INI ADALAH QSL CARD DARI RADIO STESEN PENNSYLVANIA U.S.A
INI ADALAH QSL CARD DARI RADIO CANADA INTERNATIONAL
INI ADALAH QSL CARD DARI RADIO RUMANIA
SEMENTARA YANG INI PULA ADALAH QSL CARD DARI RADIO UNITED ARAB AMERIT
INI ADALAH QSL CARD DARI STESEN RADIO AMATUR
INI ADALAH QSL CARD DARI STESEN RADIO AMATUR
INI ADALAH QSL CARD DARI RADIO KUCHING
Apa itu QSL Card?
INI ADALAH QSL CARD DARI RADIO RUMANIA
SEMENTARA YANG INI PULA ADALAH QSL CARD DARI RADIO UNITED ARAB AMERIT
INI ADALAH QSL CARD DARI STESEN RADIO AMATUR
INI ADALAH QSL CARD DARI STESEN RADIO AMATUR
INI ADALAH QSL CARD DARI RADIO KUCHING
Apa itu QSL Card?
OSL Card biasanya sebagai satu bukti yang stesen radio amatur telah berhubung dengan stesen yang lain. Jika kita hanya menunjukan buku log mungkin ada orang akan mengatakan sape-sape pun boleh tulis mengatakan sipulan-sipulan telah berkomunikasi dengan stesen amatur contohnya dari German dll. Untuk membuktikan yang kita telah berhubung dengan stesen berkenaan maka QSL card di perlukan. Ada ketika QSL card ini penting untuk claim award contohnya DXCC Award dan lain-lain Award di Malaysia kita ada "WAMA Award" WAMA membawa maksud "Work All Malaysian Award" di keluarkan pada mana-mana stesen Radio amatur yang telah berhubung minimum sebanyak 10 stesen dari 9M2, satu stesen 9M6 dan satu stesen lagi dari 9M8 kesemuanya menjadi 12 stesyen dengan photostat QSL Card 12 stasen yang di terima mana-mana stesen radio amatur didalam dan diluar negara boleh memohon mendapat WAMA Award ini dengan menghantar terus salinan photostat QSL Card ke AWARD Manager iaitu 9M2FK dan beliau akan mengeluarkan "WAMA AWARD"
Ada lagi satu award yang di keluarkan di Malaysia ialah "HAMA AWARD" membawa maksud "Heard All Malaysian Award" award HAMA ini dikeluarkan kepada SWL . Untuk pengetahuan pembaca semua, SWL juga mempunyai QSL card apabila SWL-SWL ini mendengar stesen-stesen radio amatur berhubung SWL ini akan menghantar QSL card mereka kepada stesen Radio Amatur berkenaan dan biasanya SWL-SWL ini memohon agar stesen radio amatur berkenaan menghantar QSL Card kepada mereka kembali.......tujuan nya sama juga satu sebagai bahan bukti yang mereka telah dengar stesen Radio Amatur berkenaan selain dari buku log yang mereka simpan. Jika SWL ingin memohon apa-apa award yang dikeluarkan oleh mana-mana organisasi mereka akan buat perkara yang sama photostat dan hantar kepada award manager.
Ada lagi satu jenis QSL card dimana dikeluarkan oleh stesen-stesen Radio Broadcast saperti Radio Netherlands International, Radio Australia, All India Radio dan lain-lain stesen radio broadcast. Sebagai contoh apabila kita mendengar stesen broadcast berkenaan kita boleh menulis surat dan hantar report ..saperti Program Apa yang kita dengar ...Tarikh...Masa dan Signal Report....
Oleh kerana masa tidak mengizinkan saya sudah lama tidak monitor di broadcast , sekali sekala tu ada lah tapi tak lah serius saperti dulu. Oleh yang demikian saya berhubung dengan 9W2NWA saudara Anuar dari Kajang beliau menyatakan pada hari ini dengan kehadiran internet setesen-setesen yang saya nyatakan diatas tidak lagi keluarkan QSL card.
Cuma setesen radio dari Estern Block sahaja yang masih mengeluarkan QSL card saperti negara-negara Romania, Austria, Slovak Repubilc, Montinigro, serbia dll. dan juga setesen yang memancar di Medium Wave masih lagi menghantar QSL Card.
Untuk pengetahuan sidang pembaca En. Anuar 9W2NWA adalah seorang SWL yang aktif beliau mendapat callsign 9W2NWA mungkin dua atau tiga tahun yang lalu. Saya rasa beliau aktif monitor di Short Wave sejak tahun 70han lagi atau sebelumnya beliau bukan saje monitor di Broadcast station sahaja bahkan masa beliau SWL beliau selalu monitor di 40meter Ham Band 7.040 dll. Beliau banyak mengumpul QSL card dari broadcast setesen dan juga QSL card dari radio Ham. Beliau pernah memberitahu saya beliau suka mendengar QSO di 40meter , beliau pernah menyatakan pada saya beliau sering mendengar 9M2DW, 9M2FK, 9M2AR, 9M2SB,9M2GV DLL berqso di 40 meter satu ketika dahulu. Ini menunjukan beliau berpengalaman dalam bidang SWL ini lebih berpuluh tahun.
