Saturday, September 18, 2010

"Contact.....Contact..."

Baru-baru ini semasa balik bercuti dihari Raya saperti biasa jalan sesak penulis balik bercuti ke utara….pada hari Rabu 8/9/10 jam 5.00pm bertolak dari Bandar Baru Bangi…Dalam perjalanan trafik di KL di Jalan Istana dan Jalan Mahameru terlalu sesak…lebih kurang hampir waktu berbuka kami sampai di R&R Rawang…nak cari tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak PLUS memang ada tapi sudah dipenuhi kenderaan lain….jadi terpaksalah letakkan kenderaan berhampiran dengan Station Minyak Petronas…salepas itu kami sekeluarga berbuka puasa di bahu jalan bukan saje kami yang berbuat demikian rupanya ramai yang berbuat demikian.

Selepas berbuka kami meneruskan perjalanan ke utara...kereta banyak di lebih raya namun bergerak lancar alhamdulilah…dalam perjalanan agak mengantuk..lalu penulis berhenti di satu tempat Rehat di Sungkai…dan tidur seketika…lebih kurang 30minit kemudian barulah penulis rasa segar semula…kami meneruskan perjalanan….kami melapasi R&R Tapah…huhhhh disana lagi sesak dengan pemandu yang berehat …. Perjalanan kali ini memakan masa yang lama kerana berhenti di dua tempat iaitu di R&R Rawang dan Sungkai. Sampai di Taiping……jam 12.30am……..!!!!

Ok apa yang ingin penulis ceritakan disini…ialah…pada hari terakhir hendak pulang kembali ke KL pagi2 on kan 2 meter dan monitor di simplex channel…beberapa minit kemudian terdengar seorang …..Bersuara……” Contact….Contact…. dan beberapa kali beliau memanggil Contact…Contact….” Persoalan nya adakah ini cara nya kita membuat panggilan di simplex frequency….mungkin ini cara nya si X membuat panggilan di 2 meter simplex….penulis amat terkejut…kerana ini bukan kali pertama penulis terdengar perkara ini…penulis ingat ianya sudah berubah namun…ianya masih tetap..begini…dan yang pelik nya ianya di lakukan oleh ham yang berpengalaman bukan nya yang baru dapat AA…Kalau baru dapat AA tu mungkin kita boleh terima. Mungkin ada yang berpendapat ini hanyalah hobi…dan mungkin ada yang katakan kenapa tidak di tegur aje….tegur2 di 2 meter ni rasa nya kurang enak..kita pula balik sekali sekala.

Kenapa tidak diberi Callsign…contohnya Ada sesiapa di frequency disini 9M2xxx …..ini tidak….CONTACT…CONTACT……..CONTACT …CONTACT.

Dengan tampa memberi Callsign…sama lah kes nya di 40 meter yang berlaku pada akhir2 ini akan tetapi ianya bukan Ham dari Negara kita tapi dari seberang. Datang ke 40 meter …Satu Dua….Satu Dua….dengan tampa memberi callsign…Walaupun kes ini terpencil namun kita kuatir lama kelamaan ianya  menjadi satu kebiasaan atau di turuti oleh ham2 yang baru. Kita ingin melihat ham yang berkualiti mungkin ini satu kes yang terpencil walaubagaimanapun kita tidak melebelkan semuanya saperti ini. Cuma kita kuatir kelak ianya menjadi ikutan kepada RA yang baru dalam hobi ini.....Akhir kata banyakan "explore" di frequency yang lain dan cuba pelajari sesuatu yang baru dan cuba menjadi pendengar yang bijak....dan cuba dapatkan nasihat dari Ham yang berpengalaman...Hobi ini penuh dengan Ilmu.... 

3 comments:

  1. Mungkin sekarang kebanyakan operator radio amatur lebih kepada 'exam-oriented'. Lulus exam & dapat AA dah boleh memancar. Agak kurang mendalami apa itu radio amatur yang sebenar-benarnya.
    Tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang kurang arif apa itu 'standard operating procedure' yang sepatutnya ditekankan dalam penggunaan radio. Ada juga yang kurang mengetahui apa itu 'emergency calling channel' (V16) dan 'calling channel' V40.
    Mungkin ada yang setakat ikut-ikut kawan atau seronok-seronok sahaja. Namun begitu perlu juga ada teguran membina dan tunjuk-ajar kita berikan agar hobi (atau bagi saya satu tanggung-jawab kemasyarakatan samada sedar atau tidak) yang kita ceburi lebih bermakna dan berkekalan hingga ke hujung nyawa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Pak Aziz, Selamat Hari Raya.Amat bersetuju dgn pandangan Pak Aziz. Amat menyakitkan telinga kekadang rakan ham masuk bergabung tampa menyatakan callsign. SOP di pinggirkan. Hanya seronok QSO tampa menghiraukan tatacara yg sepatutnya. Minta bantuan / pandangan Pak Aziz: Saya sedang berjinak mendalami komunikasi dlm HF. Apakah peralatan yg sesuai di gunakan? Icom / Yaesu. email saya : 9w2nbq@gmail.com. Wasallam

    ReplyDelete
  3. W'salam...
    Bukan nya semua begitu...namun masih ada yang berQSO sebegitu. Syabas kpd anda yg ingin berjinat ke HF..Saya sudah emailkan kepada anda...

    Kepada 9W2MXM terima kasih atas komen anda.Tak dinafikan kebanyakannya hanya ikut2 dan syok sendiri he he he....

    ReplyDelete