DARI MANA UJUDNYA 9M4...............

Pada 28/11/11 yang lalu penulis berkunjung ke rumah 9M2RS dan 9M2NL...semasa hendak pulang dari rumah 9M2RS...beliau memberikan sebungkus Marts Newsletter yang diberikan oleh 9M2HC kepada penulis. Tujuan 9M2HC memberikan kepada penulis "Marts Newsletter" yang lama ini adalah untuk tujuan pameran....Terima kasih pada 9M2HC
                           MARTS NEWSLETTER  JANUARY - FEBRUARY 1965

Apa yang ingin penulis nyatakan disini  ia lah. Penulis tertarik apabila membaca Marts Newsletter keluaran January-February 1965 penulis dapati terdapat callsign 9M4JY (N. YATHEENDRAN) 9M4AZ (Peter Pang), 9M4LX (Robert Milton), 9M4JH (John Hill) ,9M4DO (Robertson), 9M2KR (Dr. Ho Fok Cheong) 9M2DD (DD. Devan)
  
                                        Prefix untuk negara sila lihat 9M4 - SINGAPORE

Nah 1964...1965 rupanya sudah ada 9M4...(buktinya sila lihat gambar di atas).............penulis terus hubungi 9M2RI untuk mendapatkan kepastian....mula-mulanya Pak Alex tak ingat satelah saya bacakan beberapa callsign dan nama...baru Alex ingat 9M4JY adalah kawan baik beliau. Untuk pengetahuan sidang pembaca. Prefix 9M4 pada ketika itu diberikan kepada SINGAPURA....sementara semenanjung ketika itu ialah 9M2....ini kerana sebelum merdeka call sign untuk semenanjung ialah VS2 sementara Singapura ialah VS1 apabila kita sudah merdeka VS1 menjadi 9M4 sementara VS2 bertukar menjadi 9M2.....apabila Singapura keluar dari Malaysia 9M4 bertukar menjadi 9V1.....
                                                        Satu lagi Fakta bahan sejarah.

Apa yang ingin penulis katakan disini ialah berkaitan penggunaan tanda panggil 9M4 Fakta ini jelas membuktikan prefix 9M4 adalah untuk sesuatu tempat bukan nya untuk Kelab callsign Repeater Callsign, Special Event Callsign dll....apa yang berlaku sekarang ini ialah keliru dan mengelirukan.

Sejarah telah menunjukan pada kita apa yang telah dilakukan oleh pihak yang berwajib pada ketika itu adalah mengikut garis panduan pembahagian prefix....angka salepas prefix adalah untuk "Call area" atau untuk negeri2 ("state"). Ini di praktikan oleh semua negara2 kalau kita lihat negara2 saperti INDONESIA/ JEPUN/ THAILAND/ FILIPINA/ INDIA/ UNITED KINGDOM/ US....dll semuanya mempratikan perkara ini...... Marilah sama-sama kita berfikir bagaimana memperbaiki keadaan dan jangan salahkan mana-mana pihak dan mengeruhkan keadaan.. Penulis dan orang veteran pernah menyuarakan perkara ini ke pihak berkuasa pada tahun 2008, namun perkara ini tidak di ambil perhatian. Nah terpulanglah kepada pihak-pihak tertentu untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih baik marilah kita sama-sama fokus untuk memperbaiki keadaan. Bukan kita katakan disini yang pihak berkuasa tidak buat apa-apa mengenai Radio Amatur. Terima kasih pada SKMM yang telah menjalankan RAE dan CW pada setiap tahun. Dan sehingga kini ada lebih dari 8,000 pemegang AA .


Kita ada banyak persatuan pada hari ini. Marilah kita bergabung  membantu SKMM untuk meningkatkan kualiti Radio Amatur semoga di tahun-tahun yang mendatang ini berlaku sesuatu pembahruan pada komuniti Radio Amatur .....penulis bukanlah hebat atau tahu semua perkara ilmu yang ada amatlah sedikit. Penulis mohon maaf jika sekiranya apa yang penulis nyatakan disini menyinggung mana-mana pihak.