Monday, April 9, 2012

Episod Kedua……. GILA KUASA……”

Benarkah ada org Gile dalam Radio Amatur

Sebenarnya memang ada…………

Gile bercakap..

Gile Dxing…

Gile QSL Card

Gile PSK31

Gile APRS

Gile HF

Gile CW

Gile ESSB dan macam-macam gile lagi….

Memang Gile kalau kita fikirkan semua nya ini…..sape nak jadi orang gile maih ikut aku…Kalau tak nak jadi gile…duduk diam2 jaga anak bini…tengok ASTRO jangan amik hobi Radio Amatur senang cerita pi tempat lain jangan dok sibuk nanti kalau betul-betul gile…susah semua kesian anak isteri…..….

Tuan2 dan puan2 untuk buat sesuatu yang luar biasa kita kena Gile-Gile sikit…kalau tak buat gile-gile bende tak kan jadi. Orang biasa-biasa tak kan buat kerje yang gile-gile hanya orang yang luar biasa saje yang buat kerje Gile-gile anda kaji sejarah Thomas Alva Edison dia buat kerje gile –gile melakukan eksperimen elektrik sebanyak 10,000 kali dan semua nya gagal, namun tetap dilanjutkan sampai berhasil. Kena ada orang yang gile-gile macam ni …. Hasil nya sekarang kita dapat menikmati apa yang di hasilkan nya…..

Hinaan atau celaan tidak akan mempengaruhi orang-orang yang Berjaya, malah ia adalah cambuk baginya menuju kemuliaan dan kejayaan, sebagaimana kata Abu Tamman, apabila Allah ingin menyebar kemuliaan, Allah membukanya melalui lisan para pendengki.

Kritikan orang yang zalim adalah kekuatan buat orang yang Berjaya, ibarat nasihat percuma dan terhormat.

Orang yang Berjaya adalah orang yang hidup tidak hanya dalam sebuah cerita, bukan orang yang hidup tampa nilai dan bukan yang hanya hidup menjadi pelengkap orang lain.

Orang yang kehilangan semangat akan menghabiskan umurnya dalam kebingungan, kekalahan dan tidak ada kesedaran.

Makanan yang paling lazat adalah makan pada saat lapar. Air yang paling nikmat adalah air yang diminum pada saat haus. Tidur yang paling nyenyak adalah pada saat letih. Dan kejayaan yang paling indah adalah yang di capai melalui pengorbanan……….

Thursday, April 5, 2012

Gabungan Persatuan??

Minggu ini riuh rendah pasal ada pihak yg ingin menubuhkan SMARTS/“Federation Of Malaysian Amateur Radio Transmitter Society”/ MARL "Malaysian Amateur Radio League" …Saya terima beberapa panggilan dan email mengenai isu ini…..

Banyak lah topic ini di perkatakan….di egroup …

Ada yang sokong dan ada yang tidak sokong…..

Sebelum kita membuat sesuatu keputusan elok lah kita lihat sejarah nya dahulu….

Banyak hujah2 yang di perkatakan…namun saya mengambil pendekatan begini…kita kena selidik dan tanyakan pada pihak yang mencadangkan perkara itu…dan selepas itu cuba kaji dan selidik kenapa dan mengapa…Janganlah tanya pada mamat-mamat yang tak tahu perkara ini...mereka ini akan membuat berbagai andayan.
Masyarakat kita lebih terkenal dengan sikap nagatif.

Saya tidak berpihak dimana –mana disini. Saya pun adalah satu ketika dahulu ahli MARTS dan juga pernah menjadi AJK Marts selama 8 tahun. Saya pun ingin menjadi ahli persatuan tersebut sekali lagi namun satelah saya selidiki dan dari pengalaman menjadi ahli sejak tahun 80han…dan menjadi AJK Marts pada tahun 1995 -2003 dan dari tahun 80han lagi saya berdampingan dengan orang2 veteran yang kebanyakan nya sudah SK sekarang ini. Dan saya juga berdamping dgn 9Ws generasi pertama, kedua dan ketiga…kalau saya bahagikan…..saya juga kaji Perlembagaan Marts….Dan bile lihat apa yang berlaku saya kira lebih baik saya tumpukan perhatian kepada apa yang saya buat ketika ini.

