Adakah 9Ms Sombong?
Ada di antara ...9Ws pada hari ini mengatakan bahawa 9Ms kebanyakan nya sombong...
Mungkin apa yang dimaksudkan oleh mereka ialah 9Ms ini jarang berada di 2 meter ...simplex atau di repeater 2 meter. Mungkin ada kebenaran nya saya sendiri jarang berada d 2 meter repeater atau simplex. Akan tetapi ada di antara 9Ws menyatakan bahawa...kebanyakan 9Ms hidup bersendiri tampa mahu berkawan dengan 9Ws.... ada kah ini benar...???
Saya ingin ceritakan sesuatu di sini semasa saya SWL di akhir tahun 70han ..Saya banyak berkawan dengan 9Ms yang veteran yang jarak umur mereka dgn saya boleh di panggil abang, pakcik dan atuk....namun saya dapati tiada apa2 masalah untuk saya berhubung dengan mereka ini. Kerana apa yang saya lakukan ialah saya sentiasa menghormati mereka2 9Ms ini saperti Cikgu saya...kerana pada ketika itu saya perlukan bimbingan mereka dan setiap kali ada JOTA atau Field Day saya sentiasa tidak melepaskan peluang ini. Kerana Field Day dan Jota adalah training ground untuk saya mereka2 ini semua nya tidak sombong. Jika sekiranya mereka menegur saya ...saya menerima dengan positif. Dan belajar dari kesilapan....Saya SWL selama berbelas tahun maklom sajelah walaupun pada ketika itu kita telah lulus RAE namun oleh kerana ketika itu tiada lesen kelas B maka pergerakan kami amat terhad kami hanya boleh QSO di HF dan 2 meter semasa ada Field Day, dan JOTA sahaja atau pergi kerumah rakan2 Ham ...
Semasa saya SWL saya bergiat aktif dengan aktiviti2 Field Day dan tidak mengasingkan diri saya dari 9Ms mereka ini saya anggap sebagai kawan radio ham...walaupun jarak usia antara saya dan mereka ini boleh di panggil abang, pakcik dan ada yang boleh di panggil Atuk... Pada ketika itu apa yang ada di fikiran saya ialah belajar dari otai2 yang telah lama dalam bidang ini dan saya sentiasa menghormati mereke-mereka ini. Saya tidak nafikan ada di antara 9Ms yang kurang melayan kehendak saya. Namun saya tidak pula menjauhkan diri dari mereka kerana saya menghormati mereka dari segi usia dan juga dari segi pengalaman yang ada pada mereka. Dan saya juga tidak melebel mereka yang segelintir ini sebagai sombong. Pada saya mengkin oleh kerana usia saya ketika itu terlalu muda dan mungkin mereka kurang selesa bila bersama dengan orang muda saperti saya. Namun oleh kerana bila ada apa2 aktiviti saya sentiasa mendekati mereka2 ini lama kelamaan kita sudah bermesra....bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
SWL Vs 9Ms
Ingin saya ceritakan sesuatu yang berlaku pada saya semasa SWL. Semasa saya SWL saya selalu pergi ke Ipoh ke rumah abang saya di Ipoh pula jika ada kelapangan saya akan pergi ke rumah Pak Bahar 9M2SB saya akan kerumah beliau pada waktu petang kerana pada ketika itu banyak station2 Ham akan keudara di 40 meter iaitu di 7.040MHZ setiap petang. Saya selalu berqso di rumah 9M2SB dengan rakan Ham saperti Dato Tan 9M2DW, 9M2RS, 9M2AR,9M2GL, 9M2RB, 9M2ZA, 9M2FK, 9M2FR,9M2EG, 9M2FZ,9M2BG,9M2RJ,9M2HF,9M2OK,9M2GV, dll. kebetulan pada tahun 1984 saya on Job Training di Setesyen Janakuasa Letrik Teluk Ewa Pulau Langkawi. Sebelum saya berangkat kesana saya sempat memberitahu Pak Rahman 9M2AR yang saya akan ke Langkawi dan saya memberitahu pada Pak Rahman kalau ada masa datanglah ke Pulau Langkawi sebab saya berada di Setesyen Janakuasa Teluk Ewa Langkawi. Saya sepatutnya berada di sana selama 3 bulan namun saya pendekkannya menjadi 2 bulan 1/2 saya balik awal kebetulan semasa saya balik ke Taiping Cikgu Rahman 9M2AR datang mencari saya di Pulau Langkawi. Sebenarnya kami tidak pernah bertemu kami hanya bertemu melalui udara sahaja itu pun terhad bila saya ke Ipoh baru saya boleh operate dari rumah Pak Bahar 9M2SB kerana ketika itu saya masih lagi SWL. Cuba anda fikir-fikirkan bagaimana Cikgu Rahman 9M2AR sanggup datang ke Langkawi untuk berjumpa dengan saya. Sepatutnya saya yang datang berjumpa dengan 9M2AR namun beliau sendiri yang datang berjumpa dengan saya....kenapa????? Cuba anda cari sendiri jawapan nya...apa yang ada pada saya ketika itu saya hanyalah seorang SWL saya tidak mempunyai callsign pun...tapi mengapa beliau 9M2AR sanggup datang dari Alor Setar ke Pulau Langkawi.....mengapa ini berlaku???? Cuba anda cari jawapan sendiri...
