Sunday, May 22, 2011

Program pemutihan ??????

Baru-baru ini kecoh pasal program pemutihan penulis mula-mula tidak faham apa itu “pemutihan” satelah terliti barulah penulis faham rupa-rupanya peralatan “transceiver” yang tidak mempunyai kelulusan sirim, saya difahamkan kita perlu membayar RM80…….dan transceiver tersebut tidak lah disenarai hitamkan he he he……penulis tidak mahu komen apa-apa berikut adalah sesuatu yang ingin penulis berkongsi bersama pembaca, ia dipetik dari satu laman blog, penulis amat tertarik dan ini ada kaitannya dengan isu-isu pentadbiran dan pengurusan radio amatur di Malaysia pada hari ini…….
cuma satu saje yang penulis ingat.....dalam Islam kita telah dimaklumkan apabila sesuatu perkara itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya


1. Dalam pengurusan sesebuah organisasi, gaya kepimpinan seseorang pemimpin adalah berbeza. Mengetuai sebuah unit/bahagian/jabatan dalam organisasi memerlukan seorang ketua untuk memahami seni pengurusan.

2. Ada pelbagai pendekatan dan gaya yang boleh digunakan. Sudah pasti gaya pengurusan dan kepimpinan seseorang ketua itu berbeza antara individu.

3. Menguruskan sesebuah organisasi kerajaan juga ada bezanya. Walau pun ianya organisasi dalam sektor kerajaan, operasi dan tumpuan sesebuah organisasi kerajaan yang berbeza memerlukan pendekatan pengurusan yang berbeza dari ketuanya.

4. Dalam konteks Malaysia, perkhidmatan awamnya telah berkembang dan berevolusi dengan sangat baik. Kita mewarisi sistem yang ditinggalkan oleh British sebelum mendapat kemerdekaan. Hari ini kepimpinan Negara yang begitu prihatin dengan peranan perkhidmatan awam telah mengangkat martabat sektor itu melalui pendekatan transformasi bagi menaik taraf ke perkhidmatan awam beprestasi tinggi.

5. Tipu, kalau dikatakan kemudahan infrastruktur perkhidmatan awam di Malaysia masih ketinggalan dan tidak lengkap. Kalau ada pun ia disebabkan oleh kelemahan pengurusan dan pengurus organisasi yang tidak sensitive dengan perkembangan semasa dan tidak tahu membelanjakan peruntukan kewangan jabatan!

6. Namun begitu, dalam era kecanggihan komunikasi dan maklumat hari ini masih ada penj awat awam yang tidak sensitif dan resposif terhadap persekitaran dan isu semasa. Mudah untuk kita katakan bahawa maklumat dihujung jari akan tetapi tidak semua orang tahu menggunakan hujung jari mereka untuk memanfaatkan google, yahoo atau laman enjin pencari yang boleh membantu menjawab apa sahaja persoalan yang timbul.

7. Lebih jahat, ada di kalangan penjawat awam tersebut berada di peringkat atasan dan terlibat dalam pengurusan serta pembuatan keputusan! Sudahlah tidak mengambil tahu apa yang berlaku dan tidak tahu apa yang sepatutnya dia tahu, manusia jenis ini akan menyalahkan orang lain pula apabila dia tak tahu dengan memaklumkan bahawa dia tidak dimaklumkan!

8. Haahahahahahahahaha……………..bila difikirkan, kelakar ada, kesian pon ada.

9. Kelakar gile....sebab manusia jenis ini tak sedar diri dan tak mengaku kekurangan diri tapi asyik nak tunding jari cari salah orang. Kesian sebab orang begini pun masih boleh diangkat menjadi ketua, bukankah dalam Islam kita telah dimaklumkan apabila sesuatu perkara itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.

10. Inilah yang membawa kepada satu lagi bentuk gaya pengurusan – Pengurusan Tak Tahu!

11. Kata bidalan, tak tahu bertanya, malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau yang tak tahu tu ialah ketua, maka bertambah haru-birulah kita. Maklumlah, bila dah jadi ketua nak mengaku tak tahu takut jatuh “kemaluan” disebabkan ego yang tinggi. Buat-buat tahu nanti kang kalau tersalah bagi info tak nak bertanggungjawab atas kesan yang berlaku. Maka jalan selamatnya ialah dengan memilih jalan selamat yang ada iaitu; salahkan pihak lain terutama pihak yang berdekatan, memaklumkan bahawa perkara yang berlaku belum dimaklumkan, memaklumkan bahawa perkara yang dibincangkan adalah pengalaman baru yang belum pernah melibatkannya, atau memaklumkan perkara itu masih baru baginya.

12. Apa yang peliknya, penjelasan antara yang tersebut itu tadi, diterima pula oleh pihak-pihak tertentu.

13. Tak releven menjadi ketua yang mengamalkan pengurusan tak tahu dalam era ICT yang serba canggih hari ini. Tak relevan lagi menanti maklumat dimaklumkan. Perkhidmatan awam memerlukan warga kerja yang proaktif dan inovatif selaras dengan hasrat YAB PM mahu memperkasakan inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan awam sekaligus mampu menjadikan kekuatan dalam melaksanakan agenda transformasi.

14. Kalau semua perkara nak dimaklumkan, nak disuap, nak dipersembahkan, apa yang nak ditransformasikan? Tiada berlaku kepelbagaian pemikiran dan maklumat tak berkembang. Bukanlah tak boleh menuntut supaya dihormati dan dimaklumkan maklumat yang sepatutnya akan tetapi bukan semua perkara perlu untuk dipersembahkan. Dalam sebuah organisasi kerajaan yang bukan berorentasikan keuntungan, kita sepatutnya sedar bahawa agenda mengurus tadbir organisasi dengan cemerlang adalah tanggungjawab bersama.

15. Dan, akauntabiliti ada pada setiap penjawat awam tak mengira pangkat atau kedudukan dalam organisasi. Sebagai ketua, sudah pasti kena bertanggungjawab maka ambillah tanggungjawab dengan penuh rasa kebertanggungjawaban. Apa nak disalahkan semua orang disekeliling tanpa muhasabah diri dan kepimpinan? Apalah salahnya untuk sesekali mengaku silap dan bertanggungjawab atas kesilapan yang berlaku, ibarat kata pepatah ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.


http://rafiziemas.blogspot.com/2011/05/seni-pengurusan-pengurusan-tak-tahu.html#comments

1 comment:

  1. tertarik dgn "Maklumlah, bila dah jadi ketua nak mengaku tak tahu takut jatuh “kemaluan” disebabkan ego yang tinggi."

    ReplyDelete