Friday, July 25, 2008

LITAR PINTAS ("SHORT CIRCUIT")



PEMANDU KENDERAAN INI MAUT


PEMANDU KENDERAAN INI SELAMAT



Salam untuk semua.......Harap maaf sudah lama saya tak update blog saya ini...

Hari ini saya ingin cerita satu topik yang agak menarik. Pagi-pagi tadi semasa dalam perjalanan balik ke rumah lebih kurang jam 0747hrs.. Scan di 2 meter...terdengar seorang rakan menceritakan yang kereta jirannya terbakar pada subuh hari....Kesian juga bila dengar cerita-cerita begini.

Apa yang saya hendak ketengahkan disini ialah. Mengapa perkara ini terjadi. Dan bagaimana kita hendak mengelakannya atau mencegahnya. Hari ini ramai antara kita yang hantar kereta kita ke workshop kereta atau aksesori kereta untuk memasang sistem hi fi atau alat2 elektrik yang lain. Awas apabila anda hendak memasang peralatan audio atau alat2 elektronik dan elektrik didalam kereta. Pastikan pendawaian yang dibuat oleh juruteknik dibengkel2 kereta melakukannya dengan cara yang betul. Punca utama "short circuit" adalah kerana pendawaian yang tidak menepati standard pendawaian. Biasanya juruteknik di kedai aksesori apabila hendak membuat penyambungan kabel ia hanya memintal nya sahaja tidak di solder dan juga tidak disambung menggunakan connector atau cable lug. Satelah dipintal kabel tersebut biasanya ia akan menggunakan tape hitam untuk menutup kabel berkenaan apa yang terjadi salepas itu ialah oleh kerana suhu didalam enjin agak panas...ini menyebabkan glue yang ada pada tape hitam berkenaan akan cair dan lama kelamaan tape tadi akan tertanggal dan ini menyebabkan apabila tempat sambungan kabel tadi tergesel dengan body kereta kita ianya menyebabkan berlakunya "spark" dan akan menyebakan kebakaran. Satu perkara lagi fuse yang diigunakan agak terlalu tinggi....fuse berkenaan mungkin tidak berfungsi...dan menyebabkan kebakaran.

Perkara yang kedua ialah...kabel yang digunakan tidak mengikut spesifikasi mungkin terlalu kecil untuk menampung bebanan dan ini menyebakan kebal berkenaan akan cair.....cuba anda lihat sendiri mengapa kabel di terminal bateri agak besar mengapa tidak menggunakan kabel elektrik biasa yang digunakan untuk pendawaian lampu atau socket outlet dirumah kita. Ini kerana kabel berkenaan tidak mampu menanggung bebanan (load) sesuatu peralatan. Ianya dikira dalam unit "AMPS"......10 amps...20 amps...30amps dan sebagainya. Jika sekiranya pendawaian didalam kenderaan kita dibuat dengan cara yang tidak betul ada beberapa masalah akan timbul...contohnya jika anda memasang alat VHF, receiver anda akan pickup noise....alat Hi Fi anda juga akan pickup "NOISE" dan yang lebih ketara jika anda pasang alat HF di kereta anda, mungkin disini amat jarang sekali kita lihat rakan2 kita memasang alat HF didalam kereta. Saya akan bincangkan bagaimana hendak mengurangkan atau menghilangkan bunyi "noise" ini didalam topik yang lain.Hari ini kita hanya bincangkan mengenai topik "LITAR PINTAS ATAU SHORT CIRCUIT".
Pastikan segala penyambungan kabel didalam kenderaan kita dibuat dengan sempurna....maksud saya semua penyambungan harus menggunakan conector atau kabel lug yang bersesuaian dan menggunakan Tape yang high quality. Dan segala pendawaian diikat dengan kemas dan selamat. Pastikan Fuse yang digunakan mengikut nilai yang sesuai dengan bebanan. Jika fuse berkenaan blow ini adalah disebabkan oleh litar pintas atau bebanan yang lebih maka gantikan nilai fuse yang setara. Apa gunanya fuse ini. Gunanya adalah untuk mengawal arus elektrik yang mengalir kedalam satu litar. Jika litar berkenaan menggunakan fuse yg nilainya 10Amps maka apabila arus berkenaan mengalir melebihi 10Amps fuse nya akan blow dan melindungi dari terjadinya kebakaran pada litar berkenaan. Walauapapun jika anda tidak tahu perkara ini dapatkan nasihat atau khidmat dari juruteknik yang bertauliah.

Ini dapat dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda. Cuba anda bayangkan apa akan terjadi jika sekiranya dalam perjalanan balik ke kampung atau kemana sahaja tiba2 enjin anda berasap......bila dibuka bonet didapati terdapat kebakaran....sudah pastinya ianya menjejas perjalanan anda dan yang penting nyawa anda dan keluarga anda. Hari ini berapa ramai antara kita yang mempunyai alat PEMADAM API didalam kenderaan kita. Dan jika adapun berapa ramai yang tahu menggunakannya. Cuba kita bayangkan kita sanggup berbelanja berpuluh ribu dan ada yang beratus ribu untuk membeli sebuah kenderaan...tapi alat Pemadam Api yang harganya tak sampai RM50.00 kita tak mampu untuk membelinya ada ketikanya bukan kita tak mampu untuk membelinya tetapi tidak ada keperluan. Hari ini jika anda terbaca ruangan saya ini silalah kekedai aksesories atau ke Tesco, Carefour ACE dan sebagainya belilah alat pemadam api satu didalam kenderaan kita dan satu lagi letakan didalam rumah kita. Dapatkan pemadam api yang dari jenis serbuk kering atau "Dry Powder" atau CO2.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment