Sunday, July 10, 2011

Renungan Di Pagi Ini

Ramai ilmuan dan ulama hanya pandai berkata-kata dan duduk di masjid berzikir. Tanpa mempraktikkan apa yang di baca di dalam Al Quran.-(Tulisan dari suatu blog)

Satu lagi kita lihat ramai di kalangan masyarakat pada hari ini hanya pentingkan diri sendiri.....mereka seolah-olah fikir dunia ini milik mereka sahaja...tampa memperdulikan masyarakat sekeliling..........

Bila ada kerja gotong royong hanya segelintir saje yang datang membantu. Bila kita mohon bantuan memulihkan satu kawasan  amat sedikit yang tampil memberi tenaga. Bila kita hebahkan di egroup kita perlukan kakitangan untuk membantu dalam pameran yang respond amat sedikit  yang hadir.  


Yang peliknya bile cerita tentang gosip dan sensasi ramai pula yang respond d egroup. Yang paling best bila ada majlis jamuan makan....huhhh ramai yang hadir yang kadang kala kita pun tak pernah lihat muka-muka mereka ini dan ada antaranya yang bawa anak bini lagi...hebat sungguh masyarakat kita hari ini....


Tapi bila kita hebahkan kita perlukan bantuan tenaga untuk buat sesuatu yang hadir boleh di bilang dengan jari suatu yang bukan lagi luar biasa....yang hadir hanya muka-muka itu juga. Jadi dimanakah nilai kita sebagai seorang insan yang dilahirkan sebagai seorang Muslim....nama saje Islam tapi tidak mempraktikan apa yang dituntut oleh Agama......Islam hanya pada nama.....saje. Masyarakat hari ini kebanyakanya hanya mengejar duniawi sahaja...sehingga ada antaranya lupa lima waktu yang dituntut. Bila sakit terlantar kat hospital baru ingat Allah. Tapi bile sihat lupa semuanya.

Ada duit pergi buat umrah habis cerita kat orang dia pergi buat Umrah.. kat sana sembahyang tak tinggal warak sungguh balik sini tak pratikan apa yang buat disana...yang pempuan pula pergi sana habis semua tutup balik sini habis dibuka sana sini seolah-olah Allah hanya ada di tanah suci...bukan semualah mungkin sikit kut..... yang buat cam ni.

Kebanyakan kita pada hari ini mudah lupa atau saje buat-buat lupa,
lupa bekalan kita di akhirat nanti. Ingat umur kita ni semakin hari semakin sedikit dan kita semua  hampir dengan kubur.. Ada antaranya fikir Islam pada mereka mungkin di tikar sembahyang sahaja. Mereka sebenarnya lupa kewajiban mereka dimuka bumi Allah. Semua orang tahu kita adalah khalifah dimuka bumi, jangan lupa tanggung jawab kita bukan saje pada keluarga kita semata-mata Islam menuntut kita lebih dari itu.... 

Boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu - Al Quran, surah Baqarah 216


Penulis memohon ribuan kemaafan jika sekiranya apa yang dikatakan ini terguris perasaan anda. Penulis hanya mahu mengingatkan dirinya dan masyakat kita hidup di dunia hanya sebentar yang kekal disana nanti ...
Wallahualam

Kesihatan


Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar....

Pada umur 20 - 40 tahun  manusia mencari kekayaan dengan mengorbankan kesihatan......

Selepas umur 40 tahun Manusia mengorban kekayaan untuk mengembalikan kesihatan.

Makan lah apabila lapar...berhentilah sebelum kenyang.

Makan untuk hidup...atau hidup untuk makan....
Sendiri mau ingat lah.....

Sayangilah diri kita dan keluarga kita..Marilah kita semua sama-sama mengamalkan kehidupan yang sihat dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 3X seminggu..dan lakukan setiap sesi selama 30min...jadi seminggu sekurang-kuarangnya 90 minit 

Kata-kata Hikmah

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya  digunakan....

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~

 
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Thursday, July 7, 2011

CW DI HAPUSKAN.....

Berita terkini CW di hapuskan......
Apakah impaknya kepada warga ham dinegara kita???
Sudah pastinya ada yang tersenyum lebar.....

