| ||||||
As the powerful storm Typhoon Bolaven battered South Korea radio amateurs joined the response and recovery efforts to minimise the toll and damage.The state disaster management agency reported deaths as the storm, the strongest to hit the country for almost a decade, left nearly 200,000 homes without power and property damage. From the Korean Amateur Radio League, Yong-Surke Lee HL1FB said the 2-metre repeater D90IK on a 535m high mountain with coverage of at least 100km was used for emergency communication on the day the storm hit. Lee said "The control station 6K2BUF was in charge as the effort was maintained. Operators were able to contact stations to get the disaster information relayed and report them to the authority. "Some areas had power outage so battery operated 2m radios were used. DS2HBX went up to the repeater site and had a gasoline engine generator ready in case for power outage." There were media reports of widespread damage this week in the less prepared North Korea. While South Korea is engaged in a big clean up a close watch is being kept should another storm Typhoon Tembin which was moving over the Yellow Sea. Jim Linton VK3PCChairman IARU Region 3 Disaster Communications Committee, with Yong-Surke Lee HL1FB Source from Southgate Amateur Radio News | ||||||
Friday, August 31, 2012
Typhoon wreaks havoc on Korea
Sunday, July 29, 2012
Sejarah Yang Dilupakan.......
Ramai dari antara kita hari ini, terutama sekali bagi mereka yang memiliki lesen radio amatur di era 2001 keatas sudah lupa sejarah silam ini mungkin kerana tiada dukumentasi atau bacaan yang khusus menceritakan secara terperinci tentang sejarah Radio amatur dari tahun 1921 - 2000. kalau ada pun mungkin dari mulut ke mulut ....sehingga ada antara Ham pada hari ini mengatakan SWL tidak lagi releven...Sementara itu tidak kurang pula ada yang mengatakan CW pun tidak releven pada abad ini.
Sebelum merdeka radio amatur adalah antara yang pertama memancar rancangan (“programmes”) Kepada orang ramai (‘general public’). Pada tahun 1921 A. L Birch ketua jurutera dari "Johor State Government" telah membuat beberapa eksperimen/uji kaji dengan alat "Peto Scott type of Wireless Set" yang diperolehi dari luar negara tika itu. (Malay Mail July 1921). Pada tahun 1923 beliau menubuhkan "Johore Wireless Society" dan selepas itu tertubuhlah beberapa persatuan radio di Malaya (ketika itu) berita musik dll adalah antara rancangan yang dipancarkan. Dan seterusnya akibat dari perkembangan ekonomi saperti getah dan juga bijih timah pada tahun 1929 "Kuala Lumpur Amateur Wireless Society mula membuat eksperimen dan membuat pancaran pada setiap hari jam 6.30pm dari "Selangor Club"
Sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan Radio Singapura (SBC). Richard Early VS1AB adalah antara orang yang pertama memancar di ikuti dengan VS1AD pada tahun 1930.
Tiada siapa yang menduga pada ketika itu pancaran Radio menjadi popular. Hari ini hanya segelintir masyarakat yang tahu ujudnya stesyen-stesyen radio, hari ini adalah hasil usaha radio amatur yang lalu. Beberapa kumpulan radio amatur telah menubuhkan persatuan radio amatur iaitu di Perak dan Selangor pada tahun 1947 dan pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai isyarat panggilan dan terdapat lebih kurang 200 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya lesen Kelas A sahaja tidak ada lesen kelas B.
Bagaimana ujudnya Lesen kelas B.
Pada tahun 1982 kalau tidak silap penulis disuatu masyuarat AJK Marts 9M2AV (Avatar Singh) mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Perkara ini tidak mendapat sambutan kemudian di awal tahun 90han. 9M2ZA, 9M2SS, 9M2RS dll buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja di frequency 6meter, 2meter, 70cm dan ketas....Namun beberapa tahun kemudian pihak JTM (JAB. TELEKOM MALAYSIA) memberi jawapan Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak Marts merayu agar di bukakan lain2 freq. saperti mana yang mereka pohon. Satelah itu pihak JTM memberi kelongaran menyatakan kelas B boleh bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja. Kemudian Marts sekali lagi merayu. Akhirnya JTM memberikan kelonggaran sekali lagi dimana mereka benarkan bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dgn kuasa pancaran 10Watts sahaja. Dan menyatakan pihak JTM ingin melihat bagaimana Radio Amatur boleh berkelakuan baik dalam mengendalikan peralatan Radio Komunikasi dan mereka menyatakan satelah berpuashati dengan tingkah laku Radio Amatur mereka akan berikan kelonggaran lagi. Atas alasan ini pihak MARTS bersetuju dengan pandangan JTM ini.
