Sunday, October 16, 2011

Kenapa Di Panggil Malaysian 40M net….????

Baru-baru ini kecoh pasal Malaysian 40Meter Net. ....

Pertama sekali sebelum kita bincangkan isu ini eloklah mana-mana individu itu selidiki dahulu sejarahnya sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Biar penulis perjelaskan sejarah ujudnya "Malaysian 40Meter Net". ialah pada March 1993 ketika itu 9M2AU mencadangkan kepada 9M2DX untuk mengadakan 40 Meter Net. Pada ketika itu tidak ada net yang official di adakan di negara kita. Negara jiran saperti Indonesia sudah ada 40 Meter Net dan juga 80 Meter Net di samping Seanet di 20Meter Band.

9M2DX kemudian bersetuju di adakan 40 Meter net. 9M2DX/9M2AU  mulakan Net tersebut di kelab station UKM Bangi. Oleh kerana 40Meter Net ini dibuat atas dasar sukarela dan untuk naikan nama negara maka 9M2DX DAN 9M2AU namakan MALAYSIAN 40 Meter Net. Pengisian di dalam Net saperti biasa ketika itu...pada permulaan Net .....Net controller memanggil station2 kecemasan dan utama....kemudian memanggil station2 yang low power , portable dan mobile. Seterusnya barulah Net Controller mulakan dengan memanggil station2 dari utara tanah air hingga keselatan tanah air,,pantai timur dan seterusnya ke Sabah dan Sarawak. Selepas itu 9V1...di ikuti dengan DX station. Di akhir Net tersebut net controller memberi lapuran Propagasi dan seterusnya jika ada apa2 pertanyaan mengenai teknikal kita semua akan berbincang mengenai topik itu. 9M2DX/9M2AU juga memberi maklumat2 terkini mengenai aktiviti Radio Amatur dll. yang berkaitan dengan Radio Amatur.


Kenapa di ujudkan Net.

1. Untuk Mempastikan peralatan kita boleh di gunakan dari masa
    semasa.

2.Untuk melatih individu menjadi  Net Controller
   ini amat berguna untuk mengawal trafik2 ketika kecemasan
   & bencana.

3. Tempat dimana radio2 ham boleh berkumpul dan bertemu
    di udara mengikut masa dan hari yang ditetapkan.

4. Tempat memberi maklumat semasa mengenai aktiviti Radio
     Amatur.

5. Tempat dimana bila mana-mana Radio Amatur yang 
    perlukan  khidmat kecemasan mereka boleh meminta bantuan.

Satelah beberapa bulan 9M2DX dan 9M2AU menjalankan Malaysian 40Meter Net mereka kemudian menyerahkannya pada pihak MARTS. Pada ketika itu 9M2RS adalah President MARTS. Selepas itu Marts menjalankan nya pada ketika itu di ketuai oleh 9M2ZA....pada ketika itu Malaysian 40m Net di tukar menjadi Marts Malaysian 40m Net.  Beliau membuat schedule antara Pengawal Marts Malaysian 40m Net ialah 9M2MP (SEKARANG INI 9M2PZ), 9M2KX, 9M2RS, 9M2RB, 9M2RI, 9M2GL,9M2FK, 9M2CL,9M2GR, 9M2NZ, 9M2AU, 9M2DY,9M2ZA, 9M2PV, 9M2KT, ...dll

Malaysia-Thailand 40Meter Net
Pada tahun 1996 oleh kerana setiap petang rakan-rakan kita berada di frequency 7.040 beberapa rakan dari Thailand aktif ketika itu, kemudian pada tahun yang sama di adakan juga Malaysia-Thailand 40m net pada jam 13.00 UTC di 7060 Khz +/- qrm. sementara Marts Malaysian 40M net di kekalkan pada hari Ahad setiap minggu.

Malaysia-Thailand 40M Net. Radio Ham dari Thailand dan Malaysia bergilir-gilir menjadi Net Controller, ini berjalan kalau tidak silap penulis lebih setahun. Salepas itu ianya berakhir. Namun Marts masih lagi meneruskan Marts Malaysian 40 meter Net.

Apabila memasuki era tahun 2000 Marts tidak lagi berapa aktiff namun 40 Meter Net di teruskan oleh individu-individu tertentu. Dan pada ketika itu ianya menjadi Malaysian 40Meter Net. Bagi menaikan nama Malaysia di rantau ini maka Malaysian 40Meter Net adalah nama yang sesuai. Jika ham memahami apa tujuan di buat Net maka tidak timbul apa-apa persoalan. Ianya bagi menjana aktiviti radio Ham di HF. Ianya di praktikan juga di luar negara. 

