Friday, August 8, 2008

SEANET- 40 METER NET DAN 2 METER NET

Apakah tujuan sebenar di buat NET?SEANET....
South East Asia Net atau SEANET di buat pada setiap hari iaitu di Frequency 14.320Mhz. pada jam, 1200 UTC atau jam 2000hrs waktu Malaysia. Penulis tidak pasti bila net ini mula diadakan. Ianya aktif sehingga hari ini. Jika ada kelapangan dan Band open penulis biasa check in di SEANET ini.


Di Malaysia suatu ketika dulu diadakan Net iaitu MARTS megazine yang di kendalikan oleh saudara Ghazali 9M2GH. Ianya dipancarkan pada 7.040Mhz pada setiap hari ahad jam 0900. seingat saya ianyanya aktif ditahun 1987..1988. Namun oleh kerana rakan-rakan kita terlalu sibuk net tersebut tidak diteruskan.

Pada April tahun 1993 9M2AU memberi cadangan pada 9M2DX supaya diadakan Malaysian 40 meter Net satelah dipersetujui oleh 9M2DX. 9M2AU bersama 9M2DX menjalankan Net yang diberi nama MARTS 40 meter net. Ianya di jalankan pada setiap hari Ahad pada jam 0930hrs di Frequency 7.040Mhz. Dalam mengendalikan Net ini di akhir Net tersebut 9M2DX/9M2AU memberi Propagation Report dan penerangan semasa mengenai Radio Amatur, biasanya Net ini berjalan selama 1 jam sahaja atau kurang dari itu.


Mula-mula Net ini di kendalikan oleh 9M2DX (Prof. Dr. Ahmad Faizal) dan juga 9M2AU dari kelab station UKM Bangi. Satelah beberapa bulan mengendalikan Net ini seingat penulis pada bulan Ogos 1993 9M2DX DAN 9M2AU menyerahkannya kepada pihak MARTS pihak MARTS kemudian diketuai oleh 9M2ZA membuat Roster...beberapa orang pengendali Net kemudian diberi tugas bergilir-gilir untuk mengendalikan MARTS 40 meter net ini. Antaranya 9M2MP sekarang ini beliau telah tukar callsign menjadi 9M2PZ, 9M2MZ, 9M2FK, 9M2KT, 9M2CL, 9M2RS, 9M2RI, 9M2GL, 9M2KX, 9M2NZ, 9M2AU, 9M2RB, 9M2JL, 9M2GR, 9M2EO, 9M2NM, 9M2DY, 9M2GL, 9M2PV dan lain-lain lagi. 


Pada bulan February tahun 2008 yang lalu 40 meter net ini telah diberhentikan buat sementara. Ini kerana pihak yang bertanggung jawab tidak menitik beratkan soal ini. Sementara itu tidak ada pihak yang tampil kehadapan bagi meneruskan NET ini. Amat malang sekali ramai diantara 9M sudah tidak aktif lagi sementara pendatang baru 9Mxxxx tidak seaktif jika dibandingkan dengan 9M ditahun 90han yang lalu. Kemungkinan besar dikala ini ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi.

1. Tidak mempunyai pengetahun dan pengalaman
2. Tidak mempunyai semangat yang kukuh dalam hobi ini. Tidak saperti orang veteran dimana radio
amatur menjadi darah daging mereka.
3. Mungkin hari ini ada internet mereka boleh pergi ke echolink dan sebagainya.
4. Radio Amatur tidak menjadi perkara penting dalam kehidupan mereka.
5. Halangan-halangan yang lain.

MARTS 40meter net telah pun dimulakan di UKM Bangi pada tahun 1993 Amat malang sekali jika perkara ini tidak diteruskan. Ianya adalah satu aktiviti radio yang diadakan seminggu sekali. Jika kita amati jiran kita saperti Indonesia Nusantara Net dikendalikan setiap petang di Frequency 7.055Mhz sementara SEANET pula dikendalikan setiap hari di 14.320Mhz. Sehingga kini Nusantara Net dan Juga SEANET masih lagi aktif setiap hari. Kita harus ada identiti kita. Oleh yang demikian saya berseru agar pendatang-pendatang baru diarena ini menjadi lebih proaktif dalam perkara ini. Harus ada beberapa orang pengganti dalam mengendalikan NET ini...

Apakah tujuan di adakan Net.
-Antara tujuannya adalah untuk mengadakan sesuatu aktiviti mingguan.
- Menetapkan hari dan masa diadakan net supaya mana-mana rakan ham boleh berhubung antara satu sama lain
diwaktu itu.
- Melatih kita bagaimana mengendalikan sesuatu Net jika berlaku sesuatu kecemasan.
- Membantu mana-mana pihak apabila ada panggilan kecemasan semasan Net dikendalikan.

Pada pendapat penulis yang paling penting adalah melatih individu bagaimana mengendalikan Net semasa berlaku kecemasan atau bencana. Ini amat penting. Pengendali Net harus mengendalikan dengan seringkas yang mungkin atau KISS method :”keep it short and simple"
Pengendali Net yang berpengalaman tidak merepek-merepek di udara dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dibicarakan di udara sewaktu net di jalankan.