Apa yang dapat saya rumuskan disini ialah. Pada masa lalu sitiwasi nya berbeza dibandingkan dengan hari ini, pada ketika itu kita cuma ada Marts dan ketika itu kita hanya ada Ham tidak lebih dari 250 orang sahaja…sebab ketika itu hanya ada 9Ms  ….. isunya disini ada ramai di luar sana tak tahu sejarah….. Hanya segelintir sahaja yang tahu bagaimana ujudnya 9Ws dan 9Mxxxx

Yang lebih ketara mereka inilah yang lantang menyuarakan sesuatu dan mereka sendiri tidak tahu asal usul sesuatu perkara…tapi mereka hebat bila berbicara…seolah-olah mereka ini tahu segala-galanya mengenai Marts dan yang pelik nya ada antara mereka ini tidak pernah menjadi AJK Marts…dan hanya mengenali Marts pun di era tahun 2003 keatas….dan yang bestnya ada pula 9Ws…yang baru aje jadi AJK  satu penggal dalam MARTS nak tunjuk dia hebat dan tahu semua hal ehwal Marts ini memang cerita lawak.  Dengan Izin…. "please brother…I was not born yesterday and I am not a fool….”

Saya sendiri tidak berani berkata saperti apa yg mereka ini katakan. Sebab kalau saya nak keluarkan sesuatu kenyataan ia nya perlu ada fakta dan pejelasanya kena lah jelas….

Penulis telah mengenali Marts sejak tahun 1978. dan  aktif di awal tahun 90han dan penulis kaji sejarahnya. Penulis juga dapatkan info2 berkaitan Marts dari pass president, Setiausaha dan AJK Marts… dan penulis pun ada menyimpan sampai hari ini Newletter Marts. Penulis ada Newslatter Marts di tahun 60han 70han..80han dan 90han…di dalam nya terdapat beberapa perkara yang penulis kira sejarah yg berharga buat penulis…

Sekarang mari kita lihat sendiri… ada dikalangan dari kita yang membangkang keras penubuhan MARL ini….antara kata2 mereka ialah mengapa tidak kita perbetulkan masalah dalaman Marts dan ada yang menawarkan diri untuk menjadi AJK Marts…dan tak kurang pula yang menjemput org2 tertentu menarajui Marts….Bagus ada juga rakan2 yang perihatin dan cuba baiki Marts kita kena berterima kasih pada mereka2 ini . Usaha ini Bagus utk kebaikan semua.

Tahukah anda usaha saperti ini telah cuba di buat banyak kali sejak tahun 2000 lagi. Dan sampai satu ketika Marts di bawa ke Pulau Pinang kerana Ham di KL ni dah lesu….Orang KL tak boleh terajui Marts maka di bawa ke Pulau Pinang….dan pada suatu ketika UNIARM ditubuhkan bagi menyatukan semua ham…saya ingat lagi dengan “Ali Baba” restaurant di Taman Tun Uniarm mengorak langkah disini dan saya pun pernah ke tempat ini. Satu Usaha yang baik. Banyak usaha2 di buat untuk kearah kebaikan.. dan pada tahun yang lalu RACIM pula di buat ini bagi menyatukan semua Ham. Dan saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya dan saya pula tak layak bercerita tentang RACIM disini…

Apa yang saya lihat disini ialah niatnya betul namun perlaksanaan nya saya kira tidak berapa betul.