Apa yang ingin penulis ceritakan disini bukan lah pasal CW Di Hapuskan sebenarnya lebih dari itu.....Ikuti tulisan saya seterusnya....Baca sampai habis....janganlah baca sepintas lalu....sahaja. Percayalah jika anda tidak membacanya sampai habis...maka tidak ada kesannya pada anda...

Beberapa tahun yang lalu penulis terima berbagai komplian berkaitan beberapa perkara. Apa yang penulis lihat ialah……kita harus melihat…..Radio Amatur….adalah satu hobi yang di dalam nya mempunyai berbagai ilmu…

Ramai diantara Radio Amatur pada hari ini mengangap…yang membezakan Kelas A dan Kelas B hanyalah CW sahaja…..tak ada apa pun maksudnya tak ada apa yang hebat sangat pasal CW dan Kelas A……memang benar apa yang mereka katakan ….yang membezakan KELAS A hanyalah CW sahaja…..

Namun jika anda terliti atau anda telah convert dari 9Ws ke 9Ms Mereka yang benar-benar sebagai seorang radio amatur akan faham apa yang membezakan nya…..Ini kalau kita ambil dari prespektif Ham Yang Tulin…..Haaaa nampaknya…ada pula ham yang tulin dan ham yang tiruan…..Sebenarnya untuk menjadi seorang Radio Amatur bukan lah sekadar lulus ujian RAE dan CW dengan sekelip mata mereka semua tau itu dan ini…Sebenarnya kita harus melalui proses pembelajaran. Untuk menjadi seoranmg HAM yang “TULIN” (Real Ham) Bukan nya HAM yang “PEN DRIVE” Dan kalau anda amati bukan semua 9M yang lulus ujian CW tahu semua perkara…

Ada antara Ham 9Ws tidak puas hati mengapa mereka tidak boleh transmit di 80m /40m / 30m/ 20m/ 17m/15m & 12m....9Ws hanya di benarkan Tx di 10m….

Dan ada juga yang penulis dapat tahu ada 9Ws yang upgrade ke 9Ms dipulau oleh rakan2 mereka yang masih lagi dengan 9Ws….Mengapa jadi begini? Ini lah Genarasi yang ada pada hari ini....mereka sebenar nya tidak bersyukur atas apa mereka kecapi pada hari ini. Mengapa penulis katakan demikian ini kerana kalau anda semua pelajari “Sejarah” sejak bila ujudnya Kelas B....maka 9Ws tidak akan katakan itu dan ini....mereka akan belajar dan teruskan kehadapan menjadi Ham yang hebat.....dan bukannya komplain mengapa mereka tidak boleh TX macam mana 9M boleh.....

Mari kita bawa diri kita semua ke tahun 90han....Katakan lah kita sekarang ini berada di tahun 1996 dan katakan lah kita telah lulus ujian RAE pada tahun 1995....Tahukah anda jika anda lulus ujian RAE anda masih lagi sebagai seorang SWL.... Anda langsung tidak boleh TX di mana-mana frequency....Bayangkan ianya berlaku
pada diri anda ketika ini....

Nah ...Sekarang mari kita bayang kan kita berada di tahun 2005...
Anda lulus ujian RAE....wah....sudah hebat...anda boleh apply AA kelas B...dan anda dapat satu Callsign 9Ws....Dengan rasa sungguh bangga anda akan beritau semua rakan2 anda termasuk kaum keluarga anda......yang anda telah mempunyai Callsign...

Ini lah nikmat yang anda semua kecapi pada tahun 2005 akan tetapi mengapa ada yang masih tidak berpuas hati dan merungut itu dan ini.....??? mengapa anda tidak bersyukur atas apa yang ada pada diri anda????

Nah mari kita bawa diri kita ketahun 2011 pula.....Ini yang best ....yang penulis nak beri tau....sekarang ini lagi hebat tak perlu ambil ujian RAE ada setengah dari SWL berdaftar dengan persatuan Radio Dua Hala....dan satelah itu mereka ini di beri Callsign dan sekarang dengan bangga nya anda kata aku dah boleh TX di VHF....dengan tampa amik ujian RAE tak perlu pening-pening kepala baca buku...buat apa susah-susah amik ujian RAE.....

Lagi nikmat tampa susah payah ambil exam anda sudah boleh TX....dimana-mana.. Di kereta...di rumah...di tempat2 awam dll....

