Tuesday, January 24, 2012

40 meter band dahulu dan sekarang

Receiver RA-17
            
40meter band adalah satu band yang popular untuk  komunikasi  tempatan. Penulis suatu ketika dahulu semasa menjadi  SWL  boleh dikatakan setiap petang penulis monitor di Freq. 7040Mhz ketika itu di sekitar tahun 1977 & 1978…..setiap petang tepat Jam 6.00pm penulis akan mendengar ada seorang yang akan keudara….Helo CQ…Helo CQ….CQ 40…CQ 40 ...CQ 40. This is Nine Mike Two Dancing Witches …nine mike two Delta Wiskey. Beliau adalah Aruah Dato’ Tan nama sebenar beliau ialah Dato Tan Bin Hussein.

Pada ketilka itu setiap petang kita akan dengar ramai station2 tempatan berqso di 40M band antara station yang saya masih ingat pada ketika itu ialah 9M2AR, 9M2GV, 9M2RB, 9M2AV, 9M2FK, 9M2GL, 9M2EG, 9M2FR,  dll. Amat malang buku log saya yang ketika SWL saya simpan dimakan anai-anai semuanya  musnah  pada  tahun 2009 yang lalu.

Pada lewat tahun 80 apabila penulis memiliki AA satelah sekian lama menjadi SWL syukur alhamdulilah  oleh kerana penulis adalah antara SWL yang aktif dan ramai Ham yang penulis kenali sewaktu menjadi SWL setiap kali ada pameran Radio ham , “field day” penulis tidak lepas kan peluang…pasti akan berada di tapak pameran banyak progam JOTA penulis mangambil bahagian pada ketika itu aruah 9M2DS (Pak Dollah) mengetuai station2 JOTA dikawasan Kuala Lumpur berkat kesabaran ketika membantu memasang HF antenna dan setup Transceiver dll pada ketika itu  niat dihati hanya untuk belajar…dan secara tidak langsung membantu rakan-rakan ham yang senior…..yang umur mereka jauh lebh tua dari penulis….kita ini ibarat budak  hingusan…. Atas faktor ingin belajar dan berkat kesabaran mana tidak nya menjadi SWL berbelas tahun….ketika itu tidak ade lessen kelas B….maka proses untuk mendapat Lesen Radio Amatur ketika itu amat lama….ini kerana faktor saperti berikut…tidak ada tempat rujukan peperiksaan hanya ada di Kuala Lumpur…penulis mula kenal radio amatur sejak di bangku Sekolah di daerah  pekan kecil di Taiping. Pada ketika itu tiada seorang pun Radio Amatur di Daearah Taiping….yang penulis ingat di utara yang paling hampir dengan Taiping hanya ada satu station iaitu 9M2TA Ong dari Nibong Tebal. Sementara ke selatan di Ipoh ada beberapa station saperti 9M2FR/9M2LN/9M2PN/9M2EG/9M2PT/9M2SB…kemudahan Internet pun tidak ada ….tidak saperti hari ini…maklumat mudah didapati hanya dihujung jari sahaja…


Receiver AR-88 digunakan ketika zaman SWL dahulu

Sewaktu penulis mula-mula menjadi SWL penulis bernasib baik dapat memiliki sebuah  receiver RCA AR88  menggunakan valve. Receiver ini terlalu berat  memerlukan  2 orang untuk mengankatnya…receiver ini berkemampuan menerima pancaran SSB. Semasa pertama kali mendapatkan lesen radio amatur penulis hanya mampu membeli sebuah Tranceiver HF yang terpakai ia itu Yaesu FTDX 400 Rig ini menggunakan valve sepenuh nya bukan “general coverage” ia hanya boleh menerima dan memancar di Frequency Radio Amatur sahaja 80m/40m/20m/15m/10m sahaja. Pada ketika itu di akhir tahun 80han & 90han Boleh di katakana setiap petang saya akan QSO. Antara station2 yang aktif pada ketika itu yang saya ingat ialah…


9M2DW, 9M2GV, 9M2WT, 9M2DA ,9M2RS, 9M2GL, 9M2RJ, 9M2EG, 9M2PN, 9M2SB,                 9M2FR, 9M2FK, 9M2MW, 9M2LC, 9M2AR, 9M2FL, 9M2NL, 9M2RB, 9M2ZA, 9M2CE            9M2BL, 9M2VF, 9M2LR, 9M2SS, 9M2CO, 9M2EO, 9M2SX, 9M2MZ, 9M2PZ, 9M2MP, 9M2BG, 9M2BR, 9M2CM, 9M2DS, 9M2FF, 9M2RI, 9M2ME, 9M2NZ, 9M2NM, 9M2OK, 9M2PD, 9M2JL, 9M2YB.
  Yaesu FTDX 400 rig yang pertama digunakan

40m band meriah ketika itu. Namun apa yang berlaku pada hari ini hanya sedikit saje station yang aktif di 40M band pada petang hari dan ada ketika nya selama 5 hari berturut-turut pada waktu petang kalau anda scan di 40M tiada kedengaran station dari 9M di udara. Dan ada ketika nya freq. 7130 digunakan oleh rakan-rakan dari seberang. Dan ada 9M mengadu habis freq. tersebut digunakan oleh rakan-rakan dari seberang.
YAESU FT-101B Rig kedua yang dimiliki

Ada 9M yang salahkan yang dari seberang mencoroboh freq 7130.  Freq. 7130 bukan milik kita. Itu sebab nya kita perlu duduk di situ setiap hari selewat-lewatnya 1800 hrs  jika tidak digunakan maka kita mengundang station2 yang lain menduduki nya. Pada pendapat penulis yang telah berpuluh tahun aktif di 40M.  Kita janganlah salahkan orang lain dalam hal ini. Kita kena salahkan diri kita sendiri…apabila freq. “kita” di cerobohi maka kita salahkan orang seberang adakah 100% kita boleh salah kan orang lain. Bila penulis katakan perkara ini tidak berlaku di tahun 80han dan 90han jawapan yang di berikan “lain dulu lain sekarang” .  Pada pendapat penulis kita jangan menyalahkan masa dan keadaan. Masa dan keadaan pasti tiba namun kita harus merancang itu sebab nya kita adakan “Malaysian 40 Meter Net” setiap Rabu dan Ahad. Ini bagi menjana aktiviti di 40M ianya telah dijalankan sejak tahun 1993. Kita ada lebih dari 200 station 9M2xxx sekarang, kita faham bukan semua yang mampu memiliki HF set namun penulis percaya jika sekiranya 10% yang aktif sudah pasti kita dapat memenuhi sebahagian dari 40m band. Ya kita juga tahu ada yang duduk di bawah dengan CW mode ini harus di kekalkan namun ruangan telephony perlu juga dipenuhi. Jika kita tidak ada rumah untuk di diami lambat laun kita akan jadi tempat tersebut terpaksa dijadikan “rumah setingan” dan terpaksalah kita berpindah randah dengan tampa memiliki alamat tempat tinggal………


Kenapa?
Faktor-faktor yang menyebakan 40M menyepi…..jika dibandingkan di tahun 80han & 90han
1.  Tidak memiliki alat HF  
2. Terpaksa bekerja hingga lewat petang bagi, yang tinggal di kota besar terpaksa menempuhi jalan-jalan yang sesak dengan kenderaan bagi mereka-mereka ini kita maafkan. 
3.  Hari ini sudah ada internet , tablet dan smart phone maka banyak yang tertumpu kepada alat2 ini untuk berhubung 
4. Orang  sibuk mengejar dunia……

Kalau nak di sebutkan banyak lagi……namun penulis tertarik dengan yang nomber 4. Teringat penulis dengan kata-kata seorang motivator. ......."Hari ini ramai antara kita memburu keperluan HIDUP namun kita lupa memburu TUJUAN HIDUP” kita hidup mau kemana?


Ayuh bagi mereka-mereka yang berkesempatan selalulah memenuhi ruangan 40M band sebelum ianya di cerobohi oleh orang lain….jangan nanti kita sukar untuk “Parking” kerana tak ada ruang lagi buat kita. Ini hanyalah pendapat penulis. Penulis berharap semoga generasi sekarang dapat berfikir dan bersatu dalam menangani sesuatu dengan bijak sana. Kita harus mengubah sikap kita jangan salahkan orang lain. Lihat lah sesuatu perkara itu dengan mata hati kearah yang positif. Jika berlaku kesilapan kita harus memperbaiki nya..... 


Marilah kita sama-sama ubahkan sikap kita dan "reset" minda kita dan meningkatkan nilai diri kita dengan ilmu & akhlak.....wallah hualam

No comments:

Post a Comment