Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi memberi rezki dan rahmat kepada kita semua. Kajian dibuat oleh saudara Muhammad Pauzi Abdul Latif mengenai Penggunaan Media Elektronik Bagi Pemuasan Di kalangan Semelai membawa kepada penemuan sejarah mula nya bidang penyiaran dan Radio Amatur.
Sejarahnya bermula pada tahun 1921 di mana beberapa orang Radio Amatur termasuk A.L Birch adalah antara orang yang pertama memulakanya. Pada tahun 1923 A. L Birch menubuhkan Johore Wireless Society dan salepas penubuhan nya kemudian barulah ujudnya beberapa persatuan lain. Pada ketika itu apa yang dipancarkan ialah music, berita dll. Kuala Lumpur Amateur Wireless Society mula membuat uji kaji pada November 1929 dan pada April 1930 ianya dengan rasminya membuat pancaran secara “regular” pada setiap petang jam 6.30pm
Dalam tahun 1931 Kuala Lumpur Amateur Radio Society (KLARS) mendapat pemancar baru “Marconi S3A” dari pihak kerajaan dan mula beroperasi May 1931. Frequency yang di gunakan adalah di sekitar 4.000 MHz dan seterusnya dua tahun kemuadian bertukar kepada 6.125 MHz dan setesyen pemancar tersebut beroperasi di Bukit Petaling dimana sekarang ini diduduki oleh Telekom Malaysia (TM).
Salepas Jepun meletakan senjata pada April 1946. Tertubuhnya Malayan Union pihak kerajaan menubuhkan Jabatan Penyiaran atau Radio Malaya.
RTM mula perkenalkan TV Hitam Putih pada 28 December 1963 dan orang yang pertama tampil di TV ialah Raja Iskandar (9M2RI) ianya di rasmikan oleh Tuanku Abdul Rahman pada jam 6.00pm bertarikh 28 Disember 1963 di pancarkan dari studio sementara di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang. Kemudian berkembanglah bahagian penyairan RTM dengan peralatan yang baru dan penambahan alat pemancar. Pada 6 Oktober 1969 akhirnya operasi penyiaran berpindah ke tempat yang sekarang ini ia itu Angkasapuri.
Pada tahun 1978 TV 2 mula beroperasi dan seterusnya pada 1978 TV Warna mula diperkenalkan di Malaysia. Pada tahun 1971 sabah mula mendapat pancaran TV nya dan seterusnya Sarawak pada tahun 1975.
Pada Jun 1983 sebuah setesyen TV swasta mula beroperasi ia itu TV3 yang ketika itu dimiliki oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad.
Kesimpulan
Telah lama penulis mencari bahan-bahan rujukan dan fakta mengenai sejarah Radio di Malaya. Semoga dengan adanya catatan ini dapat merungkai apa yang di lakukan oleh Amatur Radio di sebelum tertubuhnya Radio Malaya dan seterusnya RTM. Terima kasih di ucapkan kepada saudara Muhammad Pauzi, Pak Alex (9M2RI). Fakta sejarah ini amat berguna kepada kita semua.
De 9M2AU 19/12/2010 Jam 0100Hrs
Untuk maklumat lengkap mengenai sejarah bidang penyiaran anda boleh baca ruangan di bawah tajuk “The History Of Radio And TV Broadcast In Malaysia “ http://advanced-skynet.blogspot.com/2010/12/history-of-radio-and-tv-broadcast-in.html
No comments:
Post a Comment