Mungkin ada antara kita mengatakan eeelaahhhhh jealous lah tuuu tak boleh tengok kita senang.....Apa yang ingin penulis sampaikan ialah kita harus mencari dan buat kajian ...sejarah amat penting...dan jika kita tau dari mana asal kita....maka tidak ujud pertikayan. Dan jika kita banyak bersyukur maka akan barakah lah hidup kita.....namun berapa ramai antara kita pada hari ini yang mendalami perkara ini....banyak antara Radio Ham pada hari ini tidak faham apa dia definasi ‘SWL” dan apa dia definasi “Radio Amatur”...

Maka tidak hairanlah pada hari ini ujud berbagai perkara yang pelik dan buat orang awam keliru .......Ini kerana kita mempunyai Ham yang kualiti nya sudah menurun....Ham yang tidak cukup ILMU....

Kita semua harus bersyukur hari ini ada internet....kedai2 buku bersepah....ebook pun ada Audio Book pun ada ..malas baca muat turun dgn guna iphone anda boleh belajar.dan anda juga boleh dekati Ham yang benar2 Tulin ....Internet sudah ada ini semua tidak berlaku pada tahun 1995.....


Teknologi semakin cangih...namun amat malang ramai antara radio ham pada hari ini tidak mau menggunakan plateform yang betul untuk pelajari ILMU yang ada di dalam Radio Amatur............Mengapa ini berlaku....ini kerana “sikap” kita sendiri... Satu perkara lagi ramai diantara kita tidak boleh di tegur ..... ...jika di tegur melenting lah mereka ini....jika kita ingin menjadi manusia hebat maka balik lah kepada Dua perkara itulah pedoman hidup kita....Namun maaf saya katakan disini ramai dari kita sudah lupa, dari mana asal kita....jika kita renungkan dan mahasabah diri baru lah kita tahu siapakah diri kita ini.........

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.



Penulis ingin ingatkan dirinya dan rakan-rakan semua marilah kita semua sama-sama bersyukur atas nikmat yang kita kecapi hari ini.




Penulis ingin lihat bangsa kita mempunyai akhlak yang terpuji manusia yang luar biasa dan hebat dengan membuat “Tranfer of Knowledge, Skill, and Experience” Rakyat berilmu Negara maju…..


Maaf utk 9W2WWW saya menghadapi masalah utk jawab komen anda... untuk anda sila baca apa yang saya tulis sebelum ini di http://advanced-skynet.blogspot.com/2010/05/debat-cw.html
sebenarnya saya berada di dalam working group berkenaan bukan semua 9Ms tak setuju bahkan 9Ws pun tak setuju...yang pelik lagi bila kita sarankan supaya 9Ws boleh bekerja di 40M ...
9Ws dan 9Ms yg upgrade from 9Ws pun tyak setuju supaya 9Ws di beri kelongaran untuk bekerja di 40M...and mcmc pun confuse !!! jika saudara baca tulisan saya lagi di bawah tajuk lain anda akan faham....yes sebut pasal WRC2003 penulis sebenarnya terlibat dalam working group utk WRC2003 kami start buat paper work pada tahun 2001 lagi utk persediaan ke WRC2003...ini hanyalah sejarah....yang mungkin ramai yang tidak tahu....apa yang penulis ingin sampaikan disini ialah kita semua harus "bersyukur" atas apa yang kita kecapi....Allah telah berjanji jika kamu bersyukur aku akan tambah lagi...penulis bukan berniat untuk menjatuhkan sesiapa pun ...penulis memohon ribuan kemaafan jika sekiranya penyampayan nya tidak menetapi kehendak mana-mana pihak. Saperti kata penulis apa yang ingin di sampaikan ialah tentang kita semua harus belajar "Bersyukur" itu saje......


