Friday, June 27, 2014

Masa Hadapan HF dari Kacamata Radio Amatur
Komunikasi melalui HF ini telah di perkenalkan dalam tahun 1950 han dan 60han. Komunikasi HF adalah tulang belakang  kepada “long haul communication” namun apabila komunikasi satellite diperkenalkan pada tahun 60han banyak yang berubah ke satellite.



Tak perlu lagi belajar “ionosphere” atau buat pengiraan freqeuncy apa yang perlu untuk bekerja di HF. Dalam satellite apa yg harus anda buat hanyalah halakan antenna  dan channel apa yang perlu digunakan.
Apakah teknologi HF sudah ketinggalan dan adakah ianya akan berkubur di sebabkan teknologi yang makin maju dengan kegunaan internet. Di kala ini sudah ada sistem “VoIP” (Voice over internet protocal) dan teknologinya semakin matang. Teringat apabila internet di perkenalkan dimana pada tahun 2000, terdapat penurunan yang mendadak komuniti Radio Amatur dikala itu diseluruh dunia. Yang membimbangkan ramai pekedai-pekedai dieropah dan US dll negara maju yang jual alat2 komunikasi dan juga service...sunyi sepi ketika itu dengan penurunan yang mendadak dan  pada ketika itu ramai anak muda dan mereka yang di pertengahan umur sudah tidak lagi berminat untuk mengambil ujian radio amatur, tempiasnya juga mengenai pengamal Radio Amatur yang telah mengubah haluan kepada internet dengan era teknologi digital…..
Ini adalah salah satu sebab mengapa pihak IARU mengusulkan profisiency dalam CW tidak perlu untuk mereka bekerja di HF….perkara ini di usulkan di persidangan WRC 2003….dan ianya telah diluluskan oleh pihak “ITU”…..



Mari kita kembali kepada topik diatas…bagi mereka yang tahu sedikit mengenai HF mereka akan katakan ianya akan berkubur…dan ada juga sebahagian dari pihak akedemik yang hanya beberapa kali menggunakan peralatan HF dengan pengalaman yang sedikit dan mereka juga  tidak terlibat secara langsung dengan HF akan bersetuju mengatakan HF ini akan berkubur….di sebabkan teknologi komunikasi saperti HP, Satellite dan Internet berkembang dengan pesatnya. Maka pada pendapat mereka satu hari nanti HF tidak akan digunakan lagi.















Apa pula kata Radio Amatur…Sudah pastinya pengguna tegar di HF akan nyatakan tidak mungkin….mari kita imbas kembali perkembangan komunikasi….dahulu dan sekarang.
Dahulu HF radio menggunakan komponen2 “Valve” dan transmitter dan receiver ada komponen yang berasingan…kemudian ianya di cantumkan menjadi “Transceiver” apabila era transistor memasuki pasaran..maka secara automatik ianya berubah kepada Hybrid…dimana komponen2 nya menjadi kecil satelah itu solid state diperkenalkan…dan menjadi lebih kecil…dan seterusnya beberapa tahun kebelakangan ini teknologi SDR “Software Define Radio” diperkenalkan dan ianya menjadi bertambah kecil….namun frekuansi yang di gunakan masih tetap serupa tidak berubah….yang berubah hanya alat Hardware sahaja……setiap dekad….kita akan dapati…ianya hanya “re-engeneed” itu sahaja..manambah baik.
Ramai di luar sana tidak tahu….ada pihak-pihak perisikan dan ketenteraan masih lagi menyimpan alat-alat radio HF yang menggunakan “Valve”…ini kerana mengikut kajian yang dibuat…jika berlaku biological war…komponen-komponen transistor dan IC dengan "surface mount" yang ada pada hari ini akan musnah…yang bertahan hanyalah transceiver yang menggunakan “Valve”…dan agensi-agensi ini masih lagi menyimpan alat-alat ini.

Walaupun teknologi hari ini amat maju jika dibandingkan 40 tahun yang lalu…namun pada pendapat penulis HF ini masih lagi "relevent" di abad ini….kerana….ada masa dan ketika nya…kita memerlukan nya lebih-lebih lagi ketika bencana saperti Tsunami…dll. Mungkin benar sebahagian dari para pemikir akedemik dan sarjana menyatakan HF tidak lagi releven dengan ada nya internet dan satellite sebab pandangan mereka mungkin berbeza dari pandangan  pengguna HF itu sendiri. 



Kita tidak menolak dengan teknologi yang pesat membangun mungkin satu hari nanti HF sudah tidak diperlukan lagi. Namun teknologi hari ini adalah hasil dari ciptaan orang  terdahulu…..teknologi nya berubah namun fundamental nya tetap tidak berubah….mungkin satu ketika nanti  HF tidak diperlukan lagi, Semua akan berubah ke VHF,UHF, SHF….namun spektrum HF tetap kekal bagaimana pula komunikasi Kapal Selam…? Mereka perlu naik ke permukaan air…dan berkomunikasi melalui satellite?? Bagaimana pula kapal terbang dan kapal laut….mungkin semuanya nanti menggunakan satellite dan VoIP sepenuhnya.




No comments:

Post a Comment