Pernah satu ketika di tahun 2007… 9M2CM (Tommy) menemui kawan baik nya Pak Alex 9M2RI…Alex banyak membantu saya dalam mengendalikan kelas2 RAE dan saya mengenali beliau sudah lama. 9M2CM berkata “why don’t you talk to A... and ask him to sit down with MARTS and do something” Saya kata tak ada masalah…pertemuan di aturkan kami semua berjumpa di Ali Baba Restaurant. Siapa yg hadir ketika itu…President Marts, V. President, DAN SEMUA AJK MARTS, termasuklah 9M2CJ, 9M2RS,9M2CM, 9M2DS ini yang saya ingat…Ada beberapa perkara di bincangkan..pertama president Marts kata..mengenai hal ehwal Radio Amatur kami boleh berurusan dengan SKMM dan mengenai isu Emergency Communication kami serahkan pada Mares….dan ada perkara-perkara lain dibincangkan saperti SIRIM dll. Pada ketika itu saya memberi cadangan pada MARTS…saya katakana saya sebelum ini pernah menjadi AJK MARTS selama 8 tahun. Apa yg saya lihat sekarang ini (ketika itu)ialah mungkin tuan2 semua tahu sesuatu namun ada banyak perkara mengenai Radio Amatur yang tuan2 tidak tahu. Oleh yang demikian saya syorkan tuan2 semua perlu tubuhkan satu “Advisory Council” dan advisory council ini perlu terdiri dari mereka2 yang berpengalaman di bidang Radio Ham dan mereka2 yg pernah duduk menjadi AJK Marts…lalu saya mencadang orang2 saperti 9M2RS, 9M2CM,9M2RI, 9M2SS, 9M2PV, 9M2ZA untuk menjadi AJK “Advisory Coucil” tugas mereka2 ini menasihati pihak AJK Marts…dan apa2 keputusan mengenai perkara2 berkaitan polisi radio amatur perlu di ketengahkan kepada “Advisory Council” sebelum di bawa kepada pihak SKMM atau KETAK. President MARTS ketika itu menyambut baik cadangan penulis……dan dia kata ini satu idea yang bijak….sebab tugas pihak “Advisory Council” ini di samping polisi juga memperbaiki apa yang berlaku ketika itu. Selepas itu saya tidak tahu apa terjadi…dan tak seorang pun dari AJK Marts menghubungi saya….ok sekarang ini cuba tuan-tuan pergi ke Website ORARI & RAST (Thailand) …anda cuba lihat struktur organisasi nya….mereka sekarang ini ada “Advisory Council”…..Nah perkara ini telah penulis syorkan di tahun 2007 lagi sebelum ujudnya “advisory council” di ORARI dan RAST……

Siapa kata usaha kearah kebaikan tidak dibuat…ianya telah di usahakan sejak tahun 2000. Kalau di congak sudah 10 tahun lebih......Cuba kalau pihak MARTS memanggil semua persatuan Radio Amatur dan bincangkan isu2 yang besar2 saperti Fees Rm60, SIRIM …isu mengenai Kelas B boleh bekerja di 80meter dan 40 meter band…Guidelines dll…Dan jika sekiranya pihak MARTS nyatakan mari kita semua duduk semeja dan kita mahu seorg dari wakil semua persatuan untuk bersama kami di Masyuarat bersama SKMM. Bawa mereka ini bersama kesana dan bincangkan isu2 semasa….atau kalau tidak mahu buat begini…MARTS perjuangkan sesuatu saperti yg saya katakan tadi dan hantar kan apa yg dibuat kesemua…persatuan atau panggil semua persatuan dan bagi presentation…mari kita cerita tentang hala tuju radio amatur dan draftkan apa yang hendak dibuat ….jika ini dilakukan saya percaya ramai dari kalangan Persatuan atau Kelab menyetujuinya…

Mengapa RACIM gagal menyatukan nya..ini kerana di belakang RACIM ada individu2 tertentu yg mempunyai agenda tersendiri..kenapa masyuarat RACIM tidak di panggil semua persatuan kenapa bila nak buat GAREC baru panggil persatuan2 lain sedangkan di pagi hari bincangkan isu mengenai 40Meter band dengan tinggal kan semua persatuan2 lain apakah suara2 persatuan lain tidak layak di dengari. Di katakan Racim adalah satu badan yang ingin satukan semua persatuan radio amatur…itu yang saya katakan tadi NIat nya betul tapi perlaksanaan nya tidak betul atau pincang… kenapa saya bawa perkara RACIM ini disini, ini adalah kerana ia adalah salah satu lagi usaha untuk satu kan semua Persatuan. Kenapa apabila RACIM di tubuhkan tak ada pun sesiapa menentang ????? Adakah Racim ini di daftarkan Dengan ROS??

Nah sudah 10 tahun lebih ada orang cuba perbaiki MARTS. Namun gagal.   Mangapa? Ini kerana masih ada virus-virus yang bergerak di dalam sana yang ramai dari kalangan RA pada hari ini tidak mengetahui. Adakah kita ingin tunggu lagi 10 tahun? Jika ada individu2 yang ingin cuba  baikinya adakah dalam masa 2 tahun anda boleh bersihkan kotoran yang ditinggalkan? Jika sekiranya ada pihak ingin membuat satu pembahruan yang drastik di dalam Marts silakan tiada siapa yang melarang...."by all means" dengan izin. Akan tetapi tuan2 tiada hak melarang mana-mana individu untuk menubuhkan persatuan.  

Mengapa bila ada sebahagian dari Ham yang ingin usahakan sesuatu dan  cuba buat secara transperansi menyatukan semua persatuan…tiada secara senyap2 kebanyakan dari kita melompat…dan melatah tak tentu pasal…selidik dahulu…kaji dahulu…adakah kerana bile ada orang tertentu nak buat MARL kita baru terjaga????
Mengapa masa penubuhan ASTRA/MARES/PARTS/JASRA/PEMANCAR/PERAMAH/BARTS/DLL tiada siapa pun membangkang???????? Dan tak ada siapa pun buat kecoh....

Dan ada juga mamat2 yang membangkang sekeras keras nya penubuhan MARL dgn menyatakan Marts adalah satu nya badan di Negara ini yang di iktiraf oleh IARU…saya nak Tanya satu soalan disini sejak bile MARTS berdaftar dengan IARU dan siapakah orang yang bertanggung jawab yang mendaftarkan MARTS dengan IARU? Sudah kah anda baca Perlembagaan IARU. Dimanakah status anda sekarang? Kalau anda sudah cukup hebat dalam menceritakan mengenai hal IARU.... Satu persoalan lagi sudah kah anda baca sendiri Perlembagaan MARTS? Jika anda sudah baca adakah tertulis dlm perlembagaan MARTS yang menyatakan MARTS mewakili semua Ham di Negara ini… ke peringkat level MCMC.

Tolong lah buat kaji selidik dahulu sebelum melompat tak tentu arah…sila kaji dan faham ini semua sebelum bertindak, penulis hanya membongkar sedikit sahaja…ada banyak bende lagi yang penulis tidak mahu ceritakan disini.

Sebelum ini penulis bertindak berdiam diri dan penulis tak mahu tahu pun apa yang tuan-tuan nak buat. Tapi oleh kerana ada individu tertentu menyatakan ada pihak2 yang ingin menghancurkan MARTS dan ada juga individu2 menyatakan ada orang gile kuasa, ini suatu tuduhan yang tidak tepat dan tidak adil dan tidak berasas sama sekali. Saya teringat kata-kata seorang bekas President Marts semasa masyuarat bersama Racim tahun lepas di MCMC kata-kata nya ini di tujukan pada MARTS. Dengan izin …kata nya … “ Please cleanup your house first before looking into other things…”ini bukan saya cakap tapi terbit sendiri dari mulut bekas President MARTS….

 
Rumusan

Saya difahamkan mereka ini ingin membuat Gabungan Persatuan dan jika majoriti persatuan di Malaysia bersetuju maka barulah ujudnya persatuan gabungan ini..berikut adalah sedikit mengenai  apa yang saya dapat dari pihak berkenaan... 

Memandangkan membetulkan perkara yang sudah sekian lama mendatangkan halangan akan memakan masa, maka adalah lebih baik dan cepat sekiranya sebuah badan baru dalam bentuk pertubuhan atau persatuan. Ianya adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Kesemua persatuan dapat mengambil bahagian untuk membentuk hala tujunya semasa di peringkat penaja di mana Misi, Visi, Objektif, Jenis keahlian dan perlembagaannya dapat dideraf dengan adilnya mengambil kira pendapat semua serta memastikan badan tersebut dapat menjaga kepentingan semua pemegang lesen radio amatur serta dapat mengembangkan aktiviti radio amatur di Malaysia.

