Friday, October 23, 2020

 -KISAH BENAR-

Banjir Besar Kelantan Dec 2014/Jan 2015
(ATM menamakan nya: Ops MURNI 2014 )




Kejadian banjir besar ini adalah yang terburuk dalam sejarah tanah air. Masa kejadian banjir tersebut pihak kami di pusat, memantau laman web dan melihat berapa mangsa yang terlibat…hari pertama dalam berates dan seterusnya beribu hari berikutnya ke 5,000 org seterus meningkat ke 10,000 masa ini saya dah hantar Yellow alert pada Team ERT dlm masa beberapa jam saje saya lihat dah cecah 15,000 orang mangsa pada ketika itu saya terus hantar “Red Alert” pada ERT (Emergency Response Team) dan ready untuk deploy pada petang tersebut kami ade dua team yang bersiap sedia saya bersama saudara Mutalib , dan Salleh bergegas ke UKM Bangi utk buat persiapan….sementara sahabat saya Ashwar dan Fahroe dengan Team nya Berkumpul di HQ Rohde & Schwarz (R&S)Malaysia di Glen Marie semua peralatan kami siapkan untuk deploy ke Kota Bahru.



Pada hari yang sama juga saudara Ashwar menghubungi pihak SKMM untuk mendapatkan bantuan. SKMM memberi dua buah kenderaan Satu Pajero Sport dan satu lagi Land Rover masing kenderaan dgn se orang pegawai SKMM sementara itu En Alen MD R&S menghulurkan bantuan dengan sebuah Land Rover yang Lengkap dgn peralatan Komunikasi HF/VHF/UHF dan “Ground to Air” Coms. System. Dan dua orang crew.


Logistik di ketuai oleh En Salleh…..Sementara yg lain2 kami terpaksa siap kan segala peralatan komunikasi ..makanan dan kelengkapan peribadi……sebab dalam misi kami kami semua “stand alone” tampa mengharapkan mana2 pihak utk bantu kami semua keperluan logistic kami siapkan makanan, minyak petrol, Genset, Dapur, Batteri…sebab ketika bencana kami tak boleh mengharapkan bantuan dari pihak2 lain. Saya hanya buat pengiraan mungkin akan berada di sana selama 3 hari…..bagi tujuan 3 hari itu keperluan makanan biasa kami akan siapkan selama 4 atau 5 hari………….sebab dari pengalaman yang lalu biasa nya misi first responder ni paling lama pun 3 hari.


Semasa dlm menyiapkan peralatan sy, lebih kurang jam 10pm saya terima panggilan dari se orang rakan yg pernah membantu kami semasa kejadian Banjir di Segamat ia itu saudara Faizal……dia bertanya saya ade di mana saya kata tengah buat persiapan utk ke Kota Bahru…..Lalu beliau kata kpd saya…..esok ikut aku FLY terus ke KB…..saya kata FLY naik apa ni??….lalu dia kata kita naik pesawat yg di tempah khas oleh se seorang dia minta sahabat sy ni supply air craft dan ikut samanya utk hantar sedikit makanan dan ubatan pada saudara nya di Kota Bahru….So apa lagi saya terus bagi tau Saudara Mutalib dan Salleh…..Sy pass kan kunci kreta saya pada Mutalib…….sambil siap sedia peralatan untuak di bawa esok….saya terus balik ke rumah dan siapkan sediki peralatan dan pakaian……


Esok hari pagi2 terus ke Subang airport……..nak jadi kan cerita…..Pilot aircraft tersebut tak berapa sihat jadi flight terpaksa delay……terpaksa cari Pilot Lain….last2 lebih kurang jam 2.00pm baru kami berlepas aircraft ini muatan dlm 8 orang sahaja…..tak ingat apa jenis aircraft….Cuma 3 penumpang sahaja dan dua org pilot dlm penerbangan tersebut……satu penyewa aircraft dah lupa namanya satu lagi sahabat saya dan sy sendiri beserta dgn beberapa kotak yg di isi dgn makanan dan ubat-ubatan…..


Dalam perjalanan ke Kota Bahru saya ternampak dari Udara Rumah di hanyutkan air…..sampai di Airport kami terus turun kan barang2 dan seterusnya naik heli dan terbang ke Pasir Putih…...Heli mendarat di sebuah sekolah di situ kami dropkan barang2 tadi dlm perjalanan dari airport pengkalan chepa ke Tempat tersebut…..keliling airport saya hanya Nampak air merah sahaja……semua banjir……terus terang sy nyatakan di sini inilah kali pertama sy naik Chopper… EuroCopter pulak tu……. Memang menarik……


Hari Pertama di Kota Bahru. 26/12/2014
Turun dari airport saje sebelum keluar airport……sy terus menuju ke mesin ATM nak tengok betul tak jangkaan saya…Memang benar lah sangkaan saya di airport Pengkalan Chepa masa tu ade 4 Mesin ATM dua mesin ATM OUT of SRVICE sementara 2 Mesin lagi dah taka ade wang ……Namun sy dah memang bersedia dlm bab ini…….jadi tak menjadi masalah buat sy……(ini semua melaui pengalaman) selepas urusan penghantaran makanan dan ubatan selesai. Saya call KLRCC (Kuala Lumpur Rescue Coordination Center) kami yg berpusat di UKM Bangi Sy minta mereka carikan Homestay yg berdekatan dgn Airport. Sebab sy tiada masa nak buat itu semua……..selepas beberapa ketika sy di beri 3 Number Home Stay berdekatan dgn Airport …sy tak mahu pergi ke Bandar utk dapat kat Hotel sebab sitiwasi ketika itu masih lagi kelan kabut banjir di kawasan pekan berdekatan hata masa sy landed pun pun dah Nampak sekeliling airport banjir….saya tak mahu diri sy pula jadi mangsa banjir…apa2 yg terjadi sy Exit dahulu air port adalah satu2 nya "Exit Point" saya, sebab itu saya minta KLRCC carikan Homestay yang berdekatan dengan Airport.



Saya call lah number yang di berikan namun semua homestay tersebut sudah di tenggelami air………so apa saya buat saya terus cari surau…pada sy yg penting bilik air ……surau airport pengkalan cheap pula pd ketika itu letak nya di luar…maka terpaksalah berjalan beratus meter juga le untuk kesitu.


Sampai di surau fully pack sebab masa tu memang tengah banjir…kebetulan orang baru balik dari Umrah..dan ade juga bangsa2 lain di situ……..jadi apa sy buat saya cari satu sudut sebelah tangga lalu bentangkan Sleeping Bag sy…….dlm masa yg sama contact ERT team di mana mereka ketika itu sebab mereka semua menggunakan jalan darat utk ke Kota Bahru……Beberapa jam kemudian ERT Team kami memberi tahu mereka tak boleh melepasi Temerloh sebab banjir mereka terpaksa U turn kembali ke KL…..semua 4 kenderaan yg lengkap dgn peralatan terpaksa berpatah balik……saya kemudian contact Tim. Pengarah MKN negeri……utk minta bantuan beliau uruskan penghantaran kenderaan beserta peralatan dan crew utk menaiki pesawat TUDM dari Subang…..lama juga sy tunggu jawapan….dari nya lebih kurang jam 9.00mlm sy ambil keputusan menghubungi beliau jawapan beliau peralatan boleh bawa tapi tampa crew dan kenderaan ade peralatan tampa crew nak buat apakan sebab set2 peralatan komunikasi ni perlu di setup lepas tu antenna2 HF /VHF perlu di naik kan…..saya satu org mana boleh buat kerja2 begini….. so MKN pun hopeless pd ketika itu…… So satelah berbincang dgn ERT team kami amik keputusan stand down….sebab dia org pun sudah letih…dan sy pun dah letih…..dgn tak cukup tidur dll…….saya hanya tidur di sebelah tangga surau tersebut. Sebelum terlelap masa tu dok fikir jalan mana yg harus mereka ambil…..yg sy boleh fikir mereka harus ikut jln Muazam Shah dan pintas terus ke Trengganu melalui jalan laut…terus ke KB….itu saje yg sy dapat fikir kan pd malam tersebut…surau pula letak bersebelahan dgn runway dgr air craft naik turun tidur pun nyenyak.. sekejap2 terjaga sampailah ke Subuh.