Untuk pengetahuan anda saya rasa begitu terharu sekali apabila dapat tahu Cikgu Rahman pergi ke Langkawi mencari saya yang pada ketika itu saya sudah pulang Ke Taiping kampung halaman saya. Untuk pengetahuan anda semasa saya mendapat Callsign di lewat tahun 80han...saya sentisa berQSO dengan 9M2AR, 9M2SB,9M2FK,9M2GL,9M2RS,9M2DW,9M2LC,9M2SB,9M2DW, 9M2CO, 9M2DS, 9M2LS, 9M2WW, 9M2WT , 9M2GW,9M2JL, 9M2FZ, 9M2TA, 9M2BG, 9M2RF, 9M2ZA,9M2PN,9V1OK, 9V1XW, dll....untuk pengetahuan anda saya hanya dapat eyeball QSO pertama kali dengan Cikgu Rahman di tahun 2002....anda bayang kan kita selalu berhubung di udara namum saya hanya berkesempatan menemui beliau pada tahun 2002 sahaja...
Perhubungan
Apa yang ingin saya ceritakan disini ialah kita jangan sekali-kali melebal 9M yang lama sombong dan sebagainya.. kita harus sentiasa menziarahi mereka ini. Dan bermesra dengan mereka mungkin pada hari pertama kita menemui mereka, mungkin mereka ini sentiasa mengatakan ini tak boleh itu tak boleh ....walaubagaimanapun kita yang terlalu muda dalam hobi ini harus menerima hakikat ini. ...Mungkin apa yang dinyatakan oleh otai2 ini ada kebenarannya...dan mungkin juga tidak oleh yang demikian kita harus sentiasa menghubungi mereka melalui eyebal atau cara lain dan sentiasalah bertanya khabar satelah beberapa kali berhubung barulah ada kemesraan pada ketika itu barulah kita boleh menilai mereka-mereka ini. Satu perkara lagi jangan kita dengar kata2 dari mulut2 rakan2 kita....kita harus periksa dahulu ada kah benar apa yang dikatankan oleh rakan2 kita mengenai sipulan dan sipulan.
Kebenaran
Apa yang saya lihat di sini kita mudah melebelkan atau menghukum sesuatu yang tidak baik pada sesorang atau sesuatu persatuan dengan tidak usul periksa...dan kita hanya menerima bulat2 apa yang diucapkan oleh pihak2 tertentu. Kita harus mencari kebenaran baru lah kita boleh menerima apa yang dikatan oleh mana-mana individu.
Pada pendapat saya apa yang berlaku pada hari ini ialah ramai diantara anak muda pada hari ini tidak ”Respect” atau mengormati orang yang lebih tua dari kita oleh yang demikian kita mudah terpikat dengan perkara2 yang nagatif...
Kenapa pada tahun 2008 yang lalu saya mengusul pada beberapa 9Ws di adakan ARRD...
Tujuan nya adalah untuk menyatukan 9Ms, 9Ws dan SWL duduk di satu bumbung kita adalah pengemar Radio Amatur....kita cerita tentang Radio Amatur kita tidak mencerikaan perkara2 yang tidak baik tetang individu2 Radio Amatur dan kita juga tidak menceritakan tentang persatun atau Kelab apa yang kita ketengahkan ialah mengumpulkan seluruh Anggota Radio Amatur seluruh negara... Mengapa ada Radio Amatur dari German, Australia,Jepun, Singapura yang sanggup datang ke Port Dickson mereka datang kesini adalah untuk menemui rakan2 Ham dan bertukar2 pendapat tentang Radio Amatur. Jika Radio Amatur dari Jepun, Australia,German dan Singapura sanggup datang ke Port Dickson pada saya tidak ada sebab orang dari Malaysia tidak boleh hadir dalam ARRD ini...Bagi saya bukan suatu perkara yang mudah untuk mengumpulkan 9Ms, 9Ws ,SWL dan menjemput rakan2 ham dari lebih2 lagi disini kita mempunyai berbagai persatuan dan kelab yang memiliki berbagai ideologi.....namun alhamdulilah kita berjaya melakukan nya. Ini adalah pertama kali dalam sejarah Radio Amatur di Malaysia di ada kan ARRD (Amateur Radio Reunion Day)
Menghormati
Disini saya ingin menasihati rakan ham yang ada pada hari ini baik yang lama atau yang baru marilah kita sama-sama menghormati sesama sendiri. Jika anda rasa 9Ms ada yang sombong mungkin peratusnya terlalu sedikit atau boleh kita kira 1 atau 2...tapi cuba anda bersabar cuba ketemu meraka buatlah majlis2 tertentu jemput lah mereka jika mereka tidak mahu datang atau sudah uzur...pergi menjemput mereka...dan bawa mereka bersama dalam majlis tersebut cuba jangan berpolitik kita cerita tentang radio amatur sahaja. Jika mereka yang lama ini tidak mahu hadir di majlis rasmi maka pakat lah dua tiga orang pergilah menzirahi mereka saya percaya 9Ms ini akan gembira dengan kedatangan anda menziarahi mereka. Dan sentiasalah menghubungi mereka dan bertanya khabar. Saya percaya jika sekiranya kita bersifat terbuka dan sentiasa menghormati mereka ini. Sudah pasti salepas itu kita akan menyatakan sebenarnya mereka ini tidak sombong....dengan kata lain cara kita melayan mereka harus mengikut cita rasa mereka. Bak kata pepatah melayu walau seburuk mana bapa atau ibu kita. Mereka tetap ibu dan bapa kita, kita harus menghormati mereka kerana tampa mereka kita tidak akan lahir ke muka bumi ini. Fikir firkan lah.............
Penutup
Ini berdasarkan pengalaman saya selama berbelas tahun dalam SWL. Dan sudah berpuluh tahun dalam Radio Amatur. Sehingga kesaat ini saya masih lagi berhubung dengan orang2 lama saperti Pak Eshee 9M2FK, 9M2RS, 9M2FX, 9M2PT, 9M2RJ, 9M2AR, 9M2OK, 9M2SB, 9M2DX, 9M2NZ,9M2BL,9M2RI, 9M2NZ, 9M2PV, 9M2CE, 9M2PV, 9M2CM, 9M2KK, 9M2ZA, 9M2GJ dll. Walaupun ada ketika nya saya bertangkar sesuatu tentang isu Radio Amatur namum itu hanyalah perbezaan pendapat namun kami berdebat secara profesional namun kami tidak pula bertegur sapa salepas itu atau bermusuh sesama sendiri...bagi kami Radio Amatur adalah suatu hobi yang unik yang membentuk insan kearah kemantapan ilmu dan menghormati satu sama lain kami tetap berhubung sesama sendiri. Oleh yang demikian saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan2 ham tak kira SWL, 9Ms atau 9Ws marilah kita sama-sama menghormati sesama sendiri dan sentisalah kita bertolak ansur dalam menangani sesuatu isu. Marilah kita lupakan apa yang telah berlaku yang salah kita maafkan dan marilah sama-sama kita perbetulkan. Yang penting kita harus Respect/Menghormati mereka2 yang lebih tua dari kita dan berpengalaman. Saya nyatakan disini ada antara 9Ws yang hebat dari segi Ilmu nya namun perbezaan antara 9Ms dan 9Ws hanyalah pengalaman. Akhirkata semoga kita semua bersatu atas nama Radio Amatur ........