Sunday, April 27, 2008

APA ITU SWL

AOR SR-2000A


SONY ICF-7600G COMMUNICATION RECEIVER



PROFESIONAL RECEIVER R9500

Receiver Alinco DX-R8E
Receiver Satellite Grundig Satellit 750

Bagaimana Menjadi Short Wave Listener(SWL) atau Pendengar Gelumbang Pendek

Satu tajuk yang jarang di ketengahkan. Purata hari ini ramai radio amatur tidak tahu apa erti sebenarnya SWL. Satu perkara yang lucu...SWL adalah nama singkatan kepada "Short Wave Listener" kalau diterjemahkan mungkin jadi begini "Pendengar Gelombang Pendek" Ada yang ingat SWL ini boleh berQSO di Freq. Amatur Radio. Mengapa ini terjadi ? Jawapan nya mudah di awal tahun 2000 ada segelintir Ham di ............. membenarkan SWL berhubung diantara satu sama lain di Freq. Amatur Radio ,  kata mereka tujuan nya untuk mengajar SWL bercakap. Perkara begini tidak berlaku di Kawasan Tengah dll tempat tika itu. Namun budaya ini menular kemerata tempat tanah air sekarang ini. Kenapa ini berlaku di awal tahun 2000 sedangkan sebelum nya tidak??? Salah satu faktor ianya berlaku kerana Ham sendiri yang membenarkanya.....mereka tidak Faham apakah definasi "SWL" 


Ini adalah satu contoh station SWL yang profesional peralatan yang digunakan diatas semuanya adalah "Receiver"

Anda boleh dengar sendiri apa yang di bicarakan oleh ham pada hari ini kebanyakannya (bukan semua) generasi radio amatur pada hari ini tidak tahu yang ujudnya stesyen-stesyen Radio saperti BBC, Radio Netherland, All India Radio, Voice Of America, Radio Australia dll. Kenapa kita semua sudah lupa pada perkara ini. Oleh kerana pada ketika ini semua setesyen2 Radio di negara menggunakan pancaran FM saperti Muzik FM, Sinar FM, Hot FM, Era FM, Hitz FM dll ini menyebakan kebanyakan dari kita sudah lupa apakah sebenarnya SWL...lebih ketara lagi amat sukar untuk mendapatkan alat receiver. Akan tetapi jika anda benar-benar seorang SWL sudah pasti anda akan berusaha untuk mendapatkannya. Untuk menjadi seorang pendengar pertama sekali seseorang itu perlu memiliki receiver. Di Malaysia ketika ini amat jarang sekali untuk menemui mereka yang benar2 gemar mendengar gelumbang pendek atau Short Wave ini adalah kerana kurangnya pendedahan dan diawal 90han internet telah diperkenalkan dan juga Radio receiver amat sukar diperolehi di negara ini.

Sebelum ini pendengar gelumbang pendek amat popular sebelum kehadiran TV…Di awal tahun 60han hingga tahun 80han banyak alat2 receiver yang digunakan adalah dari jenis “Valve” besar dan berat…contohnya saperti RCA AR88, Racall RA17, HRO, Hellicrafter, GEC, Yaesu dan lain lain lagi di penghujung tahun 70han radio2 transistor diperkenalkan dan bersaiz kecil saperti Grundig, SONY ICF 2001, National DR31,Yaesu , Icom, Kenwood radio2 jenis ini boleh menerima pancaran Broadcast dan juga SSB. Dengan menggunakan antenna long wire atau antenna yang sederhana saje anda boleh menerima pancaran saperti BBC, Voice Of America, Radio Australia, All India Radio, Radio Thailand dan sebagainya…jika anda menggunakan antenna yang baik dan menggunakan Antenna Tuning Unit (ATU) anda boleh menerima pancaran Radio dari negara2 lain contohnya Radio Jeddah, Radio Netheland dll. 


Selain dari monitor di broadcast band SWL juga "monitor" di frequency Radio Amatur dan juga frequency lain saperti kapal laut, kapal terbang dll freq. yang digunapakai oleh berbagai jenis agensi. Dengan menggunakan "Communication Receiver" saperti yang disarankan di bawah anda boleh menerima pancaran RADIO AMATUR di Frequency

1.800MHz ~ 2.000MHz
3.500MHz ~ 3.900MHz,
7.000MHz ~ 7.100MHz,
14.00MHz ~ 14.350MHz
18.068MHz ~ 18.168MHz
21.000MHz ~ 21.450MHz
24.890MHz ~ 24.990MHz
28.000MHz ~ 29.700MHz
                                                      Kenwood Receiver  R-5000             
                                                    Receiver Eton E5   
                                                             
                               Receiver JRC NRD-545
 Stesyen SWL dimiliki oleh SWL  NL6777
                                         Stesyen SWL dimiliki oleh SWL-G13038
Selain dari monitor di broadcast band SWL juga "monitor" di frequency Radio Amatur dan juga frequency lain saperti kapal laut, kapal terbang dll freq. yang digunapakai oleh berbagai jenis agensi.


Antara alat receiver yang popular untuk penggemar SWL adalah :
SONY ICF-7600G
GRUNDIG SATELLITE
ROBERTS
SANGEN ATS-909
YAESU VR-5000
YAESU FRG-100
KENWOOD R-5000
ICOM IC-R75
ICOM R8500
ICOM R9000
ICOM R9500
JRC NRD545 DSP

ANTARA YANG TEBAHARU...
AOR 8600Mk2
PERSEUS SDR RADIO
"EXCALIBR" Receier WIN RADIO
ALINCO DX-R8
AOR-5001D
ETON E5
ETON G3 GLOBE TRAVELLER
ETON G6 AVIATOR
SATELLITE 750

No comments:

Post a Comment