Hari Ke Dua: 27/12/2014
Pagi selepas sarapan pagi di warung tepi jalan. Saya cuba cari pemandu lori…yg bawa barang dari KL …sy jumpa dan Tanya dia ikut jalan mana….Lalu dia berikan laluan tersebut dan sy buat catitan laluan2 tersebut kemudian sy text terus kpd ERT team kami…….setiap kali mereka update di mana mereka berada….akhir sekali mereka memasuki Trengganu ketika itu sudah lewat malam…….sebab kenderaan kami bukan boleh pecut Land Rover Puma memang boleh pecut tapi land rover biasa faham2 saje lah……so lebih kurang Jam 1.00am mereka semua sudah flat dan minta utk bermalam di Besut…….Hari kedua ini saya hanya banyak buat tinjawan dan plan apa yang harus di buat esok hari di sekitar airport dan kelihatan banyak helicopter TUDM naik turun di dataran kawad bersebelahan Kem 8 Brigade. Masa waktu malam sebelum tidur sempat lah berbual dengan se orang Pakcik yg sy panggil dia Abang…yang tidur berdekatan dgn saya , saya Tanya nya tinggal di mana dia kata di Wakaf Che Yeh rumah nya banjir. Dia Tanya saya dari mana nak kemana lalu saya cerita lah misi saya….Seronok juga sembang dgn brother ni…..Lepas tu saye terus tidur tapi tak nenyak sebab dengar kapal terbang tentera naik turun hantar bantuan dari Subang ke Airport Pengkalan Chepa Surau pula sebelah Runway……tuan2 fikir sendiri lah…….macam mana bising nya tempat tersebut. Siang nya pula dgn aircraft lain. Mas dan juga Air Asia…..dan Heli pun banyak berlegar kawasan tersebut.


Hari Ketiga: 28/12/2014
Awal pagi sudah lihat banyak heli naik turun di 21 RAMD macam sitiwasi berperang pula sebab banyak heli yg terlibat dalam operasi ini. Selepas sarapan pagi saya terus daftar di bilik Grakan PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) yang berpusat di 8 Brigade RAMD yang letak nya berhadapan dengan airport pengkalan cheapa. Satelah memperkenal kan diri lalu saya di arah utk berjumpa dgn se orang Mejar & se orang Captain dari 8 Squadran Semboyan Diraja. Satelah berbincang kami lalu kami diberi kebenaran untuk memasang alat komunikasi dan antenna di PKOB ……lebih kurang 9.30am sebanyak 4 kenderaan kami sampai di perkarangan 8 Brigate……sampai sahaja crew dari KL ini terus tampa membuang masa kami pasang peralatan kami dan dalam masa tak sampai 2 Jam semua peralatan sudah boleh beroparasi dan kami dapat contact KLRCC melalui alat HF kami……alat2 komunikasi kami di pasang dalam bilik PKOB kami duduk bersebelahan dengan anggota PPH. Dan pada malam nya Tepat Jam 9.00pm di adakan masyuarat Postmotem Operasi di siang hari. Kami bersama anggota ATM, PDRM, PPH, Bomba, Kesihatan, MKN, JPAM, Kebajikan M, TUDM, masyuarat postmortem di pengerusikan oleh Panglima 2 Division Tentera Darat Diraja Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukri Ahmad. Banyak perkara di bincangkan dlm masyuarat ini. Masyuarat berakhir hampir jam 12.00pm



Hari Ke Empat: 29/12/2014
Hampir jam 11.00am Capt. Semboyan datang ke meja saya menyatakan boleh tak kami bagi backup Coms di Manik Urai incase dia orang punya HF ada masalah saya kata taka ade masalah……..lalu saya cakap dekat sahabat saya 2 orang minta mereka siapkan segala peralatan HF berserta Antenna dan lain2 lagi. Mereka bersama Unit Semboyan 8 Brigate di arah ke Kem Bersebelahan ia itu 21 RAMD untuk menunggu Heli Nuri yang akan membawa mereka semua ke Manik Urai….







Padang kawad 21 Brigade ini setiap waktu ade saje helicopter landing dan take off untuk hantar bantuan makanan dan ubatan ke penduduk yg terjejas banjir, terdapat 9 Buah Heli yang terdiri dari Tiga buah Euro Copters EC725 , Dua Nuri , satu Super Lynx Navy Chopper, Satu Fennec Navy Chopper, Sebuah Agusta A109 dan sebuah Agusta AW139

Semasa ERT team kami berada di 21 Brigade saya di beritahu yang perhubungan antara Pilot Heli dan Ground semua adalah melalui HP sebab utama ATC (Air Traffic Controller) yang bertugas di Dataran datang dari Butterworth beliau di arah datang ke situ tampa di bekalkan dengan peralatan Capt tersebut menyatakan sepatut nya operasi asalnya di Gong Kedak tapi entah macam mana berpindah kesini di Gong Kedak sana semua lengkap…..Lalu kami bagi tahu kami ada peralatan Ground To Air Coms lalu dia kata pegawai yg berpangkat Capt. berkata kenapa tak bagi tahu awal……kami faham apa yg berlaku pd ketika itu tampa banyak soal .. kami terus pasang peralatan yang kami ade dan terus beliau “happy”.






Selang beberapa jam Heli Nuri turun di Dataran tersebut, anggota Semboyan 8 Brigate bersama crew kami dan segala peralatan di bawa terus menaiki heli besama Doktor terus di terbangkan ke Manik Urai.

Anggota Tentera dan kami set up semua peralatan radios di Klinik Kesihatan Manek Urai dimana di jadikan “Army Operations Forward Base” untuk cover operasi di kuala Krai, Dabong and Manek Urai.


Anggota kami menggunakan alat komunikasi HF dan terus buat perhubungan di PKOB 8 Brigade di mana saya sendiri menerima panggilan mereka sebab ketika itu saya bertugas di PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) dalam masa yang sama juga saya membuat perhubungan melalui alat HF terus ke KLRCC (Kuala Lumpur Rescue Coordination Center) yang berpusat di UKM Bangi.

Hari yang sama saya menerima panggilan dari se orang anggota sukarela mereka mempunyai pacuan 4x4 mereka orang Kelantan tapi bekerja di KL mereka balik ke Kelantan membantu saudara mereka dengan membawa makanan dari Kuala Lumpur……..namun satelah semua makanan yang di bawa dari KL habis di agihkan mereka bertanya pada saya di mana boleh Dapat Bantuan Makanan sebab mereka boleh tolong agihkan kan nya di Kampong2 yang di Landa Banjir ketika itu. Saya lalu memberi kan mereka maklumat di mana mereka boleh ambil Makanan tersebut.




Hari Kelima: 30/12/2014
Saya duduk bersama anggota TUDM dan berkenalan dengan komandan TUDM Lt. Kol. Ramli….beliau lah yang banyak membantu coordinate segala makanan yang di terbangkan dari TUDM Subang ke Air Port Pengkalan Chepa…..menggunakan pesawat C 130 apabila C130 mendarat di Pengkalan Chepa anggota2 tentera lah yang memunggahkan segala kotak2 yang berisi makanan masuk ke Gudang simpanan di Airport dan seterus Truck ATM datang dan segala kotak2 yg berisi makanan di pindahkan pula kedalam truck seterus nya Lori Tentera tersebut akan hantar maknan tersebut ke 21 RAMD….sampai di 21 RAMD pindahkan di unload pula ke gudang simpanan di 21 RAMD…..seterus dari Gudang RAMD di agihkan ke Helicopter utk di hantar kepada mangsa2 banjir sekitar Kelantan……Tentera bekerja 24 Jam siang dan malam….Lt Kol tersebut menyatakan pada saya malam tadi dia hanya tidur 1 Jam sahaja…..sebab menguruskan segala logistic saya nyatakan di sini TENTERA banyak membantu menjayakan misi Banjir ini …dan sy juga di tunjukan oleh Lt Kol tersebut se orang anggota tentera yg membantu di situ di mana rumah nya sendiri kena banjir dan anggota tersebut tak tahu apa terjadi pada isteri dan anak2 nya……..so tuan2 dan puan2 boleh fikir sendiri mereka bertugas demi negara namun keluarga sendiri terpaksa di tinggalkan….ini lah wira2 yg tidak di dendang……..Tampa mereka2 ini kemugkinan besar ramai yang tererangkap dalam banjir dengan tampa bantuan makanan namun harus di ketahui mungkin ade tempat2 yang terpencil terputus makanan. Ini kerana maklumat tidak sampai ke bilik gerkan PKOB.


Semasa berbual dengan kemandan TUDM ini dia kata kenapa lambat tiba lalu saya katakan kami ada masalah masa 26hb anggota kami bersama dgn segala peralatan tak dapat terpaksa berpatah balik di sebabkan Banjir dan saya hubungi MKN Kelantan untuk bantuan menggunakan Aircraft TUDM tapi jawapan yang kami terima hanya peralatan saje yg boleh di angkut menggunakan Aircraft tampa kenderaan dan penumpang. Lalu dia menyampuk mana ade MKN contact kami… So tahu lah kami MKN Kelantan tu main Wayang saja!!!

