Ketahuilah bahawa anda tidak akan dapat mendiamkan mulut manusia supaya tidak melakukan penghinaan terhadap kehormatan anda. Walaupun begitu, anda dapat berbuat baik dan menghindari perkataan dan kritikan mereka.
Seorang pujangga bermadah:
Aku berjumpa dengan orang bodoh yang mencelaku.
Kutinggalkan ia sambil berkata "aku tidak peduli"
Pujangga lain bermadah:
Jika orang bodoh bercakap, janganlah engkau menjawabnya
Sebab sebaik-baik jawapan baginya adalah diam seribu bahasa.
Walaupun begitu, tidak ada salahnya jika orang-orang yang bodoh itu sesekali dilawan dan dicabar. Atau katakan sahaja kepada mereka, "Jika kebaikan yang nampak pada perbuatanku adalah dosa-dosa maka katakanlah kepadaku, bagaimana aku sepatutnya meminta maaf."
Seorang sasterawan barat berkata:
"Lakukanlah apa yang engkau yakin benar dan palingkan tubuhmu dari semua kritikan
yang tidak bernilai."
* Jangan sekali-kali membalas cercaan atau cemuhan yang melukai hati anda, kerana kesabaranmu dalam menghadapi semua itulah yang dengan sendirinya akan menguburkan semua kehinaan. Kesabaran adalah penyebab kemuliaan, diam adalah penyebab kekuatan
untuk mengalahkan musuh dan memaafkan adalah penyebab dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan.
* Ketahuilah bahawa separuh dari orag yang pernah mencerca atau mengkritik anda itu akan
melupakan cercaan mereka, sepertiganya tidak sedar dengan apa yang mereka lontarkan
dan selebihnya tidak akan mengerti apa dan mengapa mereka mencerca anda. Sebab itu jangan
sekali-kali cercaan mereka engkau masukan kedalam hati dan jangan pula berusaha
untuk membalas apa yang mereka katakan itu.

No comments:
Post a Comment