Thursday, December 17, 2009

Pemasangan Tower Dan Antenna HF


KESELAMATAN KETIKA MEMASANG 
ANTENNA DAN TOWER


                                                               Rotator dan Controler







                                       Kedudukan Thrust Bearing adalah di atas Rotator


Pastikan semua penyambung anda gunakan Rotunda Tape ini mengelakan dari kemasukan air. Apabila cuaca hujan.









                              Pastikan anda menggnakan Safety Belt atau Safety Harnest



Kali ini ingin saya cerita kan sesuatu berkaitan pemasangan tower dan antenna HF. Perkara ini telah saya paparkan di ruangan yang lalu namun apa yang saya paparkan adalah berbentuk lampiran gambar.

Untuk ruangan kali ini ingin saya ceritakan pengalaman yang saya lalui memasang antenna dan tower. Mungkin pengalaman yang saya lalui ini tidak seberapa kalau dibandingkan dengan pada rakan2 Ham yang terdahulu.

Pertama kali saya menolong memasang antenna Yagi ialah semasa saya SWL. Masa itu di sekitar tahun 80 han saya bersama Sharan Jit sekarang ini (9W2AA) antenna yang di pasang adalah dari buatan German dan amat berat...di pasangkan di atas bumbung rumah kepunyaan seorang Ham yang berasal dari German...antenna ini dipasangkan atas sebuah mast di Petaling Jaya.


Thrust Bearing Untuk mengurangkan beban pada rotator anda



Pemasangan Antenna...HF


KEJADIAN Ngeri

Kemudian seingat saya pada tahun 1997 atau 98 saya bersama aruah 9M2GL (Hj Idris) dan juga 9M2JL (Ong Choon Lye) yang juga sudah silent key bersama dengan seorang. Lagi rigger RTM nama nya kalau tidak silap saya Maniam. Kami pada ketika itu membantu memasang Rohn Tower di rumah 9M2JX (Aruah Pak Jamel) di Damasara. Peritiwa memasang tower di rumah beiau tidak akan saya lupakan ini kerana satu peristiwa ngeri yang berlaku ketika kami menaikan tower yang ketiga ke atas.

Kejadian ngeri ini tidak akan saya lupakan sehingga kesaat ini. Apa yang berlaku ialah semasa kami menaikan tower ini seorang rigger berada di atas tower semenatar saya bersama aruah Hj Idris 9M2GL sedang menarik tali untuk menaikan tower di atas tower tersebut di taruh pulley....semasa menarik naik tower berkenaan...di ketingian saya kira hampir 20 kaki...tower yang di naikan tiba2...jatuh kebawah sementara saya dan aruah Haji Idris lari bertempiaran kami amat bernasib baik kerana kedudukan kami ketika itu bukan betul-betul di bawah tower yang dinaikan.

Kami amat bersyukur kerana tiada apa-apa kemalangan yang menimpa kami dan juga harta bende. Peristiwa ini tidak akan saya lupakan kerana ia membuat saya lebih berhati-hati dalam apa jua yang saya lakukan, sebut saje peristiwa ngeri ini teringat saya semasa mengikuti satu misi bantuan banjir bersama PBSM semasa saya mengikuti kenderaan 4x4 yang menarik sebuah boat.....dimana bila sampai satu selekoh di Maran tayar pembawa boat berkenaan telah tercabut keluar...dan ini menyebabkan kenderaan 4x4 tidak stabil dan terpaksa berhenti secara kecemesan...di selekoh berkenaan...saya pada ketika itu mengikuti boat berkenaan dari bahagian belakang dengan jarak yang selamat ini amat penting apabila kita mengikuti convoi ...pastikan jarak antara satu kereta mengikut jarak yang selamat.



Kita kembali kepada peristiwa tower jatuh kebawah tadi...apa yang menyebabkan ianya jatuh ke bawah punca utama ianya jatuh kebawah adalah kerana rigger berkenaan tidak memeriksa dengan baik ikatan pulley diatas Gin Pole berkenaan dimana tali yang mengikat pulley berkeaan tidak di ikat dengan rapi.


Peristiwa di Tahun 2003

Saya bersama rakan 9Ws dan SWLs menurunkan sebuah antenna Log Periodic panjang Boom berkenaan lebih dari 30kaki dan menggunakan double boom 3" garis pusat. Dan mempunyai banyak elements, element yang terpanjang sekali beukuran 50 kaki semasa menurunkan tower di tingkat 10 sebuah bangunan kerajaan tali yang digunakan untuk menurunkan tower ini terputus kami bernasib baik kerana ketika tali berkenaan putus tower tersebut kedudukan nya lebih kurang 2 kaki dari paras bumbung bangunan tersebut.


Utamakan Keselamatan

Apa yang ingin saya ketengahkan disini sebelum sesuatu kerja dilakukan pastikan segala-galanya selamat. Yang pertama pastikan tiada sesiapa berdiri di bawah tower berkenaan. Yang kedua pastikan safety helmet di gunakan dikuatiri bende2 saperti spaner, screw driver, bolts and nuts akan jatuh ke bawah. Sentiasa jauhkan kanak2 bermain disekitar kawasan tempat kerje kita. Pastikan tiada halangan di tempat kerja kita saperti batang2 aluminium antenna element haruslah di letakan di atas kerusi atau tempat yang tinggi sedikit dari tanah dan di jauhkan dari tower berkenaan. Semua tali dan wire rope yang di gunakan harus di periksan dengan rapi. Dan pastikan sesiapa yang memanjat keatas tower di lengkapi dengan ”Safety Harness/Belt”dan lain2 ”Personal Protective Equipments” (PPE) awas jangan gunakan selipar ketika anda membuat kerja2 pemasangan antenna dan tower, gunakan lah "safety shoes" ada banyak perkara yang harus dititik beratkan pastikan yang memanjat keatas tower ada pengalaman dalam apa yang di kerjakan. Jika hari hujan atau tower di dalam keadaan basah adalah di sarankan jangan lah memanjat tower kerana ini amat bahaya. Utamakan Keselamatan ini bagi mengelakan apa-apa kemalangan sayangilah diri anda dan keluarga anda.

2 comments:

  1. susah jugak nak naik tower utk HF antenna..by the way saya selalu ke rumah 9M2JX di damansara..

    ReplyDelete
  2. Ya memang susah tapi kalau kita tahu teknik tak susah.....kalau ada no telefon beliau tlg berikan pada saya. TK

    ReplyDelete