Sesiapa yang check in Net tersebut hanya memberi Callsign dan Signal report sahaja. Jika ada apa-apa berita yang penting. Pihak berkenaan hanya melaporkan sahaja kepada pengendali Net. Dan jika sekiranya ada station yang ingin berhubung dengan station yang lain. Pihak yang mengendalikan Net biasanya akan mencari Frequency yang kosong dan beliau akan mengarahkan kedua-dua station tersebut QSY contohnya...Please QSY to 7.050 Thank you. Ini ada lah etika yang betul tentang cara-cara mengendalikan NET. Pengendali Net harus buat seringkas yang mungkin tidak perlu menjalankan Net sehingga berjam-jam. Bagi mereka yang ingin pelajari cara-cara mengendali Net. Silalah...monitor di 7.055mhz setiap petang jam 1800MST atau silalah monitor di 14.320mhz setiap hari pada jam 2000MST atau 1200UTC

****Akhir kata saya harap pihak-pihak tertentu tampil kehadapan untuk meneruskan perjuangan orang-orang lama …..Anda mempunyai tenaga dan sebagainya apalah salahnya jika anda bergilir-gilir mengendalikannya. Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk mengendalikannya dan ianya hanya seminggu sekali.


2 Meter Net.
2 meter Net sebenarnya diadakan adalah untuk local sahaja dan tujuan nya untuk mengeratkan lagi Radio Ham di negara ini dan juga memenuhi aktiviti radio amatur di negara. Ini suatu yang patut dibanggakan dan patut di teruskan. Namun begitu harus ada pengisian nya. Net controler tidak perlu berucap lama-lama dan mengendalikan Net dengan jangka waktu yang lama. Kita harus menetapkan masa mungkin satu jam atau 1 jam setengah untuk melakukan sesuatu Net. Perlu ada garis panduan untuk menjalankan Net. Saya harap Net Controller di 2 Meter mempelajari bagaimana Nusantara Net dan Seanet dikendalikan, cuba luangkan sedikit masa untuk mempelajarinya melalui frequency 7.055Mhz dan juga 14.320Mhz.

Pandangan.Mungkin pada hari ini kita lebih selesa dengan apa yang kita kecapi. Buat apa kita nak susah-susah buat ini dan itu. Aku dah lulus exam cw dah ada 9Mxxxx cukuplah aku dah capai apa yang aku nak…

Mungkin kata-kata ini berada dipemikiran kita. Bak kata orang saperti syok sendiri. Ada diantara kita pula hanya mementingkan diri sendiri apa tidaknya sebelum dapat callsign munculah beliau di kelas-kelas RAE dan juga kelas CW. Satelah dapat semuanya hilang entah kemana. Kalau munculpun mungkin bila ada majlis-majlis rasmi saperti AGM dan majlis jamuan hari raya dan sebagainya. Ada antaranya menggunakan persatuan tertentu untuk kepentingan peribadi. Mereka tidak tampil kehadapan membantu dalam menjana atau memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Hari ini apa yang kita lihat ialah ramai yang hanya pandai memberi komen dan menuding jari itu tak betul ini tak betul. Namun berapa ramai yang tampil kehadapan membantu dalam sesuatu perkara. Sepatutnya sifat saperti ini harus kita elakan. Kita harus mencari jalan bagaimana caranya untuk menyelsaikan sesuatu masalah bukannya menimbulkan lagi masalah. Hari ini apabila ada masalah ramai yang lari meninggalkannya. Tetapi berapa ramai yang tampil kehadapan membantu menyelsaikan masalah?


Kita harus melihat adakah kejayaan kita hari ini untuk kita sahaja. Atau untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Sifat mementingkan diri sendiri harus dibuang. Apa yang saya lihat pada hari ini kita sudah kurang semangat kejiranan dan bantu membantu. Suatu perkembangan yang kurang sihat. Satu perkara lagi kita hanya bergerak dalam komuniniti kita. Kita lupa kita hidup bermasyarakat kita harus keluar dari komuniti kita. Kalau acara-acara radio amatur diadakan khas untuk komuniti kita sahaja sampai bila pun kita tidak akan maju. Apakah kita boleh berbangga dengan hanya 7,000 orang sahaja yang memiliki AA kelas A dan B??

4 comments:

  1. Salam, soalan saya. saya ada terbaca pasal skywarn net. net utk passing weather info. kita ada ke net seumpama ini ?

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan anda di Malaysia tidak net saperti skywarn....yang ada disini hanya 2 meter Net yang diujudkan sejak tahun 2001. Sementara di HF Malaysian 40M net... di ujudkan pada tahun 1993 kekal sehingga ke hari ini. Setahun yang lalu ada pihak yang cuba buat 80M net namun tidak mendapat sambutan memandang ramai ham di negara kita tidak mempunyai 80M antenna...Namun boleh dikatan setiap pagi jam 0730 ke 0815hrs setiap pagi ada dua atau 3 org 9M kekal berqso di situ

    ReplyDelete
  3. hanya mampu monitor jer, de9W2MZY

    ReplyDelete
  4. ok Zaiful x mengapa sy dulu semasa SWL sy buat monitoring di HF lebih berbelas tahun ...selepas itu baru lah sy dapat lesen utk TX.....anda sekarang harus bersyukur kerana anda sudah boleh TX di Freq. di atas.....masa zaman sy langsung tak boleh TX monitor aje lah..jawabnya...sy harap 9Ws BOLEH BEKERJA DI 40Meter DAN 80M
    ...

    ReplyDelete