Jika ada mana-mana individu yang fikir mereka boleh malakukan lebih baik dari yang ada sekarang ini...maka anda dipersilakan melakukanya...............Apa yang kita buat adalah ikhlas...tidak ada agenda-agenda tertentu. Niat kita Ikhlas. Kenapa tidak kita tanyakan diri kita apa yang boleh aku lakukan untuk kabaikan warga Ham, Kenapa kita tidak tanyakan pada rakan-rakan, boleh saya bantu anda....? Apa yang anda perlukan? Cuba kita tanyakan pada diri kita apa matlamat hidup kita? 

Ada diantara kita pula hanya mementingkan diri sendiri apa tidaknya sebelum dapat callsign munculah beliau di kelas-kelas RAE dan juga kelas CW. Satelah dapat semuanya hilang entah kemana. Kalau munculpun mungkin bila ada majlis-majlis rasmi saperti AGM dan majlis jamuan hari raya dan sebagainya. Ada antaranya menggunakan persatuan tertentu untuk kepentingan peribadi. Mereka tidak tampil kehadapan membantu dalam menjana atau memperbaiki kelemahan yang sedia ada. 

Hari ini apa yang kita lihat ialah ramai pengiat Radio Amatur  hanya pandai memberi komen dan menuding jari itu tak betul ini tak betul. Namun berapa ramai yang tampil kehadapan membantu dalam sesuatu perkara. Sepatutnya sifat saperti ini harus kita elakan. Kita harus mencari jalan bagaimana caranya untuk menyelsaikan sesuatu masalah bukannya menimbulkan lagi masalah. Hari ini apabila ada masalah ramai yang lari meninggalkannya. Tetapi berapa ramai yang tampil kehadapan membantu menyelsaikan masalah?

Kita harus melihat adakah kejayaan kita hari ini untuk kita sahaja. Atau untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Sifat mementingkan diri sendiri harus dibuang. Apa yang penulis lihat pada hari ini kita sudah kurang semangat kejiranan dan bantu membantu. Suatu perkembangan yang kurang sihat. Satu perkara lagi kita hanya bergerak dalam komuniniti kita. Kita lupa kita hidup bermasyarakat kita harus keluar dari komuniti kita. Kalau acara-acara radio amatur diadakan khas untuk komuniti kita sahaja sampai bila pun kita tidak akan maju. Apakah kita boleh berbangga dengan hanya 9,000++ orang sahaja yang memiliki AA kelas A dan B? Perlu di ingat juga lebih dari 90% dari nya adalah pemilik AA kelas B. 

Teringat penulis kepada kata-kata seorang pakar motivasi...Sebenarnya ramai antara kita hari ini lupa apa tujuan kita hidup.....

Hidup Sebagai YB
YB yang dimaksudkan ialah Yang Berkhidmat.
Jadikan hidup kita sebagai Yang Berkhidmat.....kita buat kerja
untuk apa ....untuk pujian manusia atau kerana apa?

Kita sebenarnya perlu penilayan Allah bukan penilayan manusia. Mari kita sama-sama menjaga Hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. Marilah kita sama-sama ubah sifat dan sikap kita. Selagi kita bernafas masing-masing ada peranan di atas muka bumi ini

Kita mungkin mempunyai IJAZAH namun jangan lupa satu hari nanti kita jadi JENAZAH......

3 comments:

  1. Saya masih ingat setiap pagi Ahad di salt mine 9m2dz saya akan SWL di 7040 untuk mendengar net ini.

    9m2za adalah idola saya. Cara dia QSO memang menarik langsung minat. Mudahan kekalkan Malaysia 40m net ini.

    p/s..kalau band cantik..kita buat Malaysia 10m net pulak....

    ReplyDelete
  2. checking guna SMS boleh ? kat 2m punya net boleh checking guna SMS. HEHEHE

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Saya bari terlibat dalam Radio Amatur. Banyak lagi yang perlu saya belajar dari yang lebih berpengalaman. Blog sebegini memberi banyak perpekstif yang jelas mengenai apa yang berlaku dalam dunia radio amatur di Malaysia ini.

    0M2AU dan 9M2SQL banyak beri peransag untuk menjadi "YB" tersebut. Tujuan asalnnya hanya untuk waktu-waktu kecemsan untuk diri sendir dan keluarga saja. 9M2SL dan 9M2AU benar-benar membuka minda saya ada yang lebih penting dalam dunia radio amatur ini.


    Setiap yang baik pasti ada ujiannya. Ujian-ujian inilah yang akan menguatkan lagi semangat untuk terus berjaya. Semoga radio amatur terus maju jaya dengan pengisian yang lebih bermenafaat kepada masyarakat.


    73
    9W2GNU

    ReplyDelete