Salam untuk saudara Nik,……sebenarnya tiada niat di hati penulis untuk beremosi tentang CW
cuba lihat di peringan kedua penulis katakan.... "Apa yang ingin penulis ceritakan disini bukan lah pasal CW Di Hapuskan sebenarnya lebih dari itu."....  dan tiada niat penulis untuk meminta dipuji pun…Dan penulis tak layak pun menerima apa2 pujian. Apa yang penulis ingin sampaikan hanya sekadar memberi pendapat. Saperti juga anda dan rakan2 yang lain. Semua orang di beri hak untuk memberi pendapat…pendapat yang diberikan adalah berbentuk ilmiah bukan nya emosi…namun oleh kerana penulis bukanlah seorang penulis yang professional ayat yang digunakan tidak menepati sipembaca…itu sebabnya di akhir dalam jawapan kepada komen 9W2WWW penulis katakan “penulis memohon ribuan kemaafan jika sekiranya penyampayan nya tidak menetapi kehendak mana-mana pihak. Saperti kata penulis apa yang ingin di sampaikan ialah tentang kita semua harus belajar "Bersyukur" itu saje...... Pada pendapat penulis sejarah amat penting…..dan saperti yang penulis nyatakan “Tajuknya saje Catching” tapi apa yang hendak disampaikan bukanlah tentang CW. Ianya hanyalah berkaitan “Kesyukuran” itu saje  harap En.. Nik faham sekarang apakah message yang hendak disampaikan, jika sekiranya segala tulisan saya itu membuat anda kurang selesa maka penulis memohon ribuan kemaafan. Kalau cerita pasal CW sila baca di bawah tajuk “Debat CW” http://advanced-skynet.blogspot.com/2010/05/debat-cw.html Itupun kalau saudara ingin membacanya, kami tidak mau dipuji apa yang ingin disampaikan hanyalah sekadar bahan sejarah. Kerana penulis menghadapi berbagai kesulitan untuk mendapatkan bahan2 tulisan. Oleh yang demikian penulis rasa perlu ada satu tempat untuk ditulis sebab kita disini buat masa ini tidak ada Majalah Ham Radio ,Journal atau tempat untuk kita nyatakan fakta2 sejarah.

Yang baik itu datangnya dari Allah yang tidak sempurna dan tak baik itu datang dari saya sendiri.
Akhir kata sekali lagi saya memohon ribuan kemaafan kepada anda dan rakan2 semua jika sekiranya apa yang saya tulis ini menguris perasaan anda semua.

Saturday, June 18, 2011

History of APRS


The Automatic Packet Reporting System (APRS) software has evolved over many years of WB4APR involvement in amateur packet radio. In 1976 WB4APR had built the first digital RTTY on the air automatic message system which evolved into a dual port phone and packet radio BBS for the AMRAD group when ASCII first became legal in the late 70s [1]. In 1978 they began experimenting with the original VADCG packet boards from Canada. For years he was on the AMRAD board of directors, the Amateur Radio Reasearch and Development group that was instrumental in the original specification for AX.25 written by Terry Fox, WB4JFI and published by AMRAD in 1984.

Isolated overseas in Japan in 1982, he wrote his first data maping program, which took NAVY HF position reports off the air and displayed them on an APPLE-II. From the beginning, he was always making packet maps of the growing packet network [3,5,6]. In 1983, he wrote a gateway/BBS program on his Commodore VIC-20 computer to permit simultaneous operation of both HF and VHF ports for exchange of packet messages and pioneered the use of 200 Hz shift for packet on HF with cross-county links to W0RPK, W9TD, and K7PYK [2]. They used 10.149 MHz. To his knowledge, this was the first amateur HF BBS/GATEWAY; and it remained on the air 'round the clock for 5 years through 1989 under the FCC STA for automatic packet HF operations.

WB4APR (Bob Buruninga) APRS connectionless protocol idea was first used in a VIC-20 program in 1984 for reporting the position and status of horses in a 100 mile cross country endurence run for AMRAD [4]. He spent two years improving the idea for amateur packet radio support of the National Disaster Medical System exercises sponsored by FEMA [7,8,9]. During this time frame he called it the Connectionless Emergency Traffic System (CETS). At the end of the second national exercise, he dropped the C-64 and began to port CETS to the new IBM PC. He also began to integrate packet mapping into the program.

During 1990 he got tired of trying to find a public domain set of maps and began to digitize the East Coast himself with a TEXT format so that any HAM could draw a map for any local packet application using only a text editor. Once that maping decision was made, APRS evolved nightly as he began to play with it on the air, and realized its potential. For four years now, APRS has consumed thousands of hours of evenings and weekends as he tweaked the program and drew maps.

Finally, he is not doing this to make money on amateur radio. The registration contribution helps defray the mailing hassles and the psychological burden of having hundreds of HAMS all across the country call him, at home at all times of the evening with repititious and continuous questions. He learned this lesson the hard way by releasing his C-64 BBS source code to the HAM community in 1984 for free.

