Monday, April 2, 2012

7.1 - 7.2Mhz Not For 9M2s ???

Baru-baru ni saya terbaca di suatu website...yang menyatakan 7.1 – 7.2 Mhz Bukan untuk 9M2s.....kalau bukan untuk 9M2 freq tersebut untuk 9M4/9M6/9M8 ???? Pada pendapat penulis ini satu soalan yang kurang matang.

Halaman berkenaan menyatakan freq. Di atas bukan untuk kita, cuba nyatakan faktanya dan jelaskan dimana yang menyatakan tidak boleh. Penulis puas membuka AKTA 558 CMA 1998 dan Peraturan tak ada pun tersebut menyatakan “7.1 – 7.2 Not for 9M2s.

Kemungkinan besar ada mana-mana pihak yang poskan Guideline terbaharu yang diterbitkan pada 1/3/2012 pada beliau. Dan bila baca saje band plan dalam Guideline tersebut sudah pastilah tersenyum lebar...akan tetapi ada antara ham juga tidak membaca Spectrum 2011 yang menyatakan di 40Meter band freq. nya ialah 7.000 – 7.200 Bila orang baca semua nya ini maka berlakulah percanggahan mana satu mau ikut?


dengan fakta-fakta bagi menguatkan penghujahan mengapa kita bekerja di freq. 7.100 – 7.200 jika sekiranya ada sebahagian dari Ham menyatakan freq di atas “ilegal” maka anda tidak perlu datang kesitu itu hak anda akan tetapi anda tiada hak melarang mana-mana pemegang AA kelas A untuk operate di freq. 7.1 – 7.2 . Adakah anda ini pihak berkuasa yang bertugas untuk mengintip sape yang buat salah atau cari salah orang?

Yang mengherankan kenapa kita suka sangat menyekat perkembangan semasa. Negara-negara luar kebanyakannya sudah maju kehadapan ada yang dapat 60meter band lagi. Akan tetapi kita ni mahu undur kebelakang. Di setengah negara pula Lesen pun Free. Kita dok cerita pasal kenapa rakyat Malaysia tidak berfikiran terbuka... tidak maju dll. Ini adalah sikap kita sendiri yang terlalu nagative dalam sesuatu perkara orang kita ni lebih terkenal dangan cari salah orang kenapa kita tidak ambil pendekatan bagaimana selsaikan sesuatu masalah akan tetapi kita gemar menjatuhkan hukuman. Isu berkaitan ESSB pun diperkatakan itu tak betul ini tak betul. Kita cerita pasal teknologi...cerita pasal Smart Phone, GPS dan sebagainya. Kenapa kita tidak katakan aku tak nak guna GPS aku guna peta dan sign board warna biru dan hijau.  Namun bila ada sebahagian dari Radio Amatur di negara kita terokai ("explore') di bidang ESSB di katakan semua orang-orang ini penyebab kepada “splater” di 40meter band. Bagaimana kita ingin maju kehadapan jika ada masyarakat kita hari ini yang menyekat perkembangan minda kita.

Amateur Radio adalah “experimenters” apa masalahnya tak suka dengar ‘Dum Dum Dum Chis Chis Chis” tutup aje lah radio atau pusing aje VFO anda pergi aje ke Freq. lain kalau lah ada ESSB yang menggunakan ruang yang lebar ini adalah disebabkan individu itu tidak tahu cara “fine tune” alat pemancar nya dan peralatan audio gearnya..dan ini memerlukan kaji selidik kena ada ilmu dalam bidang ini. Kita perlu beri masa pada beliau. Tak ada manusia hari ini lahir aje terus boleh berjalan ......dan berlari.

Amat malang sekali orang yang terpelajar bersikap begini. Lebih malang lagi kita sekarang ada 22 Universiti namun adakah kita dapat melahirkan individu yang bersiasah tinggi dengan akhlak yang terpuji...akan tetapi hari ini kita lihat ada kakitangan kerajaan yang masih bersikap acuh tak acuh. Rasuah masih lagi berluasa. Apakah boleh kita katakan institusi pengajian tinggi gagal melahirkan individu-individu berwibawa? Kalau kita lihat hari ini pegawai-pegawai di jabatan-jabatan kerajaan yang suatu ketika dulu pernah menjadi pelajar di Sekolah2 menengah dan seterusnya memasuki Universiti. Dan mereka2 ini lah hari ini memegang jawatan2 tertentu. Jika anda berurusan dengan pegawai-pegawai ini anda tahu lah...kita tidak katakan semuanya tidak baik ada yang bagus akan tetapi berapa peratus? Di mana silapnya?

Balik kita kepada isu di atas jika anda tidak mahu ke 7.1 -7.2 Mhz itu hak anda akan tetapi anda tiada hak menyekat atau menakut-nakutkan orang lain datang ke Freq. berkenaan. Bersifat lah sebagai Ham yang profesional dan jangan terlalu rigid. Buka lah sedikit minda anda. Beri lah laluan kepada anak-anak muda untuk maju kehadapan sesuai dengan wawasan 2020. Transfomasi lah minda kita janganlah menyempitkan pemikiran kita. Ada banyak perkara yang perlu kita ketengahkan pada saya ini adalah soal remeh temeh yang tak perlu kita berdebat. Amat rugi jika kita membincangkan isu yang remeh temeh ini. Ada banyak isu-isu yang penting yang perlu kita ketengahkan...saperti hapuskan fee RM60.00 pendaftaran  AA. Isu berkaitan SIRIM...isu berkaitan di berikan peluang 9Ws untuk bekerja di 80m dan 40 meter band dan banyak lagi tak perlu  penulis senaraikan lagi. Sebab pelulis sudah terangkan perkara ini sebelum ini.....di tajuk yang lain.....Marilah kita berfikiran positif dan marilah kita sama-sama ciptakan pembahruan......

No comments:

Post a Comment