Another Typical Government Servant !!! No point jadi Director MKN di Kelantan makes everything screwed up !!! (maaf kena tulis Bahasa London sikit)

Ada lagi cerita tentang MKN tapi tak perlu saya dedahkan disini sebab semua sudah berakhir…. Di sebabkan banyak perkara “Screwed up” masa Misi Banjir di Kelantan ini selepas kejadian tersebut postmortem di peringkat Menteri. Maka tertubuhlah NADMA (National Disaster Management Agencies) atau Agensi Pengurusan Bencana Negara.


Hari Ke Enam: 31/12/2014
Anggota kami dengan 4x4 pergi ke Manik Urai sebab pada ketika itu air mula surut….Saya dapat maklumat dari Manik Urai Ambulance di Hospital berkenaan tiada Minyak pihak kami memang ada beberapa Tank di isi dgn Petrol sebab itu utk pihak kegunaan kami sebab dalam bencana sebegini kami tak boleh mengharapkan station2 petrol kebanyakannya banjir. Namun ade sebahagian saje yang berfungsi. Lepas di tempat tersebut kami tak tahu di mana Station2 Petrol yg berfungsi. Jadi kami memang bersedia dgn backup plan. Oleh kerana sitiwasi dah Nampak ok sedikit….Jadi apa kami buat kami isikan Ambulance berkenan menggunakan Pertol Kami. Dan pada hari ini air dah semakin surut maka anggota kami yang berpusat di Manik Urai kembali ke Pengkalan Chepa Kota Bahru.

Tahu tak tuan2 lebih dari 60% sistem cellular di Kelantan LUMPUH ketika Banjir tersebut. Lepas itu bila sistem mula pulih sedikit demi sedikit namun pada ketika itu ramai yang dah habis credit. Nak top up pula tak boleh sebab semua kedai2 Telco dah kena banjir. So kalau tuan2 berada dalam sitiwasi begini apa perasaan tuan2 ?? Ada phone tapi taka de signal……bila dapat signal taka ade credit? Lepas tu ade phone batteri habis nak charge tak boleh sebab Letrik taka ada. Begitu juga Kelantan FM pun lumpuh……

Untuk maklumat kami berada bersama dengan anggota2 tentera semasa kejadian tersebut, semua heli yang berada di 21 Squadran adalah milik TUDM dan juga TLDM ade 9 buah kesemuanya saperti yang saya sebutkan di atas. Namun untuk info Unit Udara Bomba dan juga Unit Udara PDRM juga membantu dalam misi banjir ini. Akan tetapi mereka berpengkalan di tempat lain dan saya tidak dapat apa-apa maklumat mengenai mereka.

Pada suatu petang lebih kurang jam 6.30pm sedang kami berehat kerana sudah penat bertugas kami dapat tahu dari pihak bomba yg duduk bersama di PKOB menyatakan ade sebuah Heli terhempas…….masa ketika itu agak kecoh juga di bilik gerakan PKOB….pada awal nya kami menyangka heli TUDM yang terhempas….namun satelah anggota TUDM cross check semua heli TUDM/TLDM sudah “Grounded” waktu itu. Satelah itu kami dapat tahu sebuah heli PDRM yang jatuh namun Pilot dan Penumpang nya selamat. Kami sangat bersyukur bila dengar berita tersbut di bilik gerakan PKOB. Untuk maklumat tuan2 semua, PKOB ada lah pusat segala operasi SAR. Dalam Bilik gerakan ini terdiri dari semua agensi beruniform termasuk lah kami…….semua maklumat Operasi Banjir seluruh Kelantan di Salur ke sini. Dan setiap hari tepat jam 9.00pm akan ade postmortem.


Hari Ke Enam: 1/1/2015
Pada ketika ini kami banyak menghabiskan masa dengan anggota TUDM kerana membantu menyediakan “Ground to Air Coms”. Saperti biasa kami berhubung juga dgn KLRCC memberikan maklumat terkini tentang sitiwasi kami di Kota Bahru.


Hari Ke Tujuh: 2/1/2015
Pada hari ini cuaca mula pulih sepenuh nya dan pergerakan heli pun tak banyak mungkin Cuma tinggal satu dua heli sahaja…..Lalu kami mengambil keputusan untuk stand down sebab dah letih dan penat sebab setiap hari kami tidur jam 1.00 am ke atas saya pun letih juga sebab terpaksa hadiri postmortem setiap malam jam 9.00pm dan habis pun agak lewat jam 11.00pm keatas …..awal pagi dah bangun.


