Saturday, July 23, 2011

SWL ATAU SWAL

Short Wave Magazine keluaran February 1952 diberikan oleh seorang rakan usia malajalah ini lebih tua dari penulis, penulis dilahirkan disekitar tahun 60an....majalah ini amat berharga buat penulis Isya Allah akan di pemerkan nanti di KL SEANET COVENTION 2012.

 

Baru-baru ini penulis di tanya oleh seorang Ham berkaitan SWAL. Setahu penulis sejak mula berkecimpung dalam dunia radio amatur lewat 70han dahulu sehingga lah 2006 penulis tidak pernah mendengar term "SWAL" yang ada hanyalah "SWL" Short Wave Listener di peringkat antarabangsa tak ada pun term 'SWAL".

Mengapa pada mereka yang baru di bidang Ham Radio ini di panggil SWL ini kerana pada awal wireless di perkenalkan bermula dengan morse code dan juga Short Wave atau gelombang pendek. Pada ketika itu tidak ada VHF pengeluar receiver dan transmitter hanya mengeluarkan alat HF menggunakan mode AM. Pada pendapat penulis satelah dibuat kajian maka tepatlah dengan TERM "SWL" yang digunakan sejak berzaman lagi.

Zaman sudah berubah hari ini ramai dari mereka yang mula berjinak dengan ham radio boleh dikatakan 95% hanya monitor di VHF yang keseluruhan nya monitor di MODE FM. Maka kita bolehlah katakan mereka ini FML (Frequency Modulation Listener) dan sebahagian nya pula bukan lagi menjadi SWL atau FML tapi mereka ini sudah transmit di VHF walaupun tampa menduduki ujian bertulis RAE atau memeliki AA kelas B. Zaman sudah berubah. Suka atau tidak ini lah kenyataan yang ada pada hari ini. Oleh yang demikian adalah disarankan janganlah gunakan term ini...guna lah term yang sebenarnya ya itu "SWL"
Sebab itu ada Shortwave Magazine. Pernulis tahu keujudan Shortwave Magazine ini di awal tahun 90 ..... beberapa tahun yang lalu baru tahu rupa-rupa shortwave magazine sudah ada sejak tahun 1951 lagi mungkin ianya dikeluarkan seawal tahun 40han.

Ini adalah Short Wave Magazine tahun 2003....lihat perbezaan nya

Sorry Iqbal saya menghadapi masalah utk jawab di ruangan komen....sebenarnya bukan semua
perkara yang tercatit di Guide Line boleh diterima pakai. Ada beberapa perkara perlu diperbetulkan perkara ini telah diajukan kepada pihak berkuasa beberapa tahun lalu. Garis Panduan tersebut perlu di kemas kini. Beberapa perkara berkaitan Istilah Ham dll perlu mendapat keterangan yang jelas dari mereka yang arif , berpengalaman dan berilmu pengetahuan. Justru itu perlu ada "advisory council" yang terdiri dari mereka-mereka yang kita sebutkan tadi. Penulis hanya boleh memberi idea..tak semestinya perkara ini betul namun perlu ada jalan penyelsayan. Penulis tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Kita manusia biasa tak lari dari kesilapan. Namun kita harus mencari jalan penyelsayan untuk kebaikan semua...rakyat berilmu negara maju.

1 comment:

  1. Pada pendapat saya, hanya di Malaysia yang menggunakan term 'SWAL'. Istilah ini boleh dilihat dalam Guideline yang dikeluarkan oleh SKMM. Di negara-negara lain pun semua menggunakan istilah SWL, sesuai dengan sejarah dan makna SWL itu sendiri.

    Jika kita lihat, apabila menggunapakai istilah SWAL ini, kita telah menghadkan skop SWL kepada mendengar hanya di band Amateur sahaja. Sedangkan di Short Wave, banyak band yang boleh kita menjadi 'pendengar' selain dari Amateur Band, seperti Broadcast Band dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete