Monday, October 19, 2015

KEJUTAN DI GELUMBANG 7 MHz


                                                                        9M2RDX


Pada 15hb Oktober 2015 yang lalu. Penulis  mendapat berita Class B sudah di benarkan menggunakan 40 Meter Band. Pertama sekali tahniah kepada pihak- pihak yang telah bekerja keras didalam  merealisasikan perkara ini. Dan terima kasih & tahniah juga kepada pihak berkuasa SKMM yang telah membenarkan 9W’s menggunakan band ini.

Pada petang  dan malam hari tersebut penulis berkesempatan memantau jalur tersebut. Kedengaran ramai 9W’s di jalur berkenaan. Pada malam nya di freq. 7.130 MHz jam 2130hrs. 9M2RDX (Rizal) menjadi 40 meter net controller.

Stesyen -stesyen yang “check in” dalam 40 Meter Net ini adalah saperti berikut:

Prefix                 Jumlah
9W’s = 32
9M’s = 14
YD/YC/YF       = 14
VU                  = 2
RU                  = 2

Jumlah keseluruhan station yang “check in” adalah sebanyak 64 kesemua nya

Syabas buat anda 9M2RDX yang telah berjaya menjayakan 40 Meter Net pada Malam tersebut.

Kesimpulan:
Ada ramai 9W’s yang ber “QSO” dengan betul namun hanya ada segelintir sahaja yang masih baru di arena HF ini. Walaubagaimana pun syabas buat anda juga yang berani tampil kehadapan bagi memeriahkan jalur ini. Nasihat ikhlas penulis adalah banyakan lah mendengar dan “Monitor” di HF bagaimana rakan2 yang berpengalaman berqso. Cara ber “QSO” di HF amat berbeza dengan apa yang tuan2 dengari dan praktikan selama ini. Berlatih lah ber “QSO” dengan rakan2 anda yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment