Thursday, May 29, 2008

VHF SSB

2 METER MULTIMODE KENWOOD TM-255

2 Meter Multimode YAESU FT-290

Baru-baru ini ramai yang bertanya…apa itu VHF SSB. Disini saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai alat transceiver VHF all mode. Penggunaan mode SSB di VHF band amat popular di Eropah berbanding dengan negara2 di Asia, Biasanya penggunaan VHF SSB atau UHF SSB digunakan dalam komunikasi setellite di mana Uplink menggunakan UHF USB dan untuk menerima pancaran dari setellite (Downlink) menggunakan VHF USB selain dari itu Radio Amatur juga menggunakan freq. 1.2GHz dan 24GHz untuk komunikasi setellite. Dan ada juga satellite contohnya SO-35 atau
AO-27 menggunakan FM mode uplink UHF dan downlink VHF. Tapi satellite ni dan tak aktif...atau SK

Selain dari itu penggunaan VHF SSB digunakan juga untuk perhubungan terestial dimana dengan menggunakan kuasa yang tinggi dan antenna yang high gain jarak perhubungan radio boleh mencecah dari 1000km ke 1500km jika propagasi mengizinkan. Dimana pengunaan FM mode tidak sejauh itu…

Mengapa disini penggunaan VHF atau UHF SSB tidak popular ini adalah kerana kurangnya alat2 tersebut dijual dipasaran ini adalah kerana kurangnya Radio Amatur di rautau ini berbanding dengan negara Eropah oleh yang demikian Transceiver dari jenis ini amat sukar diperolehi disini walaubagaimanapun ada beberapa orang ham di negara kita mempunyai alat ini. Di Eropah satu ketika dulu bagi peminat VHF SSB set yang paling popular ialah YAESU FT-290R ini adalah kerana set ini paling murah dalam kategori VHF SSB pengarang pada satu ketika dahulu pernah menggunakan alat ini.

Transceiver VHF/UHF ALL MODE

Anda bernasib baik dimana ketika ini banyak pembuat radio telah membuat set ALL mode transceiver antaranya ialah ICOM IC-706MKIIG, YAESU FT100D, FT847, FT-857, Kenwood TS2000 dan sebagainya.

Dimana biasanya penggunaan VHF SSB digunakan. Saya lebih suka merujuk kepada Bandplan Region 1 dimana ianya lebih terperinci berbanding dengan Band Plan Region 3
Kalau dirujuk kepada Bandplan region 1 yang di kemas kini pada 2003 yang lalu penggunaan 2meter SSB ialah dari frequency 144.150 ~ 144.399MHz dan 144.500 ~ 144.794MHz anda dinasihatkan jangan menggunakan frequency 145.800 ~ 146.00MHz untuk komunikasi FM atau SSB simplex dengan rakan2 anda kerana ini adalah ruangan untuk komunikasi satellite.

Antenna

Untuk penggunaan simplex VHF SSB atau UHF SSB antenna yang digunakan adalah sama saperti yang kita gunakan sekarang sama ada vertical atau Yagi. Bagi komunikasi satellite pula antenna yang popular sekali ialah cross yagi atau helical.
Selamat mencuba.

De 9M2AU.

No comments:

Post a Comment