Friday, August 5, 2016

SALAH FAHAM DAN SALAH TAFSIR DALAM RADIO AMATUR

Sudah lama penulis tidak kemaskini blog ini. Mari kita sama-sama bicarakan mengenai isu salah faham atau salah tafsir dalam Radio Amatur di Malaysia. Mari kita audit diri kita.

Antara contoh-contoh nya ialah saperti berikut…

PTT yang di rujuk kepada Microphone . Ayat nya mungkin berbunyi begini saya tertinggal PTT. Apa yang dimaksudkan  oleh rakan kita ini ialah dia tertinggal microphone. PTT membawa maksud “Press To Talk” satu micro switch yang terdapat dalam sebuah microphone. Akan tetapi sampai kehari ini "PTT" ini di salah tafsirkan…….



“Repeater” dalam bahasa Melayu membawa maksud “Pengulang” sila rujuk Kamus Dewan yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila juga rujuk kepada AKTA Komunikasi Dan Multimedia dan juga Peraturan. Ayat yang digunakan ialah “Pengulang” Tapi ada antara Radio Amatur di Negara ini menggunakan perkataan “Pancar Ulang” Dalam perkara ini kita harus ada kefahaman dengan merujuk kepada akta dan peraturan komunikasi dan multimedia 1998,  dan perlu ada fakta....kita jangan ikut saje apa orang kata....  


“Check Net” – Ini lagi satu istilah yang tidak tepat penulis tidak tahu bagaimana ianya diujudkan. Sepatutnya “Check In The Net” Contohnya “Have you check in… the 2 meter Net?” Kalau istilah “Check Net” ini di terjemahkan ianya membawa maksud kita Check Network mungkin ada kerosakan pada Network berkenaan…mungkin ayat nya berbunyi begini. “Tolong Check Network saya……..”


Salah Faham mengenai penggunaan Phonetic dalam memberi callsign, contohnya NINE MIKE TWO Five ALPHA Romeo Charlie. Ramai NINE MIKE ATAU NINE WISKEY Di tegur di beberapa repeater kerana tidak menggunakan phonetic. Untuk pengetahuan anda apa yang di praktikan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia majoritinya tidak menggunakan phonetic yang di tulis dalam Garis Panduan SKMM. International Phonetic itu hanyalahlah sebagai satu garis panduan. Namun majoriti Radio Amatur diseluruh dunia tidak mengikutnya sebagai contoh V disebut Victoria, O = Ontario, H= Honolulu,  

Jangan pula ada rakan2 yang bekerja di HF bila ada station Radio Amatur dari luar Negara tidak menggunakan phonetic antarabangsa maka ada pula rakan2 kita disini perbetulkan mereka…jangan berbuat demikian nanti orang akan tertawakan kita. Tidak ada salahnya jika seseorang pengguna Radio Amatur tidak menggunakan International phonetic…yang paling elok gunakan ayat atau bahasa yang biasa digunakan. Banyakan lah monitor di HF dan berjumpalah dengan mereka2 yang lebih ariff dan yg berpengalaman berQSO di HF

Kefahaman terhadap penggunaan ayat “Positive-positive” Ada ketika nya kita dengar ada antara…rakan-rakan ham menggunakan perkataan ini…sebenarnya untuk mengiyakan sesuatu yang di perkatakan dalam komunikasi ayat yang paling tepat ialah "AFFIRMATIVE" atau "Affirm" ini di praktikan dalam komunikasi  penerbangan cuba tuan-tuan "monitor" di “aviation frequency” pengunaan ayat ini banyak digunakan oleh “pilot” dan juga “ATC” (Air Traffic Controller) atau Pengawal Trafik Udara.




SWL atau SWAL.....
Tidak ada istilah "SWAL" namun masih ada lagi yang menggunakan "SWAL" cuba anda buka beberapa blog...ayat ini masih lagi digunakan. Sebenarnya tidak ada istilah "SWAL" yang ada cuma "SWL" (short wave listener)...
Di 40m ada juga terdengar rakan-rakan yang menggunakan ayat signal anda "Berpasir" di HF frequency.  juga kedengaran di 40m net ada yang  bagi audio report 5 dan 9 ini juga satu kesilapan.  Sebenar nya ayat yang tepat adalah  sila beri “signal report”
Mari kita rujuk kembali cara yang betul memberi Signal Report sila rujuk link berikut 

Satu perkara lagi ada sebilangan Radio Amatur menggunakan  ayat "OVERRRRR"  dan "VICTORRRRR" bercakaplah secara profesional di HF atau VHF guna lah ayat yang betul yang biasa digunakan oleh kita semua penulis berharap agar perkara ini diperbaiki.


Akhir sekali marilah kita jaga ADAP dan AKHLAK kita ketika berbual dengan rakan-rakan radio Ham dan berqso dengan rakan-rakan kita lebih-lebih lagi jika sekiranya mereka-mereka ini berumur lebih dari kita dan lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang ini. Hormatilah mereka ini. Fikiran, kepercayaan dan pegangan mungkin berbeza namun kehidupan kita perlulah berlandaskan agama. Marilah kita sama-sama bersihkan hati kita.

Akhir kata satu nasihat buat diri ini dan sahabat-sahabat Radio Amatur semua. Penulis sarankan agar kita semua baca buku-buku saperti berikut: ARRL Handbook, RSGB Handbook di dalam nya mempunyai berbagai ilmu yang harus diterokai. Penulis juga menyarankan agar saudara-saudara  memiliki juga buku “The Amateur Radio Operating Manual” Oleh Steve Telenius-Lowe 9M6DXX di terbitkan oleh RSGB.  

Kita semua tidak lari dari membuat kesilapan. Namun begitu kita harus ada tanggung jawab untuk memperbaiki kesalahan yang lalu. Jangan takut untuk bertanya...dan tanyalah pada mereka2 yang ahli dibidang itu. Penulis memohon ribuan kemaafan jika sekira nya tulisan ini membuatkan pembaca terguris hati dan perasaan, yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan penulis sendiri.


Rujukan:
Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
ARRL Handbook
RSGB Handbook
The Amateur Radio Operating Manual (RSGB)

Atikel asal tulisan ini telah di tulis pada  2012...........

No comments:

Post a Comment