Monday, February 28, 2011

SIRIM- Bayaran Untuk Mengimport Alat Radio Amatur

Tahukah anda beberapa perkara sudah berubah…


Untuk mendapatkan permit import anda harus mengisi borang E-Permit...saperti biasa nama...alamat no KP perlu di isikan di samping itu juga Jenis dan Model alat yang hendak di import.

Satu perkara yang perlu di ketahui...mari saya bawa sidang pembaca semasa Jabatan Telekom semasa era  Jab. Telekom Lesen Radio Amatur hanya RM10 untuk satu tahun ketika itu hanya ada  lesen kelas A sahaja dan lesen AP pula hanyalah RM1.00 bagi satu prosesan yang memakan masa dalam 1 minggu dan ianya boleh dibuat di Jab. Telekom


Apabila CMA 1998 di kuatkuasakan tugas pengeluaran AP atau Approval Permit diambil alih oleh pihak SIRIM. Pada ketika itu setiap AP yang di keluarkan oleh pihak SIRIM kita perlu membayar sebanyak RM30.00 dan kos borang nya pula ialah sebanyak RM2.00 ia itu boring JK69 yang boleh di perolehi di Pencetakan Nasional atau di SIRIM.



Kos RM30 ini di kenakan kepada alat-alat transceiver yang tersenarai di dalam Notice No. 01/06/2004 yang di keluarkan oleh pihak SKMM dan senarai jenama dan model nya dikeluarkan pada 2004 dan sehingga kini ianya tidak dikemas kini dan kebanyakan peralatan yang di senaraikan sudah “out dated” kerana ada set2 transceiver yang tidak disenaraikan di dalam list berkenaan.
Hari ini Kos RM30 di naikan menjadi RM60...RM65 tampa kita sedari.....

Apa akan jadi pada pengimpot2 individu yang terdiri dari Radio amatur dan peralatan berkenaan tiada di dalam list contohnya Kenwood TMV7A atau FT2000 bagi alatan yang tidak tersenarai di dalam list MCMC berkenaan maka yuran RM150 di kenakan..

Contohnya pada hari ini anda ingin mengimpot Yaesu FT2000 dan juga TMV7A



Anda perlu menyediakan saperti berikut:

1. Borang E- Permit

2. Borang Khas Alat Transceiver

3. Anda perlu menyediakan wang sebanyak:

Bagi alat pertama RM 65.00

Bagi alat kedua dan setrusnya RM 60.00

Dan utk FT 2000 RM 150.00

Untuk TMV7A RM 150.00

JUMLAH kesemuanya ialah .... RM 425.00

Jumlah tersebut di atas tidak termasuk kos Minyak dan juga Tol untuk ke Sirim.

Dahulu charge untuk setiap transceiver hanyalah RM30 sahaja. JIka transceiver berkenaan ada didalam list MCMC akan tetapi jika tiada anda perlu membayar

RM150.00 + RM 30.00 = RM190.00

Pada hari ini anda perlu membayar RM150 + RM 60 = RM210.00

Ini menunjuk kan peningkatan sebanyak RM30 ia itu 100% peningkatan (fee untuk prosesan dahulu hanya RM30 sekarang RM60)

Mungkin lagi beberapa tahun SIRIM akan naikan kos menjadi RM120.00 ?????

Sebab sekarang ni SIRIM BHD. Bukan lagi macam dulu SIRIM (Standard International Research Institute Malaysia) Radio Amatur bukan lah satu hobi untuk menjana pendapatan. Jika SIRIM hendak mengenakan bayaran kepada mana-mana company itu bertepatan lah sebab company tersebut membuat keuntungan hasil dari penjualan peralatan berkenaan.



Ditahun 1995 orang-orang veteran di Marts telah berusaha mendapatkan pengcualian cukai untuk alat transceiver. Dan pada ketika itu Ham hanya perlu membayar RM1.00 sahaja untuk proses AP. Namun segala-gala yang bertukar apabila SIRIM mengenakan bayaran yang tinggi untuk proses AP. Maka sia-sia sahajalah usaha yang dilakukan oleh Ham yang veteran di era 90 han.....

Mungkin ada yang mengatakan disini kenapa tidak beli saje di KL ada beberapa kedai yang menjual peralatan disini soal nya sekarang ada antara kita yang  mengimpot barang-barang terpakai dari luar negara. Kita semua haruslah lakukan sesuatu mengenai isu ini dan adalah disarankan supaya peralatan lain saperti RF Amplifier, ATU, SWR Meter, Antenna dll di hapuskan juga cukai kastam......

No comments:

Post a Comment