Penulis tidak berpihak dimana-mana dan penulis pun bukan nya expert tentang bende2 ini. Ramai diluar sana inginkan satu pembahruan. Banyak perkara "Radio Amatur"yang masih lagi tidak terurus. Contohnya  "Guidelines", Fees RM60, Isu mengenai Kelas B membolehkan mereka bekerja di 40Meter atau 80meter Yuran utk AA kelas A & B, Isu mengenai 7.0 - 7.2 Mhz  60Meter Band isu mengenai SIRIM kalau nak dituliskan disini panjang cukup lah sampai disini dulu.  

Ramai dari kita hari ini hanya pandai bercakap ibarat kata saperti NATO (No Action Talk Only). Jika ada mana-mana pihak ingin satukan semua persatuan apa masalah anda. Jika anda tidak suke pada individu, itu antara anda dan dia ...jangan libatkan hal peribadi dengan Organisasi. Jika di campur aduk dan dengar cakap2 orang ini yang jadi masalah.



Pada pendapat penulis Tolong lah gunakan  akal kita berfikirlah secara positive dan profesional...Celik mata reset minda kita, ubah cara kita berfikir. Berfikir cara yang betul. Cuba faham dua bende ni "Head Thinking and Heart Thinking" Saya tulis ini atas asas Ilmu dan Fakta. Bina minda kita berfikir bagaimana memperbaiki keadaan jangan salahkan orang lain.  

Akhir kata saya pohon ribuan ampun dan maaf jika sekiranya apa yang saya tulis ini mengguris hati anda. Yang tidak baik itu adalah kelemahan penulis sendiri dan yang baik itu adalah dari ilahi.....

Tuesday, April 3, 2012

Hari...ini...

HARI KELMARIN SUDAH TIADA. HARI INI SEDANG BERLANGSUNG. SEMENTARA HARI ESOK BELUM LAHIR. HARIMU ADALAH HARI INI MAKA ISILAH IA DENGAN KETAATAN NESCAYA ENGKAU AKAN MENDAPAT UNTUNG. 

BUKU ADALAH KAWAN YANG PALING BAIK, MAKA BERKAWANLAH DENGAN BUKU, BERSAHABATLAH DENGAN ILMU DAN BERDAMPINGLAH DENGAN PENGETAHUAN.

KETAHUILAH BAHAWA ORANG YANG MENGUMPAT ANDA BERERTI TELAH MENGHADIAHKAN PAHALA-PAHALANYA KEPADA ANDA, MENGHILANGKA DOSA-DOSA ANDA DAN MEMBUAT ANDA MASYUR DAN INI ADALAH SUATU KENIKMATAN.

Monday, April 2, 2012

7.1 - 7.2Mhz Not For 9M2s ???

Baru-baru ni saya terbaca di suatu website...yang menyatakan 7.1 – 7.2 Mhz Bukan untuk 9M2s.....kalau bukan untuk 9M2 freq tersebut untuk 9M4/9M6/9M8 ???? Pada pendapat penulis ini satu soalan yang kurang matang.

Halaman berkenaan menyatakan freq. Di atas bukan untuk kita, cuba nyatakan faktanya dan jelaskan dimana yang menyatakan tidak boleh. Penulis puas membuka AKTA 558 CMA 1998 dan Peraturan tak ada pun tersebut menyatakan “7.1 – 7.2 Not for 9M2s.

Kemungkinan besar ada mana-mana pihak yang poskan Guideline terbaharu yang diterbitkan pada 1/3/2012 pada beliau. Dan bila baca saje band plan dalam Guideline tersebut sudah pastilah tersenyum lebar...akan tetapi ada antara ham juga tidak membaca Spectrum 2011 yang menyatakan di 40Meter band freq. nya ialah 7.000 – 7.200 Bila orang baca semua nya ini maka berlakulah percanggahan mana satu mau ikut?


dengan fakta-fakta bagi menguatkan penghujahan mengapa kita bekerja di freq. 7.100 – 7.200 jika sekiranya ada sebahagian dari Ham menyatakan freq di atas “ilegal” maka anda tidak perlu datang kesitu itu hak anda akan tetapi anda tiada hak melarang mana-mana pemegang AA kelas A untuk operate di freq. 7.1 – 7.2 . Adakah anda ini pihak berkuasa yang bertugas untuk mengintip sape yang buat salah atau cari salah orang?

