Tuesday, July 12, 2011

Debat CW Episod ke II

Episod pertama telah di tulis pada 1 May 2010 yang lalu. Oleh kerana ramai 9Ws yang sudah “Excited” tidak sabar-sabar mahu ke HF sepenuhnya penulis rasa terpanggil untuk menulis di ruangan ini.

Penulis bukan lah expert sangat tentang perkara ini walaubagaimanapun penulis cuba terangkan. Kita semua harus lihat dari prospektif yang luas. Penulis tidak mahu berpihak dimana-mana. Penulis telah buat kajian mengenai perkara ini beberapa tahun yang lalu. Persoalan disini kenapa pihak IARU menyarankan supaya ujian ‘Morse” tidak lagi menjadi satu kelayakan untuk HAM bekerja di HF. Cuba kita tanya kepada diri kita kenapa IARU membuat kertas kerja mengenai perkara ini dan di bincanglkan semasa WRC-03 di Geneva. Cuba kita tanya diri kita yang duduk di IARU itu siapakah mereka adakah mereka ini Ham yang biasa-biasa....mereka-mereka ini mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas di bidang Radio Amatur. Siapakah diri kita untuk mempersoalkan mereka ini. Adakah layak kita ini mempersoalkan kewibaan mereka ini. Jika kita rasa kita sudah expert dalam perkara ini mengapa kita tidak terpilih mengangotai salah seorang AJK di peringkat IARU?

Nah mari kita lihat mengapa IARU syorkan perkara ini di peringkat WRC03. Apa yang dilihat pada ketika itu populasi Ham sudah menurun dikebanyakan Negara maju. Ini kerana orang memilih Internet sebagai satu mode untuk komunikasi yang ianya tak perlu mengambil apa2 ujian. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan ujian morse Code tidak lagi releven pada ketika ini. Walaubagaimanapun ianya penting di sektor2 tertentu saperti tentera dll. Penulis bukanlah orang yang anti CW. Penulis sendiri pernah belajar dan menduduki ujian CW di tahun 80an. Kita akui CW adalah satu mode dalam komunikasi. Penulis juga menghormati kepada mereka yang mempertahankan mode ini. Sebenarnya CW pun ada keistimewaan nya. Kita harus berfikiran terbuka Radio Amatur terbahagi kepada banyak cabang.

1. Voice Communication di 2 meter
2. Voice Communication di HF
3. Mereka yang suka buat Experiment DIY
4. Satellite
5. Digital
6. Dxing
7. CW
8. Ada di antaranya hanya minat monitor
9. Emergency Communication
10. Mobile HF
11. Echo Link
12. Amateur TV
13. EME

Itu saje yang dapat penulis fikirkan. Ramai 9Ws yang mahu CW di hapuskan dan ramai pula 9Ms yang tidak setuju dengan pendapat ini. Bagi penulis semua orang layak memberi pendapat masing-masing. Penulis juga tidak menghalang sesiapa juga untuk mengesyorkan agar CW di hapuskan. Cuma apa yang penulis lihat disini ialah. Ramai dari mereka ini mudah sensitif mengenai isu ini. Penulis menerima seadanya kerana ini semua sifat manusia. Walaubagaimanapun penulis ingin menasihati jika sekiranya 9Ws ingin kan freq. HF yang lebih luas anda tidak perlu melepaskan emosi anda di kedai2 kopi dilaman-laman blog. Anda boleh lakukan ini semua tapi satu pertanyaan pada anda dengan melakukan perkara ini adakah pihak berwajib akan tukar sistem yang ada pada hari ini….adakah undang-undang yang sedia ada akan bertukar dengan sekelip mata?
Apakah dengan bercerita di kedai2 kopi dan dilaman laman blog akan berubah semuanya?

Apa Yang Anda Harus Buat?
Apa yang perlu anda buat untuk merubahnya? Jawapannya mudah pakatlah ramai-ramai buat kertas kerja dan bawa bersama anda dan bincanglah dengan pihak berwajib. Itu cara yang sebaiknya.

Apa yang penulis lihat hari ini banyak antara kita… bak kata orang putih-dengan izin ‘We are barking at the wrong place” Menyuarakan sesuatu ditempat yang salah. Ramai antara kita hari ini hanya menjadi “NATO” (No Action Talk Only) lagi  satu kebanyakan dari kita akan katakan ahhh ini bukan kerja aku biarlah orang lain buat...aku bukan nya pandai sangat....tapi yang bestnya mereka-mereka ini pandai pula buat komen & komplain, penulis juga sudah katakan ramai antara kita hari ini kalau cerita pasal gossip dan sensasi ramai yang respond tapi kalau minta tolong secara sukarela…ramai akan memberi alasan. Tak ada masa….lah…tak cukup ilmu, tak ada wang, tak ada kemampuan dan macam-macam lagi lah alasan yang diberikan.

Bab bagi idea ramai bab buat keje alahai sedih kita lihat. Bab komplian memang hebat tapi kalau kita panggil mai sini kita buat bende ni, jawapanya ramai akan bagi alasan.... ini kerana kerje ni sukarela.

Cuba kalau kita kata begini kalau sape2 boleh buat kertas kerja “Hapuskan CW” kita akan bayar anda RM5,000.00 sudah pasti nya ramai yang berebut……walaupun mereka ni tak ada pengalaman buat kertas kerja sebab dalam kepala otak mereka ini, mereka hanya nampak duit aje. Sama juga kalau ada orang kata sape p solat Magrib berjemaah di surau dapat ganjaran duit sudah pastinya surau berkenaan akan penuh sampai d luar surau orang akan solat.

Mengapa kita tidak ubah cara kita berfikir cara apa yang dituntut oleh Agama… Tak kiralah apa Agama mereka semua agama menyuruh kearah kebaikan. Cuba kita ubah sikit pemikiran kita dengan berkata marilah kita sama-sama selsaikan masalah ini......Mengapa masyarakat hari ini sudah kurang sifat memberi……..Betul semua orang suka diberi…tapi apa yang agama ajarkan kepada kita.

Balik kepada isu pasal CW. Boleh kah kita menyalahkan MCMC dan Kementerian semata-mata. Jika budak berumur 15 tahun berbuat salah....apakah kita boleh  salahkan Cikgu...Ustaz...Ustazah...sepatutnya kita harus salahkan mak bapak dia dan dirinya ....bukan salahkan cikgu, Ustaz dan Ustazah.

Di Malaysia hari ini setiap negeri ada Persatuan yang objektif penubuhanya kearah Radio Amatur gunakanlah plateform yang ada untuk anda “Hapuskan CW” jika anda fikir CW tidak lagi relevan sebab negara-negara maju sudah hapuskan CW. So apa tunggu lagi...

Ayuh bangunlah jangan salahkan sesiapa hentikanlah dari memberi alasan bekerjalah kearah kebaikan..buatlah "Tindakan"..buat jangan tak buat...Fast Action...Fast Result.

Nah penulis kasi satu tip untuk anda semua...."The ITU WRC-03 conference has amended Article 25, removing the mandatory Morse requirement for unrestricted amateur licenses. The revised wording allows each administration to determine for itself whether Morse proficiency should be a requirement for an amateur license

Nota: Mungkin ramai di luar sana tidak bersetuju dengan apa yang saya tuliskan ini. Saya mohon ribuan kemaafan jika sekiranya tulisan saya ini tidak menepati cita rasa anda.....

No comments:

Post a Comment