Lesen Kelas B di luluskan pada tahun 1995 satelah Peraturan Radio Komunikasi 1995 diluluskan dan dikuatkuasakan pada 19 Jun 1995. . Satelah lesen kelas B diujudkan pada tahun 1995 hanya lebih kurang 100 lebih orang sahaja yang berdaftar dan tanda panggil 9Ws diberikan kepada pemegang lessen kelas B.
Cukai "Transceiver" Radio Amatur di Hapuskan
Satu lagi perkara yang dilupai oleh generasi Ham pada hari ini ialah pulupusan cukai kastam untuk alat “transceiver” perkara ini juga ramai diantara Ham pada hari ini tidak mengetahui siapakah orang-orang yang telah bekerja keras kearah ini. Mereka ialah 9M2SS dan 9M2ZA dan 9M2RS. Pelupusan cukai bermula pada tahun 1996
Ham di tanah air harus berterima kasih pada mereka-mereka ini atas keperihatinan mereka atas semangat perjuangan mereka demi kebaikan seluruh Radio Amatur dimana mereka-mereka ini lah yang memperjuangkan dan menjaga kepentingan Radio Amatur tanah air mereka ini harus di beri penghargaan. Mereka tidak mengira masa dan wang ringgit bagi mereka Radio Amatur adalah menjadi darah daging kehidupan mereka, mereka ingin melihat anak muda yang akan datang menikmati sesuatu yang mereka tidak kecapi selama ini, mereka melaksanakan tugas-tugas mereka dengan tampa mengira masa dan ada ketikanya membelanjakan wang mereka sendiri bagi tujuan kita semua…bukan tujuan peribadi.
JOTA
Apa yang penulis ingat antara orang-orang lama yang membantu pengakap apabila diadakan program JOTA di KL ialah....9M2DS (Aruah Pak Dollah), 9M2GL (Aruah Hj Idris), sementara itu pembantu mereka ketika itu di awal 80han ialah SWL Sharanjit (9W2AA), SWL Wan Johari (9M2WJ) dan SWL Aziz ((9M2AU), sementara di utara pula ialah 9M2FK, Pembantu Pak Eshee pula ialah SWL Saito (9M2SX), 9M2LC, turut terlibat di tahun 90han 9M2MM, 9M2MP (9M2PZ), 9M2MZ, sementara di Melaka pula ialah 9M2WT, sementara di Johor pula 9M2DW (Aruah Dato Tan) di bantu oleh SWL Deen Atan (9M2DA) dan lain-lain lagi yang turut membantu.....maaf saya terlupa nama2 dan isyarat panggil yang lain....Mereka-mereka ini harus kita ucapkan ribuan terima kasih diatas penglibatan mereka dalam mengerakan Radio Amatur di peringkat Nasional.
Suka penulis ingatkan disini juga pada tahun 2003 atau 2004 pihak MARES pertama kali memperkenalkan Radio Amatur kepada Pusat Ko-Korikulum Kementerian Pendidikan. Antara mereka yang terlibat mengendalikan kursus khas Radio Amatur 3 hari dua malam di Pulau Besar ialah 9M2GL dan 9M2AU mereka bersama crew yang lain 9W2DE dan 9W2HZA atas kerjasama mereka ini lahirlah guru-guru kokurikulam yang memiliki Isyarat panggilan mereka sendiri....
Namun amat malang semua nya di lupakan bukan saje mereka ini dilupakan namun lebih ketara ada sebahagian di antara Ham hari ini yang mencela di belakang mereka……Mengapa ada antara kita yang tidak tahu menghargai manusia lain....Apakah ini fomula kehidupan kita........???
Monday, July 23, 2012
KENAPA YAHUDI BIJAK
Untuk mengetahui kenapa Yahudi bijak sila klik dibawah
http://global-intergrated.blogspot.com/2012/07/kenapa-yahudi-bijak.html
http://global-intergrated.blogspot.com/2012/07/kenapa-yahudi-bijak.html
Wednesday, June 27, 2012
Salah Faham & Salah Tafsir Dalam Radio Amatur
Sudah lama penulis tidak kemaskini blog ini. Mari kita sama-sama bicarakan mengenai isu salah faham atau salah tafsir dalam Radio Amatur di Malaysia. Mari kita audit diri kita.....
Antara contoh2 nya ialah saperti berikut…
PTT yang di rujuk kepada Microphone . Ayat nya mungkin berbunyi begini saya tertinggal PTT. Apa yang dimaksudkan oleh rakan kita ini ialah dia tertinggal microphone. PTT membawa maksud “Press To Talk” satu micro switch yang terdapat dalam sebuah microphone. Akan tetapi sampai kehari ini "PTT" ini di salah tafsirkan.......
“Repeater” dalam bahasa Melayu membawa maksud “Pengulang” sila rujuk Kamus Dewan yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila juga rujuk kepada AKTA Komunikasi Dan Multimedia dan juga Peraturan. Ayat yang digunakan ialah “Pengulang” Tapi ada antara Radio Amatur di Negara ini menggunakan perkataan “Pancar Ulang” Dalam perkara ini kita harus ada kefahaman dengan merujuk kepada akta dan peraturan komunikasi dan multimedia 1998, dan perlu ada fakta....kita jangan ikut saje apa orang kata....
“Check Net” – Ini lagi satu istilah yang tidak tepat penulis
tidak tahu bagaimana ianya diujudkan. Sepatutnya “Check In The Net” Contohnya
“Have you check in… the 2 meter Net?” Kalau istilah “Check Net” ini di terjemahkan
ianya membawa maksud kita Check Network mungkin ada kerosakan pada Network
berkenaan…mungkin ayat nya berbunyi begini. “Tolong Check Network saya……..”
Salah Faham mengenai penggunaan Phonetic dalam memberi callsign, mengikut Garis Panduan ianya menyarankan supaya semua callsign disebut dengan full phonetic contohnya NINE MIKE TWO Five ALPHA Romeo Charlie. Ramai NINE MIKE ATAU NINE WISKEY Di tegur di beberapa repeater kerana tidak menggunakan phonetic. Untuk pengetahuan anda apa yang di praktikan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia majoritinya tidak menggunakan phonetic yang di tulis dalam Garis Panduan tersebut. International Phonetic itu hanyalahlah sebagai satu garis panduan. Namun majoriti Radio Amatur diseluruh dunia tidak mengikutnya sebagai contoh V disebut Victoria, O = Ontario, H= Honolulu, dll. Jangan pula ada rakan2 yang bekerja di HF bila ada station RA dari luar Negara tidak menggunakan phonetic maka ada pula rakan2 kita disini perbetulkan mereka…jangan berbuat demikian nanti orang akan tertawakan kita. Tidak ada salahnya jika seseorang pengguna Radio Amatur tidak menggunakan International phonetic…yang paling elok gunakan ayat atau bahasa yang biasa digunakan. Banyakan lah monitor di HF dan berjumpalah dengan mereka2 yang lebih ariff dan yang berpengalaman berQSO di HF....
Salah Faham terhadap penggunaan ayat “Positive-positive” Ada ketika nya kita dengar ada antara…rakan2 ham menggunakan perkataan ini…sebenarnya untuk mengiyakan sesuatu yang di perkatakan dalam komunikasi ayat yang paling tepat ialah AFFIRMATIVE atau Affirm ini di praktikan dalam komunikasi penerbangan cuba tuan2 monitor “aviation frequency” pengunaan ayat ini banyak digunakan oleh “pilot” dan juga “ATC” (Air Traffic Controller) atau Pengawal Trafik Udara…
SWL atau SWAL.....
Tidak ada istilah "SWAL" namun masih ada lagi yang menggunakan "SWAL" cuba anda buka beberapa blog...ayat ini masih lagi digunakan. Sebenarnya tidak ada istilah "SWAL" yang ada cuma "SWL" (short wave listener)...
Di 40m ada juga terdengar rakan2 yang menggunakan ayat signal anda "Berpasir" di HF frequency. dan juga penggunaan ayat "OVERRRRR" dan "VICTORRRRR" bercakaplah secara profesional di HF atau VHF guna lah ayat yang betul yang biasa digunakan oleh kita semua ..... ini suatu perkara yang tidak pernah berlaku di tahun 90han.....ini yang dikatakan pelik tapi benar.....penulis berharap agar perkara ini diperbaiki.
Audio atau "Signal Report"?
Ada juga terdengar "9W2xxx" berQSO di 40 Meter meminta "Audio Report" ini satu lagi perkara yang perlu di fahami. Bukan Audio Report yang di minta sepatutnya "Signal Report" Signal Report harus di beri dalam RST saperti berikut:
R = READABILITY1 -- Unreadable
2 -- Barely readable, occasional words distinguishable
3 -- Readable with considerable difficulty
4 -- Readable with practically no difficulty
5 -- Perfectly readable
S = SIGNAL STRENGTH
1 -- Faint signals, barely perceptible
2 -- Very weak signals
3 -- Weak signals
4 -- Fair signals
5 -- Fairly good signals
6 -- Good signals
7 -- Moderately strong signals
8 -- Strong signals
9 -- Extremely strong signals
T = TONE1 -- Sixty cycle a.c. or less, very rough and broad
2 -- Very rough a.c. , very harsh and broad
3 -- Rough a.c. tone, rectified but not filtered
4 -- Rough note, some trace of filtering
5 -- Filtered rectified a.c. but strongly ripple-modulated
6 -- Filtered tone, definite trace of ripple modulation
7 -- Near pure tone, trace of ripple modulation
8 -- Near perfect tone, slight trace of modulation
9 -- Perfect tone, no trace of ripple or modulation of any kind
Sebagai contoh dalam QSO SSB:
- JA5MT this is 9W2xxx you are 5/9 can i have my signal report?
- Roger 9W2xxx -- JA5MT you are 5/8 over here in Japan good copy........
Tidak ada istilah audio berpasir...kedepan atau kebelakang.....
Untuk keterangan lanjut mengenai "Signal Report" ini sila layari ke:
http://advanced-skynet.blogspot.my/2016/09/the-rst-report-for-radio-hams.html
Sementara "Audio Report" pula ianya khas buat mereka yang bergiat aktif dalam ESSB. Ini berlainan topik yang akan di bincangkan kemudian.
Akhir sekali marilah kita jaga ADAP dan AKHLAK kita ketika berbual dengan rakan-rakan radio Ham dan berqso dengan rakan-rakan kita lebih-lebih lagi jika sekiranya mereka-mereka ini berumur lebih dari kita dan lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang ini. Hormatilah mereka ini. Fikiran, kepercayaan dan pegangan mungkin berbeza namun kehidupan kita perlulah berlandaskan agama. Marilah kita sama-sama bersihkan hati kita……………….
Kita semua tidak lari dari membuat kesilapan. Namun begitu kita harus ada tanggung jawab untuk memperbaiki kesalahan yang lalu. Jangan takut untuk bertanya...dan tanyalah pada mereka2 yang ahli dibidang itu. Penulis memohon ribuan kemaafan jika sekira nya tulisan ini membuatkan pembaca terguris hati dan perasaan, yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan penulis sendiri.
Kita semua tidak lari dari membuat kesilapan. Namun begitu kita harus ada tanggung jawab untuk memperbaiki kesalahan yang lalu. Jangan takut untuk bertanya...dan tanyalah pada mereka2 yang ahli dibidang itu. Penulis memohon ribuan kemaafan jika sekira nya tulisan ini membuatkan pembaca terguris hati dan perasaan, yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan penulis sendiri.
Tuesday, June 26, 2012
Isu Semasa
As Salam untuk semua...Harap maklum jika ada di antara anda yang ingin memberi apa-apa komen. Sila nyatakan nama anda atau jika ada callsign sila sertakan sekali. Jika sekiranya anda memberi nama samaran yang tidak saya kenali harap maaf saya tidak akan publish komen anda...
Friday, May 25, 2012
Your Dream SHACK
SWL G13038 look at that no microphone in his shack!
The above photos belongs to 1 SWL what u can see areall receivers.......no transceivers!!!
...
Nice shack with latest Flex5000 look at that !!!and he also have professional Racal receiver...
Renungan Bersama....
Pengalaman adalah harta paling berharga dalam hidup manusia lebih berharga dari wang ringgit harta pangkat malah apa saja dalam bentuk material. Pengalaman membolehkan kita memahami lebih tepat tentang hidup dan kehidupan.
Kita harus mempunyai kekuatan budaya ilmu dan modal insan inilah yang mencorakan kehidupan kita. Kita harus membentuk tingkah laku pengamatan psikologi dan sosial dan dari amalan moral akhlak dan adap.
Realiti kehidupan dan pengalaman menunjukan banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk pembangunan bangsa ini. Hati bangsa ini masih kerdil dan dikotori dengan pelbagai penyakit. Hasad dengki dan dendam kesumat, cemburu dan sakit hati masih dalam hati bangsa kita. Pemikiran bangsa ini masih terlalu nagatif dan malas untuk mempraktik dan menterjemah pemikiran tersebut dalam realiti kehidupan dalam jiwa kita masih ada lompang dan lompong yang cukup lemah.
Tampa kita sedari sebenarnya kita dijajah. Kita dijajah rupa, jiwa dan hati....Rupa kita rupa penjajah, minda kita minda penjajah malah jiwa dan hati kita tebal dengan zarah-zarah penjajah. Bangsa yang dijajah dibiarkan jahil. Kalau belajarpun hanyalah perkara2 yang remeh dan rendah ilmunya....akibatnya akan lahirlah budaya Pak Turut mendewakan sesuatu secara membuta tuli. Menerusi agenda penjajah maka terbentuklah minda penjajah yang lemah berfikir tetapi lebih emosi. Bangsa kita lebih suka kepada hiburan yang mengelakan dari mencari ilmu. Diri dan jiwa kita ternyata kosong. Akhlak, Nilai dan budi bahasa semakin hilang..........
Agama harus diletakan dihadapan sebagai paksi dan berfungsi sebagai roh kehidupan, maka akan terpelihara dan bermaruahlah kita, dengan ini hati kita menjadi bersih dan suci.
Fikiran kita menjadi sihat dan cerdas untuk mencetus idea yang baik. Emosi kita akan stabil dengan ini akan dapat meningkatkan motivasi positif dan bermaruah akhirnya akan lahirlah kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















