Bahagian Kedua
21 Ogos 2016
Awal pagi kami berlepas ke Big Sight …skali lagi kami meneruskan mencari barangan, berasa geram juga dengan barang-barang second hand dan juga Rig yang terpakai penulis teringin dengan "transceiver" saperti TS- 950S dan juga FT- 1000MP yang di jual di sana harga nya pun murah, namun nak bawa balik itu satu masalah kerana pergerakan kami di Jepun hanya bergantung pada Train dan banyak berjalan kaki. Ada subway yang di lengkapi escalator dan yang hanya mempunyai tangga….naik turun tangga ni yang menjadi masalah. Berikut gambar-gambar yang sempat penulis rakamkan.
Kanak-kanak sedang solder project kit ditemani oleh
ibu bapa mereka
Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis di satu bahagian kelihatan ramai kanak-kanak yang ditemani oleh ibu bapa asyik menyiapkan projek kit. Mereka ini di temani oleh ibu bapa mereka
dan di bantu oleh Ham-ham yang veteren. Mereka ini sungguh sabar menemani kanak-kanak ini. Penulis juga sempat menemuramah seorang pemuda "ham for Kids" beliau menyatakan di Jepun untuk mengambil ujian RAE tidak ade had umur. Lihat lah bagaimana mereka bermula dengan usia yang amat muda. Jadi tidak hairan lah negara Jepun mempunyai lebih dari 3 Juta pemilik Lesen Radio Amatur. Jepun duduk di tangga teratas dalam populasi Ham di dunia sementara Amerika duduk di tangga kedua iaitu 700,000 penduduk nya mempunyai lesen radio amatur. Thailand pun apa kurangnya mereka mempunyai lebih dari 170,000 Ham di sana.
Kelihatan seorang veteran sambil makan tengah
hari sambil melayan HF nya.......
Ini antara BALUN yang terbaik di temui disini.
Terbaharu YAESU FT-891 yang dilancarkan di sini.
Terbaharu juga YAESU Desk Mic M-1 baru
dilancarkan di sini.
Ini adalah Transceiver Terbaharu Icom IC-7610
yang di lancarkan disini
Communication Receiver yang termahal Icom IC-R9500
Terbaharu Communication Receiver Icom IC-R8600
(10kHz - 3 GHz)
Terbaharu Kenwood TH-74 (APRS & D-STAR)
Satelah penat berjalan selepas kami mengunjungi Ham Fest pada petang hari kami terus ke Akihabara dan seterusnya ke Ueno…selepas itu kami terus pulang ke Hotel. Di hotel sambil menunggu untuk mandi penulis berbual dengan 9W2AEV dalam lebih kurang jam 10.30 kami dapati Hotel yang kami menginap bergegar dan tingkap bilik kami bergegar agak kuat. Beberapa minit kemudian kami dapat tahu ianya adalah Gempa Bumi 6.0 Alhamdulillah kami selamat. Itu lah pengalaman kali pertama penulis….agak kuat juga.
21 Ogos 2016
Pada pagi hari kami dapat berita berlaku ribut taufan dan airport di tutup pada waktu pagi. Hati kami pada ketika itu berdebar juga kerana hari ini penerbangan kami di jangka pada jam 2245hrs waktu Tokyo.
Pada pagi berkenaan kami hendak keluar untuk membeli belah namun hujan turun dengan lebat bersama angin dan ini menyebakan perjalanan kami agak terjejas, kami keluar agak lewat dalam sekitar jam 11.00am kami terpaksa juga meredah hujan bersama angin. Kami pergi ke Akihabara dan Ueno di Tokyo kami juga sempat solat di Masjid Al Salam berdekatan dengan Akihabara. Kami juga terjumpa sebuah kedai runcit yang menjual makanan Halal yang menarik nya dalam kedai ini ada juga menjual Kari Ayam Ibrahim dan lain lain lagi rasa bangga juga sebab barangan Malaysia ade di jual di Tokyo tambahan pula kilang nya terlatak di Bdr Baru Bangi.
Tips dan Panduan Perjalanan Jauh.
Nasihat kepada rakan2 yang hendak berkunjung ke Jepun pastikan anda mempunyai sepasang kasut sukan yang ringan dan fit dan sediakan minyak panas/ cream sudah pasti kaki dan betis anda akan rasa kesakitan kerana banyak berjalan. Dan jangan lupa membawa sedikit ubatan saperti:
1. Ubat deman dan sakit badan Brufen (ibuprofin 600mg)
2. Ubat sakit perut (hyoscine-N-butylbromide 10mg)
3. Untuk tahan cirit-birit Colodium (loperamide hydrochloride capsule 2mg)
4. Ubat Angin Ultracarbon (medicinal charcoal 250mg)
5. Ubat selsema alahan Zyrtec (Certirzine Dihydrochloride10mg)
6. Cream untuk "muscular aches and pains" Flanil Analgesic Cream dan seumpamanya.
Sediakan juga senarai check list utk barangan utk di bawa bersama yang penting "Pasport"
anda harus berada dalam kocek seluar anda kerana di kuatiri jika anda taruhkan di dalam beg galas anda mungkin ianya tertinggal/tercicir atau di kuatiri di curi. Dan sediakan dokumen perjalanan anda. Dalam satu plastic holder. Dan jangan lupa belilah insurance perjalanan mana lah tau anda sakit dan di masuk kan ke hospital. Dan pastikan satu salinan Insurance tersebut di berikan pada ahli keluarga terdekat. Sebab perbelanjaan perubatan sangat mahal di sesetengah negara. Dan jika berlaku kelewatan penerbangan lebih dari lapan jam anda boleh buat tuntutan. jika begasi anda hilang anda juga boleh buat tuntutan dll Sediakan juga number balai polis dan keduataan jika berlaku sesuatu anda boleh terus hubungi pihak-pihak berkenaan.
Ubatan di atas sangat penting semasa hari ketiga kami di Tokyo seorang sahabat kami mengadu sakit perut, penulis kemudian menghulurkan ubat kepada beliau. Alhamdulillah beberapa ketika sakit perut nya hilang.
Kedai yang jual makanan halal di sana amat kurang jadi anda di nasihatkan beli yang sudah siap saperti Makanan yang segera "Ibrahim" anda tak perlulah bawa "Nasi Baryani Ibrahim" Nasi Goreng Kapung dll sebab nasi yg siap di masak dan di pack ade disana anda boleh membeli kebab di Ueno dan Akihabara, anda juga boleh ke 7E , Family Mart untuk dapat roti dan nasi yg sudah siap di masak yg di pack dan anda hanya perlu panaskan nya dlm microwave di setiap 7E dan Family Mart ade di sediakan Microwave oven.
Perjalanan kami ke Tokyo kali ini sungguh mencabar dimana ketika kami di Tokyo berlaku gempa bumi dan selepas itu hujan dan ribut berlaku. Akhir kata terima kasih pada Rizal 9M2RZL yang telah membantu kami pergi ke beberapa lokasi di sana. Dan terima kasih juga pada rakan-rakan lain 9W2WF, 9W2TLB dan juga 9W2AEV yang sama-sama menjayakan misi ini. Ketemu lagi di lain kesempatan.
Jazakallahu khairan....