Semasa aruah Datuk Tan (9M2DW) aktif satu ketika dahulu saya masih teringat lagi di tahun 1977 ketika itu saya masih lagi SWL dan menuntut di sekolah menengah boleh dikatakan tiap2 petang saya akan monitor di 40 meter. Tepat jam 6.00ptg kita akan dengar.....CQ...CQ..CQ CQ 40 CQ 40 CQ 40 this is NINE MIKE TWO DANCING WITCHES ....NINE MIKE TWO DELTA WHISKEY......NINE MIKE TWO DANCING WITCHES...CALLING CQ AND STANDING BY........lepas itu kita akan dengar setesen-setesen saperti 9M2FR,(NINE M TWO FATHER ROBERT) 9M2EG(NINE M TWO EKOR GAJAH), 9M2GL (NINE M TWO GOLOK LIMA),9M2RB (9M2 ROMEO BAKER), 9M2RS (NINE M TWO RASA SAYANG).9M2GV( 9M2 GEORGE VICTOR)9M2SB...(9M2 SAMBAL BELACAN)....9M2MW (NINE M TWO MIKE WILLIE).9M2FK (9 MIKE TWO FOX KILO), 9M2RI (NINE M TWO RED INDIAN) 9M2CM (9 MIKE TWO CONGO MAN) 9M2FZ(NINE MIKE 2 FOXTROT ZULU) 9M2AV (NINE MIKE 2 APPLE VICTOR) DAN LAIN-LAIN LAGI.....perkara yang saya sebut ini hanya kenangan dimasa lalu semasa saya SWL.
Untuk pengetahuan sidang pembaca sekelian terdapat beberapa orang lagi SWL saperti SWL Amin dan ada seorang lagi seorang pensyarah UKM dan ada beberapa orang lagi dinegara kita mereka-mereka ini semua masih lagi aktif monitor tapi sampai hari ini mereka tidak mahu mengambil RAE. Mengapa?
Pada pendapat saya ada dua faktor.....
1. Mereka tiada masa nak ambil RAE
2. Mereka tidak berminat untuk bercakap mereka lebih gemar monitor di broadcast
dan Ham Band.
Tapi untuk pengetahuan sidang pembaca sekelian mereka mempunyai beberapa jenis receiver....yang berkeupayaan monitor di broadcast dan juga di ham band. Yang lebih menarik lagi ada kalangan mereka ini memang benar-benar berpengetahuan dalam Radio Receiver........ada diantaranya lebih pakar dari ham.....ini bukan lawak -lawak dan bukan cerita kosong.......saya tahu ada diantara mereka ini benar-benar pro......9Ms dan 9Ws pun boleh tinggal kebelakang.....
Apa itu QSL Bureau?
QSL Bureau adalah pihak yang menguruskan QSL Card Ada Inward dan Outward.
Apa itu Inward...Inward adalah semua QSL yang diterima dari luar negara biasanya kita terima beratus dari Jepun...US UK dan lain2 negara...dan salepas itu diagihkan menurut Callsign dan diberikan kepada penerima di Malaysia contohnya. Sementara rakan-rakan kita disini yang mahu menghantar QSL card kalau yang betul2 aktif mereka akan gunakan perkhidmatan QSL Bureau...ini adalah untuk menjimatkan kos penghantaran bayang kan kalau anda ada beratus QSL Card yang hendak di hantar ke belbagai negara berapa Kos Stem anda?
Outward QSL Manager:
Adalah semua QSL Card yang diterima dari ahli2 Radio Ham yang hendak dihantar ke luar negara di kumpulkan dan tugas Out Ward QSL Manager adalah mengagihkan semua QSL card berkenaan mengikut negara-negara yang hendak dihantar.
Apa itu QSL Direct?
Ia membawa maksud QSL Card berkenaan dihantar terus kealamat kita atau DIHANTAR terus kealamat penerima.
Seperkara lagi didalam QSL card Radio Amatur di bawahnya tercatat De 9M2xxx
De bermaksud "DARI" bukan nya "THE"
Untuk pengetahuan sidang pembaca semua sewaktu saya munulis diruangan ini dalam masa yang sama juga ketika ini saya sedang monitor broadcast station di Frequency 15.135Mhz jam 1800MST atau 1000UTC Tarikh 21/8/08 Radio Tiongkok International yang di pancarkan dalam bahasa Indonesia rancangannya ialah Berita mengenai Sukan Olimpik.
Sekian untuk kali ini..............
Nice writeup!...Boleh saya tahu bagaimana hendak memjadi SWL?
ReplyDeleteYes, very good. dan saya juga tau yg 9m2 Romeo Baker bukan "Romeo Breaker" seperti yg saya dengar semasa pak AU qso di 9m4rlg pada satu malam..
ReplyDelete73 de 9w2pit
Terima kasih diatas entri yang sangat berguna untuk saya.
ReplyDeleteHarap maaf saya lewat menjawab...ok untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi saya faiz.nor@gmail.com
ReplyDelete