..apple London…London –MAL
You are 5/9 10dB. Can you please give me honest report how is my audio……tempreture here is about 15 Deg C. so back to you. 9M25Apple Victor …9M25Mike Willie.
Contoh yang kedua:
9M25FT: 9M25EG ….9M25FT hai Ari apa khabar ? Terima anda 5/9. Saya baru setup radio saya bagaimana signal saya dan tolong beri audio report seiklas mungkin. Saya ingin tahu bagaimana anda terima audio saya. Over to you 9M25Echo Golf …..9M25Fox Tenggo.
6. Satu lagi apabila anda pertama kali bercakap dengan satu stesen yang lain sebaiknya anda berikan nama anda, kita dapati ramai yang terlupa untuk memberi nama ini kerana kita terlalu gopoh atau berdebar-debar kerana ini pertama kali datang ke udara. Itu sebabnya penulis katakan kita perlu banyak mendengar (monitor”)
7. Elakan dari menggunakan lingo-lingo 2 meter jika anda berqso di HF contohnya Tengo..Tengo. ..Overrr
Atau Ovekkkk. Sebut saje “Over”. Lagi satu tidak ada perkataan “Positive” untuk menggantikan “QSL” Penggunaan “Nagative” ada tetapi bukanya “Positive” ayat “Positive” harus digantikan dengan “Affirmative” atau “Affirm” ini diguna pakai dalam International Voice Communication
Apa yang dimaksudkan dengan
“Affirmative”= jawapan yang mengiakan (membenarkan) sementara
Affirm=menguatkan,membenarkan,mengiakan,mengesahkan.
8. Seperkara lagi “audio quality” haruslah di UJI ("Test) dengan menyambungkan alat transceiver anda ke dummy load dan gunakan receiver untuk mendengar transmission anda melalui “headphone” jika sekiranya anda tidak mempunyai alat receiver anda boleh mendapatkan pertolongan dari rakan2 yang lain untuk monitor quality audio anda.
9. Elakan dari memicit “PTT” terlalu lama ketika berqso sentiasa lepaskan PTT beberapa saat untuk memberi laluan kepada stesen-stesen lain yang ingin join atau memberi laluan kepada trafik-trafik kecemasan sentiasa memberi “3 sec pause” setiap over ini adalah ciri-ciri etika atau Radio Amatur yang baik.
10. Berqso jangan terlalu laju dan ayat-ayat yang dipertuturkan perlulah jelas. Elakan dari menggunakan CW abbreviation saperti “Hi ..Hi..Hi atau Hik Hik Hik perkara ini harus di elakan dan Q Code pula hanya digunakan jika bahasa menjadi masalah contoh Q Code yang biasa diterima pakai ialah QRZ , QSL ..bahasa biasa harus digunakan sebaik mungkin. Jika anda operate luar dari alamat kediaman yang tercatit dalam AA anda harus menyebut Poratable contoh nya “This is 9 Mike Two Five Bravo Victor Stroke Portable or 9 MIKE 25 BRAVO VICTOR PORTABLE kalau Mobile sebut kan MOBILE.
11. Akhir sekali jika anda pertama kali hendak TX di HF anda di nasihatkan berQSO terlebih dahulu di "Local" di 40 Meter Band biasanya anda akan dengar stesen-stesen tempatan di freq. 7.043 atau 7.130 Jika anda hendak membuat panggilan di HF. Cari satu freq. yang kosong dan dengar dahulu selama 1 ke 2 minit atau anda boleh terus katakan "Is this frequency being used.."Jika tidak kedengaran apa. Buatlah panggilan saperti berikut CQ, CQ, CQ, CQ THIS IS NINE MIKE TWO FIVE ALPHA VICTOR.......NINE MIKE TWO FIVE ALPHA VICTOR......NINE MIKE TWO FIVE ALPHA VICTOR di ulang sehingga 3 atau 4 kali
Sepatutnya cara berqso di HF dan di 2 meter repeater tak banyak beza akan tetapi pada hari ini cara berqso di 2 meter repeater tidak mengikut piawayan Ham antarabangsa tidak saperti 20 tahun yang lalu. Generasi sudah berubah…namun kita tidak seharusnya melebelkan siapa yang bersalah kita tidak tidak mahu menghukum mana-mana pihak jika sekiranya ada yang tidak betul kita harus baiki kelemahan yang ada. Kita perlu memiliki sikap terbuka dan sedia menerima teguran.
LISTENING FOR DX AS AN SWL
This is one of the most interesting aspects of amateur radio, and attracts a very large number of those who never aspire to a transmitting licence but prefer to listen to what is happening on our bands. The number of shortwave listeners probably exceeds that of licence amateurs, and it is these very same individuals who often make the best operators when they do obtain licence.
Rujukan: Amateur Radio Operating Manual -RSGB
RSGB Radio Communication Handbook
ARRL Handbook