Many hams doesn’t know this history. Now, he still get phone calls, letters without SASE', and registered letters from third world countries (requiring a trip to the post office) asking questions about this obsolete software!

In Malaysia the first technical talk on APRS was oraganize by the Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) on the February 15  2009. Salleh (9W2STT) under Emergency Responce Team (ERT) give an idea to develope the Special Interest Group (SIG) to work on APRS from there we can see now many Malaysian station are on APRS..... many thanks to Bob WB4APR for his constribution on digital mode.....

Sunday, June 12, 2011

PERJUMPAAN "SWL"


Idea untuk perjumpaan “SWL” ini di buat oleh 9W2TZ. Beberapa bulan yang lalu beliau meminta saya dapat mengumpulkan beberapa orang yang berminat dengan “SWL”.

Pada 11/6/2011 yang lalu perjumpaan pertama diadakan. Lebih kurang 11 orang hadir dalam perjumpaan ini terdapat 6 orang darinya memiliki AA Kelas A sementara 4 orang pula memiliki AA kelas B dan seorang SWL.

Ada antaranya tak dapat hadir pada tarikh tersebut disebabkan “family commitment”. Rupa-rupanya ramai dari 9M2xx yang ingin menyertai perjumpaan ini. Penulis juga ada menghubungi SWL yang mereka ini tidak berminat mengambil ujian RAE namun mereka2 ini telah lama dibidang ini mungkin mereka2 ini telah lama buat monitoring dari penulis kerana umur mereka ini lebih dari penulis…… Kita tunggu nanti bulan hadapan penulis percaya lebih ramai akan turut serta dalam perjumpaan “SWL” yang akan diadakan nanti pada bulan JULY 2011.

Sebenarnya “SWL” lebih menarik dari transmitting…..percayalah jika anda bertanyakan perkara ini kepada ham yang otai2 contohnya…9M2FK, 9M2SX, 9M2PZ, 9M2OK, 9M2FX, 9M2ST, 9M2RI, 9M2RS, 9M2MZ, 9M2RB, 9M2RJ, 9M2NZ , 9M2PV,9M2KM, 9M2HC,dll mereka akan setuju dengan pendapat penulis. Kenapa kita katakan ianya menarik. Banyak ilmu yang kita perolehi melalui pendengaran….. Ham yang otai2 ini melalui proses yang lama untuk mendapat Lesen Radio Amatur oleh yang demikian mereka lebih terdedah kepada penggunaan “Radio Shortwave” untuk menerima pancaran Gelombang Pendek (“Short Wave”)dan Sederhana.(“Medium Wave”) sehingga kini masih ramai dari mereka ini buat “monitoring” on HF.

“SWL” ini amat luas topiknya……
Selain dari kita mendengar setesyen “Radio Broadcast” dari luar negara kita juga dapat monitor HAM dan juga radio utility. Apakah dia utility radio? Contoh Utility radio adalah pancaran-pancaran radio komunikasi yang digunakan oleh pihak beruniform di luar Negara dll, dan kita juga dapat mendengar pilot berhubung dengan ATCC (“Air Trafic Control Center”) dan ada antara SWL yang gemar monitor digital communication di HF. Ada antaranya menggunakan modem disambungkan ke alat penerima dan ada antaranya menggunakan “Winradio” dll

Untuk pengetahuan anda semua ketika ini sambil menulis saya ketika ini juga sedang mendengar siaran Radio Broadcast iaitu “VOA” Voice of America di frequency 9.500 Mhz jam 1245 UTC .

Perjumpaan kali kedua mungkin akan diadakan pada hari Sabtu 16 July 2011 jam 1400hrs Perjumpaan ini terbuka kepada semua. Kepada mereka yang berminat untuk menyertainya sila hubungi penulis melalui email: satellite_991@yahoo.com

    Ini lah Radio yang pertama digunakan penulis ketika SWL dahulu
    Jenama; RCA  Model AR88

Sunday, June 5, 2011

Kata-kata Hikmat....

Alhamdulilah semalam penulis menghadiri satu seminar banyak ilmu yang di pelajari. Sesuatu yang tak akan anda dapat di gedung ilmu dan di pusat pengajian tinggi....

Sesuatu yang ingin penulis kongsikan bersama pembaca ialah:
Jadilah seperti lebah yang hanya memakan benda yang baik-baik serta menghasilkan madu yang baik-baik untuk manfaat ramai yang lain.......