Pada Jam 10.00am lebih sy berjumpa dengan Komandan Semboyan 8 Brigade untuk bagi tahu kami nak Stand down. Sebab banjir pun dah semakin pulih. Kami pack balik segala peralatan Komunikasi. Dan Lebih kurang jam 1.00pm kami semua berangkat balik …….


Semasa dalam perjalanan balik nak ke manik urai laluan sudah Jem….penuh sesak dengan kenderaan keluar masuk…..kelihatan byk 4x4 lori dan kenderaan biasa yg nak menghala masuk ke Kota Bahru…. Menyebakan perjalanan sekejap2 terhenti. Jadi apa saya buat saya arah kan semua kenderaan kami masuk di satu tempat…..dan sy bagi taklimat kalau macam ni Jam berapa kita nak sampai sampai KL….jadi saya kata semua ikut closed convoy saya di hadapan akan buka laluan….yang lain2 semua ikut sahaja…..


Masa tu baru lah lancar pergerakan kami satelah itu baru lah lega sebab dah melepasi Manik Urai…….Sampai satu kawasan tak ingat nama tempat satu dari kenderaan kami ade masalah dgn gear box…dan terpaksa jalan slow….masa tu sy sempat bagi tahu kedudukan kami kepada komadan TUDM…. Lepas tu kami terputus hubungan….sebab line dah taka ade kawasan tersebut…..kami terpaksa ubah laluan masa tu dah lewat petang lebih kurang jam 6.30pm ikut jalan dalam sy dah lupa nama tempat tersebut…sampai di satu kawasan line dah ok sy terima info yang Komandan TUDM nak rescue kami…saya kata tak perlu sebab kami boleh manage….akhir nya jam 5.30am kami sampai Gua Musang. Dan berhenti di Masjiid Gua Musang…..selepas solat Subuh….kami cari kedai utk sarapan pagi……satelah itu


Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur……sampai di KL sekitar 3.00pm..Perjalanan yang sangat memenatkan dan tak cukup tidur dll.

Penutup
Banjir di Kelantan ini adalah Banjir yang paling buruk dalam sejarah tanah air. Lebih parah dari Banjir Merah sekitar tahun 60han dulu ini mengikut kajian saya. Penulis pernah terlibat dengan anggota penyelamat dalam Kejadian Highland Tower tahun 1993, Nahas Pesawat Ringan 1999 Mantin, Nahas pesawat Piper 28 Mac 2004, Tsunami Aceh Dec 2004, Banjir Besar di Segamat, Batu Pahat 2006, Banjir Besar Temerloh dan Pekan 2007, Tanah Runtuh di Bkt Antarabangsa Ampang 2008, Jan 2014 Nahas Pesawat Cessna di Empangan Batu, Ulu Yam, Jun 2014 Ops Klanang Boat Besar Karam di Banting 97 orang Mati Lemas.

Namun misi Banjir OPS MURNI di Kelantan tahun 2014/15 adalah misi yang paling lama dan saya
boleh nyatakan di sini dan yang paling “BEST” sebab pengalaman yang penulis dapat dan rakan seperjuangan dapat ketika di Kelantan sangat berharga yang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit. Dan sangat sukar bagi saya untuk luahkan segala nya dalam tulisan yang singkat ini.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada angota2 penyelamat saperti Anggota ATM, TUDM, TLDM, PDRM, Unit Udara PDRM, Bomba, Unit Udara Bomba, Unit Udara APMM, PBSM, PBT, JPAM, MKN, Seluruh Warga Brigate 8 dan 21 RAMD, Kesihatan, Kebajikan Masyarakat, Pengamal Radio Amatur, Kelab2 4x4 dan NGO2 lain yg teribat dan sesiapa jua yang terlibat dalam Misi Banjir 2014/15....anda semua adalah Wira2 yg Tidak di Dendang...Semoga Allah sahaja yg membalas jasa anda semua.....


Banyak di kalangan orang kita yang hanya faham ibadah itu hanyalah Ibadah Solat & Puasa sesungguhnya tidak begitu seluruh kehidupan kita dari celik mata sampai kita akan tutup mata di malam hari di matikan sementara oleh Allah itu juga terkandung Nilai2 Ibadah di Dalam nya.

Semoga apa yang di sampaikan dapat sedikit pengajaran buat kita semua…saya memohon ampun dan maaf…salah dan silap saya dalam penulisan ini adalah kelemahan saya sendiri dan yang baik itu semua nya dari Allah.

Catitan: Aziz Nor
“Saving Live Through Air Wave”