Cabaran terbesar ahli-ahli Radio Amatur sejagat ketika ini ialah membina persepakatan tulen dan ikhlas dikalangan sesama ahli radio amatur dan memperbetulkan persepsi salah dikalangan persatuan-persatuan radio amatur di Malaysia.
Di Malaysia ketika ini terdapat lebih kurang 5,000 pelesen Radio Amatur ini tidak termasuk mereka yang gemar dengan Hobi ini atau SWL. Jumlah ini tidaklah dapat kita banggakan kerana jika kita tinjau negara jiran kita saperti di Indonesia terdapat lebih kurang ½ juta Ahli Radio Amatur, di Thailand pula terdapat lebih 200,000 Ahli Radio Amatur. Kita semua haruslah memperkenalkan hobi ini kepada masyarakat Malaysia dan berusaha meningkat imej Radio Amatur.
Sungguh membimbangkan jika hingga ke saat ini, mereka yang diberikan amanah untuk memimpin belum mempunyai wawasan jangka panjang yang konkrit dan agenda bertindak yang realistik bagi menangani keadaan semasa. Menggunakan kuasa yang ada bagi menakut-nakutkan golongan swl dan lain-lain lagi. Bagi warga-warga 9W2 atau 9M2 yang telah termakan atau terpengaruh dengan hasutan-hasutan mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab ini haruslah menggunakan akal yang ada memilih mana yang baik dan mana yang tidak amatlah tidak adil jika mendengarkan cerita-cerita yang direkacipta oleh satu golongan saje. Kita semua haruslah bertindak adil dalam membuat penilaian, hindarkanlah diri anda dari mengumpat diwarung-warung kopi dan sebagainya.
Era kebangkitan Radio Amatur banyak diperkatakan dan potensinya sungguh memberangsangkan. Namun wawasan besar tidak mungkin tercapai semata-mata melalui cakap-cakap kosong diwarong-warong kopi…….Sebaliknya wawasan besar memerlukan pengisian, agenda bertindak, pendekatan strategik dan kebijaksanaan pelaksanaan serta mendapat penghayatan dan dokongan dari kalangan ahli-ahli radio amatur. Waktu-waktu begini menuntut kepada penyatuan seluruh ahli-ahli Radio Amatur dari segi fikiran, tenaga, sumber dan usaha.
Kini bukan masanya untuk ahli-ahli Radio Amatur berlumba-lumba demi membuktikan siapa yang lebih sesama sendiri. Kebelakangan ini Imej Radio Amatur telah dirosakan oleh tafsiran sempit yang dilakukan oleh segelintir ahli radio amatur. Mereka berfikiran songsang didorong oleh perasaan kecewa, marah, dendam dan benci yang terbina secara kumulitif.
Dalam suasana menghadapi cabaran saperti ini disamping berdoa dan memohon petunjuk kita semua perlu mengambil pengajaran dari rakan-rakan kita dari seberang. Kita semua haruslah memperlihatkan ketulusan, kesucian, kemurniaan serta keindahan…melalui gerak kerja yang mengutamakan kebajikan dan dilaksanakan dengan penuh kasih sayang tercetus daripada hati jernih dalam semangat persaudaraan Kita harus tangkas menghulurkan semangat persahabatan, mengalunkan irama perdamaian mencerminkan kehalusan budi dan mewarnakan keharmonian diri. Kita haruslah memikirkan dan melaksanakan bagaimana untuk memajukan dan meramaikan ahli radio amatur yang berkualiti dan bukannya menyusun strateji menghancurkan golongan yang lain. Marilah kita sama-sama bersatu melaksanakan tugas kita sesui dengan kod etika Radio Amatur.
Untuk semua warga radio amatur pengarang ingin mengingatkan dirinya dan rakan-rakan sekelian janganlah bercakar sesama sendiri cuba jadikan ianya satu contoh dan tauladan, kita semua haruslah elakan diri kita dari melakukan kerja mengumpat ianya bukan saje ditegah oleh agama bahkan masyarakat semua. Bincangkanlah atau buatlah kerja-kerja yang berbentuk konstruktif dan produktif.

No comments:
Post a Comment