Yang mengherankan kenapa kita suka sangat menyekat perkembangan semasa. Negara-negara luar kebanyakannya sudah maju kehadapan ada yang dapat 60meter band lagi. Akan tetapi kita ni mahu undur kebelakang. Di setengah negara pula Lesen pun Free. Kita dok cerita pasal kenapa rakyat Malaysia tidak berfikiran terbuka... tidak maju dll. Ini adalah sikap kita sendiri yang terlalu nagative dalam sesuatu perkara orang kita ni lebih terkenal dangan cari salah orang kenapa kita tidak ambil pendekatan bagaimana selsaikan sesuatu masalah akan tetapi kita gemar menjatuhkan hukuman. Isu berkaitan ESSB pun diperkatakan itu tak betul ini tak betul. Kita cerita pasal teknologi...cerita pasal Smart Phone, GPS dan sebagainya. Kenapa kita tidak katakan aku tak nak guna GPS aku guna peta dan sign board warna biru dan hijau.  Namun bila ada sebahagian dari Radio Amatur di negara kita terokai ("explore') di bidang ESSB di katakan semua orang-orang ini penyebab kepada “splater” di 40meter band. Bagaimana kita ingin maju kehadapan jika ada masyarakat kita hari ini yang menyekat perkembangan minda kita.

Amateur Radio adalah “experimenters” apa masalahnya tak suka dengar ‘Dum Dum Dum Chis Chis Chis” tutup aje lah radio atau pusing aje VFO anda pergi aje ke Freq. lain kalau lah ada ESSB yang menggunakan ruang yang lebar ini adalah disebabkan individu itu tidak tahu cara “fine tune” alat pemancar nya dan peralatan audio gearnya..dan ini memerlukan kaji selidik kena ada ilmu dalam bidang ini. Kita perlu beri masa pada beliau. Tak ada manusia hari ini lahir aje terus boleh berjalan ......dan berlari.

Amat malang sekali orang yang terpelajar bersikap begini. Lebih malang lagi kita sekarang ada 22 Universiti namun adakah kita dapat melahirkan individu yang bersiasah tinggi dengan akhlak yang terpuji...akan tetapi hari ini kita lihat ada kakitangan kerajaan yang masih bersikap acuh tak acuh. Rasuah masih lagi berluasa. Apakah boleh kita katakan institusi pengajian tinggi gagal melahirkan individu-individu berwibawa? Kalau kita lihat hari ini pegawai-pegawai di jabatan-jabatan kerajaan yang suatu ketika dulu pernah menjadi pelajar di Sekolah2 menengah dan seterusnya memasuki Universiti. Dan mereka2 ini lah hari ini memegang jawatan2 tertentu. Jika anda berurusan dengan pegawai-pegawai ini anda tahu lah...kita tidak katakan semuanya tidak baik ada yang bagus akan tetapi berapa peratus? Di mana silapnya?

Balik kita kepada isu di atas jika anda tidak mahu ke 7.1 -7.2 Mhz itu hak anda akan tetapi anda tiada hak menyekat atau menakut-nakutkan orang lain datang ke Freq. berkenaan. Bersifat lah sebagai Ham yang profesional dan jangan terlalu rigid. Buka lah sedikit minda anda. Beri lah laluan kepada anak-anak muda untuk maju kehadapan sesuai dengan wawasan 2020. Transfomasi lah minda kita janganlah menyempitkan pemikiran kita. Ada banyak perkara yang perlu kita ketengahkan pada saya ini adalah soal remeh temeh yang tak perlu kita berdebat. Amat rugi jika kita membincangkan isu yang remeh temeh ini. Ada banyak isu-isu yang penting yang perlu kita ketengahkan...saperti hapuskan fee RM60.00 pendaftaran  AA. Isu berkaitan SIRIM...isu berkaitan di berikan peluang 9Ws untuk bekerja di 80m dan 40 meter band dan banyak lagi tak perlu  penulis senaraikan lagi. Sebab pelulis sudah terangkan perkara ini sebelum ini.....di tajuk yang lain.....Marilah kita berfikiran positif dan marilah kita sama-sama ciptakan pembahruan......