Friday, November 19, 2010

SEJARAH RINGKAS RADIO AMATUR DI MALAYSIA


Salam kepada semua warga Radio Amatur. Di Malaya radio amatur adalah yang pertama memancar rancangan (“programmes”) Kepada orang ramai (‘general public’) sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan Radio Singapura (SBC). Richard Early VS1AB adalah antara orang yang pertama memancar di ikuti dengan VS1AD pada tahun 1930.



Tiada siapa yang menduga pada ketika itu pancaran Radio menjadi popular. Hari ini hanya segelintir masyarakat yang tahu ujudnya stesyen-stesyen radio, hari ini adalah hasil usaha radio amatur. Beberapa kumpulan radio amatur telah menubuhkan persatuan radio amatur iaitu di Perak dan Selangor pada tahun 1947 dan pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai tanda panggil dan terdapat lebih kurang 300 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya lessen Kelas A sahaja tidak ada lessen kelas B. 


Bagaimana ujud Lesen kelas B.
Pada tahun 1982 kalau tidak silap saya disuatu masyuarat AJK Marts 9M2AV mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Perkara ini tidak mendapat sambutan kemudian di awal tahun 90han. 9M2ZA, 9M2SS, 9M2RS dll buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja di frequency 6meter, 2meter, 70cm dan ketas....Namun beberapa tahun kemudian pihak JTM (JAB. TELEKOM MALAYSIA) memberi jawapan Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak Marts merayu agar di bukan lain2 freq. saperti mana yang mereka pohon. Satelah itu pihak JTM  memberi kelongaran menyatakan kelas B boleh bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja. Kemudian Marts sekali lagi merayu. Akhirnya JTM memberikan kelonggaran sekali lagi dimana mereka benarkan bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dgn kuasa pancaran 10Watts sahaja. Dan menyatakan pihak JTM ingin melihat bagaimana Radio Amatur boleh berkelakuan baik dalam mengendalikan peralatan Radio Komunikasi dan mereka menyatakan satelah berpuashati dengan tingkah laku Radio Amatur mereka akan berikan kelonggaran lagi. Atas alasan ini pihak MARTS bersetuju dengan pandangan JTM ini.


Lesen Kelas B di luluskan pada tahun 1995 di bawah AKTA TELEKOMUNIKASI 1950 "Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995" dan peraturan ini mula berkuatkuasa pada 19 Jun 1995. Satelah lesen kelas B diujudkan pada tahun 1995 hanya lebih kurang 100 lebih orang sahaja yang berdaftar dan tanda panggil 9Ws diberikan kepada pemegang lessen kelas B.


Pada ketika itu Jabatan Telekom Malaysia dipertanggung jawabkan mengawal selia dan mengeluarkan lessen Radio Amatur. Pada tahun 1998 Jabatan Telekom Malaysia di mansuhkan dan digantikan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sejak tahun 1998 sehingga tahun 2001 tidak ada ujian Radio Amatur ini menyebabkan pada ketika itu tidak ada perkembangan RA pada tahun 2001 barulah pihak SKMM ujudkan ujain RAE. Pada masa yang sama juga ujian CW juga iaitu dari tahun 1998 hingga 2005 tidak diujudkan….dan ini menyebabkan 9Ms callsign tidak bertambah. Alhamdulilah pada penghujung tahun 2005 SKMM mengadakan ujian CW sejak 2005 hingga lah sekarang ini terdapat lebih kurang 100 orang telah lulus ujian tersebut dan ujudlah 9M2xxx ini suatu perkembangan yang baik sehingga kini terdapat lebih kurang 8000 orang pemegang AA
Bersambung…..




No comments:

Post a Comment