Thursday, March 18, 2010

9M2xxx Kemana Mereka???




Semenjak SKMM mangambil alih Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1998...dan ujudnya CMA 1998. Semenjak tahun 1998 sehingga pertengahan 2001 tidak ada ujian RAE di adakan pada penghujung tahun 2001 kalau tidak silap penulis maka ujian RAE pertama di kendalikan oleh SKMM tahniah kepada pegawai-pegawai SKMM dan juga rakan-rakan HAM yang bekerja keras untuk menjayakan RAE ini.

Semenjak tahun 1998 hingga lah pertengahan tahun 2005 tiada ujian CW di kendalikan oleh pihak SKMM dengan demikian tidak ada pertambahan 9M2xx/9M6xx/9M8xx dan yang menyedihkan ada yang telah meninggalkan kita ini menyebabkan kekurangan pemegang AA kelas A.
Atas dasar keperihatinan inilah 9M2RS, 9M2SZ DAN 9M2AU telah membuat kunjungan ke Sekolah Latihan Semboyan Kem Sungai Besi dengan bantuan 9W2SO kami di bawa kesana. Satelah masyuarat diadakan antara Komandan Sek. Latihan Semboyan berkenaan 9M2SZ kemudian menyediakan satu kertas kerja dan kertas kerja ini di bentangkan kepada pihak SKMM. 9M2RS, 9M2SZ dan 9M2AU beberapa kali mengadakan masyuarat berkaitan perkara ini dengan pihak SKMM di Cyber Jaya. Akhirnya pada hujung tahun 2005 maka SKMM bersetuju mengadakan ujian CW.

Semenjak tahun 2005 sehinggalah 17hb March 2010 yang lalu penulis kira mungkin sekarang ini sudah ada hampir 100 pemegang AA Kelas A 9M2xxx/9M6xxx/9M8xxx ... namun persoalannya sekarang kemana mereka ini....
Ada setengah nya kedengaran di DX band di 20 meter band dan di DX band yang lain.
40M Band Local Net
Kalau di 40Meter Band... penulis kira hanya ada lebih kurang 15 station sahaja yang kedengaran di 40Meter Band. Itu pun ketika di adakan 40Meter Net yang di adakan setiap hari Ahad jam 0930Hrs atau 0130 UTC. akan tetapi pada hari-hari biasa kita hanya kedengaran 9M2GET, 9M2MSL, 9M2ODY, 9M2MAR,9M2AUR, 9M2SLJ dan beberapa orang veteran yang lain.

Mengapa penulis menumpu ke 40Meter Band. ianya adalah kerana 40M band ini adalah satu band yang digunakan untuk station-station tanah air. Dari sini barulah kita boleh mengenali satu sama lain kerana di 2 meter ini amat limited kerana di sana pun agak sibuk....Tujuan nya juga untuk kita pergunanakan frequency berkenaan kerana kami amat kuatir satu hari nanti frequency berkenaan digunakan oleh jiran tetangga sehingga menyukarkan kita untuk beroperasi disana. Dan kami juga mengharapkan agar jenerasi yang baru ini mengambil alih mereka yang veteran ini. Dan disini juga adalah satu plateform untuk kita belajar.....

Faktor
Apakah faktor yang menyebakan amat kurang sekali 9Mxxxx ini di 40M Band.
Antara penyebabnya adalah saperti berikut:
A. Tiada Transceiver HF
b. Ada Transceiver HF tetapi tiada antenna HF
C. Ada Transceiver HF namun tiada Power Supply yang sesuai.
D. Ada Transceiver HF ada semuanya namun tidak berminat atau segan
untuk berqso di 40M
E. Ada Transceiver HF namun tiada tempat untuk memasang HF antenna
F. Tidak berminat berQSO di HF hanya sekadar suka-suka mengambil UJIAN.

Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk berqso di 40M namun kita
harus mengekalkan tradisi kita sejak dari awal lagi di zaman VS2DW ( 9M2DW), 9M2GL,9M2EG, 9M2FR dll yang aktif di situ pada setiap petang jam 6.00pm....Jika kita tinggalkan perkara ini maka frequency berkenaan akan di diami oleh jiran tetangga kita yang semakin hari semakin ramai. Jangan satu ketika nanti kita menyalahkan diri kita ......semua frequency sudah di penuhi oleh jiran tetangga kita.
Penulis mengharapkan agar lebih ramai lagi pemilik 9Mxxxx aktif diHF DX band namun jangan lupa di 40M band. Ibarat kata kita kenal orang jauh namun jiran tetangga kita, kita abaikan...............dan kita tidak mengenali mereka......
Kita harus kekal menginap di 40M. Penulis boleh katakan disini bahawa berqso di 40M membuat anda matang .............Kerana cara berqso di 40M atau di HF adalah berbeza dengan frequency local yang lain.....

12 comments:

  1. salam perkenalan
    saya boleh dikata orang baru dalam dunia radio amature. saya merasakan blog yang dihasilkan oleh saudara banyak berguna. Namun yang demikian saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia ini dan perlu bimbingan serta tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat radio. mohon tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga buat anda. Dan selamat datang buat ahli radio amatur yang baru...Hobi ini suatu hobi yang saintifik banyak ilmu yang anda boleh perolehi dari nya....saya akan cuba tuliskan sesuatu untuk kebaikan semua....

    ReplyDelete
  3. Semoga ramai yang melayari blog ini. Selamat membaca dan terima kasih atas feedback anda semua

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    abg aziz,saya Amir 9W2OZA
    nak tanya lar...ape beza Qso di 40m,20m dan 10m(band yg bnyak noise).saya selalu moniter 20m band lebih ramai station berbanding 40m.cuma saya kagum cara station2 di 40m menangani pile up rilek dan cool walaupun berpuluh puluh station masuk.

    ReplyDelete
  5. W'salam buat saudara Amir. Anda kagum cara station2 di 40M menganagi pile up dan noise. Sebenarnya itu yang di namakan teknik "Learn How To Listen" jika kita sudah lama dan berpengalaman dalam HF maka pendengaran kita akan menumpu kepada station yg kita hendak dengari sahaja. Saya cadangkan anda dan rakan ham yang baru supaya banyak buat "monitoring" di HF kerana di sana banyak yg anda pelajari sila baca beberapa ruangan berkaitan HF.

    ReplyDelete
  6. Salam. mungkin MCMC harus mempertimbangkan supaya CW test diadakan lebih kerap supaya lahir lebih ramai HF user. Just my 2 cent.

    ReplyDelete
  7. Salam terima kasih 9W2PJU saudara faizul. SebenarNYA ada beberapa langkah yang harus diambil oleh MCMC antaranya menurunkan speed CW test berkenaan ini bagi menggalakan lebih ramai lagi 9Ws menduduki ujian berkenaan dan ia juga dapat meningkatkan pertumbuhan 9Ms di negara kita perkara ini telah diusulkan dan dibentangkan pada tahun 2005. Diharap pihak berwajib dapat memenuhi permohonan kita...

    ReplyDelete
  8. salam, sekadar bertanya. kenapa pihak berkuasa di negara kita masih lagi mengekalkan cw test ? sedangkan dikebanyakan negara sudah menghapuskannya sebagaimana amerika syarikat ? jika dilihat di laman web ARRL, ketiga-tiga kelas di sana tidak memerlukan ujian kod morse. tetapi mereka menghadkan penggunakan band mengikut kelas untuk suara. dan membenarkan band band tertentu untuk cw mengikut kelas masing-masing.

    http://www.arrl.org/FandES/ead/classes.html

    ReplyDelete
  9. Salam...
    Untuk anda 9W2PJU...memang benar..bukan saje di Amerika Syarikat bahkan di negara lain pun sama. Kod Morse sudah tidak di perlukan lagi Dan ada pula negara yang mengekalkan ujian Kod Morse contohnya negara saperti Rusia dll.
    Untuk pengetahuan anda semasa WRC03(World Conferance 2003) di Geneva IARU telah menyuarakan supaya Ujian Kode Morse dihapuskan kepringkat ITU, Pihak ITU bersetuju dgn pendapat yang diberikan oleh IARU walaubagaimanapun mengikut apa yang dipersetujui dalam convention berkenaan ...mengatakan Ujian Kod Morse di hapuskan walaubagaimanapun Terpulang kepada pihak berkuasa negara masing2 sama ada mahu mengekalkannya atau menghapuskan nya. Itu sebab nya ada setengah negara manghapuskannya.. ada negara yang reduce speed ujian CW dan ada negara yg mengekalkannya.
    Saya harap pertanyaan saudara ini telah terjawab. Dan bagi negara2 yg hapuskan Ujian CW pula ujian RAE meraka bertambah susah. Soalah nya terlalu teknikal dll. Dan ada setengah negara pula anda harus tunjukan bagaimana nak setupkan alat HF dengan cara amali (Practical)....

    ReplyDelete
  10. Salam..Jawapan kepada 9W2PJU…..

    Memang benar apa kata saudara itu. Dan untuk pengetahuan saudara juga bukan saje negara saperti Amerika Syarikat saje yang menghapuskan ujian Kod Morse bahkah ada beberapa lagi negara saperti United Kingdom dll. Dan tak kurang pula yang mengekalkan Ujian Kod Morse.

    Perlu diingatkan disini. Bahawa ianya bermula semasa persidangan WRC03 (World Radio Conference) di Geneva seingat saya bulan July Tahun 2003. Semasa WRC03 pihak IARU telah mencadangkan perkara ini. “ITU” kemudian bersetuju dengan apa yang disarankan oleh pihak “IARU” walaubagaimanapun pihak “ITU” menyatakan terpulang kepada pihak berkuasa Negara masing2 mengambil tindakan. Disebabkan persetujuan di WRC03 inilah ada setengah Negara menghapuskan ujian Kod Morse dan ada setengah Negara menurunkan “speed” ujian berknaan dan ada juga yang mngekalkannya. Walaubagaimanapun perlu diingatakan disini bahawa negara2 yang menghapuskan ujian kod morse telah mengambil inisiatif menaikan standard Ujian RAE dengan cara soalan nya agak sukar dan ianya penuh dengan soalan teknikal dll.
    Dan ada antara Negara pula, anda perlu menduduki ujian amali saperti, bagaimana mengendalikan alat HF ,ATU dan sebagainya. Saya harap soalan anda sudah terjawab.

    ReplyDelete
  11. ok terima kasih diatas penjelasan.
    bagaimana pula dgn isu F2D dalam malaysian ham's AA ? adakah malaysia tidak dibenarkan penggunaan F2D sama sekali ?

    ReplyDelete
  12. Isu F2D... sebelum kita pergi jauh kedepan. Mari kita lihat bila SKMM ditubuhkan ...1998 dan sejak bila pula APRS diperkenalkan? Kalau tak silap saya pada tahun 2004 oleh yang demikian perkara ini tidak dimasukan di dlm AA. Adakahnya menjadi sesuatu isu yg besar..jika perkara diatas tiada di dalam AA. pihak tertentu harus melakukan sesuatu. Pada pendapat saya...kita tidak seharusnya menyekat mana-mana individu yg mempunyai AA kelas A atau B utk menggunakan mode ini kerana Radio Amatur adalah experimenter...Saya melihat dari sudut definasi Radio Amatur oleh "ITU" SKMM dll dan kita perlu mencari jalan penyelsayan..Ramai diantara kita hari ini suka mencari salah orang dan masyarakat kita amat mudah menjatuhkan satu hukuman. Ini yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Ini hanyalah pendapat saya....saya tidak salahkan sesiapa mengenai isu ini. Namun perlu ada fomula untuk memperbaiki sesuatu keadaan.

    ReplyDelete