Beberapa hari yang lalu sempat bertemu dengan rakan-rakan ham 9W2xxx
Pertanyaan nya pada penulis ham dua abjat ini tahun bila mereka ni mendapat AA mereka meminta saya menulis mengenai nya…..
Hari ini kebetulan cuti umum……inilah yang dapat saya tuliskan….
Radio Amatur Dua abjat terbahagi pada tiga fasa yang berbeza.
9W2xx / 9W6xx / 9W8xx
Sebelum ini sejak awal Ham Radio di perkenalkan di negara kita hanya
Lesen Kelas A sahaja yang keluarkan oleh pihak berkuasa pada ketika itu. Bila pula ujudnya Lesen Kelas B? Jawapan nya Lesen Kelas B ujud pada tahun 1995 satelah “Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995” P.U. (A) 224 yang mula berkuat kuasa pada 19 Jun 1995. di bawah “AKTA TELEKOMUNIKASI 1950”
Keujudan Lesen kelas B ini adalah hasil daripada masyuarat agung Marts pada tahun 1982 dimana 9M2AV Avatar Singh (SK) menegsyorkan di ujudkan “Lesen Novice” cerita berkaitan lesen novice ini tidak mendapat apa2 sambutan sebab ketika itu hanya ada mungkin ada kurang dari 60 orang SWL yg telah lulus ujian RAE ketika itu. Jadi ia nya tidak mendapat sambutan baik warga 9M atau SWL. Pada sekitar tahun 1992 9M2RS, 9M2SS, 9M2ZA dan beberapa orang lagi telah berusaha mendapatkan nya melalui surat kepada pihak berkuasa JTM ketika itu. Pada tahun 1995 barulah ianya di luluskan namun ianya menjadi isu di sebabkan apa yang Marts pohon ketika itu ialah mereka meminta supaya Lesen Kelas B boleh bekerja di 6 Meter, 2 meter, 70cm, dan keatas. namun pihak JTM hanya memberi kelulusan 2 Meter hanya di Frequency 144.600 MHz sahaja dengan kuasa pancaran 5 Watts. Pihak.
MARTS kemuadian memohon kepada JTM supaya di berikan apa yang di pohon. Namun JTM kemudian memberi jawapan mereka benarkan hanya 144.000 - 148.000 Mhz sahaja dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja. Namun pihak Marts tidak bersetuju dengan perkara ini satelah berbincang. Akhirnya pihak JTM hanya membenarkan Kelas B ini bekerja di 144.000 - 148.000 MHz dengan kuasa pancaran 10 Watts. Dan mereka beri ini dahulu dan memantau jika sekiranya Pelesen Kelas B mematuhi dan ada etika dalam memancar di 2 meter satelah barulah pihak JTM akan beri kelonggaran dengan memberi lain2 frequensi dan menaikan kuasa pemancaran nya. Itu lah detik mula-mula lesen kelas B pada peringkat permulaan.
JT adalah logo Jabatan Telekom
FASA PERTAMA (JT/JTM)
Untuk info bagi mereka-mereka yang telah lulus ujian RAE City & Guilds dan juga Ujian RAE Jabatan Telekom Malaysia sebelum tahun 1995 mereka ini pada ketika itu masih lagi SWL walaupun mereke telah lulus ujian bertulis. Pada bulan Julai 1995 bagi mereka yang sudah lulus ujian ini mereka memohon mendapatkan Lesen Kelas B pada ketika itu. Dan untuk info orang yang pertama yang memohon Lesen Kelas B adalah kebetulan sahabat penulis ia itu saudara Zanul Ariff pada ketika itu pihak Jabatan. Telekom memberi callsign pada beliau 9M2ZAA di mana pada ketika itu pegawai yang mengeluarkan Lesen pada ketika itu membuat kesilapan dengan memberi Tanda Pangggil 9M2ZAA pada beliau satelah di sedari kemudian callsign nya di tukar menjadi “9W2ZA” dan ramai rakan-rakan saya pada ketika itu contohnya saperti Pak Yeop dapat callsign 9W2RS, 9W2AA dan Hanafi 9W2TZ ini adalah antara yg lulus ujian RAE pada tahun 80an, Jaafar 9W2MJ, 9W2AG, dll adalah antara orang-orang yang terakhir menduduki ujian RAE yang di kendalaikan oleh JTM iaitu pada tahun 1997…..ini adalah FASA Pertama Lesen Kelas B. Di mana rakan-rakan ham kita ini yang telah menduduki ujian RAE masa tahun2 70’an - 90’an. yang di kendalikan oleh JTM atau C & G
9W's FASA KEDUA. (SKMM)
Pada tahun 1998 JABATAN TELEKOM MALAYSIA di bubarkan dan SKMM mengambil alih. Tiada ujian RAE di buat sejak tahun 1998 hingga lah tahun 2001 tiada ujian RAE di jalankan. Pada akhir pertengahan tahun 2001 inilah kali pertama Ujian RAE di jalankan oleh pihak SKMM.
Tanda Panggil antara nya saperti 9W2DJ, 9W2FG, 9W2FD, 9W2EG, 9W2ZE , 9W2FD, 9W2EE, dll callsign dua abjat ini di keluarkan oleh pihak SKMM pada tahun 2004 satelah “Garis Panduan Radio Amatur” di ujudkan maka Callsign dua abjad di mansuhkan.
9W's FASA KETIGA (SKMM)
Pada akhir tahun 2004 kalau tak silap saya maka ujudlah tanda panggil 9W’s 3 abjat….dan selepas itu sehinggalah kini tiada lagi Tanda panggil 9W2/6/8 dua abjat di ujudkan walaupun masih ada kekosongan dan kita boleh kategorikan ini lah generasi ketiga 9W’s.
Demikianlah serba ringkas bagaimana tanda panggil 9W’s di ujudkan.
Rujukan:
Marts Newsletter
Akta Telekomunikasi 1950
Peraturan- Peraturan Radiokomunikasi